Home Cerpen Umum Shasha - Bab 4
Shasha - Bab 4
Ai Em
17/4/2020 14:41:31
105
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Cafe tempat aku berkerja ini dibuka mulai jam sebelas pagi hingga sembilan malam. Tetapi, menjelang petang, suasana di cafe makin rancak. Sesuatu yang aku pelajari sejak berkerja ialah makanan tidak dibenarkan untuk dibawa pulang. Perlu dinikmati dicafe sahaja. Menurut Sweta, pemilik cafe ini mahu menjaga liabiliti perkhidmatannya. Wah!Ciri yang dimiliki oleh cafe ini benar-benar lain dari yang lain. Namun, aspek sebegitu tidak menghalang perkembangan cafe tersebut. Setiap hari tidak putus pelanggan datang berkunjung. Hari ini aku ditugaskan di ruangan Public. Terdapat lapan seksyen di ruang makan ini. Setiap seksyen mempunyai empat buah kerusi. Ada keluarga kecil yang terdiri dari pasangan suami dan isteri berserta dua orang anak. Ada juga yang datang secara berkumpulan. Namun hanya terhad seramai empat orang sahaja. Hanya empat orang pelayan ditugaskan di ruang Public. Setiap pelayan perlu berkhidmat kepada dua buah seksyen. Saat ini aku menguruskan sekumpulan wanita dan sebuah keluarga kecil. Memang jelas terpancar kelegaan tatkala Kak Min yang merupakan pengurus perkhidmatan memaklumkan kepadaku sebentar tadi.
"Adik, boleh bagi cadangan teh apa yang sesuai dengan lemon cake?" tanya salah seorang pelanggan wanita yang berada di dalam kumpulannya. Dari penampilan yang cantik menawan berserta fail dan laptop, mereka kelihatan seperti golongan usahawan yang sedang mengadakan mini mesyuarat secara kasual. Aku senyum.
"Oh, untuk fruity cake, saya cadangkan white tea. Rasa dan aroma white tea sangat unik. Jadi ianya memang sesuai digandingkan bersama kek yang berasaskan buah-buahan. Lagipun, kandungan kafeinnya rendah. Dan kadar antioksidanya pula lebih tinggi dari green tea." ulasku panjang lebar. Sebenarnya, pada minggu pertama aku berkerja aku diminta menghafal kebaikan setiap produk teh yang ditawarkan oleh cafe ini. Gasaklah jika mereka melihat keadaanku seperti pembaca berita. Asalkan informasi yang diberikan mengikut kehendak Kak Min yang tegas itu. Hik! Telingaku dapat mendengar kumpulan wanita ini berbisik diantara satu sama laim sebelum wanita yang memanggilku bersuara.
"Kalau macam tu, kami semua nak white tea. Err... Boleh kami beli sedikit white tea ni?" kata wanita itu pula. Aku senyum. Sebuah senyuman yang mesra dan ikhlas.
"Maaf, cik. No take away. Eat here only." sahutku seraya menunjukkan kearah papan tanda di beberapa sudut yang jelas menunjukkan peringatan eksklusif cafe ini. Hampir satu jam sebelum waktu operasi tamat, Kak Min meminta aku ke ruang Privasi pula. Katanya, salah seorang pelayan cafe tiba-tiba pengsan. Ruang itu masih penuh dengan pelanggan. Namun, hanya Lilian dan Elsa sahaja yang berada disitu. Aku membetulkan tali apron ketika Elsa meminta aku melayani dua orang pelanggan lelaki disalah satu sudut. Arghh! Perasaan itu mula menjelma. Dengan wajah yang serius aku mendekati mereka.
"Cik, boleh kami top up air?" pinta salah seorang dari mereka yang berbadan sedikit gempal. Aku agak umur mereka hampir sebaya denganku memandangkan raut wajah yang masih muda belia. Sambil mengangguk kecil aku ke sebuah kaunter dan mencapai sebuah teko yang masih panas. Dengan cermat dan sopan aku menuangkan teh hitam itu ke dalam cawan mereka berdua.
"Ada apa-apa lagi encik?" soalku penuh berhemah. Lirikannya tetap pada makanan yang masih berbaki dihadapan mereka berdua. Seakan hidangan itu lebih memikat hati dan lebih puas untuk ditatap.
"Operasi tamat pukul berapa?" pemuda yang bertubuh kurus berkata-kata.
"Sembilan."
"Cik umur berapa?" soal pemuda yang berbadan gempal itu pula. Aku sudah jengkel. Tapi melawan perasaan itu kerana kami disuruh supaya bijak mengendalikan emosi tatkala berhadapan dengan karenah pelanggan yang pelbagai.
"Erm.. Masih belasan." sahutku acuh tak acuh.
"Tinggal di mana?" wajahku sudah menggebu menahan rasa.
"Saya tak disuruh untuk jawab soalan macam tu. Kalau tiada apa-apa, enjoy your meal encik." ujarku dengan harapan untuk cepat-cepat pergi dari situ. Pelanggan yang berbadan gempal itu melepaskan aku pergi. Sebelum beredar dapat aku dengar tawa mereka berdua seperti sedang mengejekku. Sungguh aku marah diperlakukan begitu. Walaupun kelihatan remeh, pertanyaan demi pertanyaan dari mereka membuatkan aku lemas. Aku berasa di desak untuk menjawab. Sebab itulah aku tidak gemar bergaul dengan budak lelaki. Harus mengikut kemahuan mereka sahaja! Tamat sahaja operasi, aku menyelesaikan kerja-kerja mengemas meja dan membantu petugas di dapur mencuci peralatan. Tidak aku sedari, sikap tidak yakin untuk berkerja langsung tidak berasas. Apa guna mempunyai rakan setugas dan pengurus yang sering membantu apabila melihat salah seorang diantara kami ketinggalan. Patutlah cafe ini makin dikenali ramai. Bukan sahaja kerana menu hebat yang disajikan. Kerjasama dan sokongan diantara pekerja disini bagaikan satu keluarga yang rapat. Baru dua minggu aku berkerja, aku sudah sayangkan mereka semua dan cafe ini.
"Bye, Shasha." tegur Elsa, gadis diawal dua puluhan yang bergelar pelajar disebuah kolej swasta. Seperti aku, dia juga pekerja separuh masa.
"Bye. Jumpa esok." ujarku berbasa basi sambil tersengih. Aku menghantar gadis itu pergi dengan menaiki sebuah motosikal. Kata Elsa, lelaki itu teman lelakinya.
"Hai, awak." wajahku sudah pucat lesi. Suara itu masih aku ingat. Aku berpaling. Memandang susuk berbadan gempal yang sedang tercegat berdiri dihujung bangku.
Alamak, kenapa malam ni tak ada orang dekat sini. Biasanya ramai.. Getus aku di dalam hati. Ya. Kebiasaannya ada juga beberapa individu menunggu bas di pondok ini. Mengapa malam ni kosong pula. Sejak tiba bersama Elsa di sini sebentar tadi, tidak pula aku memikirkan sebarang kemungkinan. Kini, tatkala melihat susuk tubuh pemuda ini mulalah fikiranku terganggu. Bermacam perkara tidak enak terlintas diminda.
"Eh, janganlah takut. Saya nak berkenalan je. Dah lama saya perhatikan awak." ujar lelaki itu seakan mendengar keresahan hatiku. Perhati? Erm, patutkah aku ambil langkah seribu sekarang? Takut pula aku mendengar kata-kata pemuda ni. Macam stalker pun ada. Pemuda itu melangkah beberapa tapak. Aku menahan nafas buat seketika sebelum aku juga mengambil langkah ke belakang beberapa tapak.
"Eh, rileklah. Saya tak buat apa-apalah. Cuma nak kenal dengan lebih rapat je." Oh, tidak! Aku tak berminat. Jadi bagaimana untuk aku berada disitu. Lebih baik aku cabut sebelum pemuda itu salah faham.
"Kenal lebih rapat? Salah tu.. Kau patut tanya dia dah ada boyfriend ke belum." Jantung yang hebat berdebar makin rancak bergetar sebaik satu sentuhan melingkar dibahuku. Aku melirik dengan ekor mata kearah jari jemari yang runcing di hujung bahu sebelum wajahku beralih pula untuk mendongak melihat empunya suara yang tenang itu. Satu kenyitan kecil dihadiahkan kepadaku. Sah! Aku tak boleh bernafas saat ini.
"Sorry, darling! Abang lambat hari ini." petik lelaki itu lagi. Dengan serta-merta duniaku menjadi gelap gelita. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.