Home Puisi Islamik Panggilan Madinah
Panggilan Madinah
Hasan Z. Ali
29/2/2020 09:14:50
310
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

subuh itu keriangan

kesyukuran

LED mula kilauan

Madinah destinasi impian.


di KLIA ini

aku sudah mengimpi-impi

Madinah akan kujejaki

rindu dan cintaku tak mampu kutahan lagi

inginku menadah makbul di Raudhah suci

mengunjungi jasad mulia makam Nabi

turutku bertafakur pada tanah kering di Baqi'.


ku ingin tangiskan kegembiraan

tiba di Nabawi tak sunyi kemeriahan

alunan kitab suci dan bahas keagamaan

oh jadi impian 

semua Muslim hamba Maha Milik Kekuasaan

cakerawala tanpa dindingan.


dari Movenpick terpancar suria

ku kudap kopi panas dan roti kaya

jendelaku hanya menyiar panorama

Masjid Nabawi yang terlalu sempurna.


oh suka dalam hati

akan ku akhiri

ziarah ku di Madinah suci

dengan ihram di Bir Ali

menjejak pula

Makkah mulia

kota suci dari dusta.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.