Home Cerpen Umum Insaflah Haris...!
Insaflah Haris...!
Amatara
24/12/2018 11:57:21
1,695
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

 “INSAFLAH HARIS!...”

Oleh

Amatara

 

HARIS begitukhusyuk bermain game secara online di komputer ribanya. Game Mafia Wars memiliki lebih daripemain aktif iaitu 26,000,000 membuatnya menjadi salah satu permainan yangpaling popular pada masa kini. Bermula dari sebuah keluarga Mafia bersamarakan-rakan, sipemain membina kerajaan kriminal dan berjuang untuk menjadikeluarga yang paling kuat. Jari-jemari Haris ligat menekan tombol keyboard yang mempunyai simbol tertentudalam permainan itu. Sesekali kedengaran suara Haris menjerit kuat apabilabeberapa simbol tenteranya ditembak bertubi-tubi oleh pihak lawan.

            “Haris!” jerit Umi memanggilanaknya.

            Haris yang sedang khusyuk bermain game langsung tidak mengendahkanpanggilan ibunya. Malah, dia mengeluh keras kerana fokusnya terganggu denganpanggilan itu. Pantang baginya kalau ketika dia bermain game ada sahaja yang mahu mengganggu tumpuannya. Dia menyandarkantubuhnya di kerusi mencari ruang untuk kedudukan yang lebih selesa.

            “Haris!”

            Umi menguak pintu sambil mengetapbibir. Sudah berbuih mulutnya memanggil nama Haris tetapi Haris langsung tidakmenunjukkan tanda-tanda untuk berhenti daripada bermain game. Sikap Haris yang biadap itu langsung tidak disenangi oleh Umi.Semuanya sudah menyalahi norma kehidupan seorang anak Melayu yang kaya denganketinggian nilai budi pekerti serta berakhlak mulia. Hanya kerana game, Haris sudah tersasar daripada jatidiri dan peradaban bangsanya sendiri.

            “Haris! Tutup dulu game tu. Sakit hati Umi tengok Harismacam ni. Haris buat tak dengar saja bila Umi panggil sampai tekak Umi sakit.Haris nak jadi apa? Asyik main game saja.”Herdik Umi melepaskan perasaan amarahnya.

            Haris hanya memekakkan telinga.Fikirannya masih fokus terhadap permainan gamedi layar skrin komputer ribanya. Situasi ini menyebabkan Umi ‘naik hantu’dan terus menekan punat off padakomputer riba itu. Serta-merta paparan di skrin terpadam.

            “Ah! apa Umi ni. Tengok, semua askarHaris entah mati atau tidak? Sikit lagi je Umi.” Bentak Haris marah.

            Umi tergumam apabila mendengarkata-kata Haris. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar mulut Haris biar sampaiberdarah. Kalau tidak diajar dari sekarang, barangkali apabila sudah dewasasemakin berani menengking dan melawan ibu bapa. Pada masa itu, semestinya sudahterlambat ibarat, ‘nasi sudah menjadi bubur’. Namun, niat itu terbatal dengansendirinya apabila mengenangkan bukan salah Haris jadi begitu. Seingat Umi,hadiah komputer riba itu adalah bersempena hari ulang tahun Haris yang ke-9.Suaminya yang membelinya. Pada awalnya, memang semuanya berniat baik iaituuntuk membantu Haris agar belajar dengan menggunakan kemudahan teknologi yangterkini. Kata suaminya, Haris perlu belajar dan memahami selok-belok kemudahanICT berpadanan dengan cara hidup generasi masa kini. Umi menghamburkan nafasapabila mengenangkan musibah yang diterimanya kini.

            “Haris...bukan ini caranya.Kemudahan yang babah beri ini untuk membantu meningkatkan pelajaran Haris. Adabanyak tugasan atau pun soalan-soalan yang boleh di download menerusi laman sesawang di internet. Haris boleh belajardan menjawab soalan dari situ. Semuanya akan memudahkan ulang kaji Haris. Initidak, Haris lebih banyak bermain gamedaripada mengulang kaji. Kalau Haris cari maklumat atau info berkaitan subjekyang diajar di sekolah, sudah tentulah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan.Kalau main game saja, apa yang Harisdapat? Insaflah Haris!” Umi berleter panjang lebar.

            Mata Haris terkebil-kebil apabilamendengar leteran Uminya. Biarpun dia tahu leteran Umi itu memang seratusperatus ada kebenarannya tetapi naluri dan keinginannya mejangkaui hatinyauntuk mengulang kaji pelajaran.

            “Sudahlah. Kawan kamu Razak sudahlama tunggu di ruang tamu untuk belajar bersama-sama.” Umi memberitahu hal yangsebenarnya lalu keluar dari bilik Haris.

            Haris menggaru-garu kepalanyawalaupun tidak gatal. Dia sama sekali terlupa tentang janjinya untuk mengulangkaji bersama-sama dengan Razak. Setiap petang, Razak pasti akan datang kerumahnya untuk mengulang kaji pelajaran. Razak yang merupakan jiran sebelahrumahnya itu sentiasa menepati masa. Mereka juga dari kelas dan sekolah yangsama. Cuma yang membezakan dia dan Razak adalah dari segi kemewahan yangdimilikinya.

            Razak merupakan anak sulung daripadalapan orang adik-beradik. Ayahnya bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunyapula hanyalah suri rumah tangga. Mereka menyewa di sebelah rumah Haris. Keadaanadik-beradik yang ramai dan pendapatan yang terhad itu menyebabkan Razakmencari alternatif sendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Jika tidak, sudahpastilah adik-adiknya yang ramai dan masih kecil itu akan mengganggu danmembantutkan pembelajarannya jika di rumah. Atas dasar simpati, Umi menyuruhRazak datang ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan Haris.

            “SorryRazak. Dah lama kau tunggu?” soal Haris sambil membawa beberapa buah bukurujukan.

            Razak yang sedang berdiri itu hanyatersengih hingga menampakkan giginya yang kekuningan. Dia membetulkan kolarbaju yang dipakainya seperti mahu mengadap Pak Menteri.

            “Baru saja.” Ujar Razak sambilmenarik kerusi lalu menghenyakkan punggungnya di situ.

            “Soalan yang Cikgu Shidah suruh buattu kau dah buatkah?” tanya Razak sambil membelek halaman pada buku teks Matematik.

            Haris tidak menjawab. Fikirannya menerawangdi segenap pelusuk rumah itu. Fikirannya melayang-layang ditiup oleh anginkemalasan hingga ke permukaan siling rumah. Hanya permainan game itu sahaja yang sedang merajaimatanya ketika itu.

            “Haris... kau dengar tak apa yangaku cakap ni?” soal Razak. Keningnya berkerut.

            “Apa...apa yang kau tanya tadi?”jawab Haris keliru.

            “Apa yang kau sedang fikirkan?” soalRazak ringkas.

            “Entahlah. Aku betul-betul tak ada mood nak ulang  kaji sekarang.” Ujar Haris sambil menongkatdagu.

            Razak mengerutkan kening. Dia tidakdapat menterjemahkan apa yang sedang difikirkan oleh sahabatnya itu.

            “Haris, aku ni kawan kau. Kaudengarlah apa yang aku nak cakapkan. Aku tahu kau tak ada mood nak ulang kaji pelajaran. Jangan macam tu kawan. Pelajaransangat penting untuk masa depan kita. Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kausekarang,” tegur Razak sambil mengangkat keningnya.

            Haris terkedu. Serta-merta riakwajahnya berubah.

            “Apa yang kau tahu?” soal Haris cubameneka ramalan Razak.

            “Dalam kepala otak kau sekarangsudah tentu nak main game saja, kan?”tanya Razak sambil tersengih.

            Dengan pantas Haris menekup mulutRazak. Dia khuatir jika Uminya mendengar kata-kata Razak itu.

            “Betulkan?” soal Razak lagi.

            Haris hanya mengangguk sepertiburung belatuk. Wajahnya nampak ceria apabila mendengar perkataan game.

            “Hmm...tak salah kalau kau main game. Tapi kenalah dahulukan mana yanglebih penting. Tujuan Babah kau belikan komputer riba itu adalah untuk kemudahankau belajar. Ada baiknya kau memanfaatkan kemudahan itu untuk tujuan peningkatanilmu pengetahuan kau. Kau beruntung. Tak macam aku langsung tak ada komputerriba di rumah. Kau sendiri tahu macam mana keadaan kami sekeluarga. ‘kais pagimakan pagi, kais petang makan petang’. Hendak belajar pun susah kerana akuramai adik-adik. Tak macam kau anak tunggal. Semua kehendak dan kemahuan kauakan mudah dapat. Aku ni jangankan kata komputer, telefon pintar pun tak ada.Aku harap kau jangan sia-siakan kemudahan teknologi yang babah kau berikan tu,Masih belum terlambat kawan. Insaflah!” panjang lebar saja nasihat yangdiberikan oleh Razak.

            Haris tidak ambil peduli. Nasihat Razakitu ibarat ‘mencurahkan air di daun keladi’.

            Kau pun dah macam umi aku. Suka bericeramah percuma. Haris bermonolog sambil mencebikkan wajahnya.

            Haris bingkas bangun. Keadaan itumembuatkan Razak tergamam.

            “Kau nak ke mana tu? Ulang kaji kitabelum habis lagi.”

            Haris hanya menggoyangkan tangankanannya seolah-olah tidak ada apa-apa yang perlu dibualkan lagi. Razak hanyamenggeleng-gelengkan kepala sahaja apabila melihat perlakuan sahabatnya itu.Haris masuk ke dalam bilik lalu menekan punat on pada komputer ribanya. Sementara menunggu komputer ribanya dibuka,dia melihat pemandangan di luar jendela. Tidak ada apa-apa yang menarikperhatiannya ketika itu. Hanya kebosanan yang semakin melingkari perasaanya.Dia menguap beberapa kali. Dalam tak sedar, dia tertidur di hadapan komputerribanya.

            Segala keseronokan pada petang itudihabiskan dengan permainan game.Tiba-tiba dirinya menjelma menjadi seorang pemain utama dalam permainan itu.Haris meneliti baju yang dipakainya. Sepasang baju teluk belanga tersergamkemas pada tubuhnya. Dia kini berada di alam permainan siber yang diciptakannyasendiri.

            Sedang dia terpinga-pinga melihatkeadaan di sekelilingnya, tiba-tiba bahunya dicuit orang.

            “Haris, tolong Babah! Tolong Babah!”suara Babahnya kedengaran kuat dari arah belakangnya.

            Haris berpaling ke belakang. Diamelihat kaki babahnya luka terkena tembakan. Darah merah pekat mengalir di kakibabahnya. Babahnya tidak dapat berjalan. Wajah Babah berkerut sakit. Sesekali,dia menyeringai menahan kesakitan. Haris memapah Babahnya menuju ke semak dibelakang sebuah rumah. Ketika dia sampai di situ, beberapa orang tentera sedangmengarahkan kesemua penghuni rumah itu keluar. Dari pengamatan Haris, kesemuatentera itu memakai uniform tentera Jepun. Haris terpinga-pinga. Apa yangdilihatnya kini saling tidak ubah seperti dalam filem ‘Sarjan Hassan’.

            “Potong kapala,” jawab seorangtentera Jepun sambil menghunuskan mata pedangnya yang berkilau ke arah seoranglelaki tua yang telah ditangkap.

            Sekali hayunan sahaja, mata pedangitu memisahkan kepala daripada badan lelaki itu. Haris terduduk di dalambelukar ketika menyaksikan adegan itu. Beberapa orang lelaki muda pula disuruhminum air sabun sehingga perut menjadi kembung. Kemudian, perut mereka dipijakoleh tentera Jepun sehingga terkeluar air yang diminum. Jeritan dan pekikansentiasa mewarnai seluruh kawasan itu. Ada di antara mereka yang dirodok perutdengan mata pedang oleh tentera Jepun. Haris menekup mulutnya dengan kedua-duabelah tangan. Dia hampir menjerit melihat kekejaman yang dilakukan itu.

            “Kamu!” tiba-tiba seorang tenteraJepun dari arah belakang Haris menghunuskan mata pedang ke arah Haris. Haris tersentak.Dia tergamam. Dia dan Babahnya langsung tidak dapat melarikan diri. Entah darimana tentera jepun itu datang tanpa disedari.

            “Kamu! Potong Kapala!”

            “Jangan! Jangan potong kepalaku. YaAllah, ampunkan dosa-dosaku. Tolonglah aku!” jerit Haris sekuat hati.

            Haris ingin lari. Kalau boleh diamahu lari sejauh yang mungkin. Tiba-tiba dia terasa badannya bergoyang-goyang.Dia membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Umi dan Razak sedang memerhatikandirinya dengan wajah yang penuh curiga.

            “Umi!” jerit Haris sambil menangis.

            Razak dan Umi saling berpandangan.Mereka tidak tahu apa yang telah dilalui oleh Haris.

            “Kenapa ni? agaknya Haris mimpi.”Jawab Umi sambil mengesat air mata Haris.

            “Umi, maafkan Haris. Haris janji takakan ingkar cakap Umi lagi. Mulai hari ini, Haris tak mahu main game lagi. Haris nak belajarbersungguh-sungguh. Haris tak mahu mati ditangan tentera Jepun.”

            Sekali lagi Razak dan Umiberpandangan sesama sendiri. Mereka masih keliru dengan sikap yang ditunjukkanoleh Haris.

            “Tentera Jepun?” soal Razak sambilketawa.

            Umi hanya menggeleng-gelengkankepala sahaja apabila mendengar ‘tentera Jepun’ itu. Manakala Haris masihterpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku.

            Mulai hari itu, Haris tidak lagibermain game. Kemudahan internet yangdiberikan kepadanya digunakan dengan sebaik mungkin. Setiap petang, dia danRazak akan belajar mengulang kaji secara online.Soalan-soalan UPSR tahun lepas dan juga kerja rumah yang diberi oleh gurudirujuk melalui pencariannya di google.Info dan carian diperoleh tanpa sempadan.

            Benarlah kata Cikgu Shidah,kepantasan dan kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara globalmelalui Internet membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehanmereka dan ini membantu kepada pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengantidak hanya menghafal fakta.

            Kini, Umi dan Babah boleh tersenyumbangga. Bangga kerana pada peperiksaan akhir tahun itu Haris telah berjayamemperoleh kedudukan tempat pertama di dalam kelas. Manakala Razak pulamengikut rapat dengan menduduki tempat kedua.  Umi paling gembira dengan pencapaian danperubahan Haris. Kerana ‘tentera Jepun’ itulah maka kemudahan internet tidaklagi disia-siakan oleh Haris.

 

 

 

 

           

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.