Home Novel Kisah Hidup REMOVED
REMOVED
Jiahn minji
23/4/2020 12:36:59
2,086
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 4

      Pengumuman untuk melakukan konsep lagu langsung tidak diambil peduli oleh Daniel. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam biliknya. Dirinya lebih berasa tenang begitu daripada keluar berjalan seperti manusia normal. Sungguh dia seperti mayat bernyawa!

 

 

      “Mark Daniel, untuk konsep rambut dan konsep lagu, rambut kamu warna grey kali ni. Kamu ada masa lima minit lagi. Bersiap dan pergi ke studio untuk pembikinan konsep lagu.”

 

      Daniel tidak mengendahkan pengurusnya sebaliknya dia hanya mengiakan sahaja. Dia tidak sedikit pun mempedulikan tentang konsep yang perlu dilakukannya.

 

“Konsep lagu?”

 

 

      Kawan-kawannya sudah pun berkumpul di studio sewaktu dia sampai. “baiklah, aku rasa semua dah ada kat sini, jadi bolehlah kita mulakan perbincangan konsep lagu untuk comeback yang berbaki tiga bulan lagi?” Zayn memulakan percakapan memecahkan kesunyian. Kesemua ahli mengiakan tanda setuju kecuali Daniel yang hanya diam termenung ditelan diri.

 

      “Aku nak pergi tandas.” Daniel meminta izin. Sebaik saja Daniel keluar, semua rakannya mula tertanya-tanya. “Kenapa dia diam je?” Haein memulakan tentang Daniel. “Dia nampak macam tengah fikirkan sesuatu.” Jason mencelah. “Entah-entah dia ada masalah tak?” Noah kelihatan gusar.

 

      “Okay okay semua fokus! Kita bukan nak cakap pasal benda ni pada waktu macam ni. Fokus okay.” Zayn selaku ketua menenangkan rakan-rakannya yang bertelah tentang Daniel walaupun sebenarnya dia juga risau memikirkan tentang kelakuan Daniel yang pelik sejak kebelakangan ini.

 

‘kau dengar kan? Diorang tengah cakap pasal kau sebab kau ni nampak tak berguna!’

 

‘aku tahu’

 

      Daniel masuk kembali dengan riak wajah yang sengaja cuba tersenyum. “Kau dah okay ke Daniel?” “Ya, so dekat mana tadi?” riak wajah masih mengekalkan senyuman yang dibuat-buat agar rakan-rakannya tidak bertanya lebih lagi tentang keadaan dirinya.

 

                          * * * * * * *

 

      Daniel sudah pun memikirkan dari awal lagi tentang apa yang akan dimasukkan ke dalam lagunya pada kali ini.

 

      Dia menghempaskan badannya di atas tilam empuk miliknya lantas mencapai buku catatan diarinya dan mula menulis.

 

      Pada atas bahagian tengah buku itu ditulis perkataan ‘LIE’

 

Naegesoe tteona tteona tteonajwo

Naegesoe tteona tteonajwo

Mworado nareul nareul guhaejwo

Nareul guhaejwo

Gyesokdwae domangcheyobwado

Geojit soge ppajeoissoe

 

Go away from me, go away go away please

Go away from me go away go away

Something please save me me

Please save me

It’s endless, even if I try to run

I’ve fallen into a lie

Caught in a lie

     Hampir seharian Daniel duduk terperap di dalam bilik tidak berganjak walaupun seinci. “Siap.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jiahn minji