Home Novel Cinta Hanya Dia...
Hanya Dia...
Suhailah Selamat
29/2/2020 18:30:41
334
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

SariCempaka memandang jauh ke hadapan tanpa riak. Langit mula berlabuh senja. Diapula masih tersandar di batang pokok bunga cempaka tanpa mengambil peduli akankeadaan sekeliling. Hatinya masih tertanya-tanya untuk apa lagi dirinya ‘hidup’sedangkan tidak ada yang mempedulikan dirinya lagi.

 

            “Akumasih lagi hidup? Ataupun…”

 

            “Kau sudah lupa? Kau sudah lamamati, Sari Cempaka…,” celah satu suara garau. Kepulan asap nipis berwarna hitammula memunculkan diri di hadapan wanita berwajah pucat itu.

 

            “Oh…,” jawabnya ringkas. Patutlahorang-orang kampung yang lalu-lalang di hadapan pokok cempaka seakan tidakmempedulikan dirinya. Pada pandangan mata mereka, dia tidak pernah wujud.

 

            “Adakah kau sudah lupa untuk apa kauhidup semula, Sari Cempaka? Dendam yang bertahun lamanya wujud dalam diri kautelah menyebabkan jiwa kau sentiasa hidup. Aku pula ada di sini untuk membantukau, Sari.” Kepulan asap hitam itu mula bertukar dalam bentuk wujud manusia.Namun, susuk wajahnya langsung tidak kelihatan. Wajahnya kelihatan kosong.

 

            Sari Cempaka tertunduk ke bawahdengan wajah tidak beriak. Kejadian yang menimpanya sebelum ini kembali diulangtayang di dalam fikirannya.

 

            “Jadi… Sebenarnya, kau tidakmenyelamatkan aku. Jasad aku… Di mana kau sembunyikan jasad aku…”

 

            Makhluk berupa manusia itu tersenyumsinis.

 

            “Tidak perlu khuatir, Sari Cempaka.Biar aku yang menjaga jasadmu saja. Sesungguhnya tubuh kau adalah kelemahandiri kau sendiri. Sekiranya musuh kau berjaya menemui jasad kau. Jiwa kau tidakmungkin akan berada di alam ini lagi.” Makhluk itu ketawa terbahak-bahak.

 

            “Dendam… Ya… Aku ingin membalasdendam terhadap orang-orang yang telah menganaiya aku sehingga aku jadibegini.” Sari Cempaka berkata penuh amarah. Jari-jemarinya digenggam dengankuat.

 

            “Tetapi, kau tidak bolehtergesa-gesa, Sari Cempaka. Ada jiwa yang kau perlu korbankan untuk mencapaitujuan besar kau itu.” Makhluk itu tersenyum sinis.

 

            Wajah tidak beriak Sari Cempaka mulaberubah.

 

            “Apa maksud kau?”

 

            “Grrr!”Bunyi kayu ranting dipijak seseorang mula memecahkan kesunyian yang tiba-tibawujud. Dengusan suara itu semakin lama semakin kuat dan mendekati.

 

            “Idah?” panggil Sari Cempaka penuhteruja. Tidak wujud langsung perasaan sedih di dalam hatinya melihat adikkesayangannya diperlakukan sedemikian rupa.

           

            “Aku telah mengorbankan jiwanyasupaya jiwa kau terus hidup, Sari Cempaka!”

 

            Sari Cempaka tersenyum sinis. Diamelangkah laju mendekati makhluk bermata buas itu.

 

            “Aku tidak kisah. Asalkan dendam akuberjaya dilunaskan! Keluarga Tok Mah harus aku hancurkan dengan tangan akusendiri!”

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat