Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Keluarga Mahar Cinta Untuk Kirana
Mahar Cinta Untuk Kirana
Iman Zahri
13/6/2018 13:34:22
2,947
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

AYSAR menapak masuk ke dalam rumah keluarganya. Datin Julia beria-ia menyuruhnya pulang untuk makan malam bersama. KL – Ipoh dibuatnya macam KL – Gombak. Penat mengajar pun belum habis lagi.

Riuh-rendah rumah Datin Julia dan Dato Rafizi malam itu. Anak, menantu dan cucu semuanya berkumpul. Entah apa pula agenda Datin Julia kali ini.

Aysar terus ke ruang makan. Usai bersalaman, dia melabuhkan punggung di sebelah kakak sulungnya, Ayana.

“Lambat sampai?” tanya Ayana. Dia mencedok nasi ke dalam pinggan Aysar.

Jammed lah Kak Yana. KL ke Ipoh bukannya dekat. Perjalanan dua jam dah jadi tiga jam lebih sebab jammed. Penat pun tak habis lagi.”

“Kak Yana pun kelam-kabut balik bila mummy call. Mujur Abang Am tak bising. Dia ada appointment dengan client sepatutnya malam ni. Tak fasal-fasal kena cancel.”

“Tak apalah, Kak Yana dan Abang Aydan duduk dekat. Kenapa mummy beria-ia suruh Aysar balik?”

“Tengoklah siapa yang ada di dapur tu,” Muncung bibir Ayana menunjuk seseorang.

Mati selera Aysar apabila melihat gerangan yang ditunjukkan Ayana. Dia menolak pinggan yang masih penuh ke tepi.

“Aysar nak ke mana?” tanya Dato Rafizi apabila melihat Aysar bangun dari kerusi.

Ayana menelan liur. Janganlah buat hal lagi. Aydan memandang Ayana meminta kepastian. Sudahnya, masing-masing memandang Ayana. Aysar sudah lesap dari ruang makan.

“Yana tak cakap apa-apa. Yana cuma tunjuk Helena ada dengan mummy di dapur,” beritahu Ayana apabila mata suaminya tajam merenungnya.

“Oh…” Perlahan suara Dato Rafizi.

“Aydan tak fahamlah dengan perangai mummy. Semua anak kena ikut cakap dia. Hal nikah kahwin janganlah paksa,” Aydan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Daddy tengoklah Yana dan Azham. Dulu pun mummy berkeras minta Yana kahwin dengan pilihan mummy. Tapi, mujurlah calon pilihan mummy tu sebenarnya Am. Kalau tak, makan hatilah Yana,” luah Ayana pula. Suami di hadapannya sudah tersenyum simpul menahan tawa.

“Aydan dan Rania. Disebabkan campur tangan mummy, tak fasal-fasal Aydan jadi duda tiada anak. Masa nak kahwin, sibuk pilihkan Rania sebagai siteri Aydan. Bila dah kahwin, mummy campur tangan hal rumah tangga Aydan disebabkan Rania tak pandai urus rumah tangga. Aydan sendiri tak faham dengan keluarga kita.”

Dato Rafizi pandang wajah anak dan menantunya silih berganti. Wajah Aydan yang paling menyentuh hatinya. Tidak menyangka anak keduanya menjadi mangsa perceraian.

“Daddy pun tak tahu macam mana nak nasihat mummy. Mummy kamu degil. Cakap daddy selalu dibangkang. Daddy cakap A, Mummy cakap B. Tolonglah kamu pula yang cakap dengan mummy. Mana tahu dia nak dengar cakap anak-anak dia,” kata Dato Rafizi.

Perbualan mereka terhenti apabila Datin Julia dan Helena masuk ke ruang makan. Susah payah Helena melangkah sambil membawa semangkuk koktail buah-buahan. Itulah, pakai lagi skirt ketat.

“Mana Aysar?” tanya Datin Julia. Setahunya, Aysar sudah sampai di rumah.

“Ada dalam bilik. Mati selera dia nak makan,” jawab Ayana selamba. Nasi disuap ke dalam mulutnya.

“Helena, tolong panggilkan Aysar. Ajak dia makan,” Datin Julia mengabaikan jawapan Ayana. Langsung tidak peduli dengan sindiran anaknya itu.

“Okay, aunty,” jawab Helena. 

“Kayla sayang… tolong panggilkan Pak Su dalam bilik. Beritahu Pak Su, Tok Mi panggil,” Ayani meminta anaknya yang leka bermain untuk memanggil Aysar.

Helena tidak jadi bangun dari kerusi apabila mendengar suara Ayani.

“Okay, bonda!” akur anak kecil itu. Dia meninggalkan anak patung di atas lantai lalu berlari anak memanjat anak tangga ke tingkat atas.

Don’t run sayang. Nanti jatuh,” pesan Azham.

Aydan pura-pura tidak memandang wajah kelat Helena apabila Ayani terlebih dahulu mematikan niat Datin Julia untuk memberi ruang kepada Helena ke bilik Aysar.

Dato Rafizi terus menikmati makan malam tanpa mengendahkan isteri yang duduk di sebelah. Malas mahu melayan kerenah isterinya yang mengada-ada.

“Makan, Helena. Sekejap lagi Aysar turunlah tu,” Datin Julia mengusap belakang Helena.

“Tak apalah, aunty. Helena tunggu Aysar. Kesian dia nanti kena makan seorang,” Helena menjawab sopan.

“Kalau makanan habis, jangan marah. Aysar tak apa kalau tak makan malam. Dia dah biasa jaga badan,” Aydan menjawab bagi pihak Ayana. Dia tahu Ayana mahu membidaswanita itu lagi.

Helena ukir senyum tawar. Dia mencedok nasi ke dalam pinggan. Cuma separuh senduk. Dia melebihkan lauk-pauk di dalam pinggan.

“Makanlah banyak sikit. Badan Helena dah kurus. Kalau makan lebih sikit malam ni, badan tak naik pun,” ujar Datin Julia sambil menambah nasi ke dalam pinggan Helena.

Helena tersenyum simpul dengan layanan Datin Julia. “Thanks, aunty.

“Bonda, Pak Su cakap kejap lagi dia turun. Pak Su tengah call someone lah bonda,” beritahu Kayla. Kemudian, dia sambung bermain dengan anak patung yang ditinggalkan sebentar tadi.

Call girlfriend lah tu,” Aydan menambah.

“Tak lama lagi bonda dapat menantu,” Ayani pula bersuara. Ekor matanya mengerling Helena. Masam mencuka wajah wanita itu.

“Menantu perempuan mummy cuma Helena. Jangan sesiapa berangan nak jadi menantu mummy. Jangan ada sesiapa yang berani ambil tempat Helena sebagai menantu mummy,” balas Datin Julia. Lantang sekali dia berkata-kata.

Awww! Thank you, aunty. You’re so sweet,” puji Helena. Jari Datin Julia digenggam erat.

“Sedaplah kari ayam ayang masak. Thanks, ayang. Esok masak lagi ya?” Azham bersuara setelah lama menjadi pemerhati. Berbulu telinga mendengar suara manja Helena memuji Datin Julia. Nampak sangat membodek.

Anything for you, abang. Esok ayang masak special untuk abang. Kayla nak makan apa esok? Bonda nak masak,” Ayana bertanya pula kepada anaknya.

“Hmmm… Let me think first,” Kayla mengetuk jarinya di dagu konon-konon berfikir.

Dato Rafizi geleng kepala melihat gelagat masing-masing. Ada sahaja idea hendak mengenakan Datin Julia.

I want chicken soup!” Kayla menjerit kecil.

Why chicken soup?” tanya Aysar yangtiba-tiba muncul di ruang makan. Pakaiannya sudah bertukar. Lebih kasual.

“Sebab Kayla suka sup ayam. Pak Su nak makan sup ayam?”

“Hmm… Tak bolehlah. Pak Su kena kerja esok. Pagi esok Pak Su kena balik KL. Next time, okay?” Aysar mengusap kepala anak saudaranya. Satu-satunya anak saudara yang dia ada.

“Aysar call siapa tadi?” Datin Julia mula menyoal siasat.

“Azril,” jawab Aysar sepatah.

“Betul ke?”

“Mummy, please don’t start. Aysar nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan. I’ll back before 12 am,” beritahu Aysar. Tanpa menunggu kebenaran Datin Julia, Aysar terus keluar. Tidak mahu berlama di situ. Tambahan pula, Helena memerhatinya seperti hendak telan.

Aunty…” rengek Helena.

I already told you, mummy,” sindir Ayana. Dia bangun dari kerusi dan membawa pinggang mangkuk yang sudah digunakanke dapur.

Datin Julia merengus. Sakit hatinya dengan perangai Aysar yang langsung tidak menjaga hati Helena. Dia pandang Dato Rafizi yang sudah selesai makan. Suaminya itu juga sudah bangun dan meninggalkan ruang makan.

Cuma tinggal dia dan Helena sahaja di meja makan. Wajah kelat Helena dipandang. Dia mengusap pipi wanita itu.

Aunty tahu apa yang aunty perlu buat. Helena kena sabar dan ikut saja plan aunty,” Datin Julia ukir senyumanmanis.

Helena mengangguk kecil. Dia melepaskan keluhan. Sudah lama dia sukakan Aysar. Tetapi lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.