BAB 15
SYAMIM yang baru saja menapak masuk ke dalam rumah terus melangkah ke arah Suraya yang duduk sendirian dihadapan kolam ikan. Dia yakin anak majikannya sedang memikirkan masalah yang masih membebani seluruh mindanya.


"Kenapa awak termenung seorang diri ini? Ada masalah ke? Kalau ada, jangan pendam. Awak boleh jadikan saya sebagai tempat awak meluahkan perasaan." lelaki itu tayang senyuman paling manis dihadapannya. 

Setiap kali wajah itu merenung ke wajahnya, hati Suraya sentiasa merasa indah bagaikan ingin menyanyi sebuah lagu indah.


"Saya tak sangka yang saya akan berjumpa dengan lelaki seperti dia." luah Suraya perlahan. Syamim mula melabuhkan punggung bersebelahan Suraya. 


Dia yakin... Insan bernama Qayyum adalah masalah utama yang sedang Suraya fikirkan.


"Apa yang majikan saya buat? Dia ada cakap perkara yang menguji kesabaran awak ke?" Suraya terus memandang ke kanan. Dia terus memerhatikan wajah lelaki yang masih setia menanti ceritanya.


"Saya nak bekerja di dalam kafe dan bukannya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada lelaki pelik." Suraya bersuara lemah. Dia sendiri masih tiada jawapan yang terbaik untuk membuat keputusan yang sebenar.


"Kalau kita nak capai sesuatu yang kita inginkan, kadang-kadang pengorbanan itu diperlukan." ikhlas sahaja dia mengukir senyuman dihadapan Suraya. Kehadoran Syamim membuatkan minda Suraya menjadi sedikit tenang berbanding tadi.

Aura Syamim bagai menarik dia ke alam yang lebih menenangkan. 

Beberapa detik kemudian, Suraya sudah mendongakkan wajahnya untuk memandang bintang di langit. Kosong saja pandangannya.


"Saya tak mahu lelaki seperti dia mengambil kesempatan kepada saya selepas dia tahu yang saya ni teringin sangat nak bekerja di situ." itulah yang telah Suraya fikirkan sejak beberapa jam yang lalu.

Dia bukan tidak mahu menerima permintaan itu...

Cuma hatinya masih ragu-ragu.

Mengapa lelaki itu mahu mengambil dia bekerja secara tiba-tiba. Walhal dialah penentang paling hebat untuk menghalang dia menjadi pekerja di Art Cafe.


"Walaupun Qayyum tu pelik, saya yakin dia tak akan pergunakan orang lain demi kepentingannya. Mungkin dia memang nak tunaikan permintaan awak, cuma dia tak mahu nampak terlalu keterlaluan yang dia bersedia untuk penuhi hasrat awak untuk menjadi pekerja Art Cafe. " Syamim cuba memberi kata-kata yang mampu membuatkan minda Suraya berfikir secara rasional.

Suraya cuba mengukir senyuman untuk menyedapkan perasaan yang masih bercampur-baur.

"Patutkah saya terima segala permintaannya? Mampu ke saya nak hadapi kegilaan lelaki macam dia tu? Awak pun kata dia cerewet, kan? Saya takut saya tak boleh nak hadap dia." kini, giliran Syamim pula mendongakkan wajah ke langit yang diterangi dengan cahaya bulan dan bintang.


"Cuba awak pandang bulan dan bintang yang bercahaya tu." jari telunjuknya mula dihalakan ke arah bulan itu. Suraya terus mendongakkan kembali wajahnya ke atas. Masing-masing sudah merenung ke langit. Ada segaris senyuman yang terukir di bibir si jejaka.


"Malam yang gelap ini tak akan menjadi terang bila tak ada bulan dan bintang yang menerangi. Begitu juga kehidupan kita. Manusia akan hidup dalam kegelapan bila kita tak izinkan sinar baru masuk ke dalam hidup kita. Kalau awak sendiri tak yakin bahawa sinar kejayaan tu akan hadir dalam hidup awak selepas hadirnya ujian, selama-lamanya awak akan hidup dalam kegelapan." melihat riak wajah Syamim yang masih tersisa senyuman, Suraya yakin yang lelaki itu mahu melihat dia membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya.


"Terima kasih Syamim sebab awak selalu ada bila saya memerlukan awak. Saya tak akan jadi kuat bila manusia sebaik awak tak jadi teman rapat saya." 

Lengan lelaki itu mula dipaut lembut dan dia membuatkan tubuh lelaki itu terpusing tepat ke arahnya.

Kini, mata mereka saling bertentangan. Sepasang anak mata lelaki itu membuatkan Suraya gugup sendiri.

Dia yang sibuk nak merenung ke wajah lelaki itu, hati sendiri yang tidak keruan.

Tidak dinafikan, setiap kali dia merenung ke dalam mata lelaki itu automatik dia terpukau menjadi pemerhati. Dek kerana terpukau dengan pandangan itu, dia tidak sedar yang lelaki itu sedang tersenyum indah memandang ke wajahnya.


"Tak perlu pun ucapkan terima kasih dengan saya. Saya akan sentiasa ada dengan awak bila awak perlukan saya." suara lembut itu membuatkan perasaan Suraya semakin berdebar.


Suraya menarik nafas yang tiba-tiba terasa sesak.

Ya Allah... Indahnya ciptaan tuhan. Dia rasa tak sanggup untuk membiarkan diri dalam keadaan lagha kerana ras bahagia bersama si jejaka. 

Dia segera bangkitkan diri ketika ini.


"Saya masuk ke dalam dulu. Maafkan saya sebab selamba pegang tangan awak."


Glurp... Dia telan liur sendiri. Pandangannya mula meliar ke arah lain. Langkah kakinya pula sudah mahu menapak pergi.


"Suraya..." langkahnya terhenti bila lelaki itu memanggil lembut namanya..


"Saya tak akan memaksa awak untuk buat keputusan. Cuma, saya akan pastikan awak sentiasa selamat di samping saya bila awak bekerja di sana. Saya takkan biarkan sesiapa saja sakitkan hati awak."




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh