Home Cerpen Alternatif What's wrong with Zakrina and Tini?
What's wrong with Zakrina and Tini?
Jung Siti
12/7/2020 20:59:55
4,476
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

ADA APA DENGAN ZAKRINA DAN TINI?


"Aku rasa Rina tu takdalah lawa mana? Mungkin sebab dia budak silat... so nampak cool jugalah", kata kawan aku.

Aku akui benda tu, tapi aku rasa dia lawa je walaupun tudung tu kadang-kadang tak berapa nak betul sangat.

Satu benda yang buat aku tertarik pada Rina ialah, mula-mula sekali dia memang istiqamah berbaju kurung. Walaupun nampak macam tak berfesyen sangat.

Lagipun perangai dia agak kasar. Mungkin perempuan silat ni jiwa kental kot. Sementara aku hanyalah mamat sastera yang membosankan.

Kawan-kawan lelaki aku ada kata yang dia 'lack of feminine'. Bila sembang dengan dia macam sembang sesama lelaki.

Aku boleh je nak komunikasi dengan perempuan, tapi dengan orang yang aku suka ni... malulah heheh... Di dewan syarahan yang besar ni, aku hanya mampu perhatikan dia dari jauh je.

***


"Puan, saya tak fahamlah, kenapa saya punya ni banyak salah? Saya semangat nak belajar betul-betul ni", kata Rina dengan gaya sempoinya sambil menggaru-garu kepala.

Thaqafi yang tercuri dengar perbualan Rina dan pensyarah, ketawa kecil. Lagi-lagi melihat gaya Rina yang menggaru-garu tudungnya.

"Awak tu banyak tumpu pada game silat awak. Minggu lepas sederet kelas saya awak tak datang", kata Madam Fatima.

"Saya tahu, sebab tula saya banyak tanya kawan saya... masuk apa? Belajar apa? Nak buat macam mana?", kata Rina mengeluh. Jelas sedih di wajahnya.

"Hmmm... mungkin awak kena tanya kawan yang betul-betul mahir untuk subjek ni. Kalau nak tanya saya pun boleh, tapi saya selalu tiada di bilik", Madam Fatima turut memikirkan cara.

"Hah! Awak yang dekat luar tu... masuk ke dalam", Madam Fatima baru perasan kewujudan Thaqafi disitu. Thaqafi terkejut dan dengan gelabahnya dia masuk ke dalam.

"Ya puan!", Thaqafi menundukkan kepalanya.

"Awak Thaqafi kan?".

Thaqafi mengangguk.

Rina seakan-akan terkejut seraya berkata, "Ohhhh Ahmad Thaqafi! Pelajar emas psikologi!! Saya nak belajar dengan dia puan... tapi saya tak pernah nampak dia dalam dewan syarahan".

Thaqafi sengih kambing, 'macam manalah kau nak nampak aku... dahlah kau duduk depan sekali lepastu fokus sangat sampai tak pandang belakang...'.

"Ha... ha... ha...", Thaqafi agak kecewa.

"Haaa kalau macam tu Rina... awak belajarlah dengan Thaqafi ni. Lagipun awak ada game lagi kan. Haaa Thaqafi tolong ajar Rina ya... sebab markah dia ni pun agak membimbangkan", kata Madam Fatima kepada kedua-duanya.

Rina hanya tunggu diluar sementara menunggu Thaqafi yang masih berbincang bersama Madam.

***
Terima kasih pada Madam Fatima, disebabkan beliau aku dapat belajar dengan perempuan yang aku suka.

Aku asyik tergelak bila bersama Rina. Memang betullah dia ni lack of feminine... tapi itulah yang menarik dimata aku.

"Kau takda awek ke?", tanya Rina.

"Takda...".

"Peliknya. Kau dahlah pandai. Aku rasa kau nampak smart, takkanlah takda yang nak?", kata Rina lagi sambil menyumbatkan roti ke dalam mulutnya.

"Siapalah yang nak dekat mamat sastera berkaca mata macam aku ni...", Thaqafi rendah diri sambil mencuri-curi pandang gadis dihadapannya.

"Ohh kau memang takdalah... sebab kadang-kadang dekat hostel tu, adalah member-member cerita pasal budak lelaki... dan nama kau pun macam pernah ada...".

Thaqafi terkedu, 'aku agak terkenal juga ke?'.

"Tapi baguslah kau takda awek, senang aku nak belajar dengan kau... Kalau kau ada awek, takut banyak salah faham nanti".

"Kalau kau kesian dekat aku, kau jelah yang jadi awek aku", Thaqafi terlepas.

Rina terdiam.

'Alamak!'. Thaqafi ketawa kecil.

Rina turut ketawa kecil apabila Thaqafi ketawa kecil, seraya berkata.

"Siapalah aku ni weyh... aku tak layak untuk mana-mana lelaki. Lagi-lagi kau, Thaqafi. Kau lelaki baik dan kau berhak dapat perempuan yang lagi baik", nada Rina rendah diri.

'Adakah ini salah satu ayat friendzone'.

"Ha.. ha.. ha..", Thaqafi sengih kambing.

Kenapalah minah ni... suka sangat buat aku ketawa kesedihan.

Alhamdulillah, semakin lama aku menjadi tutor Rina. Markah Rina pun semakin memberangsangkan.

Rina juga sering mengajak aku ke tempat silatnya.

Sedikit sebanyak aku dapat mengenali Rina dengan lebih mendalam. Kehidupannya sebagai pelajar, suasana persekitaran Silat nya dan aku turut mendapat beberapa kenalan baru yang aku tak pernah nampak dari tempat silat itu.


Segalanya berjalan lancar.

***
"Zack? It's that you?!", kata seorang gadis yang tiba-tiba menyampuk perbincangan pelajaran Rina dan Thaqafi.

Thaqafi mengerutkan dahinya, 'siapa perempuan ni? Siapa pula Zack dekat sini?'.

Mata Rina membulat.

"Tini buat apa dekat sini?", kata Rina.

"Well... I sambung belajar dekat sini, and what a luck to meet you here", Tini memeluk Rina erat. Rina melepaskan pelukan Tini sambil tersengih.

"Kenapa bertudung dan berbaju kurung macam ni? Macam makcik lah...", kata Tini.

"Tutup aurat", sengih Rina pada Tini lalu memandang Thaqafi.

"and who is this handsome guy? Boyfriend ke?", tanya Tini.

Thaqafi malu seraya menjawab "ahh... kami kawan".

Tini mengangguk senyum seraya berkata, "What a relief".

"By the way, call me Tini and I am Zack's precious friend", Tini memeluk Rina dari tepi.

"Zack?", Thaqafi pelik.

Rina mula rasa tak selesa dan dia pantas bangun meninggalkan tempat itu. Thaqafi tercengang dan dia pantas mengikuti Rina. Sementara Tini hanya berdiri di situ sambil bercekak pinggang.

***
Aku dapat lihat yang Rina sentiasa menjauhkan diri dari Tini. Kebetulan ada beberapa kelas yang Tini sama dengan kami. Rina kelihatan dingin apabila Tini cuba menghampirinya. Aku rasa kesian pada Tini. Mungkin mereka pernah berebut lelaki, fikirku.

"Thaqafi... boleh I duduk sini?",tanya Tini.

Aku mengangguk. Tiba-tiba aku menjadi tertanya-tanya, dahiku berkerut.

"Kenapa Rina macam nak jauhkan diri dari Tini?".

Tini senyum lalu mengeluarkan telefon pintarnya.

"Well you ask me...this is her".

Aku melihat Rina tidak bertudung dan berambut pendek seperti lelaki di dalam telefon itu.

"She used to be a pengkid and we called her Zack, and after I nasihatkan dia, she changed for a guy that she like. Sadly lelaki tu suka I. That's why she's cold around me. I nak berbaik dengan dia tapi dia tak boleh lupakan perkara lama...".

Cerita Tini agak mengejutkan.

"Dahlah tu pompuan!! Tak habis-habis nak burukkan aku!", marah Rina.

Tini berkali-kali meminta maaf tak sengaja. Aku dapat melihat yang Tini sememangnya bersungguh-sungguh. Lagipula, bukan salah Tini. Aku yang bertanya.

Aku cuba menenangkan keadaan.

"Rina... jangan dekat sini... maaf Tini, kami beredar dulu".

***
"Dahlah Thaqafi, berhenti ikut aku", jelas Rina bengang.

"Rina... aku care pasal kau, dan aku tertanya-tanya kenapa kau layan Tini macam tu?", kata Thaqafi.

Rina terdiam.

"Aku yang tanya Tini. Bukannya dia yang memburukkan kau. Lagipun dia ikhlas nak kawan dengan kau".

"Kau ingat kau tahu semua ke pasal aku?!", tanya Rina.

" Tini kata kau dulu pengkid, tapi takpa sekarang kau dah berubah. Aku tak pandang masa silam kau", kata Thaqafi.

"What?? Dia bagitahu kau yang aku dulu pengkid?!!", nada Rina mula meninggi.

"Rina... Rina... its okay sekarang", aku cuba menenangkan Rina. Niatku hanyalah untuk menyatukan persahabatan dan menyelesaikan salah faham.

"Kau percaya betina ular tu!..", Rina masih marah.

"Aku kata its okay sekarang kan!... Pengkid tu kisah lama. Sekarang kau dah berubah", aku pula yang meninggi suara.

"Okay Thaqafi... pergilah percaya betina ular tu. Jangan ganggu aku dah lepas ni", nada Rina seakan kecewa.

Aku terdiam. Rina hilang dari pandangan mata. Aku menggaru-garu kepala yang serabut.

Arghhhh!!!

***
"Rina!! Kenapa kau pukul Tini?!! Habis lebam pipi dia!!", marah Kak Mas iaitu ketua asrama.

Tini hanya lemah longlai disitu.

"Kau tak payah nak bajet lembiklah pompuan!!", marah Rina pada Tini.

"Rina!!!", tengking Kak Mas.

Pada esok harinya, Tini tidak hadir ke kelas. Thaqafi dapat melihat Rina dari jauh. Ya, Rina memang mengabaikannya.

"Aku dengar dia pukul Tini... kesian Tini. Mentang-mentang Rina tu silat. eh eh.. Nak silatkan si Tini tu", pelajar siswi membawang.

Thaqafi yang terdengar perbualan gadis itu kembali memandang gadis pujaannya sambil menggeleng kepala.

'Apa nak jadi dengan kau Rina?...'

Habis kelas, ternampak Tini pula.

"Buat apa dekat sini Tini?".

"Eh... ahh takda pape... Tini tak buat apa-apa... ada nampak ke?" Tini seakan sorokkan sesuatu.

"Nampaklah Tini punya lebam tu".

Tini menghela nafas lega, "lebam ni takda apa-apa pun Thaqafi. Jagakan beg I kejap I belanja you air tin...".

Thaqafi senyum angguk. Dia kesian, melihat lebam di pipi Tini. Notifikasi telefon Tini berbunyi.

Thaqafi tergerak hati untuk melihat telefon Tini. Wallpapernya gambar Tini bersama Rina saat berambut pendek.

'Well, Rina lawa boyish,' getus hatinya.

Dia membelek lagi telefon Tini.


'sorry Tini aku memang penasaran...'

Satu fail bernama 'My precious Zack' menarik perhatiannya.

Langsung dibukanya fail itu.

DIAM...

***

Pada pukul 4.00 pagi, Kak Shaza terdengar tangisan dari surau perempuan. Seram sejuk pula.

"Rina?", Kak Shaza melihat Rina solat sambil menangis teresak-esak. Saat selesai solat Kak Shaza menghampirinya. Rina langsung memeluk Kak Shaza.

"Jangan tinggal Rina".

" Kenapa ni?".

Rina meluahkan segalanya pada 4.00 pagi itu.

Thaqafi melihat Tini dan Rina tidak hadir. Thaqafi risau. Pada petangnya, Thaqafi cuba mencari Rina di gelanggang silat tapi tak jumpa.

"Rina nak rehat sebab tulah dia tak datang sini", kata Kak Shaza.

"Kak... ada sesuatu yang Rina cerita tak?", tanya Thaqafi.

" You cakap apa ni dik?", kata Kak Shaza.

"Saya tengah risaukan Rina ni", Thaqafi menunjukkan gambar yang diperolehnya secara senyap-senyap dari telefon Tini.

"Siapa perempuan ni?!", tanya Kak Shaza.

"Dia Tini".

"She's here? In our campus?", Kak Shaza menggelabah.

Thaqafi mengangguk.

"Akak nak cari Rina", pantas Kak Shaza bangun.

"Kak... beritahu saya, apa yang terjadi sebenarnya ni?", bersungguh-sungguh Thaqafi ingin tahu.

Kak Shaza mengeluh, "dulu Rina digelar Zack... dan Tini tu lesbian dengan Rina aka. Zack. Zack nak berubah, dia dah taubat dan tak nak jadi lesbian lagi. So, dia pindah sini dan ubah nama panggilan jadi Rina. Bila tiba-tiba Tini ni muncul Rina takut, takut Tini tak boleh lupakan dia".

Thaqafi tercengang, "Tini kata Rina pengkid".

"Kau percaya cakap Tini tu? Kau dah tengokkan gambar tadi! Tini tak boleh lupakan Rina", marah Kak Shaza.

"Dah!!! Akak nak cari Rina..." .

***
"I tak tahanlah Zack... I rindukan hubungan kita yang dulu.. Miss to see your short hair, wide shoulder, tall body, your roughness", Tini memeluk Rina yang sedang rebah.

"Kepala hotak kau!... Tu semua dosa Tini, taubatlah weyh... Aku tak nak jadi kaum nabi Lut... Pergilah cari orang lain kalau deseperate sangat", lemah Rina berbicara.

"I miss all those position that you made. Orang lain tu different, tak sama macam Zack buat", Tini seakan merayu.

"Ya Allah... Ya Allah...", rintih Rina lemah.

Tini meninggikan suara, " hei Zack.. You jangan nak bajet ustazah dekat sini ye! Kalau you nak tahu, I yang letak drugs dalam air you so that you can get disqualified time game silat dulu!... Tu semua balasan sebab minta putus dengan I...".

Rina terdiam sebentar lalu berkata, " then now kau letak drugs kat aku lagi ke?".

Tini senyum sinis. Rina hanya berzikir di dalam hati berulang-ulang kali. Air matanya mengalir, dia tidak mahu mengulang dosa silam.

"RINA!!!".

"Kak Shaza!..."

***


Bersyukur ke hadrat Illahi, Rina berjaya dipulihkan di hospital. Kuantiti dadah yang disuntik Tini sememangnya membahayakan Rina.

Tini pula ditangkap polis. Mujur Thaqafi pantas memanggil warden bertugas.

Pada hari Ahadnya kecoh Rina mengemas barang untuk berpindah.

"Rina... ada orang nak jumpa kejap...", bisik Kak Shaza.

"Oh... Thaqafi.. Thank you lah sebab banyak tolong aku", Rina hanya memandang bawah.

"Takpalah Rina... tapi perlu ke sampai nak pindah?",kata Thaqafi.

"Weyh... aku cuba nak tutup pekung aku, tapi sekarang cerita pasal aku dengan Tini dah tersebar. Even aku berubah still akan ada orang yang pandang hina dekat aku, dan aku tak boleh macam tu. Aku perlukan suasana baru...", luah Rina.

"Aku boleh je terima kau Rina. Kau dah berubah kan? Pedulikan je pasal orang lain tu..", pujuk Thaqafi.

Rina tersengih sambil mengesat air mata, "aku tahu perasaan kau ... tapi aku nak ingatkan balik yang kau deserve perempuan lagi baik. So tak payah pikir pasal aku. Aku ni dulu banyak buat dosa, dosa yang lelaki pun tak buat ... tapi aku yang perempuan ni buat".

Thaqafi malu. Mukanya merah padam. 'Rina tahu ke aku suka dia?'.

Rina ketawa kecil, "dahlah weyh... tak payah malu-malu macam tu... doakan yang terbaik je untuk aku. Kau carilah perempuan lain".

'Friendzone aku lagi...'

"Ha... ha... ha...", Thaqafi agak kecewa.

***


Itulah kisah mengejutkan pasal perempuan yang aku suka. Dunia ni memang tak disangka-sangka. Walau segelap mana pun zaman silam dia. Aku tahu dia suruh cari perempuan lain, tapi aku masih tak boleh lupakan dia. Aku harap kalau ada jodoh, boleh jumpa Rina lagi. 


Tamat

*Song heard while typing this story:

Melly Goeslaw- Ku Bahagia

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham