Home Novel Seram/Misteri Poltergies Academy
Poltergies Academy
Hilmi Kemi
18/2/2019 02:09:07
2,038
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

BAB 2: Memburu.


Mira POV

Disebuah rumah banglo di hujung kampung.

Terguling-guling aku diatas katilku akibat perutku yang menendang-nendang diselangi suara keroncong yang menandakan aku kelaparan. Aku masih baru di rumah ini dan itu agak sedikit janggal buat aku untuk bergaul dengan ahli keluarga dirumah ini.

Lupa nak perkenalkan diri aku Mira shairah atau boleh pangil aku Mira.Aku masih baru di rumah ini sebulan lepas aku di ambil oleh keluarga encik Rahim sebagai anak angkat. Sudah semestinya jangal bagi aku tingal di rumah baru ini.

Sebelum ini aku sekadar gelandangan yang tidak ada arah tuju aku berpeleseran di tengah malam berburu mencari makan seorang diri. Keadaan aku ketika itu hanya seorang gadis yang bebas aku tidur dimana-mana aja aku mahu.

Soal makan pula aku gunakan tubuh badan aku dan wajah manis aku ini untuk pikat dan pedaya abang-abang di luar sana untuk beri aku makan. Bunyi agak kotor bukan namun untuk terus hidup itulah apa yang harus aku lakukan.

Suatu hari pada malam itu aku cuba perdaya seorang lelaki ini untuk memberikan aku makanan namun aku tertangkap oleh encik Rahim dia menawar aku untuk tinggal dengannya dan menjadi anak angkatnya tapi dengan sayarat aku sudah tidak boleh mencari makan dengan cara itu lagi.

Selepas itu kehidupan aku terus berubah aku mendapat tinggal baru baju baru dan tabiat makan aku turut berubah. Keadaaan sedemikian membuat aku sukar untuk menyesuaikan diri lagi-lagi dengan tabiat makan yang baru. 


Aku menuruni anak tangga dari ruang atas bilik aku dapat aku dengar suara gelak tawa dari tingkat bawah rumah itu. Suara itu datangnya dari Puan Salmah isterinya Encik Rahim yang sedang sibuk berborak sambil bergelak-ketawa bersama anak lelakinya Borhan.

Entah apa yang mereka berdua borakkan sampai habis kecoh ruang dibawah itu. Sampai sahaja aku di ruang bawah mata aku terpesona pada wajah tampan Borhan kulitnya putih pucat dengan anak matanya yang coklat terang ditambah senyuman dari bibir manisnya  pastinya dapat memikat mana-mana gadis diluarsana. 

“Hai, Mira ada apa kamu turun kebawah ini?” tegur Borhan sebaik sambil berdiri dari sofa tempat dia duduk sebaik sahaja menyedari keberadaan aku diruang tamu itu.

Bibir aku kaku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata dek terpegun dengan suara garau serta bentuk tubuh Borhan yang bagi aku terlalu maskulin itu. Kepala aku ditundukkan lalu baru aku bersuara.

“Perut Mira sakit lapar mungkin tu yang Mira turun ni”.

“Ala cian adik baru abang ni. Malam-malam macam ini makanan kat dapur tu dah takde adik oi meh le abang bawak pergi cari makan”.

“Bonda boleh ke Borhan bawak Mira keluar ni pi cari makan?” kata Borhan pada Puan Salmah yang berada di hadapanya meminta izin.

“Hmmm… Bonda tak kesah tapi apa yang bonda takut Papa kamu tulah bagi ke dia anak-anak dia ni keluar malam-malam buta camni?” kata Puan Salmah

“Alah Bonda please … Borhan janji sebelum subuh Borhan dengan Mira balik” Pujuk Borhan.

“Yelah… jadi apa-apa bonda tak tahu. Janji dengan bonda jagan balik lewat dan jaga Mira tu baik-baik. Nasib Papa kamu tu tiada di rumah.” Nasihat puan Salmah.

“Thank you Bonda sayang bonda. Jom Mira ikut aku”. Ajak Borhan.

Tubuhnya membongkok bunyi tulang-tulang seakan-akan mematah serta tubuh bula berubah kini kelihatan paruh runcing tajam serta renungan mata pemangsa bersedia keluar memburu dengan cengkaman pencakar siap terpasang serta sepasang sayap lebar mengibas diudara cuba mengimbangkan diri. kini mereka berdua mengibar keluar berlalu pergi dari rumah Puan Salmah.

***

Pian POV

“Sofian, Sofian, Sofian…”  suara seakan berbisik itu jelas kedengaran di balik cuping telingaku menerusi alam tidurku. 

Mata merah dari kegelapan serta suara dengusan diselangi deraman kedengaran, hembusan nafas panas dari rongga hidungnya mencipta kabus tebal meyelubungi ruang gelap itu. Dari tubuh berbulu itu kini tubuhnya bersisik, badanya yang besar itu kini memanjang, taring panjang mula tumbuh dari celahan giginya racun membunuh menitik ke tanah, dan wajahnya mula mengembang berdiri mengah merenung kearahku. 

 Bepeluh kini tubuh ku yang masih telantar dikatil tidurku tubuhku meronta-ronta sehingalah tubuhku terjaga dari mimpi buruk.

“Wey pian bangun woi kau ok tak ni?” Tanya lelaki yang juba mengejutkan aku itu. “

“Wow, wow…, aku dapat mimpi buruk.” aku terjaga dan terkejut lalu menjawab.

“Aku risau je tengok kau dari tadi berbeluh-peluh meracau tak tentu pasal tu aku kejut kau ni”.

“Sekarang pukul berapa Syaf? soal ku.

“Dah pukul 12 malam bro tulah kau ni mesti kes tido tak baca doa ni”. Perli Syaf.

“Banyaklah kau dahlah aku nak pi basuh muka tepi sekit aku nak gerak” aku mencampakkan bantal aku kearah Syaf lalu beredar menuju ke bilik air yang berada di luar bilik ku. 

“Hati-hati kat bilik air tu malam buta ni ramai yang dok berkelah dalam bilik air tu huhuhuhu…” Syaf saja menakut-nakutkan Pian.

“Pilah dengan cite karut kau tu malas aku nak layan”.


Tombol paip aku pulas air mencurah keluar tangan aku menadah air yang bertakung di telapak tanganku aku sapukan kewajah ku seger kini dapat aku rasakan. Anak mata ku menatap pada cermin di hadapan ku “Merah” itu apa yang muncul dari balik bibirku.

Kehairanan mula bermain di kotak fikiranku cecair merah pekat mengalir menitik dari wajah ku telapak tangan ku juga penuh dengan cecair merah itu. 

“Darah?” itu apa dalam fikiranku. Air yang mencurah dari paip singki itu mula bertukar merah pekat kini bau hanyir yang memualkan dapat aku hidu anak tekak ku mula berasa loya rasa mau muntah.

“Ah, Tak mungkin ni cuma mimpi aja Sopian ingat kau sekarang masih berminpi” aku menampar-nampar wajah ku. 

“Sofian…, Sofian…, Sofian…”. Suara di dalam fikiran ku berbisik.

Aku melihat pada cermin dihadapanku kini beberapa abjad mula terbentuk aku membaca pelahan satu persatu “HA… PPY... BI ... RTH…DA..Y”. Dahi aku berkerut kini baru aku sedar hari ini merupakan hari ulang tahun aku yang ke 18 tahun. 

Hembusan nafas dapat aku rasakan sebalik cuping telinga aku bau yang memualkan dapat aku hidu kini suara berbisik memasuki rongga-ronga telinga aku.


Ikatan terhasil membentuk perjanjian,

Jiwa bersatu bagai ikatan,

Terputus jiwa kini menanti,

Jiwa lara mencari peganti.


Suara itu terus menerus berbisik di dlam cuping telingaku. Peluh dah mula mengalir dari atas tahiku. Bebola mata aku dah mula meliar tidak tentu arah aku bergeletar ketakutan. Aku berlari keluar dari bilik air terus membuka pintu bilik aku lalu menhempasnya kuat.

“ Hey Pian kau dah kenapa mengelabah semacam doh, dah macam orang terserempak hantuk je aku tengok” Kata Syaf sambil ketawa sinis.

“Kau tanya aku dah kenapa memang nampak hantulah cite dia sebab tu aku gelabah semacam ni”

“mengarutlah kau Pian hantu-hantu bagai pilah. mana hantunya -mana aku nak tengok sikit”.

 “Oi aku bukan main-main gila dia dari tadi berbisik-bisik dekat telinga aku ni”.

“Hahahahahaha….” Syaf ketawa kuat.

“kau dah kenapa Syaf ketawa macam tu kau jagan nak main-main dengan aku lak aku tengah keatakutan ni.”

“mana ada hantu Pian kat dunia ni hahahhahaha” Syaf ketawa lagi.

“Aku tak tipu aku nampak, aku nampak makhluk tu Syaf”

“Kau nampak dia macam ni ke?” suara Syaf berubah deras nadanya agak menyeramkan bebola mata Syaf berubah Hitam gelap lampu di ruang bilih itu kini malap.

“Syaf kau dah kenapa ni? kau ok tak ni?” tanya aku kerisauan.

Syaf mengampiri aku sehnga badan aku rapat kedinding. Tubuh Syaf kini rapat dengan tubuh ku wajahnya dekat menatap wajahku jelas kelihatan bebola mata hitam gelap itu merenung kerah ku.

Bibir Syaf di rapatkan pada cuping telinga aku berbisik sesuatu.


Dua hati perlu menyatu,

Menjalin ikatan tiada membantu,

Sebut namaku membentuk ikatan,

Perjanjian lama perlu terjalin.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hilmi Kemi