862
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Julai

COLDPLAY - KALEIDOSCOPE (3.5 / 5)


Kumpulan rock suka ramai kini kembali dengan karya terbaruiaitu sebuah EP yang berjudul Kaleidoscope. Kaleidoscope  merupakan kesinambungan dari album mereka HeadFull of Dreams yang dikeluarkan pada 2017. Malah, Kaleidoscope  itu sendiri adalah nama salah satu track dariHead Full of Dreams. Terdapat lima buah lagu. Walaupun begitu, muzik yangditampilkan dalam Kaleidoscope  adalahsedikit berbeza dari Head Full of Dreams.

EP ini dibuka dengan “All I Can Think About is You” yangkedengaran agak melankolik. Kombinasi muzik terutama sekali bunyi bassline yangunik dan suara Chris Martin yang distinctive nyata berjaya menyampaikan moodyang diinginkan.

Begitu juga dengan lagu ''A L I E N S''. Kerjasama merekadengan Brian Eno dalam track ini memberikan rasa yang cukup berbeza.

Kelaian muzik yang ditampilkan kedengaran lebih jelas dalamtrack ke empat iaitu lagu 'Something Just Like This', yang merupakan rakamansecara langsung kumpulan itu di Tokyo. Ia adalah satu eksperimentasimengagumkan yang dihasilkan oleh Coldplay dan The Chainsmokers.  Gabungan antara muzik rock & EDM itu nyataberhantu apabila ia menjadi salah satu antara lagu lagu hit pada awal tahun2017.

Bagi saya, EP ini menunjukkan yang coldplay masih berjayamengekalkan identiti mereka, walau mereka cuba bereksperimen dengan trend muzikR&B, EDM & rock terkini yang sedang mendominasi carta, identiti muzikColdplay masih kekal utuh! (3.5 / 5)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.