Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
6,675
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 29
Dato' Ramli dan Azim sedang menikmati sarapan pagi di salah sebuah hotel berstatus 5 bintang apabila di datangi sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya berpakaian preman sebelum memaklumkan bahawa mereka kedua beranak di kehendaki di bawa ke balai polis Bukit Aman dengan kadar segera.
Dato' Ramli mengamuk ketika di tahan polis,  begitu juga dengan Azim. Kuncu-kuncu mereka bertempur dengan pihak polis. Seluruh kawasan tersebut telah di kepung polis. Kesemua penjenayah tersebut telah berjaya di tahan dan di bawa ke balai polis Bukit Aman.
Dato' Ramli dan Azim dituduh dibawah seksyen 302 dan 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan yang telah mereka lakukan terhadap hampir 10 orang wanita dalam tempoh 3 tahun ini.
Dibawah seksyen 375B Kanun Keseksaan mereka di syaki sebagai perogol yang telah merogol 10 wanita yang identiti mereka dirahsiakan secara bergilir-gilir pada masa dan tarikh yang berbeza-beza.
Manakala dibawah seksyen 302 akta yang sama mereka di syaki sebagai pembunuh kerana membunuh kesemua 9 orang wanita dan gagal cubaan membunuh seorang daripadanya yang kini merupakan saksi utama kes. Wanita berkenaan di letakkan dibawah perlindungan pihak polis sehinggalah prosiding kehakiman dapat di jalankan ke atas mereka berdua.
Kuncu-kuncu mereka di tahan atas tuduhan bersubahat dan turut di tahan reman bagi membantu siasatan kes.
Azim juga di tambah tuduhan ke atasnya atas kesalahan membunuh beberapa orang lagi yang disyaki masih hilang dan tidak dapat dikesan ekoran dari maklumat terbaru daripada konco-konconya yang turut ditahan.
Berita mengenai Azim dan ayahnya Dato’ Ramli mendapat liputan meluas memandangkan mereka merupakan antara orang terkaya di Malaysia dengan jaringan perniagaan Import-Eksport yang sangat terkenal dan berjaya.
Pihak polis menjalankan siasatan hampir 3 tahun untuk mengumpulkan bukti dan akhirnya berjaya menangkap kedua-duanya.
Ida segera memanggil suaminya apabila dia melihat foto Dato’ Ramli terpampang bersama Azim di muka depan akhbar tempatan.
“Kenapa sayang” tanya Kimi kepada isterinya.
“Bang, inilah lelaki tu bang. Ida cam sangat muka dia.” jerit Ida.
“Oh..Dato’ Ramli ni? “ soal Kimi lagi.
“Ya…selama ini saya tak tahu pun nama dia. Hari ni, Allah memberikan dia balasan atas perbuatannya dahulu. Bukan kepada saya sahaja, tetapi rupanya ramai lagi mangsa dia.” terang Ida kepada suaminya.
“Tuhan tu Maha Adil sayang. Setiap perbuatan yang jahat pasti akan menerima balasan. Kalau tidak di dunia, di akhirat sudah pasti.” balas Kimi lagi.
Ida mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan pernyataan suaminya.
“Apa hukumannya kalau sabit kesalahan tu?” tanya suaminya semula.
“Kalau ikutkan, merogol sahaja hukumannya penjara dan sebat. Hukuman membunuh ini, sabitannya gantung sampai mati.” jawab Ida ringkas.
“Dato’ tu tiada isteri ke?” Kimi bertanya lagi.
“Dalam akhbar ni tiada pula di maklumkan..eh..ada…ada…isterinya meninggal sewaktu melahirkan anaknya. “ jelas Ida lagi.
Kemudian aaron muncul di hadapan mereka dengan tiba-tiba menyebabkan ibunya terkejut sekejap.
“Kamu ni tak boleh ke datang elok-elok aaron? Asyik nak terkejutkan ibu sahaja..” laung Ida kepada Aaron.
Aaron hanya tersenyum. Dia baru sampai ke Kuala Lumpur malam tadi dari U.K. Dia baru menamatkan pengajiannya tetapi mengambil masa di perantauan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia semula bertemu dengan keluarganya sejak kali terakhir bersama mereka ketika kakaknya mengalami peristiwa pelik di sebuah homestay.
“Maaf ya ibu. Aaron rindu dengan ibu, dengan ayah.” Pujuknya perlahan.
“Lama Aaron tak jumpa ibu dan ayah. Ibu apa khabar? Malam tadi ayah yang ambil kat lapangan terbang. Ayah cakap ibu dah tidur, jadi Aaron tak mau kacau ibu.” Ucap Aaron lagi.
“Kakak tiada pula di rumah” tambahnya lagi.
“Ya, ibu tahu. Ibu sihat ja. Ibu tahu Aaron memang suka mengusik ibu” balas Ida kepada anaknya Aaron sambil tersenyum.
“Kakak ikut tunang dia balik umah bakal mak mertua dan pak mertua dia. Hujung bulan kan kakak nak melangsungkan perkahwinan dengan tunang dia..” ayahnya pula mencelah.
“Oh..ya lah..lupa pulak Aaron…nasib baik ayah ingatkan..” balas Aaron sambil ketawa kecil.
Sementara itu dirumah abah, aku sedang bersembang dengan Adam mengenai berita dari akhbar mengenai Dato’ Ramli dan Azim yang di tahan pihak polis bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh tersebut.
“Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh jua ke tanah kan Adam” luah aku kepada Adam.
“Ya lah pakcik Shah. Adam setuju. Lagipun, Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa berdoa memohon bantuan dariNya. Mereka ni bertuhankan syaitan, pakcik Shah” tambah Adam pula.
“Ya betul. Tak sangka, Dato’ pun percaya kepada benda-benda yang berkait dengan bomoh ni. Bukan itu sahaja, sanggup pula nak menganiayai Alisha dan keluarganya” tambah aku pula.
“Pakcik pun terkena juga tempiasnya kan?” soal Adam sambil meneguk air minuman yang disediakan oleh abah tadi. Abah hanya mendiamkan diri kerana sibuk membaca pesanan ringkas dari applikasi WhatsApp ditelefonnya.
“Bukan pakcik ja Adam, atuk pun kena sekali. Sebab pakcik dan atuk tolong Alisha, dia babitkan kami sekali” terang aku kepada Adam pula.
“Alhamdulillah. Segalanya dah berakhir dan sudah selesai. Terima kasih kepada pakcik dan atuk yang bertungkus lumus membantu keluarga Alisha dan Adam juga secara tidak langsung” ucap Adam kepada aku dan abah.
“Perkara kecil ja tu Adam. Atuk dan pakcik ikhlas membantu. Semoga kita terus dilindungi Allah sentiasa” balas abah pula.
Aku setuju dan menganggukkan kepala.
“Pakcik dengan atuk jangan lupa majlis saya ya” Adam menambah lagi.
“Insya Allah Adam” balasku ringkas. Abah juga memberikan isyarat ibu jarinya ke atas tanda setuju.
Adam meminta diri untuk pulang ke rumah kerana Alisha berada dirumahnya sekarang.
Aku dan abah menghantarnya ke pintu rumah sambil bersalam-salaman.
“Nanti kirim salam dengan keluarga Adam ya, Alisha juga” ucap aku sambil memerhatikan Adam berjalan menuju ke keretanya. Dia hanya melambaikan tangannya tanda faham.
Kemudian keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah abah menuju ke jalan besar.
Aku dan abah masuk kembali ke dalam rumah.







=TAMAT=

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar