Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
ASSALAMUALAIKUM NABILA
Abil Ross
27/8/2019 20:27:41
9,841
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 27

          “Abah dah balik.” Dayana terus berlari terkedek-kedek untuk mendapatkan abahnya yang baru sahaja sampai di muka pintu rumahnya itu.

          “Assalamualaikum.” Rosdi memberi salam.

          “Abah sudah balik.” Sambung Rosdi sambil mengintai-ngintai di celah tingkap rumahnya.

          “Waalaikumusalam.” Serentak Hasnah dan anak-anaknya menjawab salam.

          “Awal abah balik hari ni.” Hasnah menuangkan bedak di atas tangannya untuk disapukan di bahagian atas badan Nasuha yang baru sahaja berusia lapan bulan itu.

          “Ais-krim habis dijual.” Rosdi menyahut seketika.

          “Alaa, angah nak makan ais-krim.” Dayana sedikit kecewa apabila ais-krim yang diidamkannya sudah habis dijual.

          “Jangan nak makan ais-krim, sekarang musim hujan ni. Demam nanti, siapa susah.” Hasnah hanya membebel sahaja kepada anaknya.

          Dayana hanya memuncungkan mulutnya sahaja lalu tersengih apabila dia melihat Nasuha yang sedang aktif membuat pergerakkan kedua-dua belah kakinya seperti mahu mengayuh basikal.

          “Kakak, mana kakak.” Soal Rosdi.

          “Tengah tidur tu, letih buat kerja sekolah.” Sahut Hasnah seketika.

          “Tidur…..” Rosdi hanya tersengih sahaja.

          “Abah, kenapa dengan lutut abah tu. Merah..!!!” Dayana mencelah seketika apabila dia melihat sesuatu yang berwarna merah di lutut abahnya itu.

          “A’ah bah, kenapa tu. Kenapa seluar abah koyak?” Soal Hasnah pula dengan keadaan mukanya yang sedikit terkejut apabila melihat keadaan suaminya yang tercedera di bahagian kaki dan lutut kanannya.

          “Accident.” Ringkas Rosdi.

          “Haaaa..!!!” Berang Hasnah seketika.

          “Macam mana boleh jadi macam tu, abah.”

          “Budak-budak sekarang ni ma, memang tak ada adab. Dah langgar, lepas tu bukan nak tolong, apatah lagi nak minta maaf.” Jelas Rosdi kepada isterinya.

          “Habis, abah tak marah dorang.” Berang Hasnah lagi.

          “Malas abah nak layan.” Rosdi tidak mahu mempedulikan hal itu lagi.

          “Takkan nak biar macam tu je, memang patut kena ajar. Habis, dorang langgar abah kuat ke?” Soal Hasnah lagi.

          “Kuat, sampai abah terlompat dari motor tu. Macam superman dibuatnya. Tu yang cedera sana sini tu.” Jelas Rosdi lagi lalu dia menunjukkan kesan-kesan luka pada bahagian lutut kanan dan kedua-dua belah kakinya.

          “Astraghfirullah Al Adzim. Mari, mama letakkan ubat.” Hasnah bergegas mengambil kotak kecemasan yang berada di dalam biliknya itu.

          “Adik, buat apa tu. Asyik mengayuh je, tak letih ke.” Rosdi bermain dengan anak bongsunya yang asyik aktif dengan pergerakan kakinya.

          Nasuha hanya membulatkan kedua belah matanya apabila melihat abahnya yang sedang bermain pipinya yang tembam itu. Dayana hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia tidak dapat memakan asi-krim kegemarannya iaitu ais-krim ‘Tiger’ yang berperisa oren.

          “Apa yang dah berlaku ni, riuh-rendah betul.” Nabila baru sahaja bangun dari tidurnya dalam keadaan mamai.

          “Ehh, abah bila balik.” Sambung Nabila lagi.

          “Kakak, pergi basuh muka tu. Sampai berliur basi ada kat mulut tu.” Hasnah mencelah lalu menyuruh anaknya ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

          “Kakak mimpi ais-krim tadi.” Aku hanya menyahut sahaja.

          “Ehh, abah..!!! Kenapa ada luka kat kaki tu.” Aku sedikit terkejut apabila melihat keadaan seluar abahku yang koyak dan dipenuhi dengan darah merah di seluarnya.

          “Ada orang langgar abah, kakak.” Dayana menyahut lalu memandang sahaja lutut abahnya yang dipenuhi darah itu.

          “APA..!!!”

          “Siapa yang buat abah, mari kakak ajar dia cukup-cukup.” Aku mula berasa berang dan mengenggam kedua-dua belah tanganku itu.

          “Basuh air liur basi tu dulu, baru boleh serang.” Celah Hasnah lagi lalu tersenyum seketika dan Rosdi hanya tergelak sahaja apabila melihat kerenah anak sulungnya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abil Ross