Home Fans Fiction Umum Miss Writer ;)
Miss Writer ;)
Mek cha
16/9/2017 19:55:01
1,668
Kategori: Fans Fiction
Genre: Umum


Bilik pejabat ketua Editor.

Majalah dihempas kuat ke meja.

“Look,apa yang awak dah buat!.Macam ni ke cara kerja bagus yang awak janjikan before this huh? Hancur!! Now,explain macam mana this could happen ! ketua editor nampaknya marah teruk.Kang seulgi dimarahinya tanpa belas.

Majalah kemudian beralih tangan.

1 helai,2 helai….tangannya terhenti daripada menyelak halaman seterusnya.

“SYARIKAT MAJALAH HIBURAN  TERKEMUKA BAKAL DISAMAN”

Kurang jelas dengan tajuk besar artikel,bacaan diteruskan

“Bakal disaman gara-gara mencetuskan kontroversi tak berasas tentang seorang penyanyi yang baru menempa nama  dalam dunia hiburan.kenyataan ini dipetik daripada ulasan wartawan hiburan iatu Kang Seulgi. Malah turut diviralkan di media sosial.Pihak pengurusan Wonwoo akan berbincang dengan peguam mereka dengan lebih lanjut berikutan kes saman yang bakal difailkan ke atas syarikat terbabit”….dia berhenti membaca.sesekali  wajah ngeri di hadapannya dikerling menanti maklum balas.

Jeda seketika.

“so,tell me something.”ujarnya tegas

“,maaf tuan,tapi bukan saya yang sediakan laporan tersebut.Yang disemak sebelum ini berkenaan popularitinya yang sedang meningkat naik”Seulgi  menafikan.

Dia  pasti dan memang pasti ini bukan hasil kerjanya.Nampaknya seseorang cuba untuk mensabotaj dan mencantas krebilitinya sebagai wartawan.

“that’s your answer. Tapi di luar sana orang ramai  dah beranggapan buruk tentang awak dan syarikat kita. ah kusut!  I think buat masa  ni, the best solution is kita buat press conference untuk minta maaf secara terbuka berhubung salah faham ni. Ok,that’s it ..Awak boleh keluar .

Seulgi hanya diam tanpa bicara.Ikut hati mahu memberontak,mulut cuba menidakkan ,tapi hasrat tetap ditahan.

“baiklah kalau tuan rasa itu yang terbaik”balas seulgi akur.

“ohh ya,before awak keluar ..tell Irene suruh dia set up kan press conference tu.Call all the medias.This  issue should be settle as soon as possible.get it ?? sambung ketua editor (Encik Min ho) masih tegas.

“baik tuan ,arahan diterima”.seulgi akur dan melangkah keluar dengan perasaan hampa.

*******************************************************************************

Selepas seminggu, press conference tersebut berjaya diadakan.permohonan maaf diterima baik oleh syarikat pengurusan wonwoo dan fail saman yang dikemukakan telah ditarik balik. 

“Ni tak boleh jadi ,aku tak kan menyerah .Ini Kang seulgi la.Bukan nama aku la kalau lembik macam sotong.Kebenaran perlu dibongkar.Nama baik aku kena diclearkan. sapa entah yang cari pasal…?gumamnya sendiri di ruang kerja sambil mengetuk batang pen ke meja berulang kali.Nampaknya dia masih belum berpuas hati.

misi  mencari dalang sebenar diteruskan .Analisis dijalankan  ke atas rakan sekerjanya .sangat terperinci ,mengambil kira semua factor.Cemburu,dendam,saja –saja pun tak kan terlepas. 

“YANG DISYAKI  : 

Kim Ji soo , cemburu gara-gara anugerah tokoh pekerja terbaik miliknya sering kali direbut oleh Kang seulgi.

Jarang bertegur sapa dengannya sedangkan dengan yang lain ok je.

Suka mempertikaikan hasil kerja orang.

Suka mempersendakan orang lain


Arrgh .sah , memang dia !! tak lain tak bukan.Confirm !! “seulgi nampaknya yakin dengan keputusan analisis dibuatnya.


Dia kemudian bergegas ke meja Ji soo.Ingin menyerang dan nekad untuk buat dia mengaku salah. 

“yay..,kim Ji soo! Mengaku je la yang kau cuba sabotaj kerja aku.semua tahu sikap cemburu kau tu.Jelas sangat la .Guys ,,listen here ! seulgi menjerit memanggil semua rakan kerjanya.

“well,pesalah tak akan mengaku salah ! sekarang hanya kau yang ada ciri-ciri pesalah yang dicari.So,,mana nak sembunyi??serang seulgi bertubi-tubi.


Yang lain sebagai pendengar hanya diam tak berkutik.terkejut barangkali.Seulgi jarang sekali mengamuk.


“yay…Kang seulgi”kerusi ditolak.Dia sudah bangun dan memandang tajam ke arah seulgi.


“kenapa tuduh aku ?? well..korang label aku penjahat tapi Sejahat-jahat pun belum sampai tahap nak jatuhkan rakan sekerja ok.Apa guna?? Kau jatuh,aku pun jatuh.Syarikat akan hilang kepercayaan dan silap hari bulan ..kerja pun melepas.Please la,fikir dulu sebelum tuduh.”jelas Ji soo agak  kecewa.


Dia diam sejenak.Ada betulnya kata-kata Ji soo.Mungkin kali ini dia silap percaturan.


“betul bukan kau? Jadi siapa?sekarang hanya kau yang ada motif kukuh untuk buat semua kerja gila ni.”dia masih  meragui .“Ahhh..sudah la.Nonsence!! “marah Ji soo.Tas tangan dicapai,lalu beredar dari situ.Bengang diasak bertalu-talu.


Semua tercengang.


*******************************************************************************

Restoran 

 “kalau bukan dia ,siapa??ahh kusut betul la.Tak pe relax,”nafas ditarik dan dihembus berulang kali. ”makan  dulu biar Perut kenyang,hati girang,kerja sapa kita fikir kemudian.”katanya sendiri menenangkan hati.

Sedang asyik menikmati makanan,kelihatan kelibat seseorang yang dikenali masuk ke restoran.Irene ! Meja paling hujung dipilh.kehadiran seulgi disitu tak diperasannya.

“ehh itu Irene,sorang je.Dah kenapa duk kat sana .Pelik .tak Nampak aku ke? Bisik seulgi hairan.”let’s me guess.ni mesti saja nak kenakan aku kan..kan..tahu dah.hihihi”dia gelak mengekek.

Belum sempat seulgi bergerak ke arah meja sana,datang seorang lelaki  agak tinggi berhoodie  menutupi muka menyapa Irene.

2 gelas mocha ais dipesan .

“macam mana kerja sekarang”Irene bertanya

“ok je,not so bad la lepas kena hentam teruk haritu.”gelas berisi mocha dihirup perlahan.satu keluhan dilepas.

“ni bahagian kau.”satu sampul berisi wang tunai dihulur kepada Irene.”tapi ingat ..jangan bagi sesiapa syak”.Amaran keras diberikan.” ada satu lagi yang kau kena bereskan and make surekali ni Berjaya.No more FAIL .Aku Tak suka ! .Irene kelu .

“dalam ni ada beberapa keping gambar “kali ni pendrive biru laut dihulur dan disambut Irene.

“apa pulak kali ni? Sambungnya. Walaupun rasa bersalah terpaksa menjatuhkan reputasi kawan baiknya sendiri tapi dia perlukan duit tu.hanya ini cara  segera dapatkan wang untuk kos bagi membiayai  pembedahan barah ibunya.


“write a good article about it .kali ni Kang seulgi perlu jatuh.hahahaha…gelaknya sinis.

Kang seulgi yang turut berada dalam restoran merasa pelik dengan situasi tersebut.irene nampak takut-takut selepas lelaki itu mengundurkan diri meninggalkannya  yang masih belum berganjak dari kedudukan asal.Identiti lelaki itu juga belum dapat dipastikan.

*******************************************************************************

Sebulan  kemudian, gempar berita mengenai wonwoo yang dikatakan keluar daripada kelab  dalam keadaan mabuk .Sekali lagi,nama Kang seulgi dipetik sebagai tajuk utama.Dia terperanjat.


“Aku ?? Sekali lagi  dia dipanggil ketua Editor.

“masuk “.arahnya bila bunyi ketukan di pintu.

“now ,what is your answer?? Nak kekalkan jawapan dulu or what? “

“sa..sa..saya memang tak tahu.”masih lagi menafikan.”semalam  saya ada minta tolong Irene  hantarkan  laporan majalah edisi bulanan  untuk disemak dan pastinya tak de berita tentang wonwoo.Dia juga yang melakukan semakan terakhir sebelum drafts majalah dihantar ke pihak pencetakan .Biasa la   artis lain pun pernah  kena jugak   gossip,skandal  seperti ni tapi pengurusan dorang tak de la sampai kecoh bagai..sepatutnya wonwoo  dah sedia maklum dengan kehidupan sebagai public figure yang sering jadi tumpuan paparazzi.”balasnya membela diri.

Dia berfikir sejenak.

“wait.waittt !.tapi…semalam.. Irene beria nak ke sana seorang diri.walaupun dah lewat petang.nak teman tak bagi” hatinya berbisik belum yakin. ”ehh,tak mungkin dia.she’s my best friend! 


“whatever la,sekarang I  give you some time untuk settlekan sendiri hal ini.get out.!!”bentaknya lagi.


This time,bukan lagi Kim Ji soo yang menjadi suspek utama..Sejak kejadian dulu Ji soo sudah banyak berubah dan mendiamkan diri .kadang rasa bersalah dengannya .menuduh tanpa bukti.Mungkin dia sangat terasa.

*******************************************************************************

3 hari kemudian  (di ruang meeting)

“weyh,seulgi aku sakit perut la.Toilet dulu ehh.”si Irene meminta diri.

“Ishh,pompuan nie.Makan apa entah sampai sakit perut bagai.”

Dah dua-tiga kali asyik berulang alik ke tandas.perbincangan mereka agak terganggu.Ruang pejabat masih lagi sibuk.Masing-masing bekerja dengan bersungguh-sungguh memandangkan reputasi syarikat mereka dalam keadaan goyah .

“kesian dorang tepaksa tanggung semua ni.”keluhnya sendiri.

“ehh,somi ..pinjam pendrive jap.aku nak transfer gambar ni.”mintanya pada somi ,pekerja bahagian grafik.

“maaf tak de ..aku tertinggal atas katil pagi tadi sebelum pergi kerja”

“ohh yeke..,tak pe la aku pinjam yang Irene punya je la.Ada kat luar rasanya.Atas meja dia.Aku pergi cari jap ehh.nanti bila Irene masuk ,bagitau dia”pesannya ringkas.

Seulgi lekas ke ruang meja kerja Irene dan mencari-cari-Di  selongkarnya bekas pencil tapi tak de.Fail ditarik keluar satu persatu dari rak tapi tak de juga.kali ini laci meja ditarik.

“ah ,jumpa pun.susah betul”pendrive berwarna biru laut dibawanya ke bilik meeting mereka.

Ding ! pendrive dicucuk pada laptop.dia mula meng -transferkan beberapa gambar yang dipilhnya hasil perbincangan .Tiba-tiba matanya tertancap pada 1 folder aneh.

“folder apa ni,SULIT? Cehh nama kemain.Bukak je la.Klik”.seketika matanya tak lagi berganjak.beberapa keping gambar wonwoo yang kelihatan keluar dari kelab malam,jalan terhuyung-hayang dan satu artikel penuh sebijik dengan apa yang keluar di majalah edisi lepas.”sukar untuk dipercayai.Jadi tekaanya selama ni??

Irene melangkah masuk dalam keadaan lemah.semua mata tertumpu kepadanya.ketua editor pun ada.

“Ini ! apa penjelasan awak?”soal Encik Min Ho sambil menunjukkan ke arah laptop yang terbuka.

Reaksinya sangat terkejut.tidak menyangka mungkin. Irene memandang seulgi meminta belas.Nampaknya rahsia sudah terbongkar.

Apabila berterusan didesak untuk menceritakan hal sebenarnya,akhirnya Irene menbuka mulut.

“ saya minta maaf pada semua orang,terutamanya awak, Seulgi.bukan niat aku nak cuba jatuhkan reputasi kau,mencalarkan nama baik syarikat kita,tapi,..”penjelasannya terhenti ,satu persatu wajah mereka ditatap dengan riak sedih.”tapi…”

“Tapi apa ?aku ingat kita kawan rupanya tidak !’rasa sabarnya sudah dipuncak.keikhlasannya dikhianati.

“tapi aku terpaksa.ya ,terpaksa sebab aku perlukan sejumlah wang untuk kos  pembedahan ibu yang menderita penyakit kanser.Dan wonwoo lah yang mendesak.Dia yang rancang semua ini untuk menjatuhkan kau.Katanya dia punya dendam yang belum dilunaskan .Aku terpaksa..maafkan aku..tolongla…rayunya dalam sedu.

Yang lain hanya menjadi pendengar.Tidak mahu mencelah perbualan dua sahabat.

“kenapa??kenapa perlu buat semua tu untuk dapatkan duit? Terus terang je la,tak perlu nak segan dengan aku,dengan kami semua.Kami sedia membantu.”

“betul tu Irene”sokong somi.menyiakan kata-kata seulgi.

“aku minta maaf…”

“dah la …benda pun dah lepas.Sekarang bagi aku alamat agensi  dia .aku nak jumpa dan kami perlu berbincang.Masalah ada punca dan jalan penyelesaiannya.

Alamat tersebut  dihulurkan kepada seulgi.laptop ditutup kasar.tas tangannya dicapai.langkah diatur keluar dari bilik perbincangan meninggalkan mereka yang lain.


Kereta dipandu laju menuju ke lokasi .sampai di sana.kakinya  mahu bergegas masuk tapi matanya pantas menangkap kelibat wonwoo yang baru melangkah keluar dari pintu belakang.

“yay.yay.!! suaranya sudah naik satu oktaf.seulgi terus mengejar.

Wonwoo berhenti .sudah dapat mengagak siapa gerangan si pemanggil.

“well…i ada tetamu rupanya.senyum sinis dihadiahkan.”Kang seulgi,the famous writer..kenapa datang sini ?rasanya kita tak de urusan.tapi..biar aku teka…

Rahsia dah terbongkar?”ujarnya lagi.

“tak perlu nak berbasa basi .Let’s straight  to the point.Apa yang kau  tak puas hati huh ?dendam apa yang kau simpan? Huh..jawab la !! tengking seulgi sudah hilang sabar .kolar kemeja wonwoo dicengkamnya kemas.

“kau? Lupa siapa aku? Jangan pulak kata kau pun dah lupa dengan nama mingyu.

Throwback 6  tahun lepas.

“janji kita akan kawan selamanya?kita akan saling melindungi?”mingyu menghulurkan tangan untuk berjanji.

“ya,itu pasti..hehehe”seulgi si kenit turut berjanji.

Sejak itu ,mereka selalu bersama.Di mana ada mingyu di situ ada seulgi.

Suatu hari sewaktu pulang dari sekolah.Seulgi melambai-lambai kepada Mingyu untuk melintas jalan pulang ke rumah.tapi …malangnya satu kereta dipandu laju dari arah bertentangan hampir-hampir meragut nyawanya.

“arrgg…”jerit gadis kenit. 

Dung..!! seseorang dilanggar.Bukan dia tapi mingyu.macam mane..?

Si seulgi terselamat . ternyata ,Mingyu  sangat pantas berlari ke tengah jalan dan menolak tubuh si kenit  ke pinggir jalan.malangnya dia sendiri tak sempat melarikan diri. 

…………………………………………………

“sekarang dah ingat.kau yang  bunuh adik aku !! dasar pembunuh.!! Dia satu-satunya keluarga yang aku ada sejak ibu dan ayah meninggal.


“Kau bunuh dia !! “kau bunuh dia!!  Jerit wonwoo terduduk seperti dirasuk.namun,seketika dia bingkas bangun.disapu air mata yang mengalir.satu jari dituding tepat ke muka seulgi.

“kau..perlu balas semua ni.Kau pun perlu mati !! pekiknya cuba mendapatkan gadis di depannya.

Namun, seulgi cuba menenangkan.

“tak..kau salah.!! Bukan aku yang bunuh dia !! dia datang selamatkan aku.memang sepatutnya aku yang dilanggar tapi sebab kami dah  berjanji akan saling melindungi..dia datang selamatkan aku.kau tahu tak semua tu bodoh !!.selama ni aku tetap rasa bersalah.dulu,aku dengar dia ada abang yang belajar di luar negara..aku cuba untuk mencari tapi tak berjaya.Aku nak minta maaf .Tak pernah terlintas di benak fikiran untuk membunuh sahabat aku sendiri..pernah kau tahu semua tu?rasa bersalah yang sentiasa menghantui..”kali ini giliran seulgi menanggis teresak-esak.

“jadi ..bukan kau yang ..?itu kemalangan?”masih lagi cuba mendapatkan penjelasan.”rupanya dia tersilap.tiada sesiapa yang memberitahu punca sebenar mingyu meninggal.hanya ,satu panggilan diterima yang menyatakan adiknya sudah meninggal tapi waktu tu dia tak dapat pulang kerana sedang menduduki peperiksaan akhir semester.setahun kemudian,baru dia dapat pulang ke korea.

“ya..maafkan aku sebab tak dapat lindungi dia.Tak sepatutnya Mingyu pergi dalam kedaan macam tu.”sambung seulgi  lagi.cuba bangun dan menghampiri wonwoo.

“please,maafkan aku. Tak sepatutnya kau cuba buat rancangan seperti ni.Kredibilasi kau sebagai artis akan jatuh..”ikhlas dia berkata.

Wonwoo pandang wajah didepannya. nampak tulus dan bersungguh –sungguh memohon maaf darinya.

“semua tu tak memberi kesan pada aku,”dia ketawa dan menyambung.”fans lebih percayakan aku.Mereka banyak bagi sokongan. Menjadi idol ni hanya kebetulan bila aku tahu yang kau pun terlibat secara tak dalam  bidang ni.Dengan menjadi seorang idol,aku cuba gunakan popularity aku untuk jatuhkan kau ,buat kau hilang kerja dan dibenci.”ulasnya panjang.

“Mungkin sekarang dah tiba masanya untuk kita perbetulkan semua ni.terima kasih sebab berterus terang.sekali lagi,maafkan kesilapan aku.”ujarnya sayu sambil memandang wonwoo

“gadis ni tak bersalah”getus hati wonwoo lagi.

“aku maafkan kau dan maafkan aku juga sebab bertindak melulu mengikut perasaan marah ”nafas ditarik dalam-dalam.Mata di pejamkan .cuba menahan rasa sebak yang masih bersisa.

Sejak hari itu,mereka mula berkawan baik.Wonwoo si artis terkenal dan kang seulgi the writer. Kariernya sebagai idol juga bertambah baik.Malahan baru saja memenangi anugerah artis paling berpengaruh.Seulgi pula sudah dinaikkan pangkat sebagai ketua editor dan penyelaras.hubungannya dengan rakan sekerja juga  sudah pulih.dan pastinya setiap gosip pasal wonwoo akan ditapisnya terlebih dahulu.secara tak langsung masing-masing saling menjaga  antara satu sama lain.

Tamat.









 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.