Home Novel Thriller/Aksi IAMBOADICEA
IAMBOADICEA
painarena
1/7/2019 01:24:44
653
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12

KURO dan Aki tertidur di sofa sepanjang malam. Bila bangun keesokan harinya, Mior tengah menjerit-jerit di dalam bilik stor kerana nakkan air minum, makan, berak dan kencing. Aki baru nak membantu namun Kuro menghalang.

“Manusia boleh aje tahan minum sampai tiga hari. Takkan baru sehari dah give up. Lembik,” omelnya sambil menggosok gigi di depan pintu stor.

Mior mendengus. “Nanti aku berak kencing kat sini, padan muka kau.”

“Padan muka KAU sebab hidup dengan berak kencing kau sendiri.Kalau aku, aku tak kisah. Pintu boleh aje ditutup.” Daun pintu ditarik, baru nak menutup.

“Okay! Okay!! Apa dia yang korang nakkan dari aku! Aku bagitau!”

Kuro dan Aki bertukar pandang, lalu sama-sama tersenyum. “Kau tunggu kejap. Aku nak mandi, nak makan, tukar baju. Nanti lepas badan dah segar, kitorang datang balik kat kau.” Kuro memberi sengih busuk.

Aki menganggukkan kepala berkali-kali sambil mengukir senyum pada tawanan mereka. “Sebab tu aku lebih suka berkawan dengan dia berbanding engkau,”ujarnya sebelum menutup pintu.

Mior mendengus buat kesekian kali.

 

MASUK tengah hari, Mior masih tidak dilawati. Farha yang dah pulih dari rasa terkejutnya semalam sedang berbual dengan si ibu dalam telefon di dapur. Aki sekadar merenung di sebalik pintu, sebelum menoleh ke luar bila terdengar bunyi kenderaan masuk.

Itu Kuro, dengan lauk pauk untuk makan tengah hari.

“Aku jumpa Flora dengan Nat,” lapornya sambil menyerahkan plastik berisi nasi dan lauk pada Aki.

“Dorang tanya pasal Coral?” soalnya. Sememangnya mereka mengenali kenalan-kenalan gadis bidayuh yang dah arwah itu. Macam friends of friend dalam Facebook.

“Yep. Aku tak boleh nak jawab apa. Aku cakap je dia dah balik lepas hantar lunch kat kita semalam.”

Angguk. Lauk pauk dipindahkan pada bekas makanan. Kuro mendapatkan air sejuk di dalam peti sejuk. Milo sejuk disediakan. Farha yang memerhati mereka dipandang.

“Kau nak makan sekali, lady? Aku tak letak minyak dagu dalam ni.” Lauk ayam ditunjuk. “Pesaing cinta kau pun dah takda nak buat dajal,” tuturnya rendah sambil melabuh duduk.

Aki buat bodoh. Farha pula mendekat.

“Aki dengan awek semalam ada apa-apa ke?”

Kedua-dua lelaki yang baru nak meneguk air, tertoleh serentak.

Buat seketika, Aki terpaku. “Nonot really.”

“Lebih kepada… apa peribahasa tu? Menampar angin?” Dagu ditunjal, ligat mencari peribahasa yang betul.

“Bertepuk sebelah tangan,” ujar Aki datar, membetulkan bahasa si kawan.

Yes!” sambut Kuro dengan mata membulat sambil menoleh kembali pada Farha. “Coral tak pernah bagitau, tapi tu tak bermakna Aki tak perasan. Dia buat bodoh je kat feeling budak tu selama ni.” Monotone.

Bersama hembusan nafas pendek, lelaki yang ada iras artis K-pop itu menjeling pada rakan lelakinya. Terasa Kuro sengaja nak menyerang dirinya kerana mengabaikan perasaan Coral selama ini… dan ya, sesungguhnya dia sangat merasa bersalah sekarang. Imbasan kepala berdarah Coral lalu dibayangkan diruang fikiran. Nafas terasa berat kini.

Farha tertoleh-toleh antara dua pemuda bila keadaan bertukar senyap tiba-tiba. Janggal. Kuro meneguk air macam tak puas manakala Aki bersandar bersama senyuman kecil berisi pilu.

Okayyy….

S-so… bila kita nak lapor kat polis?” soal si gadis dengan perlahan, antara benar-benar ingin tahu serta nak memecahkan ais yang tiba-tiba terbentuk dan memerangkap mereka didapur itu.

“Apa yang kita nak lapor?” soal Aki pula, membuat gadis itu terpaku.

“Pasal an angry spirit on aloose and tanggalkan kepala kawan kitorang?” cadang Kuro pula, sempoi menjawab.

“Yang pedajal Coral bukan spirit atau penunggu atau hantu la…” desis Farha, panas hati berbual dengan kedua-dua sahabat lelaki yang gemar menyambung kata-kata masing-masing.

Farha direnung tepat ke anak mata. Sedikit penat nak menjelaskan kerana akal yang masih terkejut. “Aku tahu la pandai. Aku cuma nak bagitau kauyang takda penjelasan logikal yang boleh diberi kat polis… Nak-nak, kita yang kena tuduh bunuh Coral, sebab kita berada di lokasi kejadian.”

“Tapi kita tak bunuh dia, pun…”

“Huh. Kau bagitau aku berapa ramai yang dimasukkan dalam penjara sebab dituduh atas kesalahan yang tak dibuat? Satu-satunya yang ada kat rumah tu masa tu ialah kau, aku dengan Aki. Rumah tu takda bukti siapa yang pernah hidup. Takda letrik, takda bekalan air dan kawasan jenayah ialah sama dengan tempat bapak kau meninggal, dimana polis tak jumpa sebarang leading untuk pembunuh. Kau rasa kita akan terlepas gitu je? Kau akan jadi saspek pembunuh free-free, tahu?”

Mulut terasa dijahit terus.

Kuro bangkit tanpa menyentuh makanan tengah harinya walau sedikit. Nasi berisi lauk itu diletakkan di bawah tudung saji, kemudian sekotak Ribena di dalam peti sejuk didapatkan. “Aku nak bagi minum haiwan kesayangan kita tu. Kau buat la apa yang kau nak kat anak dara tu. Aku halalkan.”

Jilake,” desis Aki.

Farha tersenyum kecil. Nasinya masih belum habis manakala Aki pula baru menyentuh makanannya. Sambil mengunyah, Aki berpaling padanya.

“Awak balik lepas ni? Saya boleh hantarkan.”

“Tak…”

“Kenapa? Mak awak tak bising ke?”

“Dia kat rumah Dickens sekarang. Dickens suruh saya stay sini, perhatikan awak dengan Kuro.”

Aki tergelak nipis. Terasa kelakar kerana menyimpan perisik musuhnya sendiri. “Apa dia yang awak nak perhatikan kat kitorang?”

“Saya pun tak sure. Your daily routine, I guess? Tapi sekarang, saya boleh lapor kat dia yang awak dengan dia tengah tolong saya siasat pasal kes bunuh ayah.”

Kepala diangguk bersama cemikan. Farha mendekatkan wajah.

“Tak apa ke… saya bagitau dia macam tu?”

“Bagitau je la. Tak elok menipu.”

“Tapi… saya ingatkan korang sembunyikan diri dari dia.”

Nope.” Tubuh disandarkan. “Tak bersembunyi dari sesapa. Saya, Kuro dan Dickens… dah pun tak berkait. Thanks to arahan mahkamah. Apa yang berbaki cumalah sejarah. Sebab kenapa dia hantarkan awak untuk spy on kitorang, saya masih tak faham sebabnya.” Farha direnung tepat ke dasar. “Atau dia ada motif lain yang awak tak bagitau kitorang?”

Kepala digeleng, jujur. “Saya tak tahu apa-apa…” Nasi kembali dimakan.

Aki tersenyum kecil. Kepala dipaling ke pintu bila melihat Kuro masuk kembali.

“Kenapa?”

“Dia kehausan. Sekali sedut, kempis terus kotak.” Kotak Ribena yang dah kosong dibuang ke tong sampah. Satu lagi kotak diambil dari peti sejukdan dibawa pada Mior.

Kuro dihantar pergi dengan senyum. Aki berpaling kemudian,memandang Farha yang juga memandang pintu dapur. “Awak tak kisah kitorang permainkan abang awak macam ni?” soalnya, berniat menduga.

Kepala digeleng. “Dia kuat orangnya. Kena seksa tiga hari takkan lemahkan semangat dia. Ini kan pula baru sehari.”

“Hurm… okay.” Sengih.

 

MALAM kembali mencium semula bumi Allah, tetapi masih tiada pergerakan dari Kuro dan Aki yang cukup memberansangkan untuk dijadikan laporan. Lenovo ditutup di atas meja, dan diari merah itu diletakkan di atasnya. Aki yang duduk bersila di meja jepun, sedang membaiki beberapa telefon bimbit lama. Yang dah siap, disusun di satu tempat. Yang belum siap, masih penuh di dalam sebuah kotak A3.

Kuro pula menonton TV sejak tengah hari tadi. Dari satu siaran ke satu siaran, dan berhenti pada Lelaki Kiriman Tuhan.

Aki mendongak dari laptopnya, terdengar pekikan suara perempuan dalam TV. “Dude, natang apa tu?”

“Drama melayu. One part melayu, three part drama.”

Dan mendiam lagi, sebelum kedengaran lagi jerit pekik dari dalam TV. Aki mendongak sengal. “Kau tengok benda lain yang lagi berguna boleh tak? GoShop ke… Avengers ke….”

“Aku dari tadi channel surfing, dude. Takda yang fun langsung. Nickelodeon masih tak update Teenage Mutant Ninja Turtle aku. Apa dorang tengah buat kat office, honesty?!” Fox movie ditekan, memaparkan Pitch Perfect 2. .

“Daripada kau membuang kat TV, kan lagi elok kau tolong aku baiki semua benda ni? Kau lagi power bab-bab barang elektronik kot!” Isi telefon bimbit yang bersepai di atas mejaditunjukkan.

“Takkan aku nak buat benda yang senang macam tu? Aku bagi kaupeluang tunjuk pandai kat girlfriendengkau.” Sengih nakal diukir sambil mata diisyaratkan pada si gadis yangbersandar pada dinding dan memerhati mereka. “Satu lagi, aku pelik kenapa kaunak baiki benda yang sah-sah tak dapat dibaiki. Aku masih ada spare phone dalam bilik.”

“Aku tahu la, pandai. Aku cuma asingkan parts yang rosak dengan partsyang boleh dipakai. Aku masih cuba nak baiki camcorder ni…” Satu video kamera lama dikeluarkan dari kotak disebelah meja.

Kuro merenung tajam. “Tu yang kau dapat masa bekerja kat kedailaptop kat UNiMAS tu?”

“Yep. Budak tu dah taknak sebab dah memang tak dapat pakai. Aku rasa masih boleh ni. Aku dah bukak semua part yang rosak dengan yang masih boleh pakai. Tinggal nak rebuild balik je ni.” Video kamera itu dibelek-belek.

Kuro mengeluh keras. “Kau ingat tu pistol yang boleh bukak pasang semula? Nak rebuild macammana, perumah dia pun bersepai.”

Aki menunjukkan kotak Ribena bersama mata bersinar. “There’s always room for improvement.”

Mata dikecilkan. “Ada beza menjadi seorang yang kreatif dengan menjadi seorang yang bodoh, kau sedar tak? Kau, on the other hand, menyedihkan.”

Mata Aki melintang datar.

Kuro bangkit dari duduk. “Aku masih simpan Walkman aku rasanya.Kejap.” Dan terus beralih ke bilik sendiri.

Farha yang berpeluk tubuh di dinding, sekadar menumpang dengar bersama dahi berkerut. “Kenapa korang buat benda tu sedangkan ada lagi benda lain yang lebih penting yang korang tak selesaikan?”

Aki menoleh. “Baiki benda ni penting.” Video kamera rosak,ditunjukkan.

Geram ditahan, lalu telunjuk dituding pada bilik stor. “Korangsimpan abang aku dalam tu. Bukan ke korang sepatutnya soal siasat diasekarang?”

Meh… Mior boleh tunggu.Masanya akan sampai untuk kita soal siasat tanpa perlu bersusah jadi good cop and bad cop,” sengih. Screwdriver dimainkan pada tangan.

Gadis itu tergeleng, kurang percaya. “Kawan korang baru mati semalam. Kena penggal. Completely.Korang taknak call polis, pastukorang nak buat kerja ni sendiri. Aku ingatkan korang bersungguh… tapi tengokTV sepanjang hari… baiki handset rosak… whataaa?” Tangan dibawa ke kepala, membuat gaya letupan kecil. Mindblown.

Aki menarik nafas dalam. “We do, yes, tapi kerja yang tergesa-gesa takkan membuahkan hasil yang berpatutan. Bawak bersabar, Farha. Masanya akan sampai jugak nanti.”

Farha ternganga rendah, masih tidak boleh menerima. Kuro memuncul kemudian sambil mengangkut kotak berisi telefon-telefon bimbit. Bulat mata Farha melihat telefon bimbit yang sangat banyak begitu. Sekotak pada Aki, dan ditambah sekotak lagi dari Kuro.

Lelaki berjambang itu meletakkan kotak A4 tersebut ke atas meja kopi. Walkman rosak dihulur pada Aki sebelum bersila di depan meja. Hand tool yang dikumpul dalam sebuah bekas dirombak, mencari screwdriver.

 “Untuk apa phone banyak gila…” Farha ternganga rendah, memandang kotak plastik yang penuh dengan alat mudah alih itu. Bilangan telefon bimbit pelbagai jenama itu mungkin menghampiri 50 buah.

“Ni semua phone yang orang dah tak pakai,” jawab Kuro tanpa menoleh. Masih fokus mencari alat yang dikehendaki.

“Aku ulang soalan. Untuk apa…??”

Aki menoleh dari kerjanya. Melihat kerut keliru di muka Farha, tergelak dia. “Hahaha. Saya dengan Kuro letakkan kotak kosong kat kedai-kedai sekitar Desa Ilmu ni, termasuklah dalam UNiMAS. Dekat kotak kosong tu, kitorang tampal poster iklan Kempen Asingkan Waste Product Elektronik Dengan Sampah Biasa sebab barang elektronik jauh lebih merbahaya kalau dibuang sesuka hati sebab beracun.”

“And of course, aku rasa kau tau yang kempen yang kitorang buat sebenarnya palsu. Kitorang nakkan gajet free je,” sambung Kuro bersama sengih, mula membedah Motorola.

 “One man’s garbage is other man’s treasure.” Aki turut tersengih, melontar kotak Ribena kosong ke kepala Kuro.

Farha merenung datar. “Aku sure phone rosak yang dah tak berguna ialah every man’s garbage.”

“Hahaha. Untuk perempuan yang tak pandai macam kau, memang la semua benda garbage,” balas Kuro selamba, membuat Farha menjengil. “Kita tak perlukan SIM kad untuk hidupkan semua phone. Kau ingat kau bolehsenang-senang break coding IMUI Sony, Motorola, Samsung segala bagai?”

So, apa yang dibaiki ialah benda yang penting.” Aki menambah bila muka Farha makin berkerut tak faham. Phone yang dah dibaikinya tadi dicapai satu dan diangkat ke depan muka Farha. Snap. Skrin kamera itu ditunjuk pada si gadis. “Ada yang masih boleh tangkap gambar, masih boleh rakam dan rekod video, ada yang masih boleh call, ada yang masih boleh dengar radio. The rest ialah bergantung dengan imaginasi nak guna pakai semua sumber ni macammana.” Senyum.

“Buat pelan saja tak cukup. Kena tahu guna pakai sumber, baru boleh execute pelan kau,” balas Kuro tanpa mengalih fokus pada Motorola yang dah mula bercerai di atas meja.

Farha menolak kepala ke langit, tak tahan menunggu dan memahami benda yang dirasakan tak berguna. “Aku tak faham korang,” getusnya. Smartphone bergetar dalam poket jeans. Ditarik. Ada emel masuk, terus diperiksa. Air muka Farha berubah sedikit melihat maklumat yang disampaikan. Kedua-dua sahabat baik itu itu direnung sebelum dia memutuskan, balik rumah je terus.

“Eh, nak kemana?” soal Aki, menoleh terperanjat.

“Balik!” Beg bertali satu yang bergantung di tepi tingkap,dicapai.

“Biar aku hantarkan.” Aki bangkit.

“Tak payah. Aku tahu balik sendiri.”

“Tapi Farha…”

Kuro berpaling ke pintu, pada Farha yang sedang menyauk kasut. “Sementara tunggu kitorang, apa kata kau tengok TV,” sarannya bersama sengih. “Cerita cinta ada, boyband K-Pop ada. Aksi atas katil pun ada, hahaha.”

Farha yang memasang kasut ke kaki memandangnya dengan renungan datar. “TV tak tunjukkan 18sx.”

“TV tak, tapi tu tak bermaksud dorang terus hentikan rakaman dan tak salurkan kat industri lain, heheheh.” Bermakna gelaknya.

Farha menjuling mata ke langit sebelum terus bergerak pergi. Aki menghela nafas panjang, sedikit kecewa, manakala Kuro memudarkan ketawanya bila tiada sesiapa nak tumpang gelak.

 

RUANG rumah cukup hening. Cuma bunyi detikan jam yang didengari telinga yang sihat, juga bunyi kenderaan yang kadang kala bersimpang siur masukke dalam perumahan. Suara-suara yang diisi bahasa melayu Sarawak juga mengetuk telinga sekali sekala.

“Ne gaya orang tua nak jaga nemiak lingo tingai giya!”

Aki mendongak, spontan menoleh. Kuro yang perasan pergerakan kepala rakannya, mengerling sekilas.

“Kau dengar tak tu?”

“Tu Mai Wan, dude. Aku tak faham macammana dia boleh marahkan anak dia 24 jam 7 hari tak reti nak bosan.”

“Bukan Mai Wan. Tu.” Bibir dimuncungkan ke arah stor dimana Mior sedang diikat dan disimpan. Kuro mengerut dahi, turut menoleh ke arah yang sama.

“Tak guna… dengar sini, assholes!! Aku nak kencing, so lepaskan aku sekarang!!”

Jeritan itu kedengaran meletup keluar dari stor. Kuro dan Aki bertukar sengih. Serentak mereka bangkit, meninggalkan kerja di atas meja. Pintu stor dibuka, melihat Mior dengan riak tegang setegang tegangnya. Urat menimbul di sisi kepala. Kulit mukanya merah sekali. Malah urat leher juga menimbul keras sampai nak terputus.

“Aku nak kencing!! Lepaskan tali aku…!!” Serius!!!

Kedua-dua lelaki menjungkit sebelah kening.

“Boleh…”

“Tapi dengan syarat…”

“Kau kena collaboratedengan kitorang untuk tangkap pembunuh hantu tu.”

“Tandatangan perjanjian damai to never retaliate.”

“Lepas tu baru boleh pergi kencing.”

High-five.

Mior ternganga rendah, memandang kedua-duanya silih berganti. “Korang gila?” Nafas di desis  sederasnya bila terasa pundi kencing nak meletup. Kemut! Masih mampu ditahan.

“Bukan gila, tapi waras. Aki, ambikkan Lenovo,” arah Kuro tanpa mengalihkan renung pada Mior di depannya. Rakannya itu menurut. “Farha bagitau sebab sebenar kau datang Sarawak ialah sebab kau nak siasat kematian ayah kau. Menurut laporan polis, bapak kau ditemui mati di rumah hantu tu. Senjata pembunuhan, tak jumpa. Apparently, benda yang sama berlaku kat kawan aku semalam. She’s dead too. Klu tentang pembunuh masih sangat kabur, tapi dia wujud. Dan aku tak percaya pembunuh ialah hantu. So sekarang kita ada goal yang sama – rumah misteri itu. Aku sudi mencemar diri tolong kau cari pembunuh bapak kau.” Senyum.

Mior mengerut dahi. “Kenapa nak mintak tolong aku?”

“Ahah. Tu yang buat citer ni jadi menarik.” Aki yang datang semula dengan Lenovo yang dah hidup, ditunjukkan. Wajah Dickens tertayang di depan skrin. “Kitorang dapat tahu dari Farha yang korang ada kaitan dengan dia. Farha bagitau, Dickens yang support kedatangan kau ke Sarawak, tapi apa yang aku tak faham, kenapa dia suruh kau datang ke Sarawak sedangkan takda benefit untuk dia kalau dia tolong kau. Apa dia yang kau nak cari di rumah hantu tu sebenarnya? Kenapa Dick hantar Farha untuk terus spy aku dengan Aki walaupun dia dah dapat apa yang dia nak? Personally, aku dah taknak apa-apa kaitan lagi dengan Dickens memandangkan kau anak buah dia, tapi kali ni kes berkecuali – dia dah initiate another war dengan merompak rumah aku, dan kawan aku juga dah mati. Jadi masalah cuma satu, kesudian kau untuk berkolaberasi dengan kitorang.”

“Bunyi macam bodoh.” Mior mencemik.

Kuro masih dengan senyum. Printscreen laporan polis terhadap Mior ditunjukkan di depan lelaki itu sendiri. “Nama kau dah blacklisted sebagai penjenayah juvana sejak sekolah menengah. Peneraju geng kongsi gelap milik bapak kau; Babamok. Aku tak faham kenapa kau nak carik pembunuh ayah kau, tapi kau takkan dapat work alone dengan tenaga kau seorang. Kau bekas banduan yang jauh lebih bahaya dari kitorang, doy. Kitorang boleh tolong mudahkan kerja kau.”

“Aku masih tak faham. Kenapa aku?” soalan diulang, dengan riak berkerut kini. “Korang dah ada support dari Farha. Pakai je la dia!”

Personally, aku tak berkenan nak bekerja dengan double-face bitch like hererk!” Spontanmengaduh bila Aki menyiku pinggang. Kuro cuba membalas dengan menumbuk bahu Aki, si kawan dah bertahan dengan lengan. “Lebih baik buat member dengan orang yang ketara bencikan aku berbanding perempuan berlidah cabang.” Rahang dijengul pada Aki.

“Tambahkan ally bukankah lebih baik dari tambah enemy dalam mengejar objektif yang sama?” Aki menyampuk, bersandar bahu pada pintu.

Mior mendiam, masih dengan dahi berkerut dan muka tegang. Kuro merapatkan wajah.

Come on… cakap kau nak collab dengan kitorang. Kau nak kencing atau tidak?”

Mior mendengus. Liur diludah ke muka Kuro. Lelaki itu terpaku.

“Kau mungkin tak baca habis pasal laporan jenayah aku. Pada tahun 2001, aku terlibat dalam kes langgar lari, kemudian dimasukkan ke boys home. Di boys home, aku terjumpa Aqi, selalu bergaduh di mana-mana, even selepas keluar dari boys home. Dalam salah satu perkelahian,aku halang niat Aki nak dapatkan bantuan jiran semasa ayahnya tengah diserang sakit jantung kat rumah dia. Kau lupa, Aki? Aku penyebab bapak kau mati!!”

Kuro mengerut dahi, menoleh pada Aki yang diam membisu. 

Mior beralih pula pada Kuro.

“Kau. Ford emas, di luar pasar basah Ayer Keroh… kau lupa? Kereta yang dipandu laju dan langgar mak kau sampai mati on the spot. Kau nak tahu siapa yang pandu kereta tu? Aku. Orang yang aku langgar lari mak engkau masa tu… aku!!”

Mata Kuro mencerlang luas. Penumbuk dikepal dan buk!

Mior terjatuh ke belakang bersama ketawa galak. “Aku pembunuh mak ayah korang. Ayah aku ialah orang yang besarkan aku jadi macam ni. Apa kebaikan yang kau boleh dapat dengan berbaik dengan aku semata-mata nak bantu aku cari pembunuh ayah aku, bodoh!!”

Dan Kuro terus melepaskan penumbuk sepuas hati.

Aki di belakang sekadar memerhati tanpa simpati. Hingga pecah lebam muka Mior, Kuro masih tidak berhenti melepaskan amuk. Air mata sempat menitis dalam amarah. Sebelum tebusan mereka benar-benar black out, Aki lekas menarik tubuh Kuro. Dipaksa tarik ke luar stor, meninggalkan Mior terbaring dalam keadaan berikat pada kerusi.

Proses pendamaian tergendala.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena