Home Novel Thriller/Aksi Dunia menjadi gelap?
Dunia menjadi gelap?
senjakalamalam
5/7/2018 23:02:47
10,157
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
03

03.ZONE X

                   Demikianlahsegala bahan makanan itu menjadi persediaan untuk negeri ini dalam ketujuh tahunkelaparan yang akan terjadi di tanah Mesir, supaya negeri ini jangan binasa keranakelaparan itu."    Kej 41:36

          Nuqman hanya menyandar di pintu dimana beberapa orang penganut kristian sedang membacakan nas-nas di dalam kitabbible.Dirinya memeluk tubuh.

          “Siapa sangka kita akan nampakbeberapa jenis penganut agama melakukan upacara keagamaan dalam satu bumbung.”

          Nuqman beredecit.”Keadaan merubahkankita”Ujarnya lalu menoleh.Malik hanya tersenyum nipis.

 

5 jam sebelumnya…

 

          Salji turun bagaikan gerimis mengenacermin hadapan trak tentera.Nuqman yang terkejut turun dari trak denganperlahan.Tangannya ditadah.

          “Salji…”

          Khairil menoleh.Turut terkejut.

          “Kau nampak tak?”Soal Nuqman mintakepastian.Risau hanya dirinya seorang sahaja yang melihat salji mula turun diMalaysia.

          Di dalam kesamaran malam,Nuqman dapatmelihat Khairil mengangguk perlahan.Pasti riak wajahnya juga keliru danterkejut.

          “Aku rasa lebih baik kita tunggu didalam trak.Kita tak tahu apa yang ada dekat luar ni.Dalam kegelapan ni.”

          “Hang…”Belum sempat Khairil menamatkanayatnya,kedengaran seperti sesuatu telah menyentak Khairil dari belakang.Nuqmanmenjadi walang.

          “Khai…”Begitu juga Nuqman.Dirinyaditumbuk dengan sesuatu yang keras di bahagian perut lalu wajahnya disarungkandengan sesuatu.Dirinya tidak sedarkan diri sejurus selepas itu.

 

***

 

          Nuqman merasakan dirinya dipapah olehdua orang.Tangannya terasa bagai diikat dengan sesuatu.Beliau terduduk saatditolak oleh seseorang.Sarung yang berada di kepalanya masih belumdilepaskan.Beberapa minit kemudian,sarung dilepaskan.Kelihatan beberapa orangsedang mengelilinginya.Nuqman menoleh ke sisi.

          “Khairil!”

Sarungdikepala Khairil ditarik.Kelihatan pemuda tersebut terpinga seketika sebelumsedar dengan keadaan sekeliling.

          “Man!Kau ok?”

          “Aku ok!”

          “Kita kat mana ni?”Soal Khairil lihatsekeliling.

Tempatapakah ini?

          “Selamat datang ke Zone X”

Wajahmereka berdua tertumpu ke arah suara tersebut.Di dalam kesamaran lampuneon,kelihatan sorang pemuda sedang berjalan ke arah mereka.Badannya kelihatantegap serta wajahnya kelihatan seperti berusia 40an.

          “Hang yang tembak askar dekat luartu?”Soal Khairil berang.

          “Benda cuma sedikit salah faham.”Jawabnyaringkas.Tenang.

          “Kenapa tembak askar tu?Dan,kenapaikat kami?”

          “Insurans.”Jawab salah seorang darimereka.

          “Insurans?”

          “Insurans untuk pastikan korang takboleh melawan.”

          “Apa semua ni?Kami tak faham.”

          “Mereka pemberontak.”Ujar Khairildengan keluhan kasar.

          “Pemberontak?”

          “Depa tak nak ikut arahan darikerajaan untuk tinggal di tempat pengumpulan dan depa buat kumpulan sendiri.”

          Nuqman melihat ke arah pemudatersebut.Dirinya mengangguk perlahan.

          “Betul,tapi ada sebab kami buat macamtu.Tak apalah.Disebabkan hampa nampak muka-muka kami,kami tak boleh bagi hampabalik ke tempat pengumpulan.”

          Nuqman menjadi walang.”Jadi,apa korangnak buat dekat kami?”

          Pemuda tersebut mengeluarkan sepucukpistol lalu mengarah ke mereka Khairil.Manakala seorang lagi mengarah ke Nuqman.

          “Kau nak tembak kami?”Khairilmeninggikan suara.

          “Maaf…”

Belumsempat pemuda tersebut melepaskan tembakan,seseorang menjerit ke arah merekadari jauh.Pistol diturun.Mereka semua menoleh ke arah pemuda yang berlari itu.

          “Tentera dah datang!”

Merekayang berada di situ melihat antara satu sama lain seketika.

          “Eh,Nuqman!”

          Nuqman mendongak.Dirinya terkejutmelihat gerangan tuan empunya suara.Dirinya begitu memikirkan tentang matisehinggakan tidak menyedari suara itu sebentar tadi.

          “Malik!”

          “Hang kenal dia ni?”

          Malik mengangguk.”Kenal!Kawan Malik dekatkilang.Sebelum semua ini.Dia ok.Abah boleh percaya saya.”

          “Kawan dia yang askarini?Kenal?”Pemuda yang berusia 40an yang digelar abah itu menuding jari ke arahKhairil.

          Malik menggeleng.

          “Baik,lepaskan yang kawan Malik danbawa askar ini ke bilik tahanan.Kita selesaikan mana yang patutdahulu.Malik,kau uruskan kawan kau ni.”

          Malik mengangguk.

Khairildipapah sekali lagi keluar dari bilik tersebut bersama yang lain.Hanya tinggalMalik serta Nuqman sahaja di situ.

          “Apa semua ini Malik?”Soal Nuqmandengan kerutan di dahi.Apa yang telah berlaku dan di mana diorang bawa Khairil?

          “Percayalah,apa yang kau nampak taksama dengan apa yang sebenarnya berlaku.”Jawabnya sambil melepaskan ikat ditangan Nuqman.”Jom,aku bawa kau ke tempat yang lebih selamat.”Dirinya membantuNuqman untuk berjalan.Sebelum meninggalkan bilik tersebut,lampudipadamkan.Laluan tersebut kini sebati dengan keadaan luar.Gelap!

 

***

 

          Siapa sangka kawasan Pasaraya VillageMall dijadikan Zone X.Sebuah pasaraya tertutup yang dicat berwarna hitam padabahagian tingkap serta dilapisi beberapa perabut serta kertas benar-benarmembuatkan tempat tersebut seperti tidak berpenghuni.Lampu-lampu neon yangmalap diletakkan di beberapa buah kedai serta di dalam panggung wayang dimanacahaya tidak dapat dilihat dari luar.Pintu yang turut ditahan dengan perabutserta barangan berat yang lain benar membuatkan kawasan tersebut selamat.Hanyaterdapat beberapa pintu rahsia yang digunakan untuk keluar masuk kawasan.

          Namun,apa yang membuatkan Nuqmanterkejut dan tersentak adalah kawasan tersebut bukan sahaja dihuni pemuda yangpentingkan diri sendiri.Kelihatan juga beberapa kanak-kanak serta warga emasdan wanita di situ.

          “Kenapa diorang tak ke tempatpengumpulan?”Soal Nuqman hairan.Matanya terarah ke kanak-kanak yang sedangbermain di satu sudut.

          “Kau rasa tempat pengumpulan itubetul-betul selamat ke?”Soal Malik minta kepastian.Kening Nuqman dinaiksebelah.Hairan.

          “Maksud kau?”

          “Kau nampak mak cik tu?”Malik tudingjari ke arah warga emas yang sedang duduk seorang diri di satu sudut.

          Nuqman mengangguk.

          “Kau tahu dia ada penyakit kencingmanis?Dan kau tahu apa tindakan tempat pengumpulan tu?”

          Nuqman menggeleng.

          “Diorang asingkan mereka dan biarkanmereka mati.”

Nuqmantersentak.”Kau biar betul?Mana kau tahu semua ini?”

          “Sebab aku nampak dengan mata akusendiri diorang asingkan warga-warga emas serta penghuni yang berpenyakit dandibiarkan mati”

          “Kenapa?”Nuqman bagai kurang percayadengan kata-kata rakannya itu.Tetapi masakan pula Malik hendak berbohong.Bukansehari dua aku kenal dia.Sudah hampir 3 tahun.Sedari diploma jikalau cutisemester sahaja pasti aku akan bekerja di kilang tersebut.

          “Survival 101.Kau pun tahu yang kitatak tahu berapa lama kita akan duduk dalam gelap ni kan?Jadi,mereka sudah mulamencatu makanan untuk persiapan.Yang sihat dan mampu memberi sumbangan,merekaakan simpan.Siapa yang membebankan,diorang akan lepaskan.”

          “Kejam…”
Malik mengangguk.”Selepas aku tahu apa yang berlaku di tempat pengumpulantu,aku terus tinggalkan kem tu.”

          “Jap,setahu aku mak kau ada darahtinggi kan?”

Dirinyamengangguk lagi.”Sebab itulah aku kena keluar dari situ.Aku bawa mak aku danbeberapa orang lain yang nak ikut.Sehinggalah aku jumpa Abah.Dia yang bawa kamike sini.”

          “Abah?Lelaki yang tegap yang dalamlingkungan 40an tu?”

          “Betul,itulah Abah.Dia dan beberapaorang lain yang telah set up tempat ini dan kami amat berbesar hati keranamereka sanggup membantu.”

          “Macam mana pula dengan stok makanan?”

          “Beberapa pasaraya di kawasan ini kamitelah kumpul termasuk Tesco.Cuma semakin hari bekalan minyak semakinkurang.Tidak lama lagi memang betul-betul akan duduk dalam gelap.”

          Nuqman melihat sekeliling entah untukbeberapa kalinya.Dirinya mengeluh perlahan.

          “Kau rasa berapa lama keadaan ini akanberterusan?”

          “Dunia sudah kiamat.Kita tak bolehputus harapan.”

          “Aku takut,Malik.Setiap kali akubangun dari tidur aku betul-betul harap ini semua cuma mimpi dan aku akanbangun dari katil aku dan esok lusa aku akan lupa mimpi ini.Tapi…”

          Malik menepuk lembut bahurakannya.”Sabar Nuqman.Sabar.In Sha Allah ini semua dugaan dariNya.”

 

***

 

          Nuqman berjalan perlahan melintasideretan kedai yang berada di situ.Kedai yang dahulunya sebuah kedai dandananrambut dijadikan gereja dan terdapat notis di luar kedai yang bertulis ‘Sunday prayer’.

          Nuqman menyandar pada pintu kedaitersebut sambil melihat paderi sedang menyampaikan nas-nas yang berada di dalamkitab Bible.

          “Menakjubkan bagaimana keadaan bolehmenyatukan manusia walaupun lain agama.Jikalau tidak berlaku semua ini,kau susahnak nampak islam,kristian,buddha sembahyang di bawah satu bumbung walaupundiruangan yang lain.”

          Nuqman berdecit.Dirinya menoleh.”Macammana kawan aku?”

          “Kawan kau selamat.Janganrisau.Tetapi,aku tak berani jamin yang korang boleh balik ke tempatpengumpulan.”

          “Kenapa?”

          “Aku rasa Abah takkan benarkan.”

Nuqmanmengeluh perlahan.”Kau rasa tempat ini selamat ke?”

          “Maksud kau?”

          “Maksud aku..”Nuqman mendekatkandirinya kearah Malik.Dirinya tidak mahu mengundang kerisauan kepada yang lainjika mereka dapat tahu akan apa yang hendak disampaikan itu.”Kau sendiri cakapyang kita kekurangan minyak.Kekurangan diesel.Dan kau tahu keadaan dekat luartu macam mana kan?Malaysia dah mula salji.Setidaknya aku tahu kawasan kitasudah bersalji.Dan tak lama lepas itu,kita semua akan mati kesejukan.”

          “Habis tu apa rancangan kau?”

          Nuqman mengeluh perlahan.”Aku pun taktahu.Cuma,apa yang aku tahu jikalau tinggal disini,kita akan ada tigaancaman.Empat jika tersilap langkah.Satu,sejuk.Dua,lambat laun makanan akanhabis.Tiga,tentera.Dan aku pasti bukan tempat pengumpulan kau dan aku sahajayang ada dekat sini.Mungkin berpuluh.Dan empat,Abah…”

          “Aku faham Nuqman.Tapi,aku kena fikirpasal mak aku.Kalau kau nak tinggalkan tempat ini,aku tak boleh halang dan akujuga takkan tolong.Cuma,bagi aku kalau kau balik ke tempat pengumpulan,lambatlaun bekalan akan habis dan minyak akan habis seterusnya ramai akan matikesejukan.Ancaman bagai tiada beza.”

          “Oleh sebab itu aku rancang nak keluardari sini.Aku bercadang nak ke utara.Mungkin masuk ke Thailand danseterusnya.Aku tahu aku mungkin tak tahu apa yang berlaku nanti.Setidaknya,akumati cuba.”

          Malik mengeluh.”Habis macam manajikalau mak ayah kau balik?Kau cakap tadi kau ada tinggal nota kan kalaudiorang balik dari Turkey.”

          “Sudah dekat dua bulan diorang takbalik,Malik.Aku sudah boleh terima apa yang berlaku dan mungkin berlaku.”

          Malik mengangguk.”Baiklah macam tu.Akuhormat keputusan kau.”

          “Terima kasih Malik.Cuma…Aku nak mintatolong kau lepaskan kawan aku,boleh?”

          “Aku akan cuba yang tu.”

          “Terima kasih lagi sekali…”

 

***

 

          Nuqman mengintip dari jauh sejurusMalik berjalan ke arah seorang yang mengawal Khairil.Menurut rancangan,Malikakan cuba mendapatkan kunci dari pengawal tersebut lalu membawanya ke tempatlain untuk memberi ruang kepada Nuqman untuk membebaskan Khairil.

          Namun,belum sempat Malik hendakmemulakan rancangannya,mereka berdua didatangi seseorang.Kedengaran sepertiabah hendak jumpa mereka semua di kawasan legar pasaraya.Pentingkatanya.Sebelum Malik beredar,sempat dirinya menoleh ke arah Nuqman.Kunci yang berjayadi ambilnya dari pengawal sewaktu berita tersebut disampaikan,diletakkan dilantai.Sengaja Malik menundukkan diri seperti membetulkan tali kasut.Kepalanyadiangguk sebagai tanda ianya selamat.Nuqman membalas.

          Nuqman melangkah dengan perlahan kearah kunci tersebut apabila merasakan keadaan mula selamat.Pantas kunci dicapailalu membuka bilik.

          Khairil yang berdiri terkejut melihatNuqman.Wajahnya yang berkerut risau bertukar kegembiraan.Pantas rakannya itudipeluk.

          “Kita kena keluar dari sini”UjarNuqman sejurus pelukan dilerai.

          “Hang tau pintu mana kita nak keluar?”

          Nuqman mengangguk.”Malik bagitahu akutadi.Jom,sementara diorang sibuk”

Tanpamenjawab,Khairil hanya mengangguk.Mereka berdua menuju ke bilik bawah tanah dimana parkir bawah tanah pasaraya terletak.Tombol kunci dipulas.

          “Kunci..”Bentak Nuqman kasar.Tidakterfikir pula dirinya pasal ni.

          “Tepi.”Khairil menolak lembut laludirinya mencapai sesuatu dari celah kasutnya.Dua dawai besi dikeraskan laludigunakan sebagai alat membuka kunci.Nuqman memerhati sekeliling sambilmenunggu Khairil menyiapkan kerjanya.

          “Kau yakin kau…”Belum sempat Nuqmanmenyambung ayatnya,terdengar bunyi kunci pintu dibuka.

          “Kau cakap apa tadi?”Soal Khairilsambil pintu tombol dibuka.

          Nuqman hanya berdecit lalu mereka menujuke arah pintu keluar parkir bawah tanah.Mereka bergerak dibelakang kereta yangterdapat di situ.Risau jikalau mereka yang lain ternampak.

          “Kita nak pi mana sekarang Nuqman?”SoalKhairil minta kepastian.

          “Aku rasa aku nak keluar dari tempatni.Mungkin pergi ke Thailand atau atas lagi dari situ.”

          “Kau yakin sana selamat?”

          “Kita kena cuba.Yang aku tahu,sinisudah tak selamat.Lambat laun kita akan mati.Tak mati kelaparan…Tunduk!”Nuqmanmenolak kepala Khairil ke bawah saat melihat seseorang sedang berjalan ke arahmereka.Mereka berdua menunggu sehingga lelaki tersebut beredar sebelummeneruskan langkah.

          “Apa maksud hang tadi?”

          Dari jauh sudah terasakesejukan.Mereka berdua akhirnya berjaya melepaskan dari kawasan parkir bawahtanah.Mereka kini berada di hadapan pasaraya.Kelihatan beberapa trak tenteratidak jauh dari mereka berdiri.

          “Maksud aku kita sudah kehabisandiesel.Dengan keadaan sejuk macam ni,kita tak mati kelaparan,kita akan matikesejukan.”

          “Jadi,apa hang nak buat sekarang?”

Khairilmenoleh seketika ke arah Nuqman.Lelaki tersebut hanya memandang ke arah traktentera di hadapan.

          “Buat masa sekarang,kita kena masukbalik ke dalam kem dan aku kena bawa Syakir sekali.Kemudian,kita keluar dariSungai Petani…”

          Khairil hanya menganggukperlahan.Mereka berdua kemudian menuju ke arah beberapa buah trak tentera dihadapan.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.