Home Puisi Umum WAHAI CORONA
WAHAI CORONA
Syameen
24/6/2021 18:01:23
3,422
Kategori: Puisi
Genre: Umum

‌Kau muncul tanpa amaran

Merebak pantas mencari tuan

Pelusuk dunia telah kau tawan

Membuat manusia hidup ketakutan


Corona virus nama timangan

Meragut nyawa Itu kegemaran

Angka usia bukan ukuran

Menjadi mangsa manusia terkorban


Kini kau muncul di Malaysia

Memaksa kami melalui fasa ketiga

Lockdown seakan sudah terbiasa

Mengikat kami di rumah tidak ke mana


Berita menjadi santapan harian

Melihat jumlah kes tak berkurangan

Angka kematian sangat menyedihkan

Menghalang kami bekerja seharian


Untung berniaga semakin berkurang

Dibuang kerja tak mampu dihalang

Simpanan diguna demi yg tersayang

Semakin perit utk lalui hari mendatang


Wahai Corona pulanglah ke asalmu

Kami ingin bebas seperti dahulu

Ziarah ibu bapa yang dah lama tak ketemu

Melerai rindu yang tebal terbuku


Wahai rakyat jangan menyerah

Singkirkan Corona tanpa mengalah

Bersatu menjadi senjata pemusnah

Melenyapkan Corona tinggal sejarah.


#Coronamalaysia

#Lawancovid19

#Perjuanganbelumselesai

#Nukilansyameen




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.