10 tahun dia meninggalkan Malaysia. Banyak perubahan yang berlaku di sekitaran yang dilaluinya. Projek jalan raya bertingkat bersimpang siur direntasnya ketika dia dibawa melaluijalan bandaraya oleh pemandu Grab. Apabila Grab sampai dia terus masuk ditempat duduk belakang, setelah barang-barangnya dimuatkan ke dalam bonet kereta. Hujan renyai-renyai mulai turun pada pagi yang mendung itu.
Perlahan lagu dalam radio dipasang pemandu itu menangkap telinganya. Lagu Bila NakSaksi nyanyian Tam Spider perlahan-lahan menggamit kenangan silam. Titisan hujan memercik satu demi satu di kaca tingkap Grab itu. Setiap titisannya umpama nyanyian yang berulang-ulang menyanyikan kenangan silam yang sukar dilupakannya.
“Cik…datang dari mana?” tanya pemandu Grab itu. Seorang lelaki berbangsa Melayu agak gempal berusia lebih kurang 30an. Matanya menelek ke cermin memerhatikan Mikayla.
“London…”balas Mikayla ringkas.
Lelakiitu mengangguk-angguk.
“Wah…studentke?” tanya lelaki itu lagi cuba berbual mesra.
Mikaylahanya tersenyum menggelengkan kepalanya. Matanya menangkap maklumat lelaki itu di papan belakang kerusi penumpang.
“Oh tidak…saya bukan student..” jawabnya.
“Oooo…manasuami?” tanya lelaki itu lagi. Sikap Mikayla menambahkan perasaan ingin tahunya.
“EhI am not married…” balas Mikayla, entah mengapa dia tertawa sendiri.
“Cantik macam ni tak mungkin tak ada yang mahu cik…” kata lelaki itu menggelengkan kepala.
Mikayla melontarkan pandangan ke arah luarkereta itu. Sejenak itu dia terkenangkan Justin yang sangat budiman. Dia tersenyum sendiri. Jika dia setuju sudah lama, mereka bernikah. Tetapi hatinya masih belum bersedia untuk itu semua. Tugasannya di Orkney Vole Media sebagai eksekutif pengiklanan sudah cukup untuk difikirkan. Justin pun tak mendesak kuat, mungkin dia sendiri pun sibuk membina karier guamannya yang sedang meningkat di David George and Hardwell sebuah syarikat terbesar dalam bidang perundangan.
“Hah…adalah tu, kan? Balik Malaysia nak jengok bakal suami lah kan?” kata lelaki itu lagi.
Peramah sungguh orang ni, detik hatinya.
“Katsini dah ada high way baharu…” dia mengalihkan topik perbualan.
“Ya…entahlah,highway saja banyak tapi jalan jem saja memanjang…” balas lelaki itu.
Memasuki kawasan yang lebih padat dengan kenderaan dan kawasan bandar, kereta ituterperangkap dalam jem.
“Maaf cik saya tersilap, saya ingat jalan ni tak jem..” lelaki itu menoleh kearahnya.
Dia tidak berkata apa-apa. Tidak pasti apa yang harus diucapnya. Dia pun bukan tergesa-gesa hendak sampai ke mana-mana.
Tiba-tiba ada seorang lembaga datang menerpa di tingkap kereta di sisinya. Tapak tangannya mengerunyut melekap di cermin kereta.
“Eh…”terkejut Mikayla.
“Shooo..shooo…pergi!”lelaki itu menghalau lelaki peminta sedekah yang berjubah cabik di sana-siniitu. “Banyak betul peminta sedekah sekarang ni…sampai ke tengah jalan pun diaorang terpa…” bebel pemandu itu lagi.
Mikayla tertegun. Sepanjang dia di Malaysia sebelum ini, tidak pernah lagi dia diterpa dalam kereta seperti itu.
“Eh kita bagi saja lah sedekah kat dia…” kata Mikayla lepas debarannya reda, matanya tak lepas dari memandang pemuda yang mungkin seorang gelandangan itu. Lelaki itu masih berjalan di antara kenderaan yang berhenti menunggu lampu hijau dan terperangkap dalam kesesakan itu.
“Hmmhh…Maaflah cik, saya memang tak layan peminta sedekah, saya pun bukan banyak duit…macam saya ni pun hidup tak senang, tapi saya buat dua tiga kerja untuk menyara keluarga…dia orang ni tahu minta sahaja.”
Kaget sungguh Mikayla dengan kejadian itu dan apa yang dikatakan lelaki itu tentang sikap terhadap peminta sedekah itu. Jika diketahui bapanya, Muazziz, diapasti lelaki itu akan kena tazkirah berkenaan bersedekah. Bapanya terkenal dengan sikap dermawan dan sangat prihatin dengan isu sosial. Setiap kali diamembuat aktiviti amal menderma kepada pihak yang memerlukan, nama bapanya akan naik di media massa terutama yang banyak memaparkan tentang aktiviti socialite.Kelembutan hati bapanya itu sedikit sebanyak mungkin diwarisinya tetapi kesungguhan orang tua itu dalam mencapai cita-cita juga tertanam dalam dirinya.
“Jangan panik cik..dia orang bukan macam kat Perancis..kat sana lagi teruk, kan?” kata lelaki itu.
“Yup…disana mereka seluk poket pun kita tak sedar..” balas Mikayla lebih selesa dengan perbualan itu.
Mikayla dapat lihat beberapa pemandu lain, menurunkan tingkap kereta untuk menyerahkan duitkepada peminta sedekah itu. Peminta sedekah itu beredar apabila lampu bertukar hijau.
“Saya dah biasa dengar cerita tu dengan penumpang yang balik dari Perancis…” kata pemandu itu lagi, bangga dengan pengetahuannya. “Saya pun pernah bekerja di luar negara…petik apple.”
“Kat mana?” tanyanya, walaupun dia tidak peduli sama ada akan ada atau tidak jawapan di situ.
“KatPerth…masa tu ikut kawan-kawan…tapi hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri cik…”
“Mestilah you nak hujan emas, kan?” tanya Mikayla.
“Itukan peribahasa cik…lagi baik hujan batu, tak sakit macam hujan emas…”
“Ohh..saya tak faham pun banyak peribahasa… kalau tanya dengan mama saya, mesti dia nak hujan emas…” Mikayla ketawa.
Lelakiitu sempat mengerling ke cermin memerhati wajah Mikayla.
“Merdu betul suara cik bila ketawa macam tu. Cik patut tertawa lebih banyak. Jangan suram sangat muka tu, macam mula-mula naik tadi…orang pun takut nak dekat kalau cik buat muka masam…” kata lelaki itu tanpa diminta. “Ibu cik di mana?”
“Ohh dia sekarang di London.”
“Orang putih ke? Tapi cik ni orang Melayu, kan?”
“Haha.. ya..kami orang Melayu…dia memang tak selesa di Malaysia. Itu sahaja.”
“Hmm…tapi kalau cik cakap cik campur mat saleh pun saya percaya…tapi…ye lah cik…banyak rakyat kita menganggap negara kita masih tak cukup maju berbanding dengan London…tapi apa pun saya tetap setia dengan negara kita, sebab kesetiaan itu tak perlu ada sebab…” lelaki itu seperti merungut sendiri.
Mikayla pura-pura tidak dengar rungutannya. Dia larut dengan fikiran sendiri.
“Betultak cik?” tiba-tiba lelaki itu bertanya.
Mikayla tersentak.
“Ya?”
“Untuksetia kita tak perlu ada sebab, cik.. maksud saya, negara kita mundur macam mana pun kita tetap setia. Gitu, kan?”
“Entahlah… saya tak pasti sebab saya di Malaysia hanya pada tahun 2008-2009 sahaja…yang lainnya saya masih kecil…”
“Tidakwajar seorang tu jika dia mengucapkan selamat tinggal ketika lorong yang dijelajahi menjadi gelap..” kata pemandu itu, masih cuba berbual.
“Huh?Macam pernah dengar ayat-ayat tu? Tapi tak pasti di mana…tapi…ya…saya setuju tentang itu…kita tak patut tinggalkan seseorang hanya kerana situasi dirinya berubah menjadi kurang baik berbanding sebelumnya…” komen Mikayla. Lelaki itu tersengih sambil berasa bangga apabila Mikayla membuat komen itu dan mahu melayannya berbual.
Mikaylahanya ketawa kecil, dia agak penat, dan merasa berat untuk melayan perbualan itu lagi lantas melayan perasaan dan lagu yang bersenandung di radio kereta itu.
Semakin hampir dia ke arah daerah di mana dia pernah huni sepuluh tahun lalu itu juga, wajah-wajah yang sekian lama terpadamdari ingatannya umpama semakin ketara menari-nari muncul di ruang matanya. Sebuah perasaan yang mengujakan masih terlipatdi sanubarinya ketika berkongsi harapan yang disimpannya ketika berbual tentang masa depan bersama insan itu. Dan masa depan itu, sudah menjadi hari ini. Dan mengenangkan saat mereka berborak tentang impian masing-masing, ada terasa pilu yang menerpakerana jejaka itu kini tidak ujud lagi dalam kamus hidupnya. Apakah keadaannya sidiaitu, adakah semakin baik atau bagaimana, terdetik persoalan itu seketika.
Sebuah bas sekolah berwarna kuning melepasi kereta yang ditumpanginya. Warna bas dan semuanya dirasakannya masih kelihatan sama dan tidak berubah meskipun sebegitu lama dia sudah meninggalkan tanah air.
Saat itu juga dia terkenangkan kawan-kawan sekolah ketika dia di tingkatan lima disebuah sekolah dekat bandar itu. Wajah-wajah silam itu semakin jelas dalam ingatannya.
Kereta itu menghampiri sebuah lorong yang menyelusuri kawasan banglo. Dia melihat beberapa rumah agam yang tersergam setiap satu agak jauh jaraknya dengan yang lain. Dulu kawasan itu lebih terpencil, tersembunyi dari kesibukan bandar dan dia hanya sempat tinggal di situ untuk seketika sebelum mereka semua terbang pula ke London.
Sesampai di perkarangan banglo berusia 20 tahun itu dia seperti dibawa kembali ke usia remajanya. Kenangan semasa berada di kawasan elit itu sememangnya sukar dilupakannya. Perjalanan menuju ke situ sahaja sudah menghimbau begitu banyak kenangan semasa dia seorang gadis remaja.
Namun,itu bukanlah keutamaannya. Itu adalah masa silam. Dia cuba mengabaikan sisa-sisa kenangan itu. Kini, dia sudah cukup kuat untuk kembali ke tempat dimana hatinya terluka tersinggung dengan sikap seorang insan yang diharapnya…amat sukar tetapi dia akhirnya mampu melupakan sedikit sebanyakkisah silam itu. Dia perlu fokus menyelesaikan misi yang perlu dilaksanakannya seberapa segera, demi permintaan bapanya. Dia berharap ada cukup masa untuk menyelesaikannya dan pulang segera untuk menghabiskan masa yang ada bersama dengan bapanya.
Semakin hampir dia menghampiri gerbang rumah itu perasaannya dilanda nostalgia.
Tercegat dia seketika di depan banglo lama itu. Pintu gerbang terbuka tanpa pengawasan.
Lelaki pemandu itu menurunkan tingkap kereta.
“Cik,ada orang ke kat rumah ni? Macam kosong aje? Tak apa ke saya tinggal kan cik sendiri kat sini?”
“Ada..ada.. saya ok..” katanya tersengih. Sambil jarinya melambai isyarat thumbsup.
“Kalau macam tu, saya gerak dulu ya…assalamualaikum…” ujar lelaki pemandu itu.
“Waalikumsalam…”Dia angguk kepala dan kereta itu pun meluncur pergi.
Musykil,dia berbisik sendiri.
Umpama mimpi, dia berdiri di tapak yang sama ketika dia dan abangnya Naufal mula-mula sampai disitu dari Amerika dan bagaimana mereka berdua amat membenci tempat itu. Nyata lah telahan Justin yang dia berbeza dengan gajah, tidak seratus peratus benar kerana dia masih ingat dengan jelasnya bagaimana dia dan Naufal berdua menentang tindakan bapa mereka berpindah kembali ke Malaysia.