Home Novel Cinta SUAMI TANPA JIWA
SUAMI TANPA JIWA
La-lila
16/5/2020 16:48:51
1,108
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4


DIKAWAL ketat di kiri dan kanannya oleh dua orang pembantu rumah yang ditugaskan oleh Datuk Marzuki untuk mengawasinya, Chempaka melangkah dengan kaki bergementaran ke ruang tamu yang dijadikan tempat untuk acara akad nikahnya dengan...

Ibra.

Air liur yang ditelannya terasa kesat dengan hanya menyebut nama itu di dalam hati.

Lelaki itu membuatnya tak tenang. Setiap kali dia cuba membayangkan wajah Ibra setiap kali itulah ketakutan menyergapnya.

Wajah bengis itu menakutkan. Tuduhannya yang kejam pada hari itu masih terasa menusuk sampai sekarang.

Sakit di kakinya terasa begitu menyucuk  bila terlalu dipaksakan untuk melangkah dengan benar. Malah sekujur tubuhnya terasa terlalu menyengat.

Chempaka ingin menangis namun tidak dapat dia zahirkan. Dia terpaksa berlakon. Datuk Marzuki sudah memberi amaran awal-awal menyuruhnya menjaga tingkah lakunya dan jangan sesekali menciptakan curiga kepada tetamunya.

Lebam-lebam di tubuhnya masih tak hilang. Hanya wajahnya bebas dari pukulan brutal Datuk Marzukinya hari itu kerana Datuk Marzuki tak mahu wajahnya yang cedera akan menceritakan kisah sebenar realiti rumah yang disangka syurga oleh semua orang.

Dunia yang penuh sandiwara dan kepura-puraan. Malah skrip lakonannya sudah dihafal kalau ditanya oleh orang luar.

Datuk Marzuki dengan murah hatinya mengadakan majlis kecil untuk menghargai neneknya yang sudah lama berkhidmat di rumah Datuk Marzuki. Lagi pula kerana dia anak yatim piatu yang membesar di rumah Datuk Marzuki jadi dia sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

Jalan cerita yang begitu indah. Ingin sekali dia menjadi seorang Chempaka Ilani cucu kepada orang gaji yang lahir dengan cara yang sah bukannya Chempaka Ilani seorang anak luar nikah yang kotor dan jijik menurut kata Datuk Marzuki.

Ibu bapa kandungnya telah melakukan dosa dan dia terpaksa menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh manusia untuk anak-anak yang lahir sepertinya. Dosa yang terpaksa dia usung sampai ke akhir hayatnya.

Setelah perjalanan yang dirasakannya cukup panjang Chempaka akhirnya sampai di tempat yang sepatutnya menjadi permulaan bahagia untuk para pengantin tetapi baginya ini tempat dia bakal dijatuhkan hukuman gantung.

Chempaka menunduk, tak sanggup memandang orang-orang yang berada di situ. Dia tak biasa dengan kehadiran orang yang tidak dikenalinya. Alasan terbesarnya ialah dia takut untuk melihat Ibra.

Sewaktu mahu duduk di bantal yang nampak empuk itu Chempaka tak dapat menahan sakit di kakinya dan hampir terjatuh.

Cepat-cepat dua orang pembantu rumah itu memegang lengan kurus Chempaka dengan kuat walaupun mereka berdua tahu bahawa lengan Chempaka sakit kerana mereka yang terpaksa membantu Chempaka memakai pakaian pengantinnya kerana Chempaka tidak dapat  mengangkat kedua lengannya disebabkan oleh kecederaan yang ditanggung perempuan itu.

Lantaklah kalau Chempaka sakit sekalipun yang penting Chempaka tidak jatuh dan menimbulkan kekacauan yang boleh menyebabkan tuan mereka murka kepada mereka.

Zzap! Rasa sakit yang begitu tajam terasa begitu menusuk di kedua tangannya dan sekelip mata menjalar ke seluruh tubuhnya.

Pegangan kemas oleh dua wanita itu di kedua tangannya yang cedera menyebabkan Chempaka merintih sakit tanpa sempat dikawal. Namun hanya perlahan kerana dia cepat-cepat menggigit bibirnya sekuat hati.

Telinganya berdengung kuat. Sakitnya sampai kepala. Chempaka hanya mampu menyebut kalimah Allah... Allah... Allah... berulang kali di dalam hati cuba memujuk jiwanya untuk tetap kuat untuk tidak mengalirkan air mata di saat kesakitan yang maha hebat ini sedang mendera dirinya.

"Duduk... duduk pengantin. Majlis dah nak mula ni." Suara Datuk Marzuki kedengaran. Tubuh Chempaka tersentak hebat. Mungkin orang lain boleh tertipu dengan kata-kata Datuk Marzuki yang kedengaran begitu lembut dan bersifat kebapaan itu. Tetapi tidak untuk Chempaka.
Dia tahu itu adalah amaran dari Datuk Marzuki supaya dia tidak mengacaukan rancangan lelaki yang dipandang mulia oleh semua orang itu.

Chempaka kecut perut. Datuk Marzuki pasti marah besar. Malam ini pasti dia akan dipukul lagi. Atau Ibra yang akan menggantikan Datuk Marzuki untuk memukulnya kerana membuat tetamu penting mereka curiga.

Semasa dibantu duduk oleh dua orang di sisinya itu Chempaka tidak sengaja melihat Ibra yang duduk membelakanginya berpaling.

Cukup memandangnya dengan ekor mata yang terlihat marah, Chempaka merasakan perutnya bagai ditumbuk kuat. Dia terasa mahu muntah dek ketakutan yang teramat sangat.

Datuk Marzukinya yang sedari tadi berlakon menunjukkan wajah bahagia berkerut marah sesaat sebelum dapat mengembalikan wajah kepura-puraannya. “Haish... kedua pengantin kita ni berdebar sangat nampaknya,” ucap Datuk Marzuki kepada tetamu pentingnya sambil ketawa kecil.

Cis! Tak cukup dengan perempuan hina itu cuba membocorkan rahsianya dengan berpura-pura sakit  di depan semua tetamu sekarang Ibra pun sama. Nasib baik tak ada yang perasan kalau tak memang perempuan tu dia akan ajar cukup-cukup!

“Betul tu. Tengoklah bakal pengantin lelaki kita ni nampak tegang sedari tadi.”

Usikan Datuk Lokman dianggap seperti angin lalu oleh Ibra yang masih mengekalkan wajah masamnya.

Ikutkan rasa marah ringan saja kaki Datuk Marzuki nak menendang muka yang langsung tak memberi kerjasama kepadanya itu.

Berani-beraninya lelaki tak guna ni bertindak sesuka hatinya sedangkan dia sudah memberitahu Ibra tentang pentingnya Ibra berlakon kerana dia menjemput tetamu pentingnya.

Ibra seperti sengaja mencabarnya. Kurang ajar!!!

Sepanjang proses akad nikah berjalan, Chempaka hanya tunduk. Ketika mendengar namanya diseru oleh suara yang kedengaran begitu kasar itu, mungkin kerana pemilik suaranya tak rela untuk mengangkat dirinya sebagai isteri, Chempaka hampir ingin bersujud memohon supaya akad nikahnya dibatalkan.Dia terlalu takut untuk membayangkan nasibnya bersama lelaki itu kelak.

Dan apabila perkataan sah dilaungkan tangannya menggenggam sisi baju kurungnya dan merintih kepada Allah S.W.T.

Tolong hamba-Mu ini Ya Allah. Tolong lembutkan hati dia.

Chempaka tak meminta banyak, hanya cukup dia dilepaskan dan dia berjanji akan membawa dirinya sejauh mungkin dari orang-orang yang mengenalinya.

Dia ingin memulakan hidup baru. Walaupun sesusah mana pun kehidupan di luar sana dia percaya dia mampu untuk hidup.

Dia ingin hidup seperti manusia normal yang lain. Bukannya seperti binatang yang dikurung dan diperlakukan sesuka hati.

Tuhan menciptakan dia sebagai manusia. Walau seburuk apa darah yang mengalir di dalam badannya atau seteruk apa pun status yang dibawanya, dia ingin mencuba rasa untuk menjadi manusia dalam erti kata yang sebenarnya.

Tolong Ya Allah... Tolong… tolong biarkan lelaki yang baru menjadi suaminya ini berlembut hati untuk melepaskannya.

Hamba Mu ini memohon Ya Allah... Rintih Chempaka tanpa suara juga tanpa tangis kerana ianya harus disembunyikan kerana haknya untuk menunjukkan semua itu tidak dipegang olehnya.

Tidak pernah!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila