8,540
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 4

Café 1

"Hai abang Rrez...handsome la hari ni."

Hari ni dah sepuluh kali ayat tu meniti di telinganya, semuanya diucapkan oleh gadis-gadis jelita pelajar kat situ juga, yang berperangai gedik menggoda. Ni baru pukul 9 pagi, kalau sampai petang nanti tak tahulah berapa. Frezay, dengan lagak macho dan sempoinya membalas, membuatkan gadis-gadis itu terasa berada di awang-awangan..

"Hoi!!!"

Terjungkit bahu vishvak disergah tiba-tiba. Dia mengurut dada sambil matanya dijengilkan kepada kawan baiknya itu, yang sedari tadi ketawa berdekah-dekah. Frezay menghentikan ketawa dan duduk di depan Vishvak tanpa rasa bersalah, muka blur lagi adalah. Sengaja dia menyergah begitu walaupun tahu Vishvak ni memang anti-sergahan. Dia punya masalah sikit ngan jantungnya-semenjak lahir.

"Kau ni nak aku K.O ke?" Mencuka Vishvak memandang Frezay. Frezay pula tayang muka selamba, tak bersalah.

"Alah, rilekslah bro, jangan terkejut sangat. Aku tak nak bertanggungjawab kalau kau K.O kat sini, nanti jatuhlah air muka aku yang macho ni." Frezay tersengih.

Vishvak menumbuk perlahan bahu kawannya. "Tak guna punya kawan, banyaklah kau punya macho."

Frezay ketawa. "Whats up bro, dari tadi aku tengok kau duk termenung sini, rimas aku tengok. Biasanya kalau pagi begini, kau pergi check ahli baru dan mulakan sesi ceramah kau tu. Kalau ada yang 'bertuah' sangat, makan kala jengking kau la..."

"Apa? Kala jengking?"

"Yup, tengkingan kaulah. Kau ni, tak boleh ke kalau tak marah orang, sehari pun jadilah."

"Entah, tak tahu. Tu, memang perangai aku dari azali lagi kot!" Selamba badak je Vishvak ni menjawab.

Frezay mengeluh. Bukannya apa, dia kesian tengok ahli tu semua kena marah. Memang terkena lagi mereka semua kerana Vishvak ni dari bahagian disiplin.

Masing-masing membisu. Suasana hening seminit, kalau ada jarum jatuh pun boleh dengar. "

Vish..!" Frezay memecah kesunyian.

"Apa?"

"Kalau aku cakap kan, jangan marah hah?"

"Apa dia?"

"Wirsyak Al-Hakeem, kau ni cukup pakej. Rupa ada, poket penuh, segalanya dah tersedia untuk kau..."

"Jadi?" Vishvak memotong. Bosan sebenarnya. Dihirupnya teh yang masih penuh dalam cawan.

"Aku doakan agar kau cepat kahwin!"

BURRRRR!!!

Tersembur air keluar dari mulutnya, membasahi baju Frezay yang memang tepat berada di depannya. Dia terbatuk-batuk.

"Kau ni...asal sebut kahwin je dah macam ni." Frezay mengelap bajunya.

"Cukup, cukup. Jangan sebut perkataan tu depan aku lagi. Anti!" Vishvak memberi amaran dan berlalu meninggalkan Frezay yang masih termangu-mangu sendirian.

"Apa kena dengan kawan aku ni?" Frezay berbisik sendirian dan mengangkat punggung meninggalkan café itu.

Dewan Utama

Loceng menjerit nyaring, memaksa semua pelajar bangkit dari dari dewan makan dengan segera. Sesetengahnya membebel tak puas hati, tanda protes waktu makan diganggu. Arahan untuk berkumpul di dewan utama diterima dengan hati mendongkol. Sebu rasanya.

"Baiklah ahli sekalian, saya Profesor Mugen De Vaille iaitu petugas yang dikhaskan untuk membantu kamu semua kendalikan misi ni..."

"Fewittt...cantiknya Prof ni!"

Pelajar lelaki mula membuat onar. Prof Mugen yang memang anggun sentiasa mencuri hati orang lelaki. Hish...bahaya ni!

"Diam semua!"

Semua orang terdiam, termasuklah Prof Mugen sendiri. Getaaran jiwa semakin terasa dengan kemunculan Singa Dua Benua. Dia, mengambil mikrofon dari tangan Prof Mugen dan memulakan sesi kaunselingnya. Yang pasti, akan ada yang menangis lepas ni!

"Kamu semua ni tahu tak apa peraturan bila berada di sini? Atau lembab sangat sampai buku disiplin pun tak sempat baca? Tak boleh memotong percakapan petugas kamu. Tak boleh nak tackle dia. Ok, ingat sini wahai kaum Adam...Prof Mugen ni anak saya. Jadi, jangan ada sesiapa pun yang cuba-cuba nak tackle dia! No way! Huh." Prof Helt mengembalikan semula mikrofon itu kepada anaknya dan berjalan keluar meninggalkan dewan diiringi bisik-bisik pelajar lelaki yang 1000 kali tak puas hati!

"Baiklah, kita sambung semula. Okey, saya akan jelaskan satu persatu. Sekarang, kamu semua berkumpul dalam kumpulan masing-masing." Prof Mugen memberi arahan. Tegas tapi lembut.

Setelah masing-masing berada dalam kumpulan, Prof Mugen menyambung kembali taklimatnya yang tergendala sebentar tadi.

" Baiklah, saya akan jelaskan misi kamu semua. Di sini, kita ada lima kumpulan utama iaitu bermula dari Zentrical Z1 hinggalah Zentrical Z5. Ok, suka saya bagitau kamu semua bahawa misi ini lebih menjurus kepada pertandingan, jadi kerjasama sesama ahli kumpulan aamat diperlukan. Untuk tugasan pertama, markah sebanyak 20 % akan diberikan, tugasan kedua 30%, ketiga 10%, keempat 5% dan kelima, iaitu tugasan terakhir markah akan diberikan sebanyak 35%. Setiap tugasan akan diberikan selepas semua kumpulan sampai semula ke dewan ni. Faham semua? Ada soalan?"

Ketua zentrical Z3 mengangkat tangan. "Prof, cakaplah apa tugasan kami. Tak sabar ni."

"Baiklah semua, seperti yang kamu lihat, di depan ni ada satu mesin dan di dinding pula terpapar gambar kepingan purba. Kamu boleh agak kan?" Prof Mugen berjeda. Para ahli Zentrical berpandangan sesama sendiri.

"Ini ialah misi pertama kamu, dan masing-masing perlu membawa balik hanya 2 kepingan setiap kumpulan. Markah bukan dikira dengan membawa balik kepingan tu, tapi masa. Semakin cepat kamu sampai, semakin banyak markah yang kamu dapat. Ingat, walaupun tiada penyingkiran, kumpulan yang terakhir tetap tak boleh lari dari misi ni sebab sekali kamu sertainya, kamu takkan boleh keluar. Ok, bersedialah semua dari sekarang. Esok tepat jam 8 pagi, kamu akan menempuh alam baharu, yang tak terjangkau dek akal fikiran. Setakat ini sahaja penerangan saya, terima kasih. Ingat pesan saya, jaga diri, kuatkan tali persahabatan, kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan. Sekian."

Suasana mula hingar bingar sebaik sahaja Prof Mugen keluar dari dewan. Riuh lebih dari pasar! Apa lagi topik yang hangat diperkatakan, tentulah pasal misi pertama tadi. Persiapanlah, perasaanlah, semua ada!

Badrul mengorak langkah menuju ke arah Zentrical Z5 yang tenang bersahaja, tak banyak cakap. Kiranya mood diorang baik lah hari ni, tak gaduh-gaduh macam selalu.

"Yo bro, amacam kau rasa kau boleh kalahkan aku ke?" Sinis dia berdepan dengan mereka semua.

"Kau ni apahal? Itu bergantung kepada keputusan esoklah. Kami tak harap pun akan menang esok, sebab orang yang mengharap tu sebenarnya yang akan kalah! Jom Z5, kita blah dr sini. Tak guna layan dia ni, memekakkan telinga je." Vishvak beredar diikuti Kai, Frezay dan Rienna. Badrul mendengus tak puas hati.

"Aku akan buat korang semua merana lepas ni. Awas!"


>> bersambung

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh