Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Cerpen Cinta Hanya DIA
Hanya DIA
kayrania
4/11/2018 16:59:22
546
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Subahanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hanya ungkapan itu yang bermain dibibir Hani. Hatinya terpaku saat melihat keindahan dari puncak gunung Brinchang. Pelawaan rakan sepejabat yang mengajaknya untuk menawan gunung Brinchang diterima dengan hati yang riang. Sudah lama dia tinggalkan aktiviti memanjat gunung. Kali terakhir adalah sebelum dia berkahwin dulu. Kahwin? Ya sebuah perkahwinan yang banyak memberi dia pengalaman hidup yang manis dan pahit. 

Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku kekuatan ini untuk aku terus melangkah meneruskan kehidupan ini. Disaat aku jatuh, kecewa dengan insan bernama suami, Kau sentiasa ada. Kau tempat aku mengadu segala masalah, Kau permudahkan masalah aku dengan mudahkan jalan untuk aku keluar dari masalah itu. Hani terus leka dengan keindahan alam dihadapan matanya sekarang sehingga dia membiarkan dirinya kembali mengenang kisah pahit setahun yang lalu.

Sudah hampir 2 bulan Hani tidak dapat menghubungi suaminya Azhan yang berada diluar negara. Hani bimbang dengan keselamatan suaminya di perantauan orang. Sejak dari Azhan menyampaikan berita yang dia ditawarkan oleh syarikatnya untuk menaja dia menyambung pelajaran di United Kingdom, hati Hani sudah gusar. Selama 10 tahun perkahwinan mereka tidak pernah seharipun mereka berjauhan. Dan hari ini kegusaran Hani semakin tidak terkawal. Hani tekad hari ini dia perlu mendapatkan bantuan dari majikan suaminya. Dia perlu tahu keadaan suami, sungguh dia sangat risaukan keselamatan sang suami.

“Ibu nak pergi mana?Aidil ikut boleh?” Soal Aidil anak lelaki sulong Hani dan Azhan yang kini berusia 8 tahun. 

“Tak boleh sayang, Aidil duduk rumah dengan Tokma ye. Tokma kan kurang sihat. Lagipun kesian adik nanti dia bangun tidur abang tak de nak temankan dia main.” Hani mengusap kepala anaknya. Walaupun usianya baru 8 tahun tapi kadang kala kematangan fikirannya seperti anak yang sudah meingkat usia remaja. Aidil tersenyum memandang wajah si ibu. Pujukan Hani berjaya. 

Perkahwinan Hani dan suaminya Azhan mendapat tentangan dari keluarga Azhan. Azhan anak orang berada, manakala Hani seoarang yatim piatu yang hanya dibesarkan oleh seorang nenek saudara yang dia gelarkan sebagai Tokma. Wanita inilah yang banyak berkorban untuk membesarkan dia. Kedegilan Azhan untuk menikahi Hani menyebabkan Azhan dibuang keluarga. Azhan yakin Hani adalah jodoh yang terbaik untuk dia. Dia juga pasti suatu hari nanti ibu dan ayah akan dapat menerima kehadiran Hani bersama dengan malaikat-malaikat kecil mereka. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania