Home Novel Cinta WAKTU SEAKAN TERHENTI
WAKTU SEAKAN TERHENTI
Naura Karina
8/6/2023 19:46:05
3,549
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

TengkuAdila dibuai perasaan dengan lagu yang diputarkan oleh DJ radio sambilmemandang ke arah luar tingkap kereta mewahnya merenung jauh ke dalam kegelapanmalam. Hampir 3 tahun dia tidak pulang ke tanah air.

 

Perlahandia menghela nafas apabila pembantu peribadinya yang sedang memandu ketika inibersuara. "Tengku, kita dah sampai.” Maklum Puteri Nur Sabrina ataupunTengku Adila memanggilnya Sab, menarik brek tangan.

 

Penuhbergaya Tengku Adila keluar dari perut kereta mewah milik yang diparkirdihadapan pintu masuk hotel yang tersergam indah terletak di Tengah ibu kota.Kayu besbol yang disuakan oleh Sab dicapai dengan senyuman sinis.

 

Diamenghayun kayu besbol itu ke kiri dan ke kanan dengan penuh perasaan teruja.“Hari yang baik untuk penuhkan wad hospital. What you think Sab?” Dia bertanyasambil melihat ke arah Sab yang sudah mengukir senyuman.

 

"Sayapun fikir macam tu Tengku. Mari.” Balas Sab menyokong majikannya itu. Diamempersilakan Tengku Adila untuk berjalan masuk ke dalam hotel sambil dilihatoleh pengawal keselamatan yang berjaga di luar hotel itu.

 

Pengawalkeselamatan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat melihat mereka berduamelangkah masuk menuju ke lobi hotel. Dia langsung tidak bertanya mahu punmelarang melihat kayu besbol yang dipegang kemas oleh Tengku Adila.

 

Inikerana hanya satu! Tengku Adila adalah cucu kepada pemilik hotel mewah itu.

 

“Hariini ada fashion show di Diamond Hall Tengku.” Laju Sab memberitahu apabilamelihat Tengku Adila menjongketkan keningnya melihat masih ramai orang di lobihotel walaupun waktu sudah menjengah ke tengah malam.

 

Merekaberdua tiba di hadapan pintu lif yang di eksklusifkan untuk Tengku Adila.

 

Barusahaja Tengku Adila ingin melangkah, aroma wangian minyak wangi menerjah masukke dalam rongga hidungnya membuatkan dia berpaling serta merta.

 

Seoranglelaki tinggi lampai sedang berjalan persis seorang supermodel menuju ke arahlaluan Diamond Hall. Sut biru gelap yang dikenakan pada badannya yang sasamenguatkan lagi daya tarikan yang ada pada dirinya. Terasa lobi hotel ituseperti pentas peragaan.

 

Diatidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu kerana dia berjalanmembelakanginya. Tetapi haruman yang dipakai lelaki itu menusuk ke jiwanya...

 

 “Tengku...” Sab memanggil apabila melihatTengku Adila masih berdiri kaku.

 

“Oh...”cepat-cepat Tengku Adila melangkah masuk dan lif mula menuju ke rooftop hotelmewah itu.

 

Suasanadi rooftop hotel mewah itu sangat meriah dengan bunyi muzik kuat yang diturutserta sorak tawa daripada orang-orang di situ. Tarian yang penuh ghairahdipersembahkan di atas pentas membuatkan semakin kuat sorakan terutama daripadalelaki-lelaki di situ.

 

Ada yangmula naik ke atas pentas untuk meraba penari separuh bogel itu sambil menegukarak di tangan. "Kita party sampai esok pagi...” jeritan suara seoranglelaki mabuk terhuyung hayang berjalan mengangkat botol araknya menghampiriTengku Zafuan yang hanyut di dalam gelora asmara bersama seorang gadis montokdi satu sudut.

 

Tidakkelihatan pula Suzi di mana-mana.

 

Dan tidakkalah juga pada umat manusia yang sedang bercumbuan di dalam kolam renangterletak elok dengan pemandangan KLCC membuatkan gelora nafsu mereka kianmembara bersama segelas champange di tangan masing-masing dan...

 

PAAANNNNGGGGG!!!

 

Bunyidentuman kuat dan keadaan tiba-tiba menjadi senyap menghentikan segalaperbuatan maksiat mereka. Terpinga-pinga semua yang berada di situ sehinggalahsuara jeritan nyaring salah seorang penari kedengaran apabila lelaki yangsedang asyik meraba dirinya kini terbaring kesakitan dipukul oleh kayu besbololeh seorang wanita jelita tanpa berperikemanusiaan sebelum lelaki ituditendang tergolek jatuh ke dalam renang.

 

Tindakanitu membuatkan mereka yang berada di dalam kolam renang  mula berpusu-pusu keluar sambil menjerit untukmenyelamatkan diri apabila mula menyedari siapa wanita jelita di atas pentasitu.

 

TengkuAdila Sofia!

 

Siapa disitu tidak mengenali wanita jelita yang mempunyai aura ‘membunuh’ itu?

 

TengkuAdila pernah mengegarkan ibu kota 4 tahun yang lalu apabila dia bertindakmembakar sebuah kelab malam ternama kerana Dato’ Khalib terlalu asyik melangganpelacur kelas atasan di situ sehingga menyebabkan salah satu anak SyarikatLambang Putra Sdn. Bhd jatuh ke tangan musuh ahli perniagaan mereka.

 

Tidakberhenti di situ, kini Tengku Adila mula memusnahkan semua peralatan danbarangan yang menghalang laluan dan pandangannya membuatkan Tengku Zafuanmenjerit kemarahan. Ramai sudah yang menjauhkan diri daripada dirinya keranamereka tahu siapa yang dicari oleh Tengku Adila.

 

TengkuAdila mula bertindak menyerang sekumpulan lelaki yang cuba untuk menghentikanperbuatannya. Akibat daripada tindakan itu mereka semua terbaring kesakitansehinggakan warna jernih air kolam renang turut bertukar menjadi merah darah.Raut wajah Tengku Adila yang bengis, membuatkan mereka sudah tidak berani untukberdepan dengan wanita jelita itu.

 

Wanita-wanitadi situ langsung tidak berkutik ketakutan melihatkan lelaki-lelaki yangmenyerang Tengku Adila sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Pergelutan itu terjadidengan sangat cepat. Tidak ada seorang pun yang mampu untuk menandingi TengkuAdila yang semakin menggila di situ.

 

Malahan,tidak ada yang berani untuk menghentikan perbuatannya itu. “Guard... guard...halau perempuan gila ni... halau dia! Halau dia!” Tetapi tiada langsung sahutandaripada pengawal peribadinya yang berjaga di pintu lif tingkat itu. Persoalanitu tidak dibiarkan lama apabila Sab keluar dari balik dinding yang menempatkanlif itu.

 

Tahulahdia yang pengawal peribadinya sudah tumpas di tangan wanita itu.

 

Mengigilseluruh tubuh badan Tengku Zafuan. Botol arak dicapai lalu dilempar kepadaTengku Adila dengan harapan dapat menghentikan sepupunya daripada menghampiridirinya tetapi dengan senang Tengku Adila memukulnya sehingga berkecaimenggunakan kayu besbol di tangannya.

 

Tambahanpula ramai kawan-kawannya sudah mula meninggalkan rooftop untuk menyelamatkandiri mereka. Walaupun dalam keadaan mabuk mereka mengagahkan juga diri untukberlari menuju ke arah lif dan tangga kecemasan di tingkat itu sementelahmelihat kawan-kawan mereka yang sudah tidak sedarkan diri.

 

"Dasarkawan tak guna!" Tempiknya sekuat hati. Dalam sekelip mata sahaja rooftopitu sunyi sepi dalam keadaan seperti tongkang pecah.

 

Kiniyang tinggal hanyalah Tengku Adila dan Tengku Zafuan yang berdiri menghadapsesama mereka. Kayu besbol diturunkan daripada bahunya. Panahan daripada mataTengku Adila membuatkan badan Tengku Zafuan terasa berat lalu dia kembali dudukdi atas sofa.

 

Dia tahujika dia beradu kekuatan dengan sepupunya itu pasti dia akan kalah. Walaupundari segi ego lelaki dia tidak mahu untuk mengakuinya tetapi itu adalahkenyataan. Ada seekor raksaksa yang berselindung di balik wajah jelita itu.“Apa kau nak ha? Datang nak musnahkan hidup aku? Tak cukup lagi dengan Tok Wandah musnahkan hidup aku? Suzi dah tinggalkan aku... kau tahu tak! DIA DAHTINGGALKAN AKU!” Jerit Tengku Zafuan sambil meracau-racau tanda dirinya dalamkeadaan tertekan sekarang.

 

Dirinyamasih tidak dapat menerima kenyataan itu. Luahan hati Tengku Zafuan itu sikitpun tidak terkesan di hati sepupunya. Tengku Adila hanya memandang dengan riakwajah bersahaja. “Kau tahu kan yang bulan depan Tok Wan akan bawak rombonganmeminang.” Ujar Tengku Adila mengingatkan sepupunya itu. Sebelah keningnyadiangkat.

 

Terusmuka Tengku Zafuan berubah bengis mendengarnya. Benci! Dendam! Bergabungmenjadi satu di dalam hatinya kepada seorang insan yang bernama Nur Syafiqahiaitu bakal isterinya nanti. Huh? Bakal isteri? Lebih tepat lagi bakalhambanya! Perancangan demi perancangan sudah dirangka olehnya untuk membuatkangadis kampung itu hidup di dalam ‘neraka dunia’. Barulah hatinya akan puas jikamelihat gadis kampung itu terseksa sebagaimana terseksanya jiwa dan raganya.

“Tapiaku harap... kau tak akan naik tangan pada dia. Dia tak bersalah dalam hal niZaf.” Tengku Adila memberi amaran keras apabila dia dapat membaca daripada riakwajah Tengku Zafuan.

 

Amatjelas dan nyata.

 

“Apa hakkau nak arah aku? kalau aku suruh dia jadi pelacur pun...” Ayat itu tidak dapatdihabiskan tetapi sebaliknya digantikan dengan jeritan kesakitan keluar daridalam mulut Tengku Zafuan apabila kayu besbol di tangan Tengku Adila mendarattepat pada paha kanannya.

 

“Adik...”suara garau seorang lelaki awal 30an kedengaran tidak jauh dari situ. Pantasdia mendapatkan Tengku Zafuan yang sedang menggelupur kesakitan.

 

“Adiktak apa-apa.” Risau nada dia bertanya sebelum dia memandang ke arah TengkuAdila.

 

“Dila...”

 

“TengkuAdila. Mind you manner.” Dia membetulkan panggilan itu dengan rasa menyampahmelihat wajah munafik di hadapannya.

 

“Kaujangan kurang ajar dengan Abang Saiful. Hormat sikit dia. Dia abang tiri aku.”Marah Tengku Zafuan mempertahankan abang tirinya itu.

 

“Abangtiri kau. Bukan abang tiri aku. Jadi buat apa aku nak hormat? Meh!” Sengaja diamemberi kenyataan itu memanaskan lagi keadaan.

 

“Kau...kau...” Terkedu Tengku Zafuan di situ. Lurus jari telunjuknya ke arah TengkuAdila yang masih lagi berdiri tegak di situ.

 

"Maridik. Kita pergi hospital. Saya minta maaf Tengku atas ketelanjuran. Kami pergidulu.” Badan Tengku Zafuan dipapah sebelum dirinya kaku apabila dia dapatmelihat dengan jelas badan-badan yang sedang terbaring di situ.

 

Senyumansinis terukir di bibir Tengku Adila. Ya! Semua itu adalah anak buah Saiful yangdiletakkan di sisi Tengku Zafuan untuk meracun diri sepupunya itu. Malahanpesta liar pada malam ini juga adalah pujukan daripada anak buah Saiful untukmemerangkap Tengku Zafuan.

 

Melihatkanbeberapa orang wartawan di lobi sebentar tadi menjelaskan semua rancanganmereka.

 

Saifulmengetap bibirnya dalam diam. Jelaslah yang Tengku Adila sedang memberi amarankepadanya.

 

Diaberlalu bersama Tengku Zafuan dengan hati yang panas. Eloklah sekiranya diaberdiam diri seketika. Untuk berhadapan dengan Tengku Adila, dia memerlukanperancangan yang teliti kerana Tengku Adila bukan perempuan yang senang untukdijatuhkan.

Melihatkanmereka hilang dari pandangan matanya, Tengku Adila akhirnya meletakkan kayubesbolnya itu dan menghela nafas panjang.

 

Rambutnyadikusutkan.

 

Dirinyaamat kesal dengan kebodohan Dato’ Khalid dan bengang dengan kenaifan sepupunya.

 

“Semuasaya dah uruskan Tengku. Mari, saya hantar Tengku balik. Tengku mesti penatkan.” Usul Sab yang menghampiri majikannya.

 

Gayapercakapannya bersahaja seolah-olah dia sudah terbiasa dengan semua perkaraitu. Dia memerhati keadaan sekeliling, banyak yang perlu ‘dibersihkan’ malamini.

 

“Macammana dengan ‘hadiah’ yang kita prepared untuk wartawan dekat lobi tu? Tak elokbiar tetamu pulang dengan tangan kosong.” Ujar Tengku Adila sambil tersenyummanis penuh makna.

 

Senyumandibalas oleh Sab. “Jangan risau Tengku. Saya dah ‘bungkus’ hadiah tu... dengansempurna.” Membuatkan Tengku Adila tergelak besar memerhati panorama malam dariatas rooftop itu.

 

Ini barusikit... banyak lagi yang menanti...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Naura Karina