Home Jenaka Lucu Terkena Lagi!
Terkena Lagi!
Faarihin Talip
2/7/2015 16:45:31
5,406
Kategori: Jenaka
Genre: Lucu

“Kak Ecah.. Nak berbuka tak?”

“Eh, tak naklah. Lagi berapa jam aje nak masuk waktu Maghrib.”

Balas si kakak yang berumur 10 tahun itu.

“Ala.. Macam tak biasa pula. Jom lah,” bersungguh-sungguh si adik lelaki itu mengajak.

Udin ini bukannya boleh percaya sangat. Nanti aku berbuka, dia juga yang puasa. Tak aci! Getus hati kecil Ecah. Tahun lepas pernah dah terkena. Bersungguh-sungguh dia hendak berpuasa penuh. Tetapi, bila termakan hasutan adiknya yang berumur 9 tahun itu, dia jadi kalah. Habis tak dapat duit raya penuh dari Abah. Tahun ini dia mesti kuatkan semangat. Tak nak ponteng puasa lagi!

“Ibu masak ayam percik. Huiiiishhh.. Sedapnya,” sengaja Udin menayang ayam percik yang baru dipanggang Ibu.

“Kau ni Udin.. Tak baik tau buat macam tu. Boleh batal puasa orang!” Jerkah Ecah. Tanda marah. Tetapi dalam hati. Memang kecur air liur dia melihat ayam percik itu. Masakan ibu memang sedap. Kata sahajalah nak makan apa. Ibu pasti berusaha sehabis baik mungkin untuk menunaikan hasrat anak-anaknya.

“Kau berbuka dulu. Baru Kak Ecah ikut,” nampaknya jerat Udin mengena.

Dengan selamba, Udin menggayakan memakan ayam percik itu tetapi ada satu muslihat yang Ecah tidak nampak. Sangkaan Ecah, Udin betul-betul dah membatalkan puasanya. Lantas, Ecah pun mengambil seketul ayam dan terus disumbatkan ke dalam mulutnya.

“Ha! Ha! Ha! Yes! Kak Ecah tak puasa!!.. Ibu.. Kak Ecah tak puasa!” Berdekah Udin ketawa mengenakan Ecah.

“Udin jahat!!!” Geram Ecah dibuatnya. Terkena dia lagi.

Melepas lagilah nak dapat duit raya penuh dari Abah tahun ini.

-Tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.