Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
15,580
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30


     Seperti biasa, hari persekolahan begitulah rutin harianku. Bangun sekitar jam 10 pagi, mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Aku berkira-kira sama ada untuk pulang atau tidak ke kampung petang ini. Sebelum pulang ke sekolah semalam, beberapa orang rakan telah menyampaikan bahawa hujung minggu ini akan diadakan program qiamullail pada pagi esok. Bimbang juga nama aku adalah tersenarai sebagi guru yang bertugas pada malam itu. Begitulah selalunya. Selagi belum memegang status isteri orang, tugas untuk tidur menemani pelajar bahkan sebagi guru pengiring pun akan digalas olehku. Tapi, aku sudah sebulan tidak berjumpa dengan mak. Rinduku padanya makin membuak-buak. Tambahan pula, minggu ini seperti yang telah ditetapkan dahulu, merupakan tarikh pertunangan adikku. Cuma mungkin pertunangan itu terpaksa ditangguhkan kerana duit belanja adikku telah dicuri orang. Kasihan betul kepada adikku. Hendak memberi pun aku sendiri yang berhutang. Walaupun malas berhadapan dengan kata-kata orang kampung, namun aku tak sampai hati melihat adikku bersedih begitu rupa. Jodohnya sampai terlebih dahulu dariku. Aku meredhainya. Ini adalah sebuah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz lagi mungkin. Jodohku? Entah bila sampai aku pun tidak tahu. Tidak adil untuk dia menunggu semata-mata kerana aku masih belum bertemu jodoh. Berjodohkah aku? Dengan siapa... Hm.. Aku melepaskan keluhan berat.

     "Assalamualaikum, termenung panjang nampak. Ingat kat siapa?" Zel melabuhkan punggungnya di sebelahku sementara menunggu semua pelajar sesi petang berkumpul di dewan terbuka sekolah itu. Hari ini, aku yang bertugas di dewan untuk memantau keadaan pelajar di dewan sementara perhimpuan kecil yang akan diadakan tepat jam 12.40 tengah hari. Sesi pembelajaran akan bermula pada jam 1.10 petang nanti. Begitulah keadaan sekolah yang terpaksa dibuka untuk dua sesi begini. Terpaksa bergilir-gilir tempat dan juga waktu.

     "Waalaikumussalam Zel. Aku nak balik kampunglah malam ni. Nama aku tak tersenarai untuk bertugas malam ni kan?" aku menjawab salam Zel seraya bertanya akan program yang akan berlangsung pada malam ini di surau sekolah. Zel memandang ke arah ku.

     "Alah, nama kau adalah Ida. Kita berdua yang kena bertugas malam ni. Elia demam pula. Takkanlah aku sorang-sorang," kata Zel separuh memujuk. Macam mana ni ya? Aku dah lama tak balik. Tapi, majlis pertunangan adikku itu bagaimana? Adakah memang dibatalkan atau diteruskan. Kalau diteruskan, takkanlah aku tak balik. Sedangkan aku telah pun berjanji untuk menghadiri majlis itu nanti.

     "Sebenarnya, adik perempuan aku nak bertunang Zel. Tapi,,," belum sempat aku menghabiskan ayatku Zel terus mencelah.

     "Adik kau? Adik kau yang pernah datang sini tu kan? Nak bertunang dah dia?" Zel bertanya lagi. Memang Zel kenal akan adikku, Fifi itu. Aku pernah memperkenalkan padanya tatkala adiku datang ke sini dulu.

     "Ya, Zel. Tapi, aku tak pasti majlis itu diteruskan atau tidak. Sebab, ada perkara yang tak begitu baik berlaku. Duit belanja untuk pertunangannya itu hilang. Kasihan juga aku pada dia. tapi, aku nak dahulukan duitku pun, aku sendiri yang berhutang," aku menyambung cerita. Zel mengangguk-angguk tanda faham.

    "Kau confirmkan lah dulu. Tapi, yalah... aku tak paksa kau untuk tak jadi balik kampung. Tapi, aku akan sorang-sorang dengan cikgu lelaki tu yang bertugas malam ni," sambung Zel lagi dengan suara yang perlahan. Aku tahu dia mengharap aku akan bersama dia. Kalau aku datang bertugas malam ini, bererti aku tak dapat balik ke kampung malam ini. Program Qiamullail dan Motivasi Minda itu akan berakhir jam 12 tengah hari jumaat keesokannya. Sedangkan pertunangan adikku itu dijadualkan berlangsung pada malam sabtu itu. Pasti tergopoh-gapah untuk aku sampai ke sana kalau baru bertolak selepas 12 tengah hari itu. Aku mencapai telefon Nokia C3 untuk menelefon mak bagi memastikan apakah yang berlaku di kampung sekarang.

     "Zel, mak aku cakap, pertunangan mereka ditangguhkan dahulu buat masa sekarang. Belum ada kata putus bila tarikh baru yang akan dibuat. Jadi, aku saing kau bertugas malam ni. Tak payahlah buat muka muncung macamtu dah," ujarku setelah selesai berbicara dengan ibuku sebentar tadi. Zel tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.

     "Tapi aku dah lama tak balik kampung tau. Minggu depan, aku nak balik juga. Tak kisahlah apa yang berlaku. Ada kelas tambahan pun, aku nak redah ja," ujarku lagi. Zel mengangkat ibu jari tangannya sambil mengenyit mata. Aku tergelak kecil melihat aksi spontan Zel itu.

     "Zel, malam tadi aku terserempak dengan lelaki yang aku ceritakan kat kau di Berhulu Camp tu dekat Kompleks Pusat Bandar ni. Malang betul! Dahlah pagi tu, Minah Ketak tu datang sekolah. Aku ingat balik saja ke Pasir Gudang, aku tak perlu jumpa mereka dah," ujarku menyambung cerita sementara menunggu para pelajar memenuhi dewan.

     "Yeke? Encik Kacak tu kan? Eh, macama mana pula dia boleh berada kat sini?" Zel pula yang bertanya. Manalah aku tahu.

    "Entah, tapi, Minah Ketak semalam tu kan, tunang dia. Tak peliklah kalau dia ada kat sini juga," ujarku lagi. Mungkin mereka saja nak makan-makan angin kat sini kot.   

     "Dah tu, dia tegur kau tak? Ataupun kau tegur dia dulu?" tanya Zel lagi. Aku nak tegur dia? Buat apa?

    "Mula-mula terserempak mak dia yang datin sombong tu. Lepastu, tiba-tiba terserempak dengan dia pula. Memang taklah aku nak tegur dia orang tu. Tapi, Encik Kacak tu buat-buat ramah la pula. Ajak borak-borak, konon nak belanja KFC. Nasib baik Minah Ketak tu tak ada masa tu," balasku lagi.

     "Encik Kacak ajak kau makan dan borak-borak... Eh, macam dia rapat benar aja dengan kau. Yalah, macam pelik pula kalau kita tak rapat, bila jumpa ajak makan. Mesti kau rapat juga dengan dia dulukan?" Zel masih lagi bertanya. Memang Encik Kacak tu pelik. Belum lagi aku ceritakan perihal dia mengejar bas ekspresku di terminal Seremban dulu. Dahlah kurang sihat, kemudian berikan baju tebal untukku pula. Sedangkan dia yang lebih memerlukan baju panas tersebut.

     "Tak rapat juga. Tapi, dia tu fasilitator kumpulan aku. Adalah bercakap sekali dua. Tapi, perangai dia memang pelik pun. Banyaklah benda pelik yang tak dapat nak cerita satu-satu kat kau," ujarku pula. Ya, memang aku tak tahu mahu menceritakan yang mana. Entah Zel akan faham atau tidak aku tak pasti.

     "Eh, ceritalah. Aku macam syak sesuatu lah pada dia. Cuba kau cerita apa yang pelik-pelik tu?" Zel masih mengorek cerita. Aku menjeling ke arah Zel. Beria-ria benar untuk tahu akan lelaki itu. Kalau aku ceritakan tentang Lang Merah, tidaklah dia beria-ria begini.

     "Aku kan dah pernah cerita tentang kalung dia yang hangus tu. Lepas kejadian tu, dia memang tak nak bercakap dan berbual langsung dengan aku. Pandang pun acuh tak acuhja. Aku ni siap pergi minta maaf depan-depan lagi, tapi dia buat bodoh saja. Malam aku nak balik ke Pasir Gudang tu, boleh pula dia datang ke terminal Seremban tu. Padahal aku tak cakap apa-apa pun kat dia. Entah dari mana dia tahu yang aku nak balik malamtu dan naik bas kat situ. Yang lagi peliknya, dia nampak macam demam dan tak sihatlah malamtu, lepastu dia boleh bagi aku jaket dia sebab aku kebetulan tertinggal baju sejukku kat rumah Das. Peliklah Zel. Tiba-tiba malamtu dia jadi macam baik pula. Padahal sebelum tu, nak bercakap pun tak nak dengan aku," aku cuba menceritakan kesemua yang berlaku kepada Zel agar sahabatku itu memahami keanehan yang berlaku pada lelaki yang bernama Encik Kacak itu.

     Zel tersenyum lebar. Dah kenapa senyum? Ada perkara melucukankah dengan cerita yang aku sampaikan tadi padanyan.

     "Lepas tu Ida? Kau terima tak jaket tu?" Zel bersuara lagi.

     "Dia dah naik dalam bas. Bas pun nak gerak dah masatu. Tapi, terpaksa berhenti sebab dia minta excuse dengan driver bas tu untuk jumpa aku sebab nak bagi jaket tu. Orang semua dah pandang aku, takkanlah aku nak tolak. Hmmm.." aku menyambung kata. Cuba menggambarkan keadaanku yang serba salah pada waktu itu.

     "Wow...gentleman nya dia Ida. Sweet tau. Dia care sangat pasal kau tau tak. Aku rasa memang betul dah sangkaan aku. Dia syok kat kau. Tapi, kau yang tak perasan," balas Zel pula. Aku mengerutkan dahiku. Senang betul minah ni buat kesimpulan. Tak mungkinlah. Lelaki itu sudah mahu bertunang pada waktu itu. Dan malam tadi, lelaki itu telah pun bertunang. Tapi, perangai peliknya tetap sama.

     "Mengarutlah kau ni. Dia tu dah nak bertunang masa tu. Apa pulak nak syok kat orang lain? Sekarang ni, dah jadi satu kerja aku nak kena pulangkan balik jaket dia tu. Tambahan pula, dalam jaket dia tu ada barang berharga dia tau. Silap kalau aku nak curi dan tak mahu pulangkan pada dia, baru padan muka," ujarku agak marah. Zel mengangkat bahu tidak memahami apa yang aku cuba sampaikan.

     "Barang apa? Yang tu kau belum cerita kat aku. Lepastu, malam tadi, kau dah pulangkanlah barang berharga dia tu?" tanya Zel kehairanan.

     "Belum Zel. Aku mana nak tahu kalau akau akan terserempak dengan dia kat situ. Tapi, hari ni aku bawalah. Dah siap-siap aku letak dalam kereta. Kalau terjumpa dia lagi, aku akan serahkan pada dia," jawabku lagi.

     Zel tiba-tiba menarik tanganku. Apa hal pula ni? Para pelajar pun kelihatan sudah separuh memenuhi dewan. Jam di tanganku menunjukkan angka 12.15 tengah hari. 20 minit lagi perhimpunan kecil di dewan ini akan berlangsung.

     "Kenapa Zel? Pelajar dah ramai ni kat dewan. Kau nak ajak aku ke mana ni?" tanyaku pula.

     "Cikgu-cikgu lain pun dah ramai ni. Marilah tunjukkan aku barang berharga tu. Aku nak tengok," Zel masih menarik tanganku. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Memang sahabatku yang seorang ini selalu begini. Dia akan terus mendesak selagi dia tidak berpuas hati. Aku hanya menuruti kehendaknya berlalu ke tempat parkir kereta di belakang bangunan sekolah. Tempat parkir itu pun sudah kelihatan sepi kerana semua guru telah masuk ke dewan. Aku membuka kunci kereta untuk membuka bonet kereta bagi mengeluarkan jaket Adidas milik Encik Kacak dan menghulurkannya kepada Zel. Cepat-cepat Zel menyambutnya sambil membuka isi poket jaket itu.

     "Kotak cincin! Idaaa... ada surat lagi," kata Zel separuh menjerit. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik, tiada orang di situ. Apa yang excited sangat dengan minah ni. Kemudian, Zel ingin membuka isi kotak dan sampul surat tersebut, namun aku sempat menegahnya.

     "Zel, jangan.. Kau ni, itu barang dia. Jangan kau buka. Nanti kalau aku terserempak dengan dia, aku nak pulangkan semula dalam keadaan baik juga. Nanti, kalau kita dah buka, itu namanya menceroboh tahu tak? Nanti jadi kes lain pula. Cukuplah kalung dia tu saja yang hangus," tegahku sambil menyuruh Zel menyimpan semula barang-barang tersebut. Zel masih berkeras untuk membukanya.

     "Ida, dengarkan aku sekejap. Cuba kau fikir dengan logik akal sikit. Takkanlah dia nak tinggalkan barang macam ni dalam jaket? Melainkan dia sengaja lakukannya. Orang takkan simpan kotak cincin ni dalam jaket tau. Orang simpan benda ni dalam laci ataupun dalam almari ataupun mungkin bawah bantal. Bukan kat sini.." ujar Zel pula. Aku masih tidak setuju. Aku takut, nanti jadi benda lain pula.

     "Trust me... Kita kena buka surat ni dulu. Lepastu, baru kita buka kotak cincin tu," aku jadi serba salah tetapi tidak dapat menghalang perbuatan Zel yang pantas itu. Isi surat yang berwarna merah jambu itu dibuka.

     'Ida... Happy birthday.. J... Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di bawah payungan rahmat Allah selalu. Stay calm and healthy. I am so sorry for everything..'

     'Abang Faidi'

     Isi surat itu dibaca satu-persatu oleh Zel. Terkejut aku dibuatnya. Jadi, surat kecil itu untuk aku. Ada ucapan hari lahir untukku juga di situ. Tahu pula Encik Kacak akan hari lahirku pada waktu itu. Aku terduduk seketika. Zel merenung ke arahku.

     "Ida, kan aku dah cakap. Pasti barang-barang ini sengaja diletakkan di sini untuk kau buka. Mungkin kotak cincin ini adalah hadiah untuk hari lahir kau," sambung Zel lagi. Aku menekup mulutku. Tidak mungkinlah Encik Kacak memberikan aku cincin sempena hari lahirku. Bukankah pemberian cincin ini selalunya diberikan oleh kekasih kepada pasangannya. Tapi, aku bukan pasangan kekasihnya. Dia kan berpacaran dengan Minah Ketak. Jadi, hal ini tidak mungkin berlaku.

     Zel membuka kotak cincin tersebut. Sebutir kristal yang berwarna pink berkilau terletak elok di situ. Aku bungkam seketika melihat akan permata yang berada di depan mata itu. Ingatanku terus menerjah ke arah peristiwa pada malam barbeku di Berhulu Camp dulu. Aku tidak salah lagi. Batu kristal inilah yang terletak elok pada kalung yang terjatuh dalam pemanggang api tersebut. Alhamdulillah, batu kristalnya masih indah dan tidak rosak dibaham api. Cuma rantainya saja mungkin mengalami kerosakan, namun batu kristalnya masih selamat. Das, kita tak rosakkan kalung Encik Kacak. Bisik hati kecilku.

     "Cantiknyaaaaaa... Idaaa.... Mesti mahal kristal ni. Aku tahu. Ni kristal dekat Yonganli saja yang ada jual ni. Abang aku pernah duduk sana dulu. Dia pernah ceritakan kecantikan batu kristal kat sana. Ada dia belikan satu untuk mama aku. Cantiknya...." kata Zel memuji-muji kecantikan kristal itu. Tak ubah seperti Das yang melihat kali pertama akan kalung kristal itu dulu. Ya, memang cantik. Aku akuinya. Aku sendiri suka akan kristal tersebut, tetapi aku bukan pemiliknya.

     Aku mengambil kotak cincin itu tatkala Zel asyik menilik akan bentuk batu kristal di tangannya itu. Ada sekeping nota kecil di sematkan di dalam kotak kecil itu. Aku menarik lalu membukanya.

     'Ida, please take care of it. Terimalah pemberian yang ikhlas ini. Tolong jangan dibuang lagi..please... L'

     Aku membaca ayat-ayat yang tertulis serta diikuti ikon sedih itu. Zel yang menyedari akan perlakuanku turut membacakan ayat yang tertulis di situ.

     "Ida, sah! Abang Faidi ni memang suka kat kau. Mungkin, dia acuh tak acuh dengan kau dulu sebab dia kecewa sebab pemberiannya kau ignore macamtu saja. Sumpah, ini sweet sangat! Kau betul-betul heroin drama pukul 7 tu Ida. Bestnya, tunang aku tak pernah buat surprise macam ni," ujar Zel lagi.

     Kami kemudiannya berlalu ke dewan dan meneruskan tugas seharian seperti biasa. Namun, aku bagai hilang fokus seketika. Banyak pertanyaan pelajar yang diajukan kepadaku tidak dapat aku jawab dengan baik dek memikirkan hal ini. Apakah memang aku yang sering salah anggap kepada lelaki itu selama ini?

     Sungguh aku tak sangka. Rupa-rupanya sampul surat dan kotak cincin yang mengandungi batu kristal itu sengaja diletakkan di situ untuk diberikan kepada aku. Ucapan selamat hari lahir itu juga turut ditujukan kepada aku.Apa benar apa yang diperkatakan oleh Zel sebentar tadi? Encik Kacak menyimpan perasaan kepada aku? Tapi, macam tak logik pula. Kenapa mesti kepada aku. sedangkan banyak wanita lain yang lebih cantik dariku. Minah Ketak bagaimana? Bukankah mereka berdua sudah bertunang hari Selasa lepas? Adakah Encik Kacak cuba mempermainkan perasaan aku sebenarnya. Jahatnya dia kalau berkelakuan begitu semata-mata untuk mempermainkan perasaanku. Tapi, untuk apa dia menggula-gulakan aku kalau dia sendiri sudah mempunyai hubungan serius dengan Minah Ketak? Aku mula berfikir. Wajah Encik Kacak malam tadi terbayang di ruang mataku. Dia datang dengan senyuman yang manis menegurku. Wajahnya cukup ceria ku lihat waktu itu. Seperti seorang yang terlalu beria-ria kerana menemui sesuatu yang menggembirakannya. Adakah aku yang menggembirakan dia? Aku tergelak lucu. Tidak mungkinlah. Kalau wajahku seperti Neelofa mungkin betul dia akan bersikap sebegitu. Jelas kulihat semalam, ada garis kekecewaan pada wajahnya ketika aku menolak ajakannya. Senyuman di bibirnya kelihatan sangat dipaksa untuk terukir bagi menutupi perasaan hampa yang tergambar. Aku mula rasa bersalah. Adakah aku patut mengucapkan terima kasih atau meminta maaf padanya ya? Sudahlah, aku tak perlu memikirkannya. Kalau aku menghantar pesanan padanya, itu seolah-olah mengundang terciptanya satu hubungan baru antara aku dengan dia. Entah-entah kalau benar apa yang dikatakan oleh Zel bagaimana? Sedangkan dia kini sudah menjadi tunang Minah Ketak. Aku seolah-olah menjadi orang ketiga yang mengganggu hubungan orang lain. Astaghfirullah! Tapi, untuk apa Encik Kacak memperlakukan aku begitu. Kenapa caranya itu bagai seseorang yang cuba untuk memikat hati seorang perempuan. Kenapa dia sanggup curang kepada kekasihnya? Kalau hari ini, dia boleh berlaku curang kepada kekasihnya yang memang sudah cantik dan bergaya itu, sangat tidak mustahil dia akan memperlakukan perkara yang sama kepadaku. Tidak mahulah! Cukuplah kekacakan wajah nya itu hanya untuk dikagumi bukan untuk didekati. Lelaki yang baik tidak akan curang pada kekasihnya. Ingat tu!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz