Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 75

MENCINTAIseseorang bukan sekadar pada fizikal, tapi pada kenangan yang ada padanya. Dah hampirsebulan Emel meninggalkan ku. Dengan nasihatnya, kekuatannya yang terasamenjalar pada diri aku. Aku berjaya untuk tabah menerima takdir ini.

            Allah tak akan uji kita dengan sesuatuyang kita sendiri tak mampu tanggungnya. Aku tak pernah salahkan dia keranamerahsiakan benda ni semua dariku. Dia terlalu sayangkan aku, sebab itulah diatak mahu aku sedih. Sehingga disaat-saat akhirnya dia pergi tanpa memberikesempatan untuk aku melihatnya.

            Tapi aku tetap bersyukur, Allah tumaha adil. Dia ambil Emel dari dalam hidup aku, digantikan sesuatu padarahimku. Allahuakbar..

            Aku kembali teruskan kehidupandengan kenangan-kenangan yang Emel tinggalkan. Aku akan jaga zuriat aku danEmel ni sampai keakhir hayat aku. Insyallah..

            Mak selalu disisi. Menemaniku dirumah pemberian Emel ini. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dnegan insan-insanyang sentiasa mengambil berat pasal aku. Yang sangat sayangkan aku.

            Kandungan aku yang sudah masuk duabulan setengah ini sangat aku sayang. Dia sajalah pengubat rinduku pada ArwahSuamiku.

            Mama selalu cadangkan agar akuberkahwin dengan Haji Hanif. Tapi oleh kerana keputusan aku dan Haji Hanifadalah sama, membuatkan Mama tak mampu memaksa. Haji Hanif sangat setia denganisterinya. Begitu juga denganku. Aku berharap sangat, jodohku bersamaArwah  Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Farishingga ke syurga. Insyallah Amin..

            Ammar, iaitu Along sekarang sedangmenunggu waktu terindah menjadi suami buat Yani. Moga Allah panjangkan jodohmereka. Amin…

            Tapi aku melihat Along seperti tidakmenghiraukan dengan persiapan majlisnya, malah dia lebih banyak habiskan masadenganku. Melayan keinginanku yang mengidam macam-macam. Aku tak terniat nakmenyusahkan dia untuk memenuhi kehendakku. Tapi dia yang mahu berbuat demikian.Katanya anak yang ada didalam perutku itu adalah anak adik kesayangannya.Mungkin sebab rindukan Arwah Emel dia bertindak sedemikian.

            Tapi aku takut juga kalau Yaniterasa dengan sikap Ammar ni. Namun Alhamdulillah, Yani amat memahami. Katanya,Ammar aku.. Along kau jugak. Mendengar ayatnya itu, membuatkan aku merasatenang.

            Aku pula masih teruskan hidup denganbekerja di syarikat FQ. Biarpun Ummi dan Walid berkeras tidak mahu aku bekerja,tapi disebabkan kedegilan aku ni mereka akhirnya akur juga. He..he..he.

            Moga Allah permudahkan kehidupankumembesarkan anakku dan meneruskan kehidupan.

            Abang, Zirah tak pernah menyesaljadi isteri abang. Malah Zirah rasa sangat bertuah jadi isteri abang. Terimakasih kerana hadir dalam hidup Zirah walaupun hanya seketika saja tapi cukupuntuk membahagiakan Zirah. Itu sudah cukup.. Kerana kebahagiaan menjadiisterimu jauh lebih indah dari apa yang Zirah rasa.

            Awak suami yang baik. Saya sayangawak kerana Allah. Kita berjumpa adalah Jodoh terindah yang Allah kurniakanbuat saya. Kita berpisah, adalah satu takdir yang Allah berikan buat saya untukmenguji sejauh mana saya bersabar dengan takdirnya.

            Allah pinjamkan awak untuk sayahanya sekejup untuk saya mengenal erti cinta dan bahagia. Allah berikan peluangbuat saya jadi isteri terbaik untuk awak adalah satu kurniaan yang sayaamat-amat hargai. Sesungguhnya, cinta saya buat awak adalah cinta yang sayaakan bawa hingga kesyurga. Insyallah..

            Ya Allah Ya Tuhanku, tuhan sekalianalam. Yang berkuasa dilangit juga dibumi. Yang maha mengetahui setiap sesuatu.Yang maha cantik dan maha mengasihi. Aku mohon kau ampuni dosa suamiku MohdAimel Hijjaz Bin Dato Faris, tempatkan dia dikalangan orang yang Kau sayangidan kasihi. Sesusungguhnya dia adalah suami yang baik yang kau anugerahkannyabuatku. Aku pohon padaMu kekuatan untukku meneruskan kehidupan ini tanpa diadisampingku. Moga kau merahmatinya dan berkatinya. Amin..

            “Abang, Zirah sayang abang..”

 

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.