Home Puisi Keluarga MAKAN HATI
MAKAN HATI
Dian Din
5/10/2018 08:19:13
2,388
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga

Lahirnya permata dari perpecahan dua jiwa
Manis pada mula pahit diakhirnya
Tidak tertahan ombak menghempas pulas
Mahligai dicipta karam tenggelam

Permata itu menerima padah
Dilempar ke sana ke mari
Sekian lama makan hati
Permata itu menangis meratap

Permata terbuang bertukar sirna
Kerana dulu telah banyak dihakis derita
Tiada tahu bermain perasaan
Tiada tahu mengungkap rasa
Dingin dan sepi jiwanya.


31/7/17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dian Din