Home Cerpen Cinta Cinta Hati Adam
Cinta Hati Adam
5/6/2014 20:19:18
3,577
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta


London – Ogos 2013

Seawal jam tujuh pagi loceng pintu rumah Adam dibunyikan. Dia terkial-kial mengenakan sehelai tshirt basahan yang disangkutkan di belakang pintu biliknya. Patuh dengan pesanan Emma,

‘Aku tak suka kau tunjuk body kau sesuka hati dekat orang. I mean, seriously, what would your future wife think about that, huh?’

Kata-kata itu mungkin dilontarkan secara spontan. Emma juga mungkin tidak berniat mahu membangkitkan apa-apa isu serius tentang komitmen, tentang masa depan, tentang ‘kita’ di antara mereka berdua. Tetapi Adam tidak dapat menidakkan kenyataan bahawa semenjak detik itu, dia mula berfikir panjang mengenai satu langkah yang lebih drastik dalam kehidupannya.

Adam mengintai lubang kecil pada pintu kayu itu dan tanpa menanti lebih sesaat lagi, dia menyelak daun pintu tersebut apabila mendapati Emma sedang menanti dengan senyuman ceria bersama sepasang matanya yang bercahaya. Gadis manis itu kelihatan kasual mengenakan kemeja biru denim dan seluar jean skinnyhitam bersama tas tangan satchel tergantung pada bahu kanan. Rambutnya yang panjang mengurai hampir menyentuh pinggang dibiarkan lepas, seperti yang Adam selalu sukakan. Dan Adam juga pernah luahkan,

‘Guilty as charged, I do love seeing your long hair gets blown up by the wind.’

Tanpa dapat ditahan, Adam turut menguntum senyuman apabila mendapati wajah itu yang pertama menyapa pagi hujung minggunya. Membuatkan dia yakin bahawa setiap minit mendatang sepanjang hari ini akan lebih membahagiakan.

Good morning!”sapa Emma, benar-benar ceria.

Morning.”Adam tersenyum meleret. “To what do I owe the pleasure?”

“Aku bagi kau lima minit.” Lima jari Emma didepakan. “Lepas tu kita keluar.”

Kening kanan spontan terangkat. Pandangan Adam ditajamkan menikam wajah manis itu. “Not that I’m complaining, Em... tapi baru pukul tujuh ni. Malltak bukak lagi. Wayang... well,aku prefertengok moviedekat rumah, baring atas sofa panjang sambil makan Haagen Dasz.”

“Aku tahu. Aku tahu,” Emma memotong sebelum Adam sempat membariskan idea lain untuk temu janji mereka. “But we’re not gonna do any of that.”Pada bibir tercalit gincu merah jambu cerah (juga warna pilihan Adam) itu turut dihiasi senyuman panjang. Adam memerhatikan kedua kaki yang tersarung boot hitam bertumit tinggi dua inci itu terkinja-kinja menghentak lantai. Teman wanitanya benar-benar kelihatan teruja. Terlalu teruja sehingga mulutnya hanya mampu tersenyum dan tersenyum dan tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Em, you’ve gotta slow down here a bit.Buat pertama kali, aku tak boleh baca body languagekau. What is going on?”

“Kita...” Emma memulakan. Matanya terkebil-kebil seperti watak kartun Disney sedang dalam kegembiraan.

“...nak pergi...”

Adam menanti, dengan sedikit kesabaran yang masih berbaki. Tiba-tiba Emma membongkok, menarik sesuatu dari satu sudut yang tersembunyi daripada pandangan Adam. Mungkin sesuatu yang disembunyikan sebelum loceng pintu ditekan beberapa minit yang lepas, Adam meneka.

“Piknik!” jerit Emma, lantang dan kedengaran ceria. Kedua tangan itu berusaha mengangkat sebuah beg galas belakang bersaiz agak besar dan kelihatan berat yang disembunyikan tadi. Sebaik senyuman teruja itu mati, Adam menawarkan bantuan untuk mengambil beg tersebut dari tangan Emma. Mujur gadis itu kembali tersenyum ceria. Menyenangkan hati Adam juga.

“Kau ada checktak beza piknik dengan camping?”soalan Adam bernada mengusik, tetapi wajah berkerutnya tidak dapat diselindungkan apabila beg galas itu dibawa ke bahunya. Berat dan berisi penuh!

Emma mendecit, sebelum bersuara semula. Kedua telapak tangannya dibawa mencekup wajahnya sendiri, menepuk-nepuk kedua belah pipinya. “Aku dah checked weather,hari ni memang terbaik kalau nak baring bawah matahari sambil makan sandwich, minum orange juice,baca buku, main board game-“

“Board game?”Mata Adam membuntang. “Seriously,kau bawak board gamedalam ni?”

Emma mengangguk berkali-kali. Mata itu semakin bercahaya dan Adam tidak dapat tidak untuk tersenyum dan mengiakan sahaja semua perkara gila yang diperlakukan oleh gadis ini kerana dia benar-benar mencintainya.

Okay, then! Picnic, it is.”

Sebelum Emma sempat melompat keriangan, Adam menekankan bahawa dia perlukan lebih dari lima minit untuk bersiap dan Emma harus berkompromi tentang itu. Senyuman menawan milik Emma mati beberapa saat, tetapi kembali terukir apabila Adam meyakinkan bahawa dua pilih minit adalah bilangan masa paling maksimum yang akan dia gunakan.

Emma tidak perlu dijemput masuk secara rasmi kerana apabila Adam berpaling meninggalkan pintu terbuka sambil menggalas beg berat itu di bahu, Emma mengikutinya dari belakang. Dengan santai meletakkan tas tangannya di atas meja kopi di ruang tamu lalu menghempaskan badannya ke atas sofa panjang di situ.

Setiap gerak geri gadis itu, Adam perhatikan sama ada melalui ekoran mata atau pandangan penuh tanpa berselindung. Termasuk apabila Emma mengeluarkan telefon bimbit pintarnya dari poket lalu mengheret jari telunjuknya di atas skrin kaca itu sebelum mengunjukkan kepadanya,

“Aku setdua puluh minit. Cepat! Cepat!” Tangan Emma melambai-lambai menghalau Adam. Menggesanya supaya cepat bersiap.

Adam berpura-pura mengerang, kemudian bermalasan menapak ke biliknya. Sebelum daun pintu bilik itu ditutup, kedengaran suara Emma melaung kecil, “Sembilan belas minit tiga puluh sembilan saat!”

Ketukan pada pintu kayu itu membuatkan Adam menoleh sesaat, kemudian kembali menatap wajahnya di cermin.

“Nak siap dah!” jawab Adam, sebelum Emma sempat menyoal.

“Cepatlah, Adam...” rintih Emma.

Jari-jemari Adam memasang butang terakhir pada kemejanya, warna sedondon dengan kemeja yang dipakai oleh Emma. Sengaja mahu mengenakan tema pakaian sepasang untuk temu janji kali ini. Namun dia memadankannya dengan seluar jeanberwarna putih, menampakkan sedikit kontra di antara mereka berdua.

“Adam...” panggil Emma, separuh merayu.

“Ya,... Belum dua puluh minit lagi, kan?” Rambutnya yang sudah dikeringkan dengan pengering rambut tadi disikat rapi dan kemas. Kerana Emma sukakan penampilannya yang begitu. Bukan selekeh seperti pertama kali mereka bertemu dahulu.

I’m bored...”suara Emma semakin perlahan dan kedengaran tidak bermaya. Menjemput ketawa kecil dari bibir Adam apabila membayangkan dengan teliti bagaimana wajah gadis itu pada ketika ini. Pasti Emma sedang menyandarkan dahinya kepada pintu dengan wajah muram dan keluhan panjang tidak berhenti.

Just hold on a little bit, love. I’m coming,”pujuk Adam. Dan dia tidak berbohong. Memang langkahnya sedang menghampiri pintu itu sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling seandainya ada apa-apa yang masih belum dicapai.

Kakinya terpaku apabila mata menangkap meja kecil di sebelah katil. Laci pada meja itu ditenung agak lama. Perlahan-lahan, Adam merapatinya. Setiap satu tapak dia mara, terasa ada sesuatu yang ajaib sedang menari-nari di dalam hatinya. Seperti satu isyarat memberitahu bahawa apa yang sedang dia lakukan ini adalah benar. Tiada yang akan lebih membuatnya gembira selain dari menarik hendal laci itu untuk membawa keluar satu kotak kecil lutsinar berbentuk oktagon. Kotak itu dibawa dekat ke dadanya lalu dibuka perlahan-lahan. Terserlah sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian yang membentuk sekeping salji kecil, kerana Emma sukakan musim sejuk dan kerana musim sejuk lebih bermakna buat mereka berdua.

“Sembilan belas saat...”

Adam menoleh ke arah pintu bila tiba-tiba Emma bersuara semula.

“Lapan belas... Tujuh belas... Enam belas...” dan kiraan itu berlanjutan sehingga Adam memulas tombol yang dikunci dari dalam tadi itu lalu menghadiahkan senyuman penuh makna. Sebelah tangannya menyeluk saku seluar, menyimpan sesuatu.

“Dah siap,” ujar Adam, menghela nafas lega. “Jom!”

Sekelip mata wajah Emma berubah, kembali ceria. “Jom!”

Lengan Adam ditarik dan dia menurut. Apabila Emma menyuruhnya menggalas beg berat penuh bekalan itu, Adam juga ikutkan tanpa mengadu apa-apa. Ianya mungkin kedengaran bodoh bagi sesetengah orang, tetapi sesungguhnya, Adam benar-benar rasa, jika Emma menariknya ke dasar lautan sekalipun, dia sanggup mengikut andai pada pengakhirannya mereka akan tetap bersama.

Tanpa perlu disuruh, Emma terlebih dahulu mencapai kunci rumah Adam yang diletakkan di atas rak kasut berdekatan pintu. Sebaik mereka berdua menapak keluar dari flat itu, Emma melepaskan pegangannya pada lengan Adam. Adam cepat-cepat mencapai pergelangan tangan gadis itu pula sebelum ia mula menjauh. Namun dia tidak terus bersuara. Lebih selesa menatap wajah keliru Emma mendongak mencari anak matanya.

“Aku sayang kau,” ucap Adam, senafas dan ikhlas.

Emma menjawab dengan reaksi wajah yang sama setiap kali Adam meluahkan perasaannya yang sebegitu, secara spontan, tiba-tiba dan tidak pernah teragak-agak: tersenyum sipu bersama kedua pipi sedikit memerah.

I never doubt that,”balas Emma, berbisik.

Memerhatikan gadis itu sedang terkial-kial memulas kunci pintu rumahnya, Adam kini lebih yakin, dia mahukan sebuah masa depan.


___________________________________________________________________________________________________

Sorry... Sorry... Sorry...”diulang berkali-kali walaupun Adam sudah memberitahu bahawa gadis itu tiada salahnya.

Don’t be,”balas Adam untuk entah kali ke berapa. Mulutnya penuh mengulum sandwich paling sedap yang pernah dirasainya di dunia ini kerana dibuat dengan rasa cinta yang mendalam untuknya seorang.

“Aku datang awal sangat. Lepas tu tak tanya apa-apa, terus ajak kau keluar. Sorry...”

“Emma,” panggil Adam, tegas. “No more sorry, okay?”

Gadis di hadapannya itu masih kelihatan serba salah, menggigit bibir bawah. Hilang sudah raut gembira dan teruja ketika bercerita kepadanya tentang setiap satu perkara yang terkandung di dalam beg besar itu. Wajah yang sama, tetapi serinya kurang.

Adam ligat memikirkan cara untuk mengembalikan senyuman pada bibir itu dan idea bernas datang tepat pada waktunya. Selepas mengunyah kepingan terakhir roti sandwich tersebut, Adam berpura-pura mencari sesuatu. Barang-barang yang bersepah di atas selimut itu diangkat satu-persatu.

“Cari apa?” Emma menyoal, turut sama menyusun beberapa bekas sedikit jauh supaya mudah untuk Adam menjumpai apa yang dicari olehnya.

“Tisu, mana tisu?”

“Oh! Tisu...” Apabila Emma berpusing, mendapatkan beg besar yang terletak di belakangnya, Adam mengukir senyuman nakal. Dia tidak melengahkan masa untuk terus menggelitik pinggang gadis itu sehingga Emma tertawa besar, terbahak-bahak, terbaring di atas selimut merah kotak-kotak ceri itu dengan ketawa riang sambil kedua belah tangan cuba menolak tangan Adam yang masih di pinggangnya.

“Dah. Dah. Dah. Dah. Dah!” pinta Emma, masih dengan ketawa kuat.

Adam tidak mahu berhenti. Membuat Emma senyum dan ketawa mendatangkan kebahagiaan dalam hatinya. Walaupun dengan cara memaksa begini yang mungkin kelihatan agak kejam dari sudut pandang Emma, dia tidak berniat jahat. Namun kelakuannya terhenti apabila Emma mengadu,

Adam,... you’re hurting me...”

Kedua tangan Adam tergantung. Senyumannya ketika berseronok tadi ikut mati. “Sakit ke?” soalnya, serius.

Dengan ketawa yang masih berbaki, sambil berbaring malas di hadapan Adam yang sedang melutut bersama wajah risau, Emma menggeleng lembut. “Just a little.”

Perlahan-lahan Adam memaut bahu Emma, membantunya untuk duduk bersila seperti biasa. Adam membawa beberapa helaian rambut yang berselerak di bahagian pipi gadis itu lalu menyangkutkannya di belakang telinga. Lega melihat Emma kembali tersenyum seperti biasa, tidak terlalu histeria seperti tadi dan tidak juga bermuram seperti sebelumnya. Senyuman itu yang sentiasa menceriakan harinya.

“Aku takkan buat lagi dah,” luah Adam.

You should...”Emma menghembus nafas lega. “... it does feel good for the first few seconds.”

Bunyi tawa lembut yang terkeluar dari bibir merah jambu itu kedengaran bagai satu irama yang menenangkan pada telinga Adam. Secara tidak sengaja, memaksanya untuk turut gelak bersama tanpa sebab.

Mata mereka bertaut selama beberapa detik. Sehingga Adam kembali merasakan sesuatu dari hatinya. Sehingga pernafasannya terasa berat dan bilangan oksigen seperti semakin berkurangan memenuhi ruang udara. Sehingga dia rasa hatinya tidak akan tenang jika dia tidak mengucapkannya sekali lagi,

I do love you, Em.”

Dan melihatkan wajah itu yang memerah beberapa saat kemudian, Adam bahagia.

“Dua kali untuk pagi ni. Any special occasions that I should know about?”Emma bertanya, sebaik mata mereka bertaut kembali selepas dia selesai mengipas kedua pipinya.

You will. Soon.”Dengan itu, Adam meraba poket seluarnya dari luar. Kotak itu masih di situ.



Dulu Adam tidak pernah faham konsep berpiknik. Kenapa seseorang lebih rela melakukan semua perkara yang boleh dilakukan dengan lebih selesa di rumah, hanya dengan beralaskan bumi dan beratapkan langit. Namun selepas hari ini, andaikata dia ditanyakan tentang kelebihan berpiknik, bukan tempat atau keselesaan yang menjadi isu utama, tetapi bersama siapa. Kerana hanya dengan merelakan bahunya menjadi sandaran kepala Emma semenjak sejam yang lepas, sepanjang mereka membaca novel cinta berbahasa Inggeris ini, Adam telah menemui makna baru di sebalik perkataan ‘bahagia’.

Sambil memeluk kedua lutut yang dibawa dekat ke dada, Adam membiarkan Emma memaut sebelah lengannya. Sementara buku itu didirikan di atas lengan yang dipaut supaya adil untuk mereka berdua menatap penulisannya tanpa seorang perlu terlalu mendongak atau seorang lagi terlalu menunduk.

Adam hairan bila Emma tidak menyelak muka surat seterusnya. Dengan berhati-hati dia menoleh ke arah Emma, dia tersenyum. Gadis itu sudah tertidur di bahunya. Berdengkur kecil dengan mulut sedikit terbuka. Buku yang berada di dalam pegangannya terlepas tepat pada masa Adam sempat menyambut. Buku itu ditutup dan diletakkan di tepi sementara Adam bergerak perlahan untuk membetulkan posisinya, supaya Emma lebih selesa.

Dari ekor mata, Adam memerhatikan wajah yang sedang lena itu. Untuk kesekian kali, perasaannya dipersoalkan. Adakah dia sudah bersedia untuk menatap wajah tenang ini di sebelahnya setiap pagi apabila dia membuka mata? Mengusap lembut pipi itu, bermain-main dengan hujung rambutnya, dengan sengaja mengusik tidurnya yang diulit mimpi indah atau menenangkannya jika mimpi ngeri datang mengganggu. Dan untuk kesekian kalinya, jawapan yang sama bergema di ruang minda: ya, dia sudah bersedia mahu memperisterikan gadis yang dicintainya sepenuh hati ini. Lebih dari bersedia.

Adam teragak-agak menepuk bahu Emma, memanggil nama itu beberapa kali sehingga gadis itu terjaga. Emma mengerang lembut sebelum mendongak, masih membiarkan dagunya menongkat malas di atas bahu tegap itu.

Em, wake up...”panggil Adam, lembut sekali. Mungkin terlalu lembut sehingga Emma kelihatan seperti mahu kembali ke alam mimpi.

Em... I’ve got a question to ask,”suara Adam lebih serius. Dia tersenyum lebar apabila Emma akhirnya membuka kedua belah mata dan mula menegakkan belakang badan, bersila menatapnya.

Tangan kanan Emma menggosok-gosok matanya yang masih kabur. “...apa?” soalnya, samar-samar.

About the time now, Emma,”Adam kedengaran lebih yakin.

For what?...” suara Emma masih menjauh, tetapi mindanya dapat mentafsirkan setiap butir bicara Adam dengan baik sekali.

Stop playing around and... marry me?”

______________________________________________________________________________________________________

Emma sangkakan matanya salah melihat, telinganya silap mendengar. Semua ini masih satu mimpi indah dan dia akan berjaga dalam masa beberapa saat dari sekarang. Namun dia sudah habis menanti, selepas lima saat, ditambah lagi lima dan lima lagi sehingga dia yakin bahawa ini benar-benar sedang berlaku.

Di hadapan matanya terdapat sebentuk cincin bertatahkan berlian berbentuk kepingan salji kecil. Cantik! Dan cukup membawa erti kepadanya, kepada hubungan mereka, kepada Adam dan dia. Tanpa dikawal, pipi Emma sudah basah dengan air mata. Dia hanya menyedari tentang itu apabila ibu jari Adam dibawa untuk mengesat wajahnya. Sentuhan yang sekejap itu terasa penuh kasih dan sayang dan cinta. Wajah lelaki itu yang sabar menanti juga sarat dengan harapan tinggi. Terlalu tinggi sehingga Emma tidak sanggup untuk memusnahkannya. Bukan Adam, lelaki lain mungkin, tetapi bukan Adam.

Tetapi kenyataan tentunya lebih pahit dari fantasi dan mimpi. Sejauh mana pun dia mahu menidakkan, Emma lebih dari tahu bahawa dia tidak layak diberikan penganugerahan seindah ini. Dia tidak layak untuk Adam kerana lelaki berhati mulia ini berhak mendapat yang terbaik, lebih baik daripadanya. Hanya kerana rasa cinta yang mengikat kedua hati mereka, tidak bermakna selamanya Adam harus terikat dengan bala sepertinya. Emma tidak akan membenarkan itu berlaku. Tidak kalau dia mencintai Adam sepenuh jiwa dan raga.

No,”jawab Emma, perlahan. Suaranya sengaja disekat. Kerana jawapan pendek itu terlalu pahit untuk diluahkan lantang.

Excuse me?”Adam keliru, meminta penjelasan.

You heard me, Adam.”Emma menelan liur yang terasa perit. Baki air matanya yang mengalir di pipi, diseka pantas. “I said, no.”

Beberapa detik berlalu terasa begitu lama sekali selepas itu. Melihat Adam di hadapannya yang terpaku dengan wajah keliru, menambah seksa dalam jiwa Emma. Dia tidak mahu semua ini berlaku. Dia tidak mahu Adam menderita. Kalau boleh dia ingin memutar kembali waktu, membawa mereka pada ketika kedua-duanya tidak mempunyai perasaan mendalam seperti kini. Ketika Adam dan Emma hanya sekadar dua orang rakyat Malaysia yang tinggal di dalam bangunan yang sama. Yang hanya kadang-kadang bertegur sapa apabila bertemu di hadapan pintu atau di lobi atau di hadapan pintu lif.

Namun keadaan kini berbeza. Jauh berbeza. Emma tidak dapat mengawal perasaannya dan Adam juga begitu. Masing-masing terlalu khayal melayani kehendak hati tanpa memikirkan kesan pada penghujung jalan ini. Sedangkan dari awal lagi Emma sudah membayangkan, kebahagiaannya dengan Adam tidak akan berpanjangan. Sekurang-kurangnya itu yang selalu dia tanamkan di dasar hatinya. Mengingatkannya setiap hari bahawa semua ini adalah sementara. Cuma Emma terlupa, Adam bukan sepertinya. Adam terlalu berfikir ke hadapan, terlalu inginkan sesuatu yang konkrit di antara mereka.

“Aku tak faham...” akhirnya, Adam membuka mulut. Kedutan pada dahinya terserlah.

“Kau tahu sebabnya.”

No, I don’t!”Adam menengking, geram. Kedua matanya mula memerah. Emma jadi terkejut dan mula tertanya-tanya, adakah lelaki itu sedang menahan air matanya?

I know nothing of the sort so you better give me a bloody explanation!”

Emma menghela nafas berat. Adam tahu. Adam tahu, tetapi sengaja mahu dia membangkitkannya semula. Sesuatu yang terlalu pahit untuk ditelan dan juga terlalu berat untuk diluah.

You deserve someone better, Adam. Someone much, much better, than me.”

Kerutan pada dahi Adam semakin menjadi-jadi. Meyakinkan Emma bahawa lelaki itu sememangnya tidak mengerti. Namun Emma sendiri tidak percaya bagaimana perkara sepenting itu boleh dilupakan oleh seorang lelaki yang mengucapkan cinta kepadanya setiap hari. Kerana setiap kali Emma memikirkan tentang masa hadapan yang bahagia bersama satu-satunya lelaki yang dicintainya itu, perkara yang sama akan menghantuinya, mengingatkannya bahawa impian itu akan kekal sebagai mimpi.

“Apa yang jadi tiga tahun dulu...” Emma memberikan pembayang dan wajah Adam terus berubah. Mulutnya melopong, matanya membuntang.

“Kau merepek apa ni, Emma? Aku tak kisah pun pasal semua-“

“Tak!” Emma membidas. “Kau kena kisah! Aku tak boleh bagi kau anak, itu fakta yang kau dengan aku tahu sebelum kita mulakan semua ini lagi. Sebelum kau luahkan perasaan kau pada aku. Sebelum aku terima untuk cintakan kau. And I... knowing the fact that this wouldn’t last long, that you would go for someone else for a better future, ... I got caught up so much in the mess and- and lost control. I’m sorry if I give you hope, but US... will never happen.”Kali ini tiada seorang pun di antara keduanya yang kisah untuk mengesat air mata Emma yang membanjiri pipi. Dibiarkan sahaja air jernih itu merembes keluar tanpa perlu ditahan-tahan. Jika ianya memudahkan Emma untuk bersikap jujur dan berterus-terang tentang bebanan perasaannya, biarkan.

“Kau kena kisah, Adam, sebab ini soal masa depan kau,” sambung Emma lagi, kali ini lebih tenang.

Emma menanti Adam bersuara semula, namun lelaki itu terusan membisu. Kotak cincin di dalam tangannya kini ditutup kemudian disimpan di dalam saku seluarnya semula.

Dengan perasaan berkecamuk, pahit dan manis, lega dalam derita, Emma berpuas hati melihat akhirnya Adam seakan memahami hujahnya. Lantas menyimpulkan bahawa waktu ini adalah detik terakhir untuk mereka bersama. Sebelum lelaki itu melepaskannya pergi untuk mencari cinta baru.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.