Masa aku hidap penyakit misteri, pada usia 19 tahun, seorang Ustaz yang muka macam arwah atok tutup hijab mata aku. Tapi, aku masih nampak hantu lepas tu. Maksudnya hijab-mata aku @ deria ke-6 terbuka semula.
(Nampaknya, aku nak kena mintak tolong mana2 ustaz, tutup balik hijab mataku.)
Mama aku bagitahu aku, masa aku bayi, ada orang tiup muka aku, macam nak pindahkan saka. Tapi, mama juga kata Ustaz yang periksa aku, dia cakap aku tak pernah ada saka.
Aku kurus sejak kecil, walaupun aku makan banyak, jadi, aku ingatkan, aku ada saka. Rupa-rupanya, aku cuma ada metabolisme tinggi, dulu. Namun, berat badan aku bertambah mendadak masa fasa lockdown. Yelah, duduk rumah, asyik makan je.
Kemudian, aku turunkan berat badan lepas lari kat atas treadmill di rumah, sambil guna aplikasi ZRX: Zombies Run.
© Nuansa Embun