Home Novel Cinta Khas Buat Suraya Anne
Khas Buat Suraya Anne
kamika
13/6/2022 14:40:50
401
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Nota

Dari pengarang ;

Assalamualaikum & hai kepada pembaca karya Khas Buat Suraya Anne!

Saya Kamika penulis karya tersebut. Pertama-tama saya nak mintak maaf! Nampaknya sebelum ni saya dah tersilap upload setiap bab karya ini di dalam satu title yang besar. Sekarang bila saya ada masa untuk godek-godek site saya di Portal Ilham ini baru saya perasan kewujudan 'Tambah Bab' disitu. Dang it!! 😅

Jadi, entri saya kali ini untuk perkenalkan watak utama iaitu Suraya Anne dan Dr. Adrian.

Suraya Anne - Berumur dua puluh lima tahun. Merupakan seorang anak tunggal kepada kedua orang tua yang amat mengasihi dan menyayangi dirinya. Dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang dan seorang yang manja. Namun, jangan terpedaya. Meskipun memegang title anak tunggal, dia seorang yang berdikari dan gemarkan cabaran. Pekerjaan pertamanya setelah bergelar graduan ialah seorang jurutera RF di dalam bidang telekomunikasi.

Dr. Adrian - Berumur tiga puluh tahun. Seorang yang berkaliber dan berwawasan tinggi. Berdikari merupakan sikap yang dimiliki semenjak kecil.  Keberanian Suraya menyoal dirinya menarik perhatian Dr. Adrian kerana selama dua tahun setengah dia berada di syarikat, itulah kali pertama seorang staf  wanita berani menegur dirinya tentang topik yang kasual. 

Tambahan :

1. Sebenarnya saya mahu menulis sebuah cerita tentang kerjaya sesetengah individu yang berada dalam bidang yang lasak namun masih mengekalkan adab dan kesopanan selaras dengan nilai-nilai agama. Tiada pergaulan bebas, aktiviti yang dilarang dalam agama seperti mabuk dan judi, membuka aurat dan sebagainya. 

2. Sebarang komen membina tentang gaya penulisan dan terma teknikal yang digunakan amat dialu-alukan. 

Sekian, terima kasih banyak-banyak baca cerita saya! Semoga terhibur dan ada pengajaran yang boleh diambil. ^^

P/S : Ada 3 bab baharu di upload. Selamat membaca! 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.