Tuhan itu Maha Kuasa
KuasaNya adalah segalanya
mencipta hati berisi perasaan
menyerlah manusia itu ada kelemahan.
aku hanya pendam
namun tidak aku berdendam
cuma minta padam
derita batin ku alami
tuhan sedang menguji.
tusuk tusuk tusuk
hati dicucuk
panah-panah
lidah-lidah.
kita hanya mahu hati dijaga
tak ramai mahu menjaga
hati dan jiwa lara
aku telah memahami
namun sehabuk pun yang memahami
aku.
rasa sebak
tiada yang menebak
gundah-gulana mati
tiada jaga hati.
biarlah nurani meraung
tenang dikala kilat menyabung
ku punya Tuhan
Maha Mendengar tangisan
HambaNya yang kembali ke pangkuan.