Home Novel Cinta Stand For Ara
Stand For Ara
awa
11/12/2020 15:03:52
1,143
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Kali ni aku nekad. Suara ibu bagaikan terngiang-ngiang cuping ditelinga, supaya aku mengambil alih tugasnya untuk menjaga kakak. Rasa tidak puas hati, aku buang jauh-jauh bila mengenangkan pertalian darah kami.

 


 

“ Kak..” Panggil aku sebaik saja daun pintu ditolak dari luar.

 

 


Gelap..

 


 

Tiada satu cahaya pun yang menusuk mata aku melainkan bayang aku yang berdiri membelakangkan cahaya yang menerobos masuk dari pintu.


 

 

Suis lampu berhampiran pintu, aku petik.

 


 

Bilik yang gelap bertukar menjadi terang benderang, menampakkan susuk tubuh yang duduk memeluk lutut diatas katil.

 


 

“ Sejak bila kau bertukar jadi zombie ni kak? Duduk dalam gelap, melayan perasaan. Macam ni ke gaya bakal-bakal ustazah yang ibu mahu kan tu.” Bebel aku seraya menarik luas langsir, membiarkan cahaya mentari masuk ke dalam bilik.

 


 

Aku panjat di atas katil, duduk disisinya yang masih tunduk memeluk kepala lututnya. Tudung dikepala masih elok tersarung. Kadang-kadang, aku sendiri hairan dengan sikap kami yang sangat berbeza. Kakak peribadinya sangat lembut, jika nak dibandingkan dengan aku yang lebih kasar dan lebih kuat memberontak!


 

 

Dan disebabkan ini, babah lebih cenderung mengawal aku berbanding kakak yang dibiarkan bebas. Aku? Masih lagi terkurung dalam rumah agam ni sendirian. Dibiarkan bebas tetapi bersyarat!

 


 

“ Ustazah to be..tolong lah, kau tak kesian ke dekat arwah ibu?” Aku cuba memujuk walaupun aku sendiri tersangat lah gagal dalam bab memujuk.

 

 


Lambat-lambat, Amina angkat kepala. Tangannya naik menyeka air mata yang masih tersisa.


 

 

“ Aku memang tak tahu cara nak pujuk kau, kak. Tapi aku tak sanggup nak hadap wajah ibu yang sering datang dalam tidur aku, minta aku tengok-tengokkan kau. Muka ibu sedih sangat-sangat.” Aku bersuara lagi, tangan aku ringan menyeka air matanya yang mengalir lagi.


 

 

“ Kenapa akak tak sekuat Ara?” Suara Amina kedengaran serak. Sepatutnya, itu yang diperlu lakukan pada Ara. Tetapi sebaliknya yang terjadi.


 

 

“ Kalau kau kuat, macam mana aku nak lawan kau? Jadi biar aku seorang je yang kuat, sebab aku mungkin dilahirkan untuk melindungi kau.”


 

 

Amina tersenyum hambar. Memang itu kenyataan yang dia perlu ditelan. Ara sentiasa ada dimana-mana ketika dia memerlukan. Tapi sayang, Ara juga sering menjadi mangsa keadaan. Semua kesalahan sentiasa terletak dibahu adiknya seorang, dan dia sebagai kakak gagal melindungi adiknya.



 

“ Dah..berhenti tenung aku macam tu..Jom turun, telinga aku tak tahan dengar Mak Jah bebel kau seharian tak makan.” Hujung tudung Amina aku tarik sedikit hingga menutupi matanya.

 

 


“ Araa..!!” Suara Amina sudah menjerit, tak suka bila tudungnya ditarik.


 

 

Aku sudah melompat turun, mahu lari.

 


 

“ Nanti!” Tahan Amina.


 

 

“ Apa lagi?” Aku sudah bercekak pinggang, bola mata naik ke atas.

 


 

“ Siapa lelaki semalam?” Soal Amina teruja.

 


 

“ Tak padan dengan gelaran ustazah to be..Nak mengurat ke?” Aku kembali duduk dibirai katil.


 

 

“ Ish..Akak tanya je..Akak belum sempat korek hubungan kamu berdua dekat Mak Jah.” Amina menampar peha Ara kuat, hingga adiknya mengaduh.

 


 

Tangan aku menggosok peha yang terasa berbirat.


 

 

“ Ustazah to be..ignore je lelaki tu, sebab kami tak ada apa-apa hubungan istimewa pun..kita tutup cerita pasal dia, jom turun!” Aku menarik lengan Amina supaya mengikut aku turun.

 


 

Amina geleng kepala. Bukan mudah dia mahu mengorek rahsia adiknya. Alang-alang sudah buka mulut, biar dia korek sampai lubang cacing.

 


 

“ Tipu lah..kenapa mata dia tak lari dari merenung Ara? Macam seorang kekasih yang risaukan teman wanita dia. Haaa..macam tu lah!” Amina masih berminat ingin tahu, dia merentap lengan Ara semula.

 

 


Mata aku mengecil. Jadi, dalam sedih-sedih sempat lagi Amina memandang segala tindak tanduk lelaki tu rupanya.

 


 

“ Good statement! Tapi sayang.. Semua tu tak betul! Kalau akak berminat, boleh la aku cakapkan dekat dia. Lepas tu, kau tolong ajar dia sekali tentang islam. Mana tahu, hati dia terbuka nak peluk islam.” Aku memberi cadangan kepada Amina.

 


 

“ Dia bukan islam?” Soal Amina tidak percaya.

 


 

Gelengan kepala aku membuatkan Amina menekup mulutnya yang terbuka luas.

 


 

“ Done about him! No more question. Nanti aku sampaikan salam kau pada dia.” Aku sudah keluar, tak mahu Amina menyoal tentang Standley lagi.


 

 

Wajah Amina sudah membahang, pipinya merona. Dalam diam, dia menyimpul senyum.

 

 


•••••




Azlan cepat-cepat meletakkan kenderannya dibahu jalan. Kelam kabut dia turun dari kereta mahu berjumpa dengan sahabatnya yang menghilang dua hari dua malam tanpa khabar berita.

 

 


Sebaik kakinya menjejak ke dalam rumah, mata dia meliar disetiap genap ruangan. Mencari kelibat Standley.

 

 


“ Stand!” Azlan memanggil sahabatnya.

 


 

“ Standley..” Panggil Azlan lagi yang menjenguk ke ruangan dapur.

 


 

“ Mana dia ni…” rungut Azlan perlahan.

 

 


Bunyi pancuran air dari bilik mandi menggamit Azlan. Tak perlu memanggil lagi, dia sudah pun tahu siapa yang sedang beradu di kamar mandi.

 


 

Azlan mengambil keputusan untuk menunggu diruang tamu. Tak senang duduk selagi tak nampak batang hidung Standley dengan matanya sendiri.

 


 

Hampir dua puluh minit Azlan duduk, sesekali dia melirik jam ditangan.

Cakap perempuan siap lambat, dia pun lebih kurang sama je!

 


 

Bunyi pintu dibuka, membuatkan Azlan segera bangun mendapatkan Standley yang berbalut tuala dari paras pinggang hingga ke lutut.

 


 

Tangan Standley yang sibuk mengelap rambut yang masih basah, berhenti untuk seketika sebelum dia melintasi Azlan yang masih kaku dipintu bilik air.

 


 

“ Kau tak nampak aku ke Stand?” Tegur Azlan bila Standley seolah-olah tidak mempedulikan dia.

 


 

“ Aku masih belum buta.”

 


 

Jawapan Standley membuatkan bibir Azlan terjuih. Soalan bijak, dibalas dengan jawapan yang agak kurang bijak.

 


 

“ Kau macam mana?” Soal Azlan yang mengekori Standley yang sudah mahu meloloskan diri ke dalam bilik.

 


 

“ Macam yang kau nampak.”

 



Azlan mendengus kuat.



 

Tombol pintu Standley pulas, namun dia teringat sesuatu. Lantas dia berpaling pada Azlan yang berdiri dibelakangnya.

 


 

“ Kau duduk situ, jangan pergi mana-mana. Ada benda yang aku nak tanya pada kau.” Arah Standley, memberi isyarat mata pada sofa berhampiran.

 

 


Usai memberi arahan, daun pintu tertutup rapat. Meninggalkan Azlan yang terkebil-kebil memandang pintu bilik Standley.

 

 

Tak sampai sepuluh minit pun Standley bersiap, dia sudah pun keluar.Azlan memerhati penampilan Standley yang nampak sangat rambutnya masih basah tanpa disisir rapi. Baju pun main tangkap pakai saja. Seperti terdesak sangat Standley mahu bertanyakan soalan padanya.

 

 


“ Apa lagi, duduk lah!”

 

 


Standley sudah mengambil tempat disofa, pelik dengan Azlan yang masih berdiri tegak dipintu biliknya seperti dirasuk.

 

 


“ Tak pernah-pernah kau nak bagi soalan cepu emas pada aku? Baru berapa hari hilang, terus bermacam-macam soalan kau nak ajukan pada aku.” Azlan mengambil tempat bertentang dengan Standley, sengaja dia menyilang kaki. Saja nak tunjuk angkuh!

 

 


Jarang-jarang Standley mahu buka kaunter untuk sesi bersoal jawab dengannya.

 

 

“ Kau kenal Tuan Ghaffar?”

 

 

Soalan Standley membuatkan kakinya terjatuh, badannya terdorong ke hadapan sedikit. Riak wajahnya turut sama berubah.

 


 

“ Mana kau tahu pasal Tuan Ghaffar?” Azlan menyoal semula.

 


 

Standley hela nafas. Bukan soalan yang dia mahukan. Dia duduk bersandar, tangan naik mengurut pelipis.


 

 

“ Dia offer aku.”


 

 

Kali ni anak mata Azlan mengecil. Dia menatap Standley serius. Tiada lagi gelak tawanya menyakat Standley.

 


 

“ And, the most important thing. Ara..anak Tuan Ghaffar.” Beritahu Standley tenang.

 


 

Azlan tarik nafas dalam-dalam. Itu sebenarnya yang dia tidak ceritakan pada standley. Dia sudah pun tahu perihal Ara dari mulut Nora sendiri. Dan kerana itu dia dan Nora cuba untuk menjauhkan Standley daripada Ara.

 


 

Namun siapa sangka, takdir menemukan mereka semula.


 

 

“ Kau dah tahu la ni?” Azlan tenang, duduk bersandar.

 

 

Kening Standley terjongket naik, melihat Azlan seperti tidak terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulutnya.

 


 

“ Penat-penat aku jauhkan kau dari Ara, tapi kau orang tetap berjumpa. Memang dia jodoh kau agaknya.” Azlan ketawa kecil memikirkan bagaimana kalut dia bila Standley berusaha untuk mengejar Ara ketika dihospital.


 

 

“ Kalau kau suka dia, lebih baik kau buang perasaan tu jauh-jauh. Siapa tak kenal Tuan Ghaffar yang sangat cerewet. Semuanya tak kena dimatanya. Dan satu lagi, kenapa dia tak upah saja bodyguard untuk jaga anak dia. Kenapa mesti kau yang sepatutnya menjadi orang kuat untuk unit vat69?” Azlan luahkan rasa tidak berpuas hati.

 

 


Kepala Standley senget sedikit, matanya menikam merenung Azlan.

 


 

Azlan berhenti bersuara, bila matanya beradu dengan anak mata Standley. Sepatutnya, dia tidak membuka mulut tentang tawaran Tuan Ghaffar. Azlan betulkan duduk, sudah dapat merasa aura dari renungan Standley.

 


 

“ Mana kau tahu? Aku belum lagi buka cerita.” Soal Standley curiga.

 


 

Azlan garu kepala. Dia sudah tidak boleh lari lagi. Semuanya sudah terlepas, bahana dari mulutnya sendiri. Sudahnya, dia sendiri terperangkap! Sesekali dia menjeling Standley yang jongket kening, menunggu jawapannya.

 


 

“ Okay..daripada cerita kau, aku boleh buat kesimpulan. Tuan Ghaf datang, jumpa pihak atasan untuk aku terima tawaran dia? Dengan menggunakan orang atasan, untuk aku setuju tanpa membantah? I see..Abuse of power is everywhere. ” Melihat kebisuan Azlan, Standley membuat kesimpulan sendiri.

 


 

Azlan telan liur, halkumnya jelas kelihatan dia bersusah payah untuk menelan walau setitik air liur!

 

 


“ Jawapan aku tersangat mudah. Aku terima tawaran dia. Tapi..”

 


 

Azlan sudah panas punggung. Ini yang dia tidak suka tentang Standley. Semua pasti akan bersyarat.

 


 

“ Aku nak kahwin dengan Ara. Tak kira apa jua caranya, walaupun aku terpaksa gunakan cara kotor sekali pun!!”

 

 


Tu kan.

 

 


Lagi ditegah, lagi dia nak dapatkan dengan cara apa sekali pun! Itu lah sikap Standley yang satu ni dia kurang gemar.

 

 


Azlan kelu, tak mampu nak menelan air liur lagi.




“ Kau jangan buat keputusan melulu Stand. Kau sanggup nak kena sunat?” Sengaja Azlan mahu menakut-nakutkan Standley.

 


 

“ Not a big deal.” Jawab Standley tenang. Peluru pun sudah sebati, apatah lagi nak kena toreh dengan pisau.

 

 


Azlan mula berfikir. Cara fizikal memang tak akan berkesan ke atas Standley. Azlan cuba plan B pula. Kasi tarbiah rohani!

 


 

“ Betulkan niat kau dulu Stand. Jangan peluk islam semata-mata cinta manusia, sebab cinta Allah tetap nombor satu sampai mati. Kalau kau convert kerana mahukan gadis yang kau cintai, perkahwinan kau tak akan kekal bro.”

 

 


Azlan tersenyum puas bila melihat wajah Standley berubah. Terkesan lah tu dengan tarbiah aku yang tak sehebat penceramah bebas!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh awa