Home Novel Cinta CINTA TAK AKAN PERGI
CINTA TAK AKAN PERGI
IZZATUL NADIRA
14/2/2019 23:43:45
8,234
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

 “Ibu….. oh ibu….”

           Puas Alisya mencari ibunya dari tadi. Tidak tahu kemana pula beliau pergi. Dia ke dapur, matanya meliar mencari kelibat Puan Noraini. Dia ke ruang tamu pula, masih tidak kelihatan ibunya.

         “Kemana pula ibu ni pergi,” omel Alisya sendirian. Perutnya sudah berbunyi. Lapar

         Dia kembali ke dapur mencari makanan yang boleh dimakan. “Bihun goreng ibu masak pagi tadi agaknya ada lagi ke tak eh,” soalnya sendiri. Alisya menuju ke ruang meja dan mengangkat tudung saji. Matanya bersinar-sinar. Laju sahaja tangannya mencapai pinggan dan sudu lalu menyenduk bihun ke dalam pinggan.

         “Kalau ada milo ais mesti bertambah nikmatnya,” Dia tersengih sendiri. Sudah boleh dibayangkan betapa nikmatnya apabila dia meneguk milo yang sejuk itu sambil menjamu hidangan bihun goreng yang enak.

         Alisya membuka peti ais. Matanya meliar memerhati setiap sudut peti ais. Dia mencari milo kotak yang dia beli semalam. Dahinya berkerut. Rasanya semalam masih ada lagi milo di dalam peti ais ini, malah dia masih belum lagi merasmikannya. Tak akan lah boleh hilang begitu sahaja.

          Dia mendengus. Marah bercampur kegeraman. Dalam rumah itu hanya ada along, angah, dia serta ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah sudah dia kecualikan dari senarai suspek. Yang tinggal hanyalah kedua-dua abangnya, along dan angah. Tidak boleh disangkal lagi suspek utama yang melarikan milo kotaknya itu pasti antara mereka berdua.

          Alisya terus menutup pintu peti ais. Hilang terus selera gadis itu. Alisya berjalan laju menuju ke ruang tamu. Hazriq yang sedang leka bermain game diterjah. Wajah Hazriq yang terkejut akibat terjahan itu di pandang tajam.

         “Angah ambik milo kotak Sya kan?”

         “What? Milo kotak apa yang Sha cakap ni? Merepeklah,” Hazriq malas melayan. Matanya hanya tertumpu pada skrin telefon pintarnya. 

            “Angah please be serious. Kalau angah yang ambil, angah mengaku jelah. Takpayah lah nak berlakon lagi,” duga Alisya. Wajah Hazriq ditenung lama. Cuba membaca raut wajah angah.

           “Apa masalah Sya ni nak tuduh angah? Angah dah katakan tadi, angah tak tahu apa yang Sha katakan. Milo kotak apanya and for your info, angah tak minum milo. Tak akan lah Sya dah lupa kot,” perli Hazriq. Hazriq mengeleng kepalanya.

           “Dah jangan kacau angah, pergi sana jauh-jauh. Nanti banyak pulak tuduhan yang tak berasas Sya bagi kat angah ni,” tambah Hazriq. Dia malas mahu melayan kerenah adik bongsunya itu. Ada-ada sahajalah dia tu.

            Alisya memuncungkan bibirnya. Sakit hati betul bila bercakap dengan Hazriq. Langsung tidak membantu. “Angah siapa yang ambil milo kotak Sya? Sya baru je beli semalam dengan ibu dekat pasar raya, belum bukak lagi tau. Tahu-tahu je dah hilang,” Alisya mengambil tempat disebelah Hazriq.

           “Sya letak dekat mana milo tu,” Hazriq menyoal sambil matanya masih tidak beralih dari skrin telefon.

            “Dalam peti ais lah, kat mana lagi?”

            “Dah tanya ibu?” soal Hazriq. “Manalah tahu kalau ibu tahu ke?” tambah Hazriq lagi.

           “Itu satu masalah lagi. Dari tadi Sya cari ibu tak jumpa-jumpa, ibu pergi mana angah?” soal Alisya. Dia baru teringat soal ibunya. Kemana sahajalah ibunya pergi.

            “Oh lupa, ibu keluar dengan along. Teman along beli barang persiapan majlis pertunangan along. Ibu tak ajak Sya pergi sekali ke?” jelas Hazriq.

             “Tak pun, ibu tak kata apa-apa dengan Sya. Tak apalah, lagipun badan Sya rasa tak sedap lah angah,” Alisya memeluk bantal kecil sambil membaringkan badannya di atas sofa. Hazriq berhenti bermain. Matanya dialihkan ke wajah adik bongsunya.

               “Sya tak sihat ke? Nak pergi klinik tak?” soal Hazriq risau.

              “Tak apalah, Sya okay je. Ubat antibiotik pun tak habis lagi, nanti okaylah ni,” Mata Alisya ditutup rapat. Dia mahu berehat sebentar. Kepalanya sedikit berdenyut. Badannya juga lenguh-lenguh.

              Hazriq hanya memerhati dan membatukan diri. Malas mahu bersoal jawab dengan Alisya. Sejak keluar dari hospital, Alisya tidak secergas selalu. Mungkin akibat demam panas, dia jadi begitu.

 

 

             Jam menunjukkan 7.30 malam, Puan Noraini dan Amsyar  masih lagi belum pulang. Encik Kamaruddin sudah merasa tidak senang hati. Alisya dan Hazriq pun sama. Sudah berkali-kali Hazriq cuba menghubungi ibunya langsung tidak menerima sebarang jawapan. Berpuluh mesej yang dihantar langsung tidak berbalas malah tidak dibaca langsung. Bertambah parah lagi, Amsyar juga tidak dapat dihubungi.

             “Kemana sahajalah ibu dan bang long kamu ni, risau abah dibuatnya,” keluh Encik Kamaruddin.

            “Sabarlah ayah, kejap lagi baliklah ibu dengan along tu,” Hazriq cuba menenangkan abahnya. Ayah nampak tidak senang duduk dan nampak sangat susah hati.

             Encik Kamaruddin sekejap duduk dan selepas itu dia berdiri semula. Sekejap ke depan dan sekejap lagi dia ke luar rumah. Hatinya resah. Dia tidak senang hati selagi anak dan isterinya tidak ada di depan mata.

           “Ayah, masuk dulu. Ni Sya ada buat cucur ikan bilis yang ayah suka, kita makan dulu,” Alisya bersuara. Cucur ikan bilis yang baru sahaja dia goreng tadi diletak dan oren sunquick yang dibancuh diletakkan di atas meja di ruang tamu.

            “Aik, nasi-nasi tak ada ke? Cucur ikan bilis je? Bukan orang makan cucur ikan bilis masa minum petang ke, ni kan dah malam?” perli Hazriq.

           “Angah ni, Sya tau masak ni je. Yang lain mana tahu lagi, makan jelah apa yang ada ni,” Geram Alisya dibuatnya. Banyak pula songeh si Hazriq ni. Orang dah masakkan makan sahaja lah, ini tahu komen je. Kalau dia pergi belikan tom yam ke, udang goreng tepung ke, ayam masak paprik ke lainlah. Dia pun sama malas. Tahu main game sahaja.

           “Itulah, masa ibu suruh tolong masak banyak sangat alasan. Ada assignment lah, ada kerja itu inilah. Masa cuti sem nilah ada masa nak belajar, kalau dah start sem jangan haraplah,” omel Hazriq.

                      “Eh yang angah nak bebel ni kenapa, makan jelah apa yang ada ni. Banyak pulak songehnya. Kalau tak cari gaduh dengan orang tak boleh ke?”

             “Dah sudah tak payah nak gaduh-gaduh, angah kamu ni janganlah suka mengusik adik tu. Kalau tak mengusik sehari tak sah lah,” marah Encik Kamaruddin. Sudahlah dia sedang tidak senang hati, boleh pula dua beradik ni bergaduh.

            Sedang mereka bertiga mengisi perut dengan cucur ikan bilis buatan Alisya, kedengaran enjin sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Alisya bergegas mencapai tudung yang sedia ada di atas sofa lalu membuka pintu menjenguk siapa gerangan yang ada di hadapan rumah. Kereta Perodua Bezza berwarna biru yang cukup asing bagi Alisya berhenti di hadapan rumah mereka.

             Kelihatan ibunya dan along keluar dari perut kereta tersebut. “Ayah, ibu dan along balik,” jerit Alisya. Dia terus meluru ke arah ibu dan alongnya.

             “Mana kereta along?” soal Alisya.

             “Kereta along rosak tadi masa dalam perjalanan nak balik rumah, nasib baik ada kawan along ni.,” Beg-beg plastik yang berada ditangan ibunya dicapai.

             “Kenapa ayah call tak berangkat, asyik masuk voicemail je,” soal Encik Kamaruddin.

              “Maaf ayah, telefon along tak ada bateri. Powerbank pulak tak bawak, nasib baik kawan along lalu dekat situ. Kalau tak, tak tahulah apa jadi tadi,” jelas Amsyar.

              “Terima kasih ye Asyraf, mak cik tak tahulah apa jadi kalau kamu tak lalu kat situ.  Silap hari bulan mak cik dengan Amsyar terpaksalah tidur dekat sana.”

                 “Eh, tak apalah mak cik. Saya tolong ikhlas,” Jejaka yang bernama Asyraf akhirnya bersuara. Dia rakan sekolah dengan Amsyar. Sudah agak lama mereka tidak bertemu, kejadian hari ini mempertemukan kembali mereka berdua.

                  “Apa kata kau takpayah balik malam ni, kau tidur je rumah aku. Kau kata kau tak tahu nak ke mana kan, jadi apa kata kau tinggal sini sampai hari pertunangan aku,” cadang Amsyar.

                 “Tak apa ke? Tak menyusahkan?” soal Asyraf ragu-ragu.

                 “Apa salahnya, tak ada yang susahnya,” jawab Encik Kamaruddin

               “Dah jom masuk, sejuk kat luar ni. Asyraf parking kereta kamu ke dalam jangan parking luar bahaya, zaman sekarang ni mana boleh terleka sikit ada je nanti kejadian tak diingini berlaku,” Asyraf hanya tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh IZZATUL NADIRA