Home Cerpen Keluarga Tteokbokki buat Mak Cu
Tteokbokki buat Mak Cu
Zhar Aruzi Hairi
14/8/2016 13:23:56
3,306
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Tteokbokki Buat Mak Cu

Oleh : Zhar Aruzi Hairi

Helza sedang sibuk memasak untuk hidangan malam. Hari ini giliran dia memasak. Mira dan Feena hanya menunggu untuk membasuh pinggan mangkuk, lepas makan nanti.

“Bau sedap, kau buat aku rasa lapar pulak?” Mira menegur sambil mencalit kuah sambal undang di meja.

“Chef yang masak, sapa tak terliur?” Feena turut menyampuk.

“Jangan puji-puji sangat, nanti aku masukkan julap dalam sayur ni baru korang tau” Tingkah Helza. Pantang sangat dia kalau orang memuji sebelum semua masakan siap.

“Sori le Bib, Kitaorang sebenarnya ikhlas. Kenapa kau asyik emo je hari ni?” Balas Mira.

Helza tidak menjawab. Dia masih teringatkan panggilan dari Mak Cunya tengahari tadi.

“Helza sihat?” suara Mak Cu kedengaran sengau. Kemudian dia bersin.

”Alhamdullillah” Helza menjawab, serentak mendoakan bersin Mak Cu.”Mak Cu demam ke?”

“Haah…dah tiga hari”

“Dah ke Klinik?”

“Dah. Tapi belum baik-baik lagi. Rasa macam lambat sangat nak baik”

“Tu la. Asyik kerja..kerja..kerja..bila nak rehat entah?” Bebel Helza.” “Nak Helza jagakan Mak Cu ke?”

“Ye la. Sebab tu la Mak Cu telefon. Bila boleh Helza datang?”

“Cuti Helza start minggu depan. Cuti dua minggu. Ingatkan nak balik rumah Mak…Tapi kalau Mak tahu hal Mak Cu, dia mesti suruh Helza pergi ke tempat Mak Cu.”

“Mak Cu dah cakap kat Mak kau. Dia no hal lah” Mak Cu berslanga.

“Kalau macam tu, Tak pa lah Mak Cu. Kita jumpa nanti.”

Tiba-tiba sahaja dia teringatkan janji yang dibuatnya bersama Rashmel. Kawan sekampungnya yang berjanji untuk datang merisik. Mereka bukannya pasangan kekasih pun. Cuma Reshmal yang tiba-tiba muncul di kafenya dua hari lepas. Lepas berborak-borak, dia meluahkan hasrat tu. Helza yang tergamam, tak sempat nak fikir panjang-panjang, terus setuju. Maklumlah, dia pun masih kosong.

“Mati aku kalau Rashmel call nanti.”

“Assalamualaikum Mak Cu, Helza dah sampai. Kat pintu luar ni” Helza menelefon selepas tiada siapa membuka pintu. Sudah lima kali dia menekan loceng.

Sebaik habis bercakap, pintu automatik itu tebuka. Helza melangkah dengan mengheret beg sambil menjinjing mangkuk tingkat.

“Kenapa tak telefon awal-awal?.Kalau tekan loceng, sampai ke petanglah kamu di situ. Bukan ada yang dengar pun. Mak Cu dekat dapur” Leter Mak Cu sebaik bersalaman. Helza tersengih. Memang salah dia pun.

“Mak Cu dah makan ubat?” Mak Cu mengangguk. Helza meletakkan mangkuk tingkatnya di meja.

“Helza panaskan dulu rendang daging. Lepas tu nak tumiskan sikit sayur campur”

“Laa budak ni, buat apa susah-susah bawak. Mak Cu pun boleh masak lagi!”

“Mak Cu kan pernah cakap, mengidam nak rasa rendang nenek. Sebab tu Helza masakkan siap-siap”

“Dah..Dah...Biar Mak Cu buat...Kamu bawak beg masuk ke bilik. Mandi dan solat dulu.” Arah Mak Cu.

Helza bangun menurut.

“Tuan rumah mana?” Tanya Helza sejurus di meja makan. Dia maklum yang Mak Cunya itu bekerja sebagi orang gaji di rumah tersebut.

“Tak balik kot. Dia tak bagi Mak Cu masak selagi belum sihat”

”anak bini dia?”

“Bujang lagi la. Belom kawin-kawin”

“Ai, dah kaya cengini pun tak nak bebini” Perli Helza sambil matanya merewang meneliti setiap dekor di dapur.

“Encik Adham tu pemilih orangnya. Bukan calang-calang orang boleh memikat dia”

“Takkan selama hidup ni tak berjumpa calon. Ni mesti high taste…Tak pun…”

“Tak pun apa?” Mak Cu membulatkan mata. Bukan senang-senang nak mengata majikannya.

“Eh! Tak ada apalah Mak Cu..” Helza cuak untuk menyambung ayat. Tak pasal-pasal nanti kena ceramah.

“Esok kau tolong masakkan sarapan untuk Encik Adham. Mak Cu tak berapa sihat nak bangun awal”

“Baiklah Mak Cu. Pukul berapa dia Sarapan?” Helza ke sinki dan membasuh tangan. Pinggan yang dipegang tadi pun dibasuhnya sekali.

“Lepas subuh. Dalam pukul enam?

“Hah!..Gila apa sarapan awal macam tu”Helza hanya bersuara dalam hati. Takkan aku nak bangun 5.30 pagi..5.30 pagi oii. Tengah sedap tarik selimut tu.

“Fikir panjang nampak?” Mak Cu memerli Helza yang lama terdiam di singki.

Menu sarapan majikan Mak Cu memang ringkas. Roti bakar dengan jem atau kaya sahaja. Telur separuh masak tiga biji.Minuman pula hanya jus oren. Untuk seorang makan pulak tu. Memang tak berbaloi dari segi ekonomi. Lebih baik makan di kedai.

Semua perkara yang dipesan oleh Mak Cu telah dilaksanakan. Malah Helza sediakan checklist supaya tak tertinggal. Dia juga bangun lebih awal.

Mula-mula dia akan membuat roti bakar. Masukkan roti yang dibeli semalam di dalam toaster sahaja!. Lepas tu masukkan jem dan kaya dalam mangkuk. Selepas air panas masak, dia masukkan air panas dan telur dalam satu bekas. Dibiarkan selama sepuluh minit. Cukup untuk jadikan telur itu separuh masak. Akhir sekali dia hanya perlu memerah oren untuk membuat jus segar.

“Dah siap!” Helza menjerit lega. Semua yang disediakan tadi dihidangkan di meja. Dia pula ke bilik sebentar untuk solat subuh.

“Dah siapkan sarapan?” Tanya Mak Cu sebaik Helza selesai solat. Helza hanya mengangguk sambil membuka telekung.

“Lepas ni, tolong temankan Encik Adham di meja”

“What!! Biar betul Mak Cu.” Hampir tersedak Helza mendengar arahan Mak Cu. Nak bersarapan pun perlu berteman. Boss jenis apa ni!

Mandi pun tidak. Make-up pun tak pakai. Tiba-tiba nak kena duduk semeja dengan lelaki yang dia tak kenal. Memang tak la jawabnya. Helza mengambil keputusan untuk mandi dulu.

Lepas mandi dia ke meja makan untuk mengemas. Seorang lelaki berpakaian kemas masih di meja.

“Mak Cu lambat hari ni bersarapan” Adham bersuara. Dia menangkap bunyi orang di dapur. Cepat-cepat Helza menutup rambutnya dengan tuala yang masih di tangan.

“Jom makan sekarang!” sambung Adham menjadikan Helza serba salah. Kalau berpatah ke bilik nanti, pasti Adham datang mencari. Dia menarik kerusi untuk duduk di berhadapan dengan Adham.

“Awak siapa?” bersembur jus oren yang diminum Adham. Terkena sedikit pada kemeja yang dipakainya. Tiba-tiba sahaja ada seorang gadis yang duduk di hadapannya!!

Helza sendiri turut terkejut. Cepat-cepat dia bangun. Ingatkan Mak Cu dah maklumkan kepada Adham yang dia ada di rumah tu.

“Dah..dah..duduk..duduk” Mak Cu tiba-tiba datang ke meja. Di tangannya ada menjinjing dua bungkusan nasi lemak dan sedikit kuih.

“Seronok kenakan kamu berdua pagi-pagi ni?” Mak Cu ketawa dan tersenyum.

Adham bersalam dengan Mak Cu sebelum keluar ke pintu. Memang itu tingkah pemuda ini setiap kali mahu ke tempat kerja.

“Kalau Mak Cu tak sihat, tak payahlah masak untuk saya. Kerja-kerja rumah yang lain tu, nanti saya panggilkan orang untuk buat.Tak payah susah-susah carikan orang untuk ganti” Pesan Adham.

“Mak Cu risaukan kamu. Bukankah kamu susah berselera kalau makan masakan di luar. Dari kecil lagi macam tu kan?”

“Mak Cu tak payah risau. Itu Adham akan uruskan sendiri. Dapat minum milo pun dah cukup” Adham membuka pintu kereta.

Helza mengekor Adham dan Mak Cu dengan memandang dari balik tabir. Berdetik juga hatinya tentang hubungan Mak Cunya dengan Adham yang begitu rapat.

“rapat betul Mak Cu dengan En. Adham” Tanya dia sebaik Mak Cu melangkah masuk.

“Mak kamu tak ceritakan pasal Adham lagi ke?” Mak Cu melabuhkan punggung di atas bangku. Helza hanya berdiri.

“Dia anak susuan Mak Cu. Sejak lahir lagi Mak Cu yang susukan dia sebab mamanya tidak boleh memberi susu. Dia ambil Mak Cu kerja pun asalnya untuk menjaga dan menyusukan Adham.”

“Maaf. Helza tak tahu pasal tu. Sebab tu juga Mak Cu tak pernah berkahwin?”

“Mak Cu pernah kahwin. Dua bulan lepas mak dan ayah kamu bernikah. Cuma jodoh Mak Cu tak panjang. Dua tahun sahaja. Doktor sahkan yang Mak Cu tak boleh beranak. Laki Mak Cu tak boleh terima.” Mak Cu tersenyum tawar. Helza melihat matanya berkaca.

“Tapi Mak Cu bahagia dengan layanan anak yang seorang ni”

Sudah seharian Helza bekerja. Dari pagi lagi dia membuat segala rutin kerja Mak Cunya. Dari memasak, mengemas sehinggalah menyiram bunga-bunga di luar. Kalau diiikutkan hatinya mahu sahaja dia lari balik ke kampung. Letih bekerja sepanjang hari!

Mak Cu pula hanya duduk di kerusi memberi arahan. Geram pun ada dengan tingkah Mak Cunya itu. Kalau sakit pun, kerja sedikit-sedikit pun boleh dibuat apa. Sekurang-kurangnya boleh memotong sayur atau mengupas bawang. Ini tidak, semuanya Helza yang kena buat.

Memang Helza betah dengan kerja-kerja rumah. Manakan tidak, dia anak sulung dari sepuluh beradik. Rapat-rapat pulak tu. Dialah pengganti mak dan ayah untuk kerja-kerja di rumah semasa mereka bekerja. Sehinggalah semuanya besar-besar dan boleh berdikari sekarang. Barulah dia berani untuk belajar bidang kulinari dan menjadi chef seperti sekarang.

Lamunan Helza terhenti seketika, telefon bimbitnya berdering.

“Assalamulaikum Helza, saya Rashmel” Hati Helza berdebar sebaik mendengar nama tersebut. Janji pun telah dibuat sebelum ini.

“Ya. Helza ni”

“Ingat tak janji kita dua minggu lepas. Pasal rombongan merisik tu!. Saya dah beritahu keluarga dan mereka setuju.” Nada gembira kedengaran dari riak suara Rashmel.

Otak Helza ligat memikirkan alasan. Takkan tiba-tiba dia nak balik kampung pulak. Mak Cu masih perlukan dia di sini. Kalau dia tiada di sana, tentu ibu Rahmel kecewa kerana tidak berpeluang melihat bakal menantu.

“Maaf Rashmel, saya tak ada di kampung sekarang”

“Awak kat mana?”

“Rumah tempat Mak Cu saya bekerja. Saya kena jaga dia sepanjang cuti ni”

“Habis tu, macammana dengan janji awak?”

“Kita tangguhkan sahaja dulu, boleh tak?”

Pap!

Talian dimatikan tiba-tiba. Helza tergamam!

“aku salah cakap ke?

Dah seminggu dia dia membantu Mak Cu. Namun tanda-tanda untuk Mak Cu sihat seperti sediakala belum nampak. Semalam sahaja Mak Cu pulang dari klinik dengan ubat-ubat yang baru.

“Mak Cu rasa macam mana hari ni?” sapa Helza melihat Mak Cunya termenung di meja.

“Dah kurang banyak ni. Nanti baiklah” senyuman Mak Cu memberikan keyakinan pada Helza. Tak pernah Mak Cunya demam lama-lama macam ni. Mungkin sebab dah berumur.

Helza bercadang hendak memasak nasi lemak pagi ni. Mak Cunya menyuruh dia mengambil daun pandan yang di tanam berhampiran pintu pagar.

“Arghhhh!!!!” jerit Helza sebaik melihat kelibat lelaki memberus pintu kereta. Tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.

Adham yang turut terkejut hampir-hampir jatuh.

“Hah!..dah kenapa awak ni” jerkah Adham. Berus yang dipegangnya terjatuh ke lantai.

Helza tergamam seketika melihat tubuh sasa Adham.

“Awal sangat basuh kereta. Dah la tak berbaju. Kata orang kaya, hantar je la ke Carwash” Bentak Helza.

“Kereta saya, Duit saya, suka hati sayalah apa saya nak buat. Ni apa hal pagi-pagi di depan rumah ni?”

“Nak ambik daun pandan. Buat nasi lemak”

“Dah tahu nak buat nasi lemak, kenapa semalam tak ambik” bebel Adham pula. Helza menjuih mulut. Tak kisahlah bos ke tidak.

Mak Cu terkocoh-kocoh keluar sebaik mendengar bunyi mereka bertelagah.

“Apa hal kamu berdua pagi-pagi ni? Malu kalau jiran-jiran dengar. Ni Adham, dah tahu ada anak dara dalam rumah ni, pakailah baju. Helza pun, jangan terjerit-jerit boleh tak” Tegur Mak Cu. Helza cuba bersuara tapi mampu. Dia teringat yang Mak Cu masih belum sihat.

“Nanti lepas bersarapan, kamu berdua pergi ke pasar. Helza tulis apa yang dibeli nanti”

Hah! Ke pasar. Mereka berdua saling memandang tanpa bersuara.

Adham terpaksa memakir kereta agak jauh. Kawasan parkir sekitar pasar dipenuhi gerai jualan. Terpaksalah dia dan Helza berjalan jauh sedikit.

Dari tadi mereka berdua membisu sahaja. Tiada topik yang mahu dibualkan. Masing-masing juga pendiam. Adham hanya membunyikan radio untuk menceriakan suasana.

Helza acuh-tak acuh mahu menyeberangi jalan. Lalulintas di situ agak sibuk pada hari Ahad. Berkali-kali dia cuba untuk melintas tetapi tidak jadi. Dia tidak yakin melangkah laju ke seberang jalan.Akhirnya dia hanya menunggu kereta berkurangan.

“Kalau macam ni, sampai esok pun tak ke pasar” Sergah Adham. Mujur dari tadi dia hanya memerhati. Lucu dia melihat gelagat Helza. Menyampah pun ada.

“Jom !” dia mencapai pergelangan tangan Helza. Ditariknya tangan sambil berlari-lari anak melintasi jalan. Adham mengangkat tangan sedikit sebagai isyarat untuk lalu sambil mempercepatkan langkah. Helza terpaksa menurut.

Apabila sampai ke pasar, barulah Adham melepaskan pegangan tangan.

“Sakit ke?”tanya dia apabila melihat Helza mengelus-ngelus pergelangan tangan.

“Tak. Saya Ok jer. Cuma nak balik nanti macam mana? Dengan barang lagi”

“Awak tunggu je kat depan pasar ni. Saya bawa kereta ke situ nanti” Helza mengangguk bersetuju. Dia mengeluarkan senarai yang ditulis bersama Mak Cu tadi.

“Dah dapat semua barang” tanya Adham sambil menjinjing beberapa uncang plastik.

“Gula melaka jer belum jumpa” Balas Helza sambil matanya melilau mencari kedai menjual barangan dapur.

“Eh! Sekejap. Barang yang dibeli ni semuanya Mak Cu yang minta. Awak tak nak apa-apa ke?”

“Hmmm… kalau chef yang tanya, saya nak rasa korean food la pulak?”

Helza memandang tajam. Menyesal pulak dia tanya. Dia mengeluarkan handphonenya sebelum menaip sesuatu.

“Nanti saya buatkan awak tteokbokki. Barang-barang nak buat dia kena cari dulu”

“Sedap ke?”

“Yang tu saya tak tahu lagi. Nanti lepas makan baru boleh komen.”

“Ok. Masak yang tu untuk dinner. Makan tengahhari nanti ikut apa yang Mak Cu nak masak je?” ujar Adham.

“Baik Boss”

“Kau nak masak apa ni” Tergaru-garu Mak Cu melihat Helza mengeluarkan barang untuk memasak. Sepaket kek beras, ikan bilis, serbuk cili, fishcake dan beberapa bahan tambahan diletakkan diatas meja.

“Tteokbookki ni khas untuk Mak Cu”

“Apa benda tu?”

“Masakan korea. Rasa lebih kurang macam makan kuewteow dengan kuah pedas. Nama dia jer susah nak sebut”

“Adham dah tau kamu nak masak ni?”

“Dah. Dia yang mintak sebenarnya”

“Kalau macam tu, kamu la yang buat. Mak Cu tolong apa yang patut jer.”

Helza mengiya sahaja.

Adham duduk diatas buaian, menghadap ke jalan. Rasa pedas tteokbokki tadi masih terasa di tekak. Dia tak pasti Helza masak ikut resepi korea atau pandai-pandai modified makanan tu. Tapi dia rasa sedap. Dah Helza memang chef yang bagus.

Angin malam yang menghembus lembut memang menenangkan. Sesekali Adham akan berehat di buaian in sambil berayun perlahan.

“Dah ada orang rupanya” Helza menegur dari belakang. Biasanya dialah yang selalu duduk di situ sambil membelek handphone.

“Mari duduk sebelah ni, kita sembang-sembang” Ajak Adham. Selalunya dia hanya berseorangan melayan perasaan.

“Tak nak lah…segan”

“Nak segan apanya. Bukan kita buat apa pun. Terang-terang Mak Cu boleh nampak kita ni. Tingkap dapur tu terbuka luas”

“Maafkan saya pasal pagi tadi ek?” Helza bersuara sebaik duduk.

“Lamanya nak mintak maaf. Dah empat belas jam ni.”

“tu la.. ingatkan nak mintak maaf raya nanti” Adham senyum. Pandai jugak chef ni buat lawak bodoh!.

“Saya pun sama. Ada salah kat awak. Anyway, terima kasih sebab masakkan untuk saya tadi. Sedap”

Bangga sekejap Helza. Hilang penat dia bertungkus lumus di dapur tadi.

“Biasa je En. Adham. Awak kan boss Mak Cu saya. Kena la buat yang terbaik.”

Adham membetulkan duduknya sebelum bertanya.

“ Rapat betul awak dengan Mak Cu”

“Memang kami rapat. Kecik-kecik dulu, dialah yang selalu layan kami adik beradik. Bila dah besar, dia pulak yang selalu support kami bila ayah meninggal dulu. Saya ambil kursus chef pun Mak Cu yang tanggung. Nak harapkan mak, dia nak kena tengok yang sembilan kepala lagi tu. Memang tak mampu…. Tak terbalas jasa-jasa Mak Cu pada kami sekeluarga”

“Patutlah Mak Cu banyak cerita pasal Helza”

“Apa yang Mak Cu cerita?”

“Banyak la..sampai saya rasa macam kenal awak sangat. Helza pandai masak ni la..Helza beli ni la..Bla..bla..bla….”

“Hurm…kalau begitu saya tak payah nak cerita banyak-banyak. Boss pulak apa cerita. Sampai sekarang masih ambik Mak Cu jadi maid

“Jangan panggil saya boss boleh tak. Sakit telinga. Panggil Adham jer. Mak Cu tu dah macam Mak saya. Ibu susuan saya. Saya janji nak jaga dia sampai tua. Bukan saya minta pun dia jadi maid. Dia yang nak buat sebab dah biasa.”

“kenapa tak kahwin je?. Mak Cu pun boleh rehat. Biar orang rumah Encik Adham yang buat”

“Ha..ha..Cakap memang senang. Nak terima saya tu memang diaorang tak ada masaalah. Bila part Mak Cu tu, diaorang jadi berat. Banyak yang saya kenalkan dengan Mak Cu, layan dia macam orang gaji je”

“Layan yang macam mana?”

“ Ye la. Masa Mak Cu masak tak tolong. Barang masak pun tak kenal. Air pun mintak Mak Cu buatkan..buang masa je jadi orang perempuan”

“Kan biasa orang sekarang ni macam tu. Mana tahu kerja-kerja dapur. Duit banyak-banyak tu boleh je Encik Adham upah lagi sorang Maid. Biar Orang rumah Encik Adham tu jaga maintenance diri dia sendiri sudahlah”

“Saya tak suka macam tu. Biar saya kahwin dengan orang yang boleh berdikari. Ada ke saya.. tak ada ke saya, dia boleh survive. Saya pun tak bimbang kalau tiba-tiba meninggal nanti”

“Ceh..sampai ke situ pulak pikirnya” Helza memandang ke depan.

“Terima kasih sebab jaga Mak Cu saya dengan baik.” Helza ikhlas mengucapkannya kepada Adham.

“saya yang patut berterima kasih. Awak dah layan “Mak” saya dengan sempurna” Balas Adham.

“Saya nak ke dalam dulu. Nak tolong Mak Cu”

Adham hanya menghantar dengan pandangan mata. Ada “sesuatu” pada Helza yang melekat dihatinya.

Dam!..Dam!!!

Bunyi ketukan di luar bilik menyebabkan Adham segera terbangun.

“Adham..Adham… cepat bukak pintu” suara cemas Helza kedengaran dari luar bilik.

“Kenapa ni?”

“Mak Cu..Mak Cu muntah darah. Kita kena cepat ke hospital!!!!”

Adham dan Helza menunggu di kerusi dengan cemas. Mak Cu ditempatkan di wad khas hospital swasta itu. Mereka menunggu jawapan dari doktor pakar.

Sebaik melihat doktor keluar dari bilik rawatan, Mereka berdua segera menjengah. Doktor Azlan adalah kenalan rapat Adham.

“Kenapa tak cakap awal-awal lagi yang Mak Cu awak ni ada kanser” Soal Doktor Azlan. Helza dan Adham terpinga-pinga.

“Bukan ke Mak Cu saya tu deman jer” Tanya Helza. Langsung tak menyangka yang penyakit Mak Cu seteruk itu.

“Dia dah stage akhir tu. Dah tak lama. Kanser dia dah tahap empat!!!”

Adham terduduk di kerusi sambil menekup muka. Matanya mulai berkaca.

“Kenapa Mak Cu sembunyikan semua ni dari Adham?” soalnya di dalam hati.

Hati Helza pun turut merudum.

“Boleh kami tengok dia?” Pinta Helza.

“Masuk tu boleh. Cuma jangan ganggu dia sedang tidur. Sekejap lagi saya datang tengok lagi”

Adham bertenggek di birai katil. Sesekali mengusap kepala Mak Cunya. Helza dari tadi sibuk dengan handphone, menyampai khabar kepada keluarga dan saudara-maranya.

“Kamu berdua dah ada kat sini… baguslah” Mak Cu bersuara sebaik membuka mata.

“Kenapa Mak Cu tak cakap kat Adham?. Adham boleh carikan doktor untuk rawat Mak Cu” Rintih Adham.

“Lama mana sangat Mak Cu boleh bertahan, Adham. Esok lusa, sampai juga masanya. Tak payah susahkan diri. Mak Cu lagi risaukan kamu. Selagi tak ada orang yang boleh jagakan kamu, Mak Cu tak tenang”

“Mak Cu ada pun dah cukup. Kalau ada jodoh, adalah isteri saya nanti”

“Nak tunggu masa tu nanti, Mungkin Mak Cu dah tak ada. Tapi tak apalah. Janji kamu bahagia” Mak Cu senyum. Helza dari tadi hanya memerhati dengan mata yang berkaca.

Adham bangun dan menarik tangan Helza. Dibawanya berdiri di birai katil menghadap Mak Cu. Tangan Helza digenggam erat-erat.

“Saya nak nikah dengan anak saudara Mak Cun ni!!”

Helza sendiri terkejut dengan pengumuman Adham. Tapi tangannya dibiarkan sahaja dalam genggaman Adham.

“Berani ya kamu ni pegang-pegang tangan anak dara orang” Bebel Mak Cu sambil batuk-batuk. Diangkat sedikit kepalanya supaya lebih selesa.

Perlahan-lahan Adham melonggarkan genggaman tangannya.

“Yang kamu pun satu, tak pandai nak tepis ke kalau orang pegang-pegang” Helza tersipu-sipu.

“Aku tak memaksa kamu berdua. Tapi aku kenal kamu berdua sejak dari dalam pantang lagi. Sampai la dah tua bangka macam sekarang ni. Mak Cu faham sangat perangai dan sikap kamu ni. Rasanya kamu berdua ni memang secocok”

“Helza setuju tak?”. Helza hanya terdiam. Malu ada. Terkejut pun ada.

“Diam tu tanda setuju la. Kata orang tua-tua dulu” Mak Cu sendiri yang menjawab. “Lega sikit hati Mak Cu ni. Kau sediakanlah apa yang patut Adham... Kalau Mak Cu tak sempat nak tengok kamu bersanding pun tak apa”

“Tak Mak Cu, Adham nak Mak Cu ada masa Adham nikah dengan Chef Tebuki ni… Sampai sahaja keluarga Helza nanti, Adham terus nak minta izin untuk kahwin esok. Dalam wad ni jugak” Tegas Adham.

“sebut pun tak betul… tteokbokki..” Celah Helza “ Helza pun nak nikah depan Mak Cu. Biar Mak Cu saksikan sendiri kami bernikah. Mak Cu yang temukan kami bedua kan.”

Mak Cu memejamkan mata sambil tersenyum. Adham menggenggam semula tangan Helza.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.