Home Cerpen Cinta Cinta Pneumothorax
Cinta Pneumothorax
Nur Munirah Zaid
4/5/2016 23:51:58
3,127
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

5 tahun kemudian…

Afina Sofia menyeka air mata yang mengalir perlahan. Penduduk kampung beransur-ansur pulang ke rumah mereka. Termasuk juga ahli keluarga si mati. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ, di tanah perkuburan Islam Kuang, Rawang, Selangor.

“Selama kami bersama, dialah yang banyak tolong saya. Saya hargai apa yang dia lakukan semasa dia hidup. Hati ni,” jeda Arina sambil jarinya dihalakan tepat ke dada.

“Akan kekal bernyawa sampai akhir hayat saya.” Sebuah senyuman kecil bergayut di bibir mungilnya. Dia memandang insan di sebelah. Insan tersebut hanya kaku berdiri sambil merenung kosong ke pusara.

“Afina…”

Afina menanti dengan sabar. Kemudian pemilik suara itu menyambung kembali.

“Saya percaya bahawa awak pernah dengar akan pernah berlaku situasi dimana dua insan yang berkongsi organ akan turut merasa apa yang mereka rasa, pada satu masa yang sama.” Ujar insan itu. Terlalu lama menangis menyebabkan anak tekaknya berasa perit. Seperit berita yang terpaksa dia telan pada hari nan syahdu ini.

“Apa yang awak cuba sampaikan?” Afina memandang wajah tersebut. Matanya sembap. Begitu juga insan tersebut.

“Saya merayu pada awak, Cik Afina. Agar kawal hati awak. Jangan benarkan dia menguasai fikiran awak. Jangan biarkan dia bermaharajalela. Saya merayu. Cinta saya hanya untuk dia seorang, meskipun dia pergi lebih awal dari kita.” Balasnya.

Afina merenungnya. Lama. Cuba untuk menghadam satu-persatu ayat yang disampaikan oleh manusia tersebut. Dan akhirnya mereka bertentangan mata.

“Cinta kami sangat kuat, Cik Afina. Kasih sayang kami tak kan pernah berubah, dan tak kan pernah beralih.” Sambung insan itu lagi. Dia memandang kembali pusara di hadapannya.

Tidak lama kemudian, Afina tersenyum manis.

“Jangan risau, saya tetap menjadi Afina yang sebelum ini. Tolong doakan saya.” Ujar Afina tawar.

Kemudian dia berlalu pergi. Angin kuat pada petang itu membawanya ke sebuah tempat yang jauh dari penglihatan manusia tadi. Dan di situ, Afina menumpahkan segelen air mata yang ditahan. Dia menangis semahunya.

Dia menyentuh perlahan dadanya. Kesan pembedahan masih terasa hingga sekarang. Sakit. Namun tidak sesakit kehilangan orang yang disayangi. Dia bermonolog sendirian.

“Aku rindukan kau, Izyan. Semoga Allah kawal hati yang kau telah dermakan pada aku. Semoga Dia merahmatimu, Izyan. Maafkan aku jika aku tewas. Maafkan aku…”

Afina menahan sedu. Dia memandang Adlisyah yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Ya Tuhan, aku tidak pernah menyangka begitu hebat percaturanMu. Kau berikanlah kekuatan padaku. Semoga apa yang aku lalui ini dapat menjadikan aku seorang hamba yang kuat. Kuat menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Lindungi aku Ya Rabb, sesungguhnya Kau adalah Yang Maha Melindungi dan Maha Mengetahui. Segalanya pasti ada hikmah.

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.