Seminggu selepas itu.
HANA sampai lewat di pejabat pada hari ini. Hariz dan El sudah lama menunggu untuk berbincang mengenai projek di Putrajaya. Mereka menanti dengan penuh sabar kehadiran wanita itu.
Dengan wajah yang letih, Hana masuk ke bilik mesyuarat. Mata Hariz dan El tidak lepas dari susuk tubuh Hana yang kelihatan tidak terurus itu. Mereka memandang Hana atas bawah dengan riak pelik.
Hana terus duduk sambil membetulkan tudung yang senget benget itu. Dia mengibas-ngibas tudungnya dek kerana kepanasan walaupun bilik tersebut berhawa dingin.
"Sorry lambat. Kereta buat hal," ujar Hana. Datar. Lantas, buku nota kecil diambil dari beg sandangnya. Wajahnya jelas kelihatan letih.
"Habis datang naik apa ni?" soal Hariz kasihan melihat Hana. Dia bantu membetulkan sedikit tudung Hana yang masih senget itu.
"Public transport," balas Hana ringkas. Dia memandang wajah El sekilas.
Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok perempuan cantik?? Bebel hati kecil Hana.
"Tersadai dekat mana kereta?" soal El yang sedari tadi diam. Dia juga kasihan melihat Hana yang kelihatan letih itu.
"Jalan Merak Kayangan," balas Hana sambil membelek file yang berada di atas meja itu.
"Let's start," tambah Hana lagi. Dia tidak berdaya untuk bersoal jawab tentang keretanya itu. Serabut memikirkan masalah yang sama berulang.
"Okay tak ni? Nampak letih sangat," soal Hariz. Dia bimbang melihat Hana. Seperti baru lepas berolahraga gayanya.
"Tak okay. Hana tolak kereta tadi. Letih sangat. Lepas ni Hana nak rehat boleh tak along?" soal Hana dengan suara yang manja. Dia tidak mempedulikan kehadiran El di situ. Keletihannya melangkaui rasa pedulinya pada El.
"Tolak kereta?? Takde orang tolong ke tadi?" soal El spontan. Dia sedikit terkejut dan kasihan mendengar cerita Hana itu.
"Ada. sorang," balas Hana sambil merenung wajah El. Kenapa terkejut pula? Dia risaukan aku ke?
"Kita discuss kejap je ni. Lepas tu Hana pergilah rehat," celah Hariz. Dia memandang wajah El yang nampak bimbang akan adiknya itu. Hariz tersenyum di dalam hati.
Setelah selesai perbincangan tersebut, Hana menyandarkan badannya ke kerusi. Dia mengeluh sambil memejamkan matanya. Hariz dan El memandang Hana yang masih kelihatan letih itu.
"Tak larat nak jalan. Mengesot boleh tak?" ucap Hana menyembunyikan rasa sedihnya. Dia penat dan letih dengan segala yang berlaku dalam hidupnya. Kereta yang selalu buat hal. Bekas suami yang berlegar-legar depan mata. Hidup yang tiada pasangan yang boleh membantu dikala dia memerlukan pertolongan.
"Dah call tow truck ke?" soal El sambil mengemas file di atas meja. Hana menggelengkan kepalanya tanpa membuka mata.
"Nanti along settlekan. Hana pergilah rehat dekat surau tu. Along balik bilik dulu. El, along masuk bilik dulu," ujar Hariz sambil menggosok kepala adiknya itu. Dia meninggalkan El dan Hana berdua di situ.
"This is my friend. Tow truck owner. Call dia sebut nama i. Boleh dapat diskaun," El menyerahkan kad nama kepada Hana. Hana membuka sedikit matanya dan mengambil kad tersebut. Dia merenung kad itu tanpa perasaan.
"Thanks," ujar Hana perlahan. Tiba-tiba hatinya sebak. Penat dengan kereta yang selalu sahaja bermasalah. Penat nak tahan perasaan bila bersua muka dengan El. Penat berpura-pura tak kisah dengan kehadiran El.
"I balik dulu. See you again," ujar El sambil keluar dari bilik meeting tersebut.
Hana tidak menjawab. Sebaliknya dia menutup semula matanya. Airmatanya mengalir dari celahan matanya. Dia mengesat dengan belakang tangannya. Dia menarik nafas dalam. Apabila dia betul-betul yakin El sudah tiada di situ, barulah Hana membuka mata.
'Kenapa aku rasa macam ni?' detik hati Hana.
Dia mengeluh lagi. Dengan langkah yang longlai, dia berjalan menuju ke surau. Dia sudah tidak larat untuk berfikir lagi. Dia cuma mahu berehat sahaja.
Beberapa minit kemudian, telefon bimbit Hana berbunyi. Ada pesanan ringkas masuk. Dengan malas, Hana mencapai dan melihat paparan skrin tertulis nama El. Dengan tenang Hana membaca pesanan tersebut.
EL^ I dah call kan tow truck. Nanti owner dia call you.
EL^ Rehatlah. Thanks me later.
Bibir Hana mengukir sedikit senyuman.
HANA^ Thanks again.
EL^ Okay.
'Ambil berat juga dia pada aku,' detik hati Hana sambil tersenyum simpul. Hatinya sedikit berbunga.
Sementara itu.
El merenung telefon bimbitnya. Dia menarik nafas berat.
'Aku harap dia tak rimas bila aku sibuk nak tolong dia,' gumam hati El. Sungguh El kasihan melihat Hana sebegitu. Hanya itu sahaja yang dia dapat bantu.
Kemudian El terus memandu pulang ke pejabatnya.
MALAM itu di rumah El. Dia duduk diruang tamu menonton television seorang diri. Dia merenung setiap pelusuk rumah tersebut. Dia terkenang kembali sewaktu Hana berada di dalam rumah itu.
Terlalu banyak kenangan dia bersama Hana. Pujuk rayunya bersama Hana sehingga sekarang masih El rindui. Namun semuanya hanya tinggal kenangan.
El mengelamun jauh mengenang kembali kenangan lalunya bersama Hana.
Imbas kembali.
"Saya minta maaf buat abang terasa,"tanpa ditunggu-tunggu, Hana terus mengucapkan kata maaf kepada El. El masih membisu. Kedengaran El melepaskan keluhan.
"Abang dah give up nak pujuk awak. Letih dah. Macam-macam abang cuba untuk menangi hati awak, tapi awak tetap macam tu. Awak tetap tak kisah abang keluar dengan Azura. Awak tetap rasa abang tak sayang awak. Abang penat. Penat nak kejar awak yang tak pernah hargai abang," balas El dengan suara yang bergetar. Dia benar-benar jauh hati dengan sikap Hana terhadapnya.
"Kalau abang cakap macam tu, takpe lah. Cuma saya ada satu soalan nak tanya," balas Hana menahan sebak di dada. Sedikit pun El tidak memandang ke arah Hana. Sebaliknya El memalingkan wajah ke arah lain. Sungguh, Hana sedih. Namun, dia sudah biasa di layan sebegitu oleh El.
"Selama abang dengan Azura, saya tak pernah tengok abang marah dia ke, tengking dia ke, abang layan dia baik, sampai sekarang. Tak pernah saya tengok abang marah dia atau putus asa dengan dia walaupun dia dah 3 kali mungkir janji pada abang. Kenapa?" soal Hana dengan tenang.
Sebaik sahaja mendengar soalan itu, El terus menoleh ke arah Hana cuba mencari maksud dari soalan yang Hana tanyakan kepadanya itu.
"Kenapa tanya pasal Azura? Berapa kali abang nak cakap, abang dah takde perasaan pada dia," balas El dengan tegas.
"Saya cuma nak tahu kenapa?" ujar Hana.
"Abang layan dia baik, sebab dia dari broken family, abang kesian pada dia. Itu sahaja," tegas El sambil memandang tepat ke wajah Hana yang tenang itu.
"Tapi, kenapa abang layan saya macam ni? Abang marah saya, abang tengking saya. Abang suka, abang datang pada saya. Abang tak suka, abang layan saya macam saya takde perasaan, kenapa?" soal Hana dengan suara yang kian bergetar. Dia menahan tangis di dadanya.
"Kalau abang kata abang kesian pada Azura sebab dia dari broken family. Tapi, abang lupa yang saya ni anak yatim. Saya takde mak ayah. Tapi, abang layan saya macam sampah," tambah Hana.
Airmatanya mengalir deras. Dia tidak mampu menahan kesedihan dihatinya lagi. Dia tidak suka meluahkan apa yang di rasakan oleh hatinya. Tetapi El perlu tahu kenapa dia bersikap seperti itu terhadap El.
"Bila saya cakap yang saya cuma ada along je, abang terasa. Tapi, suami sendiri layan saya macam ni. Kalau abang dah putus asa dengan saya, takpelah. Saya tak pernah paksa abang untuk buat semua tu," tambah Hana lagi.
El tersentak dengan kata-kata Hana itu. Rasa bersalah menyerbu ke tangkai jantungnya. Setahu El, Hana memang susah untuk meluah perasaannya. Dengan perlahan dia mendekati Hana.
"Kalau abang rasa dah putus asa dengan saya.. abang.. abang lepaskan saya," tambah Hana dengan esakan yang semakin kuat.
"Jangan cakap macam tu! Abang boleh gila tanpa sayang. Abang minta maaf. Abang tak patut cakap macam tu pada sayang," El menarik Hana dalam pelukannya. Dia mencium dahi Hana berkali-kali.sungguh dia terlalu sayang akan wanita itu.
"Arwah abang Farish tak pernah buat saya macam ni. Kenapa abang layan saya macam ni? Apa salah saya pada abang?? Saya dah takde siapa-siapa selain along," tangisan Hana semakin jelas. Dia menangis semahu-mahunya dalam pelukan El.
"Abang minta maaf," tiada kata yang mampu El ucapkan dikala Hana meluahkan perasaannya. Dia memeluk Hana dengan erat. Airmata lelakinya mengalir mendengar setiap luahan Hana. Rasa bersalah kian menebal apabila melihat Hana sebegitu disebabkan dirinya.
"Bukan saya yang paksa abang kahwin dengan saya. Abang lupa yang abang minta saya tolong abang. Tapi abang layan saya macam ni. Abang jahat!" Hana memukul-mukul dada El dengan kuat melepaskan rasa marahnya kepada El. El hanya membiarkan Hana berbuat begitu. Dia mahu Hana melepaskan segala perasaan yang terbuku di hatinya.
"Kalau benci pada saya, lepaskan saya," esakan Hana bertambah kuat. Dia membiarkan sahaja tubuhnya di peluk erat oleh El.
"Jangan cakap lagi benda tu. Abang tak suka! Jangan sebut pasal tu. Abang tak kan lepaskan sayang. I love you so much. I'm sorry for everything i did to you, sayang. Iye, abang jahat pada sayang. Abang yang tak hargai sayang. Abang cuma nak perhatian sayang. I'm sorry. Please.. jangan cakap pasal lepaskan sayang. Abang tak sanggup kehilangan sayang," ujar El dengan suara tersekat-sekat. Dia turut menangis sambil memeluk erat Hana. Dia tahu Hana banyak terluka dengan sikapnya. Cuma kadangkala, El sendiri tidak sabar dengan cara Hana melayaninya. Dia mahu Hana cemburu apabila dia bersama Azura. Namun Hana selalu kelihatan tenang dan tidak kisah apabila mengetahui El bersama Azura. Itu yang menyebabkan El sakit hati seolah Hana tiada perasaan terhadapnya langsung dan menganggap dia dan Azura masih bersama.
"Saya nak beritahu pada along abang buat saya macam ni!" ugut Hana sambil menolak tubuh El dan cuba melepaskan dirinya dari El. Cepat-cepat El menarik semula Hana.
"Janganlah asyik mengadu pada along. Malu abang," rayu El. Wajah Hana kelihatan masam mencuka. Matanya sembab dan masih berairmata. El mengesat air mata Hana. Dia merenung Hana sambil mengukir senyuman.
"Sayang kalau merajuk abang geram tengok," usik El sambil mencuit hidung isterinya itu.
"Jangan usik saya!" balas Hana masih merajuk. Wajahnya masih mencuka.
"Abang jahat...," airmatanya mengalir semula. Dia tidak dapat mengawal perasan sedihnya dan sakit hatinya terhadap El. Nasib baik suami, kalau along ni, dah lama aku tumbuk perut dia.
"Sayanggg... Janganlah macam ni. Tak elok selalu nangis nanti mata buta macam Kassim Selamat," El cuba mengusik Hana.
"Takpe biar saya buta. Abang bolehlah lepaskan saya!!" balas Hana geram dengan usikan El. Dia mengesat airmatanya dengan belakang tangan.
"Kan abang cakap jangan sebut lagi pasal tu. Berdosa sebut dengan abang macam tu!" tegas El. Dia tidak mahu Hana sebut tentang perkara itu lagi.
"Tengok tu abang marah saya lagi" Hana menangis semula. Entah kenapa Hana cepat terasa dengan kata-kata El terhadapnya.
"Abang tak marahlah. Abang cakap je. Abang tak suka sayang sebut pasal benda tu lagi. Tolonglah. Jangan sebut pasal lepaskan sayang. Abang tak suka," balas El dengan lembut. Entah kenapa dia selesa dengan sikap Hana yang sebegitu. Dia dapat rasakan Hana mula menyayangi dirinya. Sungguh manja betul isteri aku ni. El mencium dahi Hana berkali-kali. Dia merenung wajah Hana sambil tersenyum.
"Ada nak marah abang lagi? Nak pukul abang ke?" soal El sambil ketawa kecil.
"Saya tumbuk abang nanti. Nak??" balas Hana dengan nada yang agak garang. Eh, berani betul aku cakap macam ni pada dia ni. Kalau tiba-tiba dia naik angin semula, habis aku.
"Amboi, garangnya. Tadi manja sangat," tawa El semakin galak.
"Kalau tumbuk abang boleh buat hati sayang puas, tumbuklah. Abang rela," tambah El sambil memejamkan matanya dan menghalakan dadanya ke arah Hana.
"Tumbuk betul-betul baru tahu," balas Hana sambil menahan senyum. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga melihat wajah El sebegitu.
"Takpelah tumbuk lah. Tumbuk dada je tau. Jangan tumbuk muka. Muka cari makan ni," ujar El sambil ketawa. Lega hatinya melihat Hana kembali tersenyum.
"Sakit ke saya pukul abang tadi?" soal Hana. Tiba-tiba dia rasa bersalah dengan perbuatannya tadi.
"Sakit sayang. Tapi, demi cintaku padamu, ku serahkan jiwa dan raga.. aaa... lupa pula lirik lagu tu," balas El sambil ketawa.
"Iiiisshhh.. orang tanya betul-betul niii!" ujar Hana sedikit marah. Yelah, rasanya macam kuat aku pukul dia tadi. Geram punya pasal.
"Tak sakit pun. Abangkan tough. Mana ada sakit. Sikit je tu sayang pukul. Abang pernah kena pukul dengan 10 orang tau dalam mimpi. Rileks je," gurau El dengan wajah yang menahan senyuman. Hana menjeling tajam dengan gurauan El itu.
"Sorry," balas Hana sambil menggosok-gosok dada El. D ia menyesal kerana terlalu ikutkan perasaan sehingga tangannya ringan memukul suami sendiri.
"It's okay. I love you," El memegang tangan Hana dan menciumnya. Hana hanya tersenyum kelat.
"Do you love me?" soal El sambil mengharapkan kata-kata cinta dari Hana.
"I hate you!" balas Hana dengan wajah yang masam mencuka. Biar dia tahu aku masih sakit hati pada dia.
"I love you," balas El sambil tersenyum. Dia tahu Hana sudah mula menyayangi dirinya.
"I hate you!" balas Hana semula dengan sengaja. Tetapi pelukannya terhadap El makin erat. Dia meletakkan kepalanya ke dada El.
"I love you," El membalas pelukan Hana. Sungguh hatinya lega melihat Hana mula meluahkan perasaannya.
Imbas kembali tamat.
El tersentak dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefon yang diletakkan di atas meja. Di skrin tertera nama Hana. Hati El berdegup kencang.
'Kenapa dia mesej aku tengah malam macam ni?' detik hati El. Dia melihat jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dengan tenang El membaca mesej tersebut.
HANA^ Sorry ganggu tengah malam macam ni.
HANA^ Along suruh tanya berapa kos tow truck tadi?
El tersenyum.
EL^ FOC .
HANA^ Tadi kata dapat diskaun je. Ni Foc terus?
EL^ :-)
HANA^ Please tell me, how much?
El tidak membalas mesej itu. Dia terus naik ke biliknya.
Dia tahu Hana tidak selesa jika El menanggung kos tow truck tersebut. Tetapi, niat El cuma ingin membantu. Tiada niat lain dihatinya.
El merenung gambar kahwin mereka yang masih El gantung di dinding biliknya. Dia akan simpan gambar tersebut jika Hana sudah temui penggantinya. Jika tidak, dia akan terus membiarkan gambar tersebut di situ.
Perasaan yang ditanggung sungguh menyeksakan. Mencintai seseorang tanpa bisa bersamanya. Menyayangi seseorang tanpa bisa hidup dengannya. Namun, semuanya punya hikmah. Antara reda dan pasrah.