8,385
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 4

Pagi itu Alisa terlambat bangun. Silapnya dia tidur lambat kerana menyiapkan tugasan yang perlu dihantar tengahari nanti. Apatah lagi dengan keadaan diri yang 'uzur' menyebabkan dia terbabas tidur. 

Pukul 7.45 pagi, dia sampai di kampus dengan menaiki bas KUTKM. Selepas itu, kelam-kabut Alisa berlari untuk ke bilik kuliah yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang muncul secara tiba-tiba di depannya. Buku-buku dan bekas alat tulisnya tercampak ke lantai.

"Allahuakbar. Minta maaf saudara. Saya salah, saya yang terlanggar saudara tadi."

Alisa menyapu tangannya yang dilekati habuk. Jejaka yang dilanggarnya tadi membantunya mengutip buku-buku nya di lantai. 

"Tak apa, saya pun silap juga. Saya pun nak cepat juga. Nah buku awak."

Jejaka itu menghulurkan buku-buku milik Alisa. 

"Terima kasih saudara."

"Sama-sama. Hati-hati jalan, jangan langgar orang lagi ya," usiknya sambil ketawa kecil. Alisa senyum malu, terasa pipinya kemerahan. 

                     **************************

"Kejab lagi kita makan dekat Cafe nak? Lagipun tak jauh dari situ kan ada surau. Dekat sikit nak pergi kelas yang pukul 2 nanti." 

Waniey mengajak Alisa dan Hana selepas selesai kelas Database di Bilik Kuliah 2. 

"Okey, aku ikut je," balas Alisa. 

Dia tidak kisah sebenarnya makan apa dan di mana. Asalkan halal dan kenyang. Kalau orang belanja lagi dia suka. Tapi itulah, masing-masing hanya mengharapkan duit PTPTN sahaja.

Sewaktu mereka tiba di Cafe, suasana agak hingar- bingar. Hana cepat-cepat duduk di kerusi yang kosong.

"Kau orang pergi beli makanan dulu. Aku tandakan tempat. Orang ramai ni, kang tak dapat tempat duduk."

Alisa berlalu bersama Waniey menyedok nasi dan memilih lauk yang digemari. Kemudian giliran Hana pula.

"Eh, Waniey..kau pun dapat KUTKM juga ke?"

Tiba-tiba seorang jejaka di meja sebelah menegur. Kami bertiga menoleh ke arah jejaka itu. 

"Eh, macam kenal lah..ohhh.."

Suara hati Alisa berkata-kata. Dia mengetap bibirnya. Jejaka tadi, yang dia langgar pagi tadi. Kawan Waniey ke?

"Eh, Mohd Fitri Haris..."

"Fuh, nama penuh aku kau sebut. Gila ah.." ujarnya sambil ketawa. 

Waniey ketawa kecil, tidak mempedulikan pandangan mata pelajar-pelajar lain yang memandangnya. 

"Kau ambil course apa Fitri? Ni kawan sekelas dengan kau ke? Kesian dia kau tak kenalkan pun pada kami," usik Waniey yang dikenali dengan sifat peramahnya. 

"Ni Anas, classmate aku. Nas, ni kawan sekelas aku masa di matrikulasi, Waniey. Dan ni kawan-kawan dia..."

Mata Fitri terpaku pada wajah bujur sirih milik gadis di sebelah Waniey. 

"Bukan kah ini gadis yang melanggarnya pagi tadi ke?" 

Fitri mengerut dahi. Gadis itu nampak serba salah ataupun masih malu..mungkin..

"Ini Hana, orang sekampung kau. Ini Alisa, orang Kelantan. Mereka berdua ni 'bff' aku."

"Oh, hai orang kampung! Ni Anas, sekampung dengan kawan kau tu, 'Kelate'.."

Anas mengangguk kepala menegur Alisa. Alisa senyum dan menganggukkan juga kepala tanda menghormati.

"Kami berdua course Automotif."

"Wow..budak 'auto'..korang tau tak, di KUTKM ni, course yang paling tough adalah Automotif lah."

Waniey meneguk air Oren nya dengan rakus. Dia tidak hairan jika Fitri Haris dapat course yang dimaksudkan kerana setahunya pointer Fitri semasa di matrikulasi memang terbaik. Mungkin antara yang terbaik dalam kalangan pelajar-pelajar Sains Hayat.

"Tapi kan aku memang respect la kau Fitri. Kau ambik Sains Hayat tapi kau dapat course engineering. Memang power lah."

Waniey terus-terusan memuji. 

"Sudahlah puji aku, aku tak ada duit kecik nak bagi kau ni."

"Aku ikhlas la.."

"Alah, aku biasa-biasa je. Lebih kurang kalian juga."

Alisa hanya diam, tidak menyampuk langsung. Perlahan-lahan dia cuba menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat beredar dari situ. Dia masih rasa malu sebenarnya dengan kejadian yang telah berlaku pagi tadi.





Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.