Home Novel Cinta Kesayangan ENCIK MALIQUE
Kesayangan ENCIK MALIQUE
AHC
11/6/2023 02:20:37
6,539
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5
TEASER


"Yang lain, ada apa-apa masalah?" Soal Malique sambil matanya di hala tepat pada Ayumi yang sejak dari tadi memandangnya dengan muka tak puas hati.

"Kenapa lama sangat?" Tanpa peduli Ayumi mengajukan soalan. Pertama kali dia bersuara kerana geram dengan perangai Malique yang mahu menyekat bonus mereka jika mereka tidak sertai aktiviti itu.

Malique angkat kening dengan senyuman kagum. Kagum kerana Ayumi sudah berani mempertikaikan keputusannya.

"First time..." gumamnya perlahan. Ayumi kerut kening. Kata-kata itu dapat didengarinya walaupun lelaki itu mengungkap dengan nada perlahan.

"Kenapa? You pun pregnant juga? Nak special room?" Sindir Malique.

Ayumi tersentak. Sakit hati dengan jawapan yang keluar dari mulut Malique.

"Saya tanya je. Salah ke?" Soal Ayumi kembali. Gayanya seakan membentak. Tetapi, masih terkawal.

Bella yang berada di sebelah Ayumi tercengang dengan sahabatnya. Begitu juga para pekerja yang lain. Mereka terkejut dengan sikap Ayumi yang berani menjawab kata-kata Malique. Tidak pernah Ayumi membidas kata-kata lelaki itu. Tetapi, sungguh hari ini sikap Ayumi berlainan sejak pagi tadi. Seakan ada perkara yang dia tidak puas hati dengan Malique.

"Babe, slow down. Boss tu..." bisik Bella cuba menyedarkan Ayumi dari amarahnya.

"Yang lain boleh keluar. I perlu bincang dengan Ayumi berdua. Sebab nampaknya ada benda yang Ayumi tak puas hati dengan I," Malique tidak terus menjawab pertanyaan Ayumi, sebaliknya dia mahu bercakap berdua dengan gadis itu.

Semua terpinga-pinga dengan permintaan Malique. Namun, masing-masing akur dan beredar dari bilik mesyuarat itu.

Ayumi berdebar saat yang lain sudah pun bangun meninggalkan ruangan itu. Air liur ditelan terasa berpasir. Tangan Bella diraih apabila sahabatnya itu turut bangun.

"Bell, teman aku," pinta Ayumi. Nadanya ditekan dalam.

Bella serba salah tatkala melihat riak muka serius Malique seakan memberi amaran agar dia beredar dari situ dan meninggalkan Ayumi sendirian bersamanya.

"Aku..." Bella cuba bersuara. Namun, Malique mencelah, "You pun ada yang tak puas hati dengan cadangan I ke, Bell?" Soal Malique dengan tenang. Namun, matanya menikam tajam tepat pada mata Bella.

Bella menggeleng pantas sambil menala matanya pada Malique. Dia faham akan maksud renungan lelaki itu terhadapnya.

Baik aku keluar. Sorry, Yumi. Aku tak dapat tolong kau. Siapa suruh kau berani sangat. Gerutu Bella di dalam hati. Perlahan dia menarik tangannya dari pegangan Ayumi.

"Bell..." Ayumi tayang muka simpati pada Bella berharap agar gadis itu menemaninya. Namun, saat melihat raut Bella yang seakan begitu takut dengan Malique, Ayumi terpaksa akur dan melepaskan sahabatnya itu pergi.

Malique merenung tajam pada Ayumi. Gadis itu kelihatan begitu resah. Dia merasa terhibur dengan reaksi Ayumi.



Untuk pembelian ebook, boleh wassap di nombor 011-7482 2985(admin cahaya)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AHC