Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000
Bab 33

BAB 33

BOLEH dikatakan setiap hari Rayyan datang ke rumah dengan hanya memberi sejambak bunga dan sekotak coklat. Tak sekarang ni dia ni nak memujuk aku ke apa? Dia ingat senang-senang ke aku nak lupakan apa yang dia dah buat dekat aku? Tapi aku tak adalah layan dia dingin pun. Cuma aku masih was-was dengan dia. Susahlah nak berikan kepercayaan dekat dia walaupun lagi tiga hari aje aku akan jadi isteri dia. Ya! Aku akan jadi isteri kepada bapak singa! Secara automatik aku jadi mak singa! Eh, tak adalah. Hahaha... 

Pin! Pin!

Aku tersentak. Eh? Siapa pula yang datang? Jangan cakap Rayyan. Alamak!

“Adik! Rayyan datang! Adik dah siap ke?” laung along dari luar pintu bilik.

Aisehman! Apa yang aku mengelamun ni? Tak masalahnya dia ada bagitahu aku ke yang dia nak ajak aku keluar hari ni? Sempat lagi aku mengetuk-ngetuk dagu aku berfikir sejenak.

Ah! Lantaklah! Kau tunggu situ. Aku nak bersiap. Kali ni kau tunggulah. Aku nak uji kesabaran kau. Kalau dulu kalau aku lambat dia akan membebel sampai naik berbulu telinga aku tak pun dia tinggalkan aje aku terus sampai aku nak kena guna perkhidmatan Grab untuk ke sesuatu tempat.

******

“KAU suka apa?” soal Rayyan secara tiba-tiba selepas kami selesai makan di sebuah warung berdekatan dengan rumah aku.

“Maksudnya, aku suka apa?” soal aku kembali. Aku tak faham apa yang dia maksudkan, tanyalah kan? Nanti aku takut aku bagi jawapan syok sendiri ada ke naya, malu aje!

“Yelah. Kau suka apa? Semua. Makan, minum, warna... semualah jelah senang..." 

“Oh. Cakaplah. Ingatkan suka apa tadi...”

“Mana tahu kau suka aku juga...”

Aku mengerling ke arah Rayyan. Dia pula pandang depan aje. Dia cakap tu dia sedar ke tak? Lelaki macam dia tak payah berbasa-basi eh? Main direct aje. Kut ya pun janganlah syok sendiri nak cakap aku suka dia? Memang taklah!

Eh! Raihana! Kau tak payah beria tak nak mengaku eh. Padahal setiap kali kau tengok senyuman dia. Secara automatik kau tersenyum sekali. Apa kes tu?

“Err... aku suka makan makanan kampung. Minum air buah-buahan dan warna kesukaan aku warna pastel terutamanya warna baby blue."

Rayyan mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu.

“Kau betul boleh terima aku sebagai suami kau?” soal Rayyan tiba-tiba sebaik saja langkah dihentikan di atas jambatan kecil berhadapan dengan sungai yang sedang mengalir tenang.

Aku tidak terus menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri untuk beberapa detik. Aku boleh terima ke dia sebagai suami aku? Suami tau. Bukan couple atau tunang. Suami dan isteri berat tanggungjawab dia. Aku pergi kurus kahwin dengan dia hari tu pun. Macam-macam ilmu rumah tangga yang aku dapat. Perkahwinan ni bukan suka-suka. Bukan secara paksaan. Kerelaan yang lahir dari hati sendiri. Tapi tulah, orang zaman dulu, perkahwinan selalu diaturkan tetapi kebanyakannya semuanya hidup bahagia, anak berderet-deret. Tuhlah tak semua yang baik dan tak semua yang buruk.

“Nur Aazeen Raihana...”

“Huh... ya?” Terkejut aku dia panggil full name weyh! Nasib baik aku tak terjun dalam sungai tu. Terkejut sangat! Mengalahkan beruk!

“Aku cintakan kau. Setulus hati aku. Aku memang betul-betul kesal dengan apa yang aku buat selama ni. Aku minta maaf...”  

Makin terkejut aku bila dia genggam kedua-dua belah tangan aku. Aku tak tahu nak terangkan macam mana mimik muka aku masa ni. Sumpah! Jantung aku nak terkeluar masa ni! Dengan nak kena tatap anak mata dia tu! Seriusnya! Tak pasal-pasal meremang bulu roma aku!  

“Rai, I love you,” bisik Rayyan sambil mengelus-elus kedua-dua belah tangan aku yang digenggam menggunakan jari-jemarinya.

Aku rasa panas dah muka aku masa ni! Tak ada sesiapa yang nak tolong aku ke? Aku rasa nak menyorok aje dalam sungai tu. Lebih rela tatap muka ikan-ikan yang terlebih ‘kacak’ dalam sungai tu berbanding nak tatap muka Rayyan yang serius ala-ala romantik gitu!

“Rayyan, stop la. Aku....”

“Kenapa kau malu? Merah sangat dah pipi kau tu. Dahlah makin tembam dah sekarang aku tengok...”

Erk! Dia cakap aku makin tembam? Ni panas ni! Panas lain macam!

Sorry, sorry. Jangan cemberut macam tu. Macam nak kiss aje pipi kau tu, nak?”

Membuntang mata aku bila tengok muka miang keladi dia. Dia nak kiss aku? Aku tengah mimpi ke apa sekarang ni? Kenapa Rayyan ni berubah 360 darjah? Mana dia yang dulu? Tercicir kat mana-mana ke? Huh! Tak pun ada alien terhempas lepas tu dia masuk dalam badan Rayyan! Tak pasal-pasal aku kahwin dengan alien! Macam mana? Sumpah, teruk sangat aku berfantasi.

“Aazeen, sudah-sudahlah mengelamun tu. Ni aku nak bagitahu kau. Esok dengan lusa, aku tak ada tau. Aku kena pergi outstation dekat Pahang. Ada klien nak kena jumpa lepas tu ada event. Malam tu aku terus balik dan esok pagi kita akad nikah. Okey? Jaga diri tau. Nanti aku belikan kau oleh-oleh.”

Aku sekadar menganggukkan kepala. Dia outstation dua hari? Bolehlah aku hidup bebas tanpa dia sekejap kan? Dah lama tak spend time dengan Emma. Sejak Emma dah berkahwin dengan angah sebulan yang lepas, dah jarang spend time dengan dia. Angah dah culik Emma dari aku! Sadis betul! Rindu gila dekat Emma!

******

 
“ELEH, bukan main puji angah tu. Kembang nanti! Susah nak kuncup balik...,” sindir aku.

“Alah! Kau cemburukan? Alah! Tenang! Nanti kau dengan Rayyan dah kahwin akan merasai apa yang rasai. Rayyan pun kau cakap dah berubah kan? Kau je yang berburuk sangka dengan dia lagi. Walaupun aku sendiri susah nak percaya dia dah berubah. Why not, you just take the positive vibes. Kalau negatif je, seluruh hidup kita akan merasai negatif. Kau layak bahagia, Rai. Aku sayang kau sangat. Aku dah cakap dekat Iman. Kalau Rayyan buat hal, aku suruh Iman bawak kau jauh dari dia. Ajak abang Raid sekali.”

Aku sekadar menganggukkan kepala. Betul juga apa Emma cakap! Apa yang terkeluar dari mulut Emma tu semuanya benar belaka. Aku kena ambil fikiran positif. Aura positif kena selalu masuk dalam badan aku. Kalau tak memeningkan kepala aku aje memikirkan semua ni. Rayyan pun dah tak macam dulu. Aku akui yang aku mula suka dengan sikap dia yang sekarang walaupun ada kasar-kasarnya lagi. Sisi romantik tu memang ada cumanya tak menyerlah lagi. Mungkin lepas kahwin? Mana tahukan?

“Kau ingat, Rai. Perkahwinan ni kau betul-betul peka. Kau kena telan semua yang pahit sebab perkahwinan ni tak sentiasa manisnya. Selagi kau boleh bertahan, kau pertahankan dan kau cari jalan kalau boleh dicari. Tapi one day kalau kau rasa, kau dah tak tahan, kau tak boleh nak jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri, bincang baik-baik. Okey? Kalau boleh elakkan penceraian...,” pesan Emma panjang lebar.

Aku menganggukkan kepala. Sungguh Emma memang pakar dalam hal-hal macam ni....

“Adam dengan Ezra ada contact kau lagi?” soal Emma tiba-tiba.

“Adam setiap hari contact aku. Ezra tak berapa sangat. Sejak beberapa hari ni aku dah jarang nampak dia. Rayyan tak tahu yang aku dah rapat semula dengan Adam. Dia fikir aku kawan biasa aje. Biarlah dulu. Nanti aku bagitahu dia lepas aku dah kahwin...”

“Okeylah tu. Sebagai contoh, kau tengok Adam. Dulu kita yang hina dia apa semua. See, he’s changed a lot since you forgive him. Ada sesetengah orang nampak nilai kemaafan dan tekad untuk terus berubah. Tak semua sama. Semua orang pernah buat silap. Aku pun buat silap dekat Adam sebab dulu aku over sangat marah dia sebab kau. And now, dia dah berubah daripada apa yang kita sangka...”

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Ya. Betul apa yang Emma cakap. Kalau Adam boleh berubah selepas aku maafkan. Why not Rayyan kan? Bagi dia peluang dan kita tengok keputusan dia apa...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza