Home Novel Cinta Complicated
Complicated
UR
7/4/2020 22:56:54
1,168
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Raif menunggu Zharfan seperti yang dijanjikan. Detik waktu menunggu terasa perlahan. Baru tiga minit berlalu, tetapi Raif sudah berasa resah seakan akan Zharfan tidak mahu muncul. Panggilan masuk dari Syafiera ditolaknya beberapa kali.

“Sorry saya lambat” ujar Zharfan sebaik sahaja dia muncul dihadapan Raif.

“Tak apa. Cakap cepat”

Raif menghempas pintu keretanya. Perkara sebenar yang diketahuinya tidak mampu Raif terima. Dia menjerit sekuatnya di dalam kereta. Ditumbuknya stereng kereta beberapa kali tanda protes.

“Aria” Raif menenangkan dirinya sebaik terlihat fotonya bersama Syafiera di skrin telefon pintarnya. Enjin kereta dihidupkannya. Nafasnya dilepaskan beberapa kali. Semangatnya dikumpulkan kembali. Tangannya memegang kemas stereng kereta.

Ting! Satu pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp hinggap di skrin telefon pintarnya.


Aria keluar tau. Call tak angkat. Jangan kata Aria tak bagi tahu nak keluar ni

-Aria-                                                                                               

 

Syafiera mengangkat bahunya. Pelik. Hairan dengan tingkah abang sulungnya itu. Keretanya dikunci sebaik sahaja dia turun dari kenderaany aitu. Langkah pantas dipasang menuju kedalam pusat membeli belah.

“Assalamualaikum” Azziq langsung muncul tanpa sempat Syafiera menunggu. Satu senyuman lebar terukir di bibir Syafiera. Matanya tanpa segan memandang dalam anak mata milik Azziq Qafriy. Tubuh sasa Azziq melangkah perlahan kebelakang tanpa sedar.

“Aria” ujarnya perlahan. Syafiera melihatnya sedikit gusar.

“Kau okay tak ni? Kalau tak, kita balik je la” jelasSyafiera melihatkan keadaan Azziq yang tiba tiba berubah.

“Aku okay. Jom la, cerita kita nak start dah tu” Azziq mengangkat kepalanya. Nafasnya ditarik beberapa kali. Memori yang terlintas di mindanya cuba dipadam. Dia mengajak Syafiera untuk masuk ke dalam panggung wayang memandangkan filem mereka sudah hampir bermula.

Filem aksi ditonton mereka. Syafiera fokus dengan layer cerita. Kelopak matanya seakan akan tidak berkelip. Akan tetapi, situasi di pihak Azziq langsung tidak mempunyai persamaan dengan Syafiera. Duduknya tidak terasa senang. Hatinya terus bertanya. Mindanya bercelaru. Matanya pula, kadang terpejam kadang melihat.

Keluhan dari bibir Azziq sudah seakan zikir. Jari jemarinya terus mengira tanpa menemui penghujung. Lehernya masih diregangkan untuk kesekian kalinya. Akhirnya, wayang yang ditontonnya hanyalah sekadar wayang. Syafiera asyik menceritakan imbas kembali dari tontonan mereka tadi sepanjang perjalanan keluar dari panggung wayang tersebut. Azziq hanya mengangguk sebagai respon dengan ujaran Syafiera walaupun ujaran Syafiera langsung tidak didengarinya.

“Kau kenapa sebenarnya?” soal Syafiera sebaik mereka tiba di hadapan Baskin Robbins. Pantas Azziq mengangkat bebola matanya memandang Syafiera setelah dia menyedari nada suara Syafiera berubah. Namun bebola mata tersebut tidak statik memandang gadis cantik itu membuatkan gadis tersebut mulai geram.

“Aku beli aiskrim, kau pergi duduk dulu” ujarnya langsung pergi. Syafiera hanya mampu terkaku dengan tindakan Azziq.

“Memang hari ni semua orang jadi pelik eh?” Syafiera berbicara sendirian.

“Aku tak tahu kau suka flavour apa, so aku hentam je la” hulur Azziq sebaik tiba di meja. Syafiera tersenyum kecil. Tangannya mencapai cawan aiskrim tersebut. Mint chocolate chip dicampur bersama triple grape ice. Classic. Hati kecil Syafiera berbisik sendiri melihat aiskrim dicawan Azziq. Hatinya terasa berbunga melihat campuran aiskrim tersebut. Anak matanya kembali memandang Azziq yang sedang memerhatinya.

“Tunang aku, ni flavour yang dia selalu ambil. Dulu setiap kali dia pesan flavour ni, aku selalu akan sebut classic dekat aiskrim dia” ujar Azziq sebelum sempat Syafiera menyoal.

“Dulu?” satu soalan lain dihambur keluar dari bibir Syafiera.Azziq mengangguk tanpa ragu.

“Yes, dulu. Exactly ten years ago” Syafiera sedikit terpana mendengar kata kata tersebut. Azziq tertawa kecil.

“Okay macam ni lah. Actually aku dengan Aria ni tak adalah betul betul bertunang. Aku je yang cakap macam tu. Lebih kurang mcam syok sendiri juga la. Tapi, aku memang sungguh sungguh sukakan dia. Tak, aku sebenarnya cintakan dia. kami dulu rapat. Tak kira la time sekolah ke time cuti ke, aku dengan dia ibarat tak pernah berpisah. Tapi itu lah, sekali pun aku tak pernah tahu perasaan sebenar Aria terhadap aku”

“Okay, so nama ‘tunang’ kau Aria? Pada aku la, kalau la Aria tak ada pun perasaan dekat kau, buat apa dia nak ada dengan kau all the time kan?” Syafiera masih terus menyoal sebaik Azziq menghabiskan bicaranya.

“Nama dia bukan Aria pun sebenarnya. Adalah cerita macam mana dia boleh digelar Aria. Second, maybe dia ada dengan aku all the time sebab dia rasa bersalah. Lepas kejadian petang tu, Aria dah tak macam selalu. Dia ibarat kena kemurungan macam tu. Aria kata dia risaukan aku. Aku dah cakap dengan dia,‘it’s okay, tak perlu nak risaukan aku, kalau kau rasa bersalah juga kau tolong aku jaga diri aku’. Tapi dia still tak boleh terima yang aku kata aku okay. At last,aku suruh pilih either to be my lover or do take care of me. Sampai hari ni dia tak bagi jawapan”

Syafiera diam mendengar luahan Azziq. Dia akhirnya sedar, Aria bermain didalam minda Azziq sejak mereka bertemu tadi. Dia mengerti akan kelakuan aneh Azziq. Tetapi, apakah perkara yang menyebabkan Aria kembali bermain di minda Azziq?

“So then, why not kau try minta jawapan dia sekarang?” Syafiera masih menyoal.

“Aku tak tahu mana dia sekarang” Syafiera tersentak mendengar jawapan Azziq. Air liurnya ditelan berat. Jiwanya sedikit gelisah.

“Sepuluh tahun lepas merupakan tahun pertama kami ditemukan. Dan sepuluh tahun lepas jugalah merupakan pertemuan kali terakhir kami. Aku cuba cari dia, tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa dia” balas Azziq lemah. Syafiera menarik nafas dalam. Dihembusnya nafas tersebut selembut yang mampu. Ibu jari kanannya digaru perlahan walaupun tidak gatal.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh UR