Home Cerpen Islamik Doa Seorang Kekasih
Doa Seorang Kekasih
ayubalqishah
5/4/2016 17:23:23
3,305
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

DOA SEORANG KEKASIH

HAMPIR sebulan hubungan cinta Nia dan Nasrun terputus.Nia masih ingat lagi kata-kata Nasrun.

"Nia,hampir 3 bulan saya dipondok ini,begitu banyak sekali perkara yang saya belajar.”

Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.05 tengah malam.Bagi Nasrun dia perlu beterus-terang pada Nia,tentang hubungan yang tidak sepatutnya ini.

”Nia,disini saya ada belajar sesuatu tentang cinta.Cinta manusia.Apa yang kita lakukan selama ini,sebenarnya salah.Cinta kita pasti tidak direstuiNya. Terlalu banyak masa yang kita habiskan untuk bermesej,walaupun mesej-mesj kita diselitkan dengan kata-kata nasihat. Walaupun kita hanya berjumpa tidak lebih tiga kali dan ditemani mahram,namun kita hanya manusia biasa Nia. Saya takut sesuatu yang tidak sepatutnya belaku antara kita.”

Nia membisu.

”Nia,saya faham perasaan awak,kerana saya juga merasainya. Saya akan sambung pengajian saya ke Jordan.Ketika itu saya tidak tahu berapa lama saya akan di sana.Dan saya juga tidak tahu kebarangkalian yang akan berlaku terhadap saya. Nia,cakaplah sesuatu.”

”Apa lagi yang boleh Nia katakan?”dengan nada tertahan-tahan. Nasrun faham Nia seorang yang amat sensitif dan mudah mengeluarkan air mata.

”Sekarang ini saya ada minta pandangan ustaz di sini.Saya telah menceritakan tentang hubungan kita.Dan minta pendapatnya.Dan dia mengatakan hanya ada dua jalan untuk kita.Sama ada putus atau pun kita nikah,”Nasrun diam tanda meminta penjelasan Nia.

”Awak saya terima semua keputusan awak kecuali awak jangan tinggalkan saya,”Nia benar-benar menangis.Dia tidak mampu lagi menahan air matanya yang sudah lama bertakung.

Nasrun menarik nafas panjang. ”Saya tak boleh berjanji,saya sayangkan awak, tetapi sayang saya ini tidak menjamin bahawa kebahgiaan milik kita.Nia,saya nak awak solat 2 rakaat,mintalah petunjuk dariNya dan mintalah Dia menenangkan hati awak.Saya rasa terlalu panjang kita berbual,cukuplah sampai di sini saja.Hari pun sudah jauh malam.”

Nia masih tersedu di hujung telefon.Seraya Nia cuba mencekalkan hatinya agar tidak terlalu sedih. ”Baiklah awak,awak jaga diri,jaga pandangan dan semoga awak berjaya mempelajari ilmu yang baik di sana.Assalammualaikum”.

”Waalaikummussalam.Baiklah,awak pun sama.Jaga pemakaian,jaga juga kesihatan,jangan terlalu mengikut nafsu makan,awak bukannya berapa sihat.Jangan banyak berjalan keluar,lagi banyak berjalan,lagi banyak penyakit yang datang kerana awak seorang perempuan.” Lantas panggilan dimatikan.

Nia begitu sebak.Dia begitu yakin bahawa hubungan ini pasti akan putus seperti mana yang pernah dilaluinya dulu.

Nia terus ke kamar mandi,lalu membasahi kan dirinya dengan wudhuk.Lalu menunaikan Solat Sunat Hajat.Di akhir solatnya,dia memanjatkan doa. “Ya Allah,kini aku begitu tertekan,sehingga tidak mampu melakukan apa-apa.Ya Rabbi,tenangkan lah hatiku.Berikan lah aku petunjukMu.Aku begitu menyayanginya.ya Allah suburkan lah jua cintaku padaMu ke jiwaku.Aku tidak mahu menyayanginya lebih daripada mencintaiMu.Aku begitu malu,malu kerana sibuk mendapatkan cintanya dan hampir melupakanMu.Padahalnya aku banyak waktu untuk bersamamu.Ya Allah ampunkan lah aku.Ya Allah aku minta andai hubungan kami ini bukan lah yang sepatutnya,Kau berikan lah jalan pada kami.Agar kami tidak sesat ke lautan cinta ini ya Allah.Aku bermohon denganMu ya Allah,kabulkanlah doaku ini.Amin ya Rabbal a’lamin”.

Nia menyambung dengan membaca kalam-kalam Allah.Dia membaca surah Al-Mulk dan surah An-Nur.

Hampir 3 bulan Nasrun tidak membalas mesejnya dan menghubunginya.

Pada suatu hari,sedang Nia sibuk mengemas kamar tempat dia beradu,telefon bimbitnya berbunyi lagu Wanita dari De Hearthy.Nia terasa seperti mimpi,kerana lagu itu di setkan untuk Nasrun,kerana Nasrun pernah mengirimkan lagu ini kepadanya melalui email.

Apabila sudah masuk kali kedua telefon itu berbunyi barulah Nia mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja komputer.Lalu ditekan punat hijau.

”Assalammualaikum,”suara lelaki itu hampir saja dia tidak kenal kerana agak garang nadanya.

”Waalaikummussalam”,Nia menjawab perlahan. ”Nasrun bercakap ni.

”Awak sihat?”,suara Nasrun kembali seperti yang dulunya. Hati Nia menjerit kecil kegembiraan.

”Saya sihat. Awak sihat?Kenapa baru sekarang ‘call’ saya?Awak pergi mana?”bertalu-talu soalan Nia terjahkan kepada Nasrun.

”Erm..Saya sihat.Saya tak ada pergi mana-mana dan masih di pondok ini.Maaf buat awak susah hati.Saya telefon ni,nak beritahu tentang saya nak ke Jordan.Dan saya harap awak sabar,dan tak marah pada saya.Rasa ada baiknya,kita putuskan hubungan kita ini." Nasrun mencuri nafas pendek.

"Mana mungkin saya boleh teruskan hubungan ini,sedangkan saya sendiri tahu hubungan ini dilarang dalam Islam.Cinta yang suci adalah selepas nikah.Saya betul-betul minta maaf bukan saya tidak mahu menikahi awak,tapi awak sendiri tahu saya tak punya pekerjaan.”

”Saya kan boleh kerja dan bantu awak”,Nia mencelah.Dia sedikit tertekan.

”Awak tak sihat,awak tak boleh kerja berat.Jika saya bawa awak pergi Jordan pun,saya takut awak tak boleh biasakan diri awak dengan keadaan dan suasana di sana.Saya risau.Saya tak mahu berlaku apa-apa pada awak”,Nasrun sedikit tegas.

”Awak langsung tak bertanya saya,dan awak boleh mengatakan itu dan ini tentang saya.Semua kuasa Tuhan kan.Kalau saya nak sakit sekalipun,dekat mana-mana saya boleh sakit meskipun pergi buat selama-selamanya.Awak kejam!"

"Awak muncul tiba-tiba,lepas tu,terus mintak putuskan hubungan ni.Sebenarnya saya tahu,awak tak suka saya dari dulukan? Maklumlah saya budak KL. Budak KL mesti awak fikir yang tak baik ajekan.Saya sedar siapa saya.Ilmu agama saya tidak setinggi awak,”Nia melepaskan geram.

Nasrun menarik nafas.”Astarafirullah hal azim...Kenapa begitu sekali awak fikir tentang saya? Inilah masalah awak,awak selalu terlalu merendahkan diri. Dan awak selau fikir perkara yang tak pernah langsung saya fikirkan mahupun terlintas dihati. Niaalisya,jika kita ada jodoh 10,20 tahun lagipun pasti akan ditemukan semula. Kita sebagai hambaNya perlu berdoa dan tawakal.Awak amat baik pada saya.Jika saya perlukan pertolongan,awak tak pernah mengeluh mahupun menolak permintaan saya.Awak sentiasa bersedia membantu saya.Jika kita bernikah sekarang pun,dan saya tinggalkan awak di Malaysia ianya sama sahaja seperti kita tidak berkahwin.Saya tak tahu apa yang awak lakukan di sini,apa yang awak makan,apa yang awak pakai atau pun ke mana awak pergi.Semuanya adalah tanggungjawab saya.Nia,awak perlu faham situasi saya sekarang.Ya saya rasa bersalah kerana buat awak sedih.Saya juga sedih.Kita hanya perlu berdoa selebihnya kita serahkan pada Allah.”

Panggilan tiba-tiba terputus mungkin nasrun kehabisan kredit. Air mata tidak tertahan lagi.Berguguran bagai hujan lebat yang ditemani guruh berdentum.Nia cuba melawan pergolakan perasaannya,namun semakin ditahan semakin lebat dan mencurah-curah membasahi pipi.

Kali ini di benar-benar tersungkur dek cinta.Apakah ini cinta?Bercintakah kita selama ini?Berjumpa pun hanya tiga kali,itupun bersama teman,tidak pernah berdua seperti yang lainnya.Hampir setahun hubungan cinta yang terjalin,namun hubungan cinta mereka tidak seperti hubungan cinta remaja seuisa mereka.Apa yang amat menyakitkan bagi Nia tiada lelaki sebaik Nasrun.

Sebelum ini pernah Nia menjalinkan cinta,tapi hubungan itu terputus ditengah jalan kerana teman lelaki Nia sebelum ini mengatakan Nia tidak mahu mengikut katanya supaya saling berpimpin tangan ketika berjalan berduaan,meminta Nia menyalaminya dan mencium tangannya selepas keluar bersama dan banyak lagi permintaan bekas teman lelakinya itu,namun tiada satu pun yang Nia laksanakan.Bagi Nia, cinta seperti itu hanya nafsu serakah semata,baginya selepas Syam,yang berlandaskan nafsu bercinta dengannya,dia tidak mahu lagi menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki.

Namun pada tanggal 20 Julai 2007,ketika Nia khusyuk melayan ‘friendster’,Nia terperasan akaun ‘friendster’ seseorang yang pernah membuat dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika dia berumur 13 tahun,ketika itu dia bersekolah di salah sebuah sekolah agama di Perak.Hampir setengah jam dia membeleknya,Nia semakin yakin pemilik akaun itu adalah jejaka yang pernah digilainya dulu,tambahan lagi akaun itu siap ada foto yang benar-benar membuktikan pemiliknya adalah Nasrun.Dengan pastas Nia mengklik kotak ‘send message’ di akaun ‘friendster’ tersebut,

”Assalammualaikum,hai nama saya Nia,yang pernah satu kelas dengan awak dulu, masa di sekolah maahad kelas 3 Umar Al-Khattab.Meja tempat duduk saya betul-betul dibelakang awak,harap-harap awaklah orang yang saya cari.Jika betul awak ‘add’lah saya [email protected]”,lalu Nia terus mengklik kotak ‘send’ yang tertera. Hati Nia begitu berbunga-bunga,dia yakin pasti pemilik nya akan membalas ‘message’ tersebut.Masih Nia ingat lagi bagaimana cinta mereka mula berputik.Sejak itu mereka mula rapat.

Tapi kini hubungan ini hanya lah tinggal kenangan tidak mungkin akan berulang. Nia sudah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di salah sebuah kolej swasta di ibu kota.Nia tidak mahu lagi bercinta.Biarlah cinta yang akan datang ini adalah cinta selepas kahwin.Nia memilih ‘cos’ farmasi setelah berbincang dengan keluarganya.Dia berharap agar dia boleh melupakan lelaki itu.Dan dia sudah bertekad untuk mendalami ilmu agama dengan lebih dalam lagi.Terlalu banyak yang dia ketinggalan.Meskipun pernah bersekolah di maahad dulu,itu hanya lah ‘basic’ sahaja.

Itu pun masih ada yang belum diketahui nya.Nia sering mengunjungi dan pergi mendengar ceramah-ceramah yang banyak dianjurkan oleh persatuan tempat tinggalnya.Kadang-kala dia mengikuti kelas fardhu ain dan juga kelas belajar tajwid,meskipun dia lah yang paling muda mengikuti kelas tersebut kerana yang hadir adalah hampir sebaya dengan ayah dan ibunya.Setiap hari masa lapang Nia diisi dengan perkara yang berfaedah.

Walaupun begitu Nia,tidak pernah lupa kepada penciptaNya.Dia sering melakukan solat sunat Tahajjud,Hajat dan juga Taubat.Jika siangnya dia akan menunaikan solat sunat Dhuha.Petangnya jika tiada aktiviti Nia akan membaca Al-Mathurat.Nia ada juga membaca buku-buku ilmiah.Terbaru dalam bacaan Nia adalah 111 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita Solehah oleh Drs.Kasmuri Selamat.

Panas terik di luar,membuat Nia betul-betul kehausan bagai cacing kepanasan.Dia membuka peti ais yang terletak di tepi sudut dapur rumahnya.Matanya melilau mencari sesuatu yang boleh menghilangkan dahaganya.

Nia masih lagi di situ. ”Adapun..Siapalah yang siap nyorok lagi air mangga kegemaran aku ni”,hatinya menyanyi kegembiraan,dia yakin ini pasti milik adiknya yang gemuk itu.Nia masih tidak berubah,mengambil air yang bukan simpanannya adalah hobinya.

Ketika Nia asyik meneguk air mangga dari botol tanpa menggunakan cawan mahupun gelas,dia tidak sedar ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya.Tidak salah lagi,mata itu kepunyaan si gemuk yang digelarnya.

Nia masih dilambung kesedapan air mangga,”Glup..Glup”,bunyi yang terhasil adalah bunyi dari anak tekaknya yang memberi isyarat bahawa air mangga ini perlu dihabiskan.

Sepantas kilat botol yang berisikan cecair dari buah mangga bertukar tangan.Nampaknya Nia tidak sempat menghabiskan air tersebut,”Glup..Glup..”,adiknya Tamar yang digelar gemuk itu kerana kegemukkannya telah merampasnya lalu terus diteguk tanpa mempedulikan jeritan Nia.Nia hampa.

”Ee.. sikit agaklah,senang-senang je tarik,kalau nak mintak jelah bukan orang tak nak bagipun”,pekik Nia dengan nada geram.

”Banyaklah akak bagi,ni Tamar yang beli,sesedap hati je die minum”,Tamar membalas tanda tidak puas hati di atas tuduhan yang dilempar kakaknya.

”Tamar punya ke, ingatkan akak punya,”Nia membalas dengan senyuman yang membuatkan kesakitan hati Tamar.

Namun Tamar tidak boleh berbuat apa-apa,kerana baginya Nia adalah kakaknya,dia perlu menghormati kakaknya.Dia tidak akan memukul atau memaki kakaknya hanya kerana perkara yang remeh-temeh,lagipun memang selama ini dia tidak pernah bersikap biadap pada kakak sulungnya itu.

Dia hanya melihat keletah kakaknya,begitulah Nia,dia dengan muka ‘blur’ tanpa menunjukkan ciri-ciri orang bersalah dengan longlainya terus menuju ke kamar tidurnya,lalu merebah diri ke katil.Inilah satu-satunya sikap yang tidak boleh dibuang oleh Nia,iaitu menganggu adiknya.Lebih-lebih lagi jika Tamar ada membeli sesuatu yang menjadi kesukaannya.Namun hubungan mereka tidak pernah tercalar dek perangai masing-masing,malahan merapatkan lagi hubungan mereka.

Tubuhnya masih di pembaringan.Terasa nyaman ditambah angin sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui jendela.Sekali-sekala bau harum ‘lavender’menusuk ke hidung hasil dari lilin ‘aromatheraphy’ yang dinyalakan sejak dari tadi,ditambah dengan instrument dari kiroro,bunyian ombak yang dihasilkan sungguh menakjubkan,bagai kita berada hampir dengan ombak yang memukul pantai.Serasa bagai di dalam spa melakukan ‘sensory’.Sensory adalah teknik yang digunakan untuk menenangkan fikiran yang bercelaru,dengan menggunakan wangian dan diiringi bunyian alam semulajadi yang telah dirakam lalu dimainkan semula.

Amat tenang sekali.Nia hampir terlelap dalam kemewahan semulajadi ciptaannya.

Nia bahagia sekarang.Cuma yang merimaskannya adalah seorang lelaki yang bernama Syadan ini.Sibuk menganggu.Ada sahaja alasan dicari si lelaki ini untuk bercakap dengan dirinya.Kadang-kadang mahu meminjam nota,kadang-kadang bertanyakan soal kuliah,macam sudah tidak ada lelaki yang boleh di buat kaunter pertanyaan.

Paling menyampah adalah bila Nia tanya kenapa asyik tanya soalan-soalan pada dia,dengan ‘slumber’ lelaki itu menjawab ”Sebab suara awak begitu lunak dan saya begitu teruja nak mendengarnya setiap hari”.

Nia senyum lalu menjawab”Adalah lebih baik awak perdengarkan halwa telinga awak dengan ayat-ayat suci Al-Quran,dapat pahala.” Nia terus berlalu membiarkan Syadan tercengang-cengang di perhentian bas berhadapan dengan kolejnya.Ikutkan hati ingin saja dia menampar mulut si lelaki yang dianggapnya durjana itu.Nia tidak tahu mengapa dia begitu benci bercakap dengan lelaki.Jika dia terserempak dengan mana- mana lelaki pasti dia akan menudukkan pandangannya.

Sekarang Nia bahagia dengan kehidupan ‘baru’nya.Begitu lah hari-hari yang menemani Nia,pergi dan balik dari kolej,belajar agama dan masa lainnya diisi dengan aktiviti keluarga.Dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang,biarlah Allah SWT sahaja yang menentukannya.Meskipun sebaik mana perancangan kita,Tuhan lebih mengetahui apakah yang terbaik untuk kita.Sebaik-baik rancangan adalah rancanganNya.Namun begitu Nia sering berdoa agar di jauhi perkara terlarang ke atasnya dan juga kepada ahi keluarganya.Dan Nia tidak pernah lupa agar Tuhan memberikannya teman hidup yang baik agamanya,kerana baik agamanya insyaAllah pasti baik keluhurannya,bila baik keluhurannya pasti dia boleh memberi sesuatu yang terbaik untuk Nia dan mampu mendorong Nia kearah kebaikan. ”Semoga segala yang baik-baik adalah milikku”,cetus hati kecil Nia.

3 TAHUN BERLALU SUDAH

Nia sudah menamatkan pengajiannya.Dan kini dia bekerja di salah sebuah farmasi berdekatan dengan rumahnya sebagai ‘Pharmacist’.Nia memilih untuk bekerja berdekatan dengan rumahnya adalah supaya senang untuk dia berulang dari rumah ke tempat kerja.Satu perkara yang penting ialah ibunya yang semakin meningkat umur dan sudah pun tidak bekerja,Nia risaukan keselamatan ibunya.

Ayahnya masih lagi bekerja,maklumlah orang kerajaan,ayahnya memilih untuk bekerja hingga pencen.Duduk dirumah sahaja membuatkan ayahnya berasa cepat letih.Nia seorang yang amat berhati-hati.Apa yang dia risaukan adalah,takut-takut ada perompak yang akan memasuki ke rumahnya,bukan lah kehilangan harta benda yang utama,paling utama adalah keselamatan ibunya dan adiknya si Tamar.Walaupun adiknya sudah besar tetapi itu belum menjamin yang dia mampu tangani sesuatu permasalahan seorang diri.Dalam hidup Nia,aset paling berharga adalah ibu,ayah dan adiknya.Harta benda boleh dicari,nyawa insan tersayang tidak boleh ditukar ganti seperti mana perabot lama yang diganti dengan perabot yang lebih cantik dan baru.

Ibunyalah tempat dia mengadu,bergurau senda dan teman dikala suka dan duka. Hari ini Nia mengambil cuti,walaupun hari Sabtu dia perlu juga ke farmasi namun dia sudah awal-awal lagi memohon cuti untuk majlis perkahwinan sahabat karibnya Farhana.

Pagi-pagi lagi dia sudah sampai ke rumah teman baiknya itu.Nia memandu sendiri dari Kuala Lmupur ke Ipoh.Dia sudah biasa memandu sendiri dari menaiki bas kerana baginya memandu sendiri adalah lebih baik kerana tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kenderaan lain untuk ke satu tempat,jika banyak tempat bagaimana pula?

Contohnya jika dia naik bas ke Ipoh pasti dia perlu mengambil teksi untuk ke suatu destinasi pilihan.Jika tidak ada teksi ,pasti dia perlu menelefon temannya untuk mengambilnya dari terminal,sudah pasti akan menyusahkan.Dan dia tidak suka menyusahkan orang walaupun dengan kawan baik sendiri dan dia juga tidak suka menunggu kerana baginya penantian adalah satu seksaan perasaan.

Setiba di rumah temannya,Nia sudah ternampak kemeriahan yang akan disaksikan besok.Ia jelas terpampang menerusi apa yang dia lihat.Begitu ramai sanak-saudara yang datang membantu.Mereka nampak begitu mesra sekali.Ada juga yang Nia kenal di situ,maklumlah nama lagi teman baik.Dan semasa zaman persekolahan Nia selalu ke rumah Farhana untuk mengulang kaji pelajaran.Akibat keseringan kedatangannya itu,maka Nia hampir mengenali semua sanak saudara teman baiknya.Cuma ada segelintir yang tidak dikenali,barangkali saudara jauh,pepatah melayu kata’ bau-bau bacang.’

Farhana namapak begitu teruja apabila melihat Nia sedang memankir kereta di ruang yang telah dikhaskan untuk Nia.Seri wajah pengantin di wajah Farhana begitu jelas sekali. ”Assalammualaikum,sahabat lama”,sengaja Nia mengatakan begitu,kerana dia begitu rindu dengan perkataan itu.Nia sering ucapkan begitu pada Farhana jika mereka bercuti sekolah panjang dan tidak dapat menghabiskan masa bersama.

”Waalaikummussalam,ish kau ni ingat lagikan,perangai tak berubah-rubah,macam tu juga”,Farhana mempelawa Nia masuk. Nia melihat keliling warna ‘silver’ dan ‘pink’ pilihan Farhana begitu cocok sekali.Nia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu Farhana. ”Wah,dah cantik sekarang,Cuma berisi sikit”,spontan saja ibu Farhana melontarkan kata-kata.

”Shh...sebenarnya Nia kalau boleh nak lah berisi lagi sikit,nampak gayanya terpaksalah Nia makan banyak-banyak malam ni hingga ke esok”,Nia berseloroh.

Nia mengucup pipi ibu Farhana sambil berbisik”Bila makcik nak buatkan,bihun sup untuk Nia ni,rindulah”. ”Nia duduk lah lama sikit kat sini,boleh makcik buatkan.mereka hampir terlupa bahawa banyak mata memandang ke arah mereka.

Akhirnya ibu Farhana perasaan ada mata-mata sedang memerhati mereka. ”Ini dah macam anak perempuan saya yang kedua,dia kawan baik dengan Farhana ni.Dulu masa sekolah tak nak berengang,dah macam belangkas.Nia pergi salam dengan dorang tu semua,semua ni bukannya orang lain saudara makcik juga. Lagipun ada yang sudah kenal kamu”. Nia turuti saja kemahuan yang dianggap ibu keduanya itu.

Lalu Nia melarikan diri ke kamar peraduan bakal pengantin.Farhana di situ. ”Hey!Berangan ke?Dah nak kahwin pun masih berangan lagi?”

Farhana tersedar dari lamunan. ”Eh..Taklah aku fikir kawan aku sorang ni”,sambil tangannya merangkul bahu Nia.

”Kenapa dengan aku?Kau yang nak kahwin aku pula yang kau fikirkan”,Nia tersenyum. Sebenarnya dia faham apa yang dimaksudkan Farhana,cuma dia sengaja tidak mahu ambil pusing.

”Maksud aku,bila lah kau nak kahwin?”Farhana berterus-terang.

”InsyaAllah,ada tu jodoh aku,mungkin sedang menanti aku,dan aku pun sedang menanti dia”,Nia cuba menenangkan hati sendiri.

”Kau tunggu dia lagi ke Nia?”Farhana cuba mengorek rahsia.

”Eh..Taklah maksud aku kalau ada jodoh takkan kemana,kau janganlah fikir sangat fasal aku,kau fikirkan macam mana nak menambat hati bakal suami kau tu nanti”,balas Nia sambil tersengih-sengih.

DI HARI MAJLIS PERKAHWINAN

Suasana di majlis perkahwinan begitu meriah sekali.Dengan kedatangan sanak-saudara ditambah pula jiran tetangga dan teman rapat menambah keceriaan majlis perkahwian Farhana dan Imran jejaka piihannya.Hampir 5 tahun mereka bercinta akhirnya ke jinjang pelamin juga.Nia yang menjadi pengapit Farhana memakai pakaian warna sedondon dengan pengantin.Dia melihat saja sanak-saudara dan teman rapat pengantin menepung tawar kedua mempelai.

Di celah-celah keramaian Nia terpandang seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu.Difikiran Nia mungkin, pelanduk dua serupa barangkali lalu dilupakan saja apa yang terlintas difikirannya.Setelah tamat majlis bersanding,raja sehari itu di bawa ke meja santapan.Nia mengambil kesempatan untuk berehat sebentar setelah hampir seharian menjadi pengapit pasangan bahagia itu.

Dalam kesesakan orang ramai Nia telah terlanggar seseorang,”Ouch..Maafkan saya”.Nia terkesima sebentar apabila terpandang lelaki yang dilanggarnya itu adalah lelaki yang dianggap pelanduk dua serupa yang dilihatnya ketika di atas pelamin tadi.

”Asif”,jelas lelaki itu.Nia senyum tanda memahami apa yang lelaki itu ucapkan.Asif adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud maaf.

Lelaki itu bersuara lagi,”Anti ni Nia kan?Niaalisya?”Nia sedikit terperanjat bagaimana lelaki ini mengetahui namanya.

”Macam mana awak tahu nama saya?”.Di kotak fikiran Nia,bermain 1001 macam persoalan.Perwatakkan lelaki ini nampak wara’dari segi luaran dan tutur katanya.Nia sedikit tersentuh dengan perwatakan tersebut.Lalu Nia tolak jauh-jauh perasaannya itu.

”Ana Nasrun Hadi.Anti tak kenal ana lagi?” Ketika itu,Nia merasakan jantungnya berdegup kencang.Setelah hampir 4 tahun Nasrun pergi dari hidupnya baru kini dia muncul kembali.Nia cuba menenangkan perasaannya yang sedikit kecelaruan.

”Oh Nasrun?Awak sihat?Macam mana study?”Nia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

”Oh ana sihat,ana sudah pun menamatkan pengajian ana.Ana datang sini pun setelah di jemput Farhana.Anti juga tahu kan,rumah ana dengan teman anti itu tidaklah jauh,hanya selang beberapa buah rumah saja.”

”Mm..Ya”.Awak dah kahwin?”Nia tidak tahu bagaimana soalan seperti itu boleh terpacul keluar dari mulutnya.

Nasrun sambil tersenyum lalu menjawab,”Ana belum kahwin lagi,tetapi ana sudah punya calon isteri.”Nia tidak dapat menyorokkan riak wajah kesedihannya.

”Oh!Ya ke?Tahniah semoga awak berdua diijab kabulkan dan bahagia dunia akhirat”.

Nasrun tersenyum lagi lalu menjawab,”Tetapi ana takut jikalau dia sudah berpunya,kerana ana sudah lama tidak berhubung dengannya”.

Nia mengerutkan dahi tanda kurang faham dengan penjelasan yang diberi Nasrun. ”Kenapa awak cakap macam tu?”

”Calon yang ana maksud kan itu adalah anti.” Nia sedikit terpempan.Secara tidak sengaja,Nia terkenangkan kata-katanya pada Farhana tentang jodohnya yang sedang menanti,kini menjadi kenyataan.

”Maafkan ana diatas perkara yang lalu-lalu.Ana tidak bermaksud untuk menyakiti hati Nia ketika itu,”sambung Nasrun dengan nada sedikit kesal.

”Sehingga sekarang Nia tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki selepas Nas tinggalkan Nia dulu.”

Nasrun lalu tersenyum dan menjawab,”Sudikah Nia menjadi penyeri hidup ana?Supaya hubungan ini menjadi halal disisi agama dan di semoga dirahmati Allah S.W.T.”

“Nia sudi,jika hubungan kita ini direstui oleh kedua ibubapa Nia”.

Akhirnya mereka diijab kabulkan dengan izin Allah S.W.T.Nia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana doanya kini dimakbulkanNya.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624. Al-Sindi r.h berkata:

"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah). 

AYUBALQISHAH 26 MAY 2009 JAM 2.OO PAGI

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.