Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
15,746
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Api dapur ditutup. Pinggan diambil dan dia mula memindahkan sambal nasi lemak itu ke dalam mangkuk. Dia kemudiannya beralih ke arah periuk nasi. Suis ditutup dan dia mula menyedokkan nasi lemak tersebut ke dalam dua buah pinggan.


Mangkuk dan pinggan-pinggan tersebut diletakkan di atas meja. Sebuah mangkuk plastik pula diambil dan diisikan pula nasi lemak bersama lauknya di dalam mangkuk tersebut.


Yang dalam mangkuk ni... untuk dibawa ke hospital nanti.


Duduknya dilabuhkan di atas kerusi meja makan itu. Tangannya menyedok sambal nasi lemak dan diisi ke dalam pinggannya. 


"Assalamualaikum." Tiba-tiba, ada suara yang menegurnya. Kepalanya terus diangkat dan matanya terus tertancap ke arah figura tersebut.


Salam itu dijawabnya sendiri. Susuk itu tidak diendahkan.


"Abang pergi kerja dulu, ye?" Pamitan itu kembali mencuri perhatiannya. Dia terus mencerlung tajam lelaki tersebut sambil matanya menjeling ke arah nasi lemak yang sudah terhidang di atas meja.


"Oh. Ingat tak bagi abang makan." Ayat tersebut laju keluar dari mulutnya bersama senyuman manis. Sengaja dia mahu mengusik Khaira pada waktu pagi-pagi begini.


Kerusi berhadapan Khaira ditarik dan dia duduk di situ. Sambal nasi lemak diambil dan diisi ke dalam pinggannya yang sudah tersedia dengan nasi lemak.


Khaira hanya memerhatikan suaminya itu. Ingin melihat reaksinya memandangkan ini kali pertama Am memakan air tangannya.


Takut-takut Khaira bila melihat nasi itu mula disuapkan. Tapi, riak puas yang ditunjukkan Am berjaya mengusir perasaan tersebut.


"Sedap betul isteri abang masak." Usai satu suapan, suapan seterusnya dilakukan. Tampak sungguh berselera.


"Terima kasih, solehah."


Wajah Khaira dikerutkan. Markonah mana pula solehah ni? Dah kenapa Am tiba-tiba panggil dia solehah?


Namun, dia malas mahu endahkan hal tersebut.


"Saya buat sarapan, saya sediakan makan minum awak... Sebab saya ni tak ada la bodoh sangat. Saya masih sedar yang saya dah jadi isteri orang. Saya tak ada la bodoh untuk tak tahu tanggungjawab isteri tu apa..." Khaira terus saja menjelaskan tujuannya membuat sarapan untuk Am. Tidak mahu lelaki tersebut salah sangka dengan menganggapnya telah menerima lelaki itu.


Amsyar mengangguk perlahan. Paling tidak, Khaira  masih tahu menjaga hatinya.


"Dan saya ber-saya-awak dengan awak ni... sebab saya tak nak tanggung dosa berkasar dengan suami." Sekali lagi, dia menerangkan mengapa panggilannya ditukar.  


Am anya diam dan mengangguk. Nas lemak yang dibuat Khaira sudah hampir habis.


Khaira pula sudah terbuntang matanya.Terkejut melihat Am makan sepantas itu.


"Sedap sangat Solehah masak. Sekejap je habis."


Dia mula bangun ari dudukny. PInggan yang dipegang dibawa ke sinki sebelum membasuhnya cermat. Mulut juga disapu dengan air dan dilap pada tuala yang sudah tersedia.


Wajah Khaira yang masih menunduk sambil menyuapkan nasi lemak yang masih bersisa dipandangnya. Isterinya itu juga telah cantik bersama baju kurung yang tersarung.


Memang mereka baru berkahwin semalam. Tapi atas permintaan Khaira untuk tidak mengambil cuti... Amsyar pun tidak nampak tujuannya jika dia ambil cuti hari ini.


Dia datang mendekat ke arah Khaira. Bahunya disentuh dari arah belakang.


Wajahnya ditolehkan. Mata mereka sali bertaut.


"Nak apa?" Soal Khaira dengan kasar bersama dengusan yang keluar dari mulutnya.


Namun, soalannya itu dibalas dengan sebuah ciuman yang higgap di atas batang hidungnya.


"Abang pergi kerja dulu ya, Solehah?"


Dengusan kasar sekali lagi dikeluarka oleh Khaira. Pandangannya terus jatuh ke arah Amsya. Keningnya tiba-tiba bertaut.  "Kerja apa sampai kena pakai baju hospital?"


Dia akui, dia baru ada ras ingin bertanya perihal lelaki itu. Selama ini, di memang tak nk ambil tahu.


Sajalah dia tanya krrja lelaki itu... Kot-kotlah krja haram... bolhlah dia bagitahu ayanya. Konfem boelh cerai terus nanti!


Dia hanya memerhatikan raut lelaki di hadapannya itu yng mengangkat ebelah keningnya slum ma bersuara, "Dear my acuntant wife, I am a handsome dentist!" Ujarnya bersama senyuman yang menonjolkan susunan gigi putihnya.


Khaira terus saja menjulingkan matanya ke atas. Menyampah pula rasa!


"Solehah tak nak pergi kerja dengan abang?" 


Pantas saja kepalanya digelengkan.


Amsyar hanya mengangguk. Tangan isterinya diraih dan dikucup lembut. Khaira hanya diam membiarkan tindakan si suami.


Amsyar yang mula melangkah keluar dipandang dengan ekor mata. Khair kemudiannya kembali beralih ke arah nasi lemak yang tidak habis-habis sedari tadi. Kepalanya dipaung dengan tangan kiri.


Keluhan dilepaskan. Dia naik rimas dengan diri sendiri. Mengaapa dia perlu memikirkan hal ii?


Kenapadi perlu pikir...


Siapa 'Solehah' yag sedari tadi menitir keluar dari bicar Amsyar?


Siapa dia? Dan kenapa dia perlu fiir siap 'dia'?


Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi deringan telefon miliknya. Terus saja lamunannya ttadi terhenti.


Dia bangun dari duduk. Sinki dituju terlebih dahulu untuk membasuh tangannya sebelum tefon vivo nya diambil. 


Nombor yang tidak diketahui yang terpapar pada skrin menimbulkan kerutan di wajahnya. Namun, d tetap menekan butang hijau yang terdapat pada skrin tersebut.


"Asala-" Belum sempat dia inngin menghabiskan salamnya, suara di corong telfon tersebut laju saja memotong.


"Ini An-Nur Khaira Makayla? Anak kepada Muhammad Abdul Rahim?"


"Ya, saya."Balas Khair bersama anggukan yang laju meski dia tahu orng yang menelefonnya tidak nampak pun anggukan yang dibrikan itu.


Dia menganggarkan orang yang menelefonnya merupakan jururawat yag bertugas di hospital yang menempatkan si ayah.


"Bolehdatang ke hospital sekarang?" Ayt tersebut seolah-olh bukanlah sebuah soalan, tetapi lebih kepada sebuah arahan.


Khaira hanya diam. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. "Bleh saya tahu kenapa?"


Tiada sesiapa yang bersuara. Khaira cuba menahan dirinya untuk terus bersabar menanti jawapan. 


'Sekali lagi saya tanya. Boleh saya tahu kenapa?' Suaranya bertukar keras.


matanya dipemjam cub untuk mengusir segala sangkaan buruk yang menerjah.


"Maaf cik, tapi..."


Jeda.


"Bapa cik telah meninggal dunia. sepuluh minit yang lepas." 


Genggamannya pada telefon kian melonggar sebelum telefon tersebut akhirnya jatuh mencium lantai.


Dan terus saja, air matanya meluncur laju membasahi pipi.


•••


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha