Home Cerpen Seram/Misteri GENG MOTOR BESAR KE?
GENG MOTOR BESAR KE?
Atiya Nashwa Nayla
24/7/2018 14:27:19
3,745
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

05 Februari 2013 adalah satutarikh yang tak akan kulupakan. Mungkin kisah kali ini tidak berapa seram padayang berani. Namun pada yang kurang berani agak menyeramkan. Kejadian berlakudi salah satu hotel murah di Pantai Timur. 

 

         Semuanya bermula  apabila aku menghadiri satukursus anjuran tempat kerja aku yang diadakan di Pantai Timur. Pada mulanyaagak risau juga aku nak pergi sendiri. Tetapi memandangkan sudah arahan makaaku pergi juga. Berbekalkan sedikit keberanian dalam jiwa yang kononnya pergibekerja sambil melancong dalam negara, berkobar-kobar juga semangat aku naktengok tempat orang. Maklumlah, tak pernah lagi aku menginjak kaki ke tempatorang sejauh ini, seorang diri pula tu.

 

            Pada hari tersebut, perjalanan daritempat aku ke KLIA mengambil masa kira-kira 2 jam penerbangan. Aku masih ingatlagi waktu itu aku ambil penerbangan pukul 9.15 pagi dan tiba di KLIA pukul11.20 pagi. Memandangkan penerbangan aku ke Pantai Timur pukul 18.35 petang dandijangka tiba di sana pukul 19.30 malam maka aku ambil keputusan untukberjalan-jalan terlebih dahulu disekitar KLIA. Almaklumlah masa masih ada danmasih lama lagi jadi, aku tak lepaskan peluang yang ada sementara menunggupenerbangan yang seterusnya.

 

            Apabila masanya telah tiba, syukur Alhamdulillahpenerbangan aku ke Pantai Timur berjalan dengan lancar walau pun cuaca ketikaitu hujan. Syukur mendarat dengan selamat. Akhirnya aku menjejakkan kaki dinegeri ini. Seronok sangat rasanya. Tiba di sini aku memang dah awal tempahbilik itu pun hasil dari Encik Google. Berjaya juga aku mencari tempatpenginapan yang berdekatan dengan hotel tempat aku berkursus. Bila tiba dihotel penginapan yang aku tempah hasil dari Encik Google aku terus check in.Hotel murah je dan masa tu ramai yang menginap. Sebab masa aku pergi tu sedangberlangsung perlumbaan berbasikal Le Tour De Langkawi dan negeri ini adalahsalah satu laluan perlumbaan ini. Jadi memang semua hotel penuh dan akubernasib baik sebab hasil pencarian aku dari Encik Google ada 1 bilik kosong.

 

            Berada di bumi tuhan di negeri inimembuatkan aku rasa menjadi orang asing sekali. Hanya doa saja kupanjatkan mogaAllah sentiasa melindungi aku. Dapat saja kunci bilik aku terus masuk ke bilikdan kemas apa yang patut. Memandangkan aku tiba di hotel dah pukul 9.30 malammaka aku tidak bercadang nak keluar cari makan sebab aku pun sudah keletihanmenempuh perjalanan yang berjam-jam dalam penerbangan. Maka aku mengambilkeputusan untuk berehat saja dalam bilik sambil menjamu selera dengan Mee MaggiCup yang aku bawa sedia dalam luggage aku. Cukuplah dengan bekalan makanan yangada untuk mengalas perut sementara menunggu hari siang keesokkannya. Selesaimenjamu selera ala kadar aku membersihkan diri dan seterusnya nak tidur awal.Oleh kerana aku diserang migrain pada malam itu, maka aku memutuskan untuktidur dengan memadamkan api dan juga televisyen. Aku tak nak tidur dengancahaya lampu. Hanya lampu bilik mandi yang aku buka tapi pintu bilik mandi akututup kerana tak nak silau. Sememangnya aku memang bukan jenis yang tidur sukabuka lampu. Kalau lampu terbuka tak dapat tidurlah aku jawapnya.

 

            Niat di hati nak tidur nyenyakhingga ke pagi tanpa gangguan memandangkan malam tu semua dalam keadaanterkawal kononnya. Tapi bila dah tidur, antara sedar dan tidak aku terdengarbunyi derap kaki orang berjalan di luar bilik hotelku dan kemudian dalamkegelapan aku buka mata yang seakan-akan silau aku tengok sosok tubuh seoranglelaki masuk ke bilikku. Sosok yang lengkap berbaju jaket kulit memegang topikeledar di tangan sebelah kanannya. Aku cuba membuka mata dan meronta-rontacuba bangun dari tempat tidurku. Aku terkejut. Kenapa boleh orang lain masuk kedalam bilik aku sesuka hati sedangkan bilik aku dah kunci dari dalam. Mustahilsungguh dia boleh masuk. Tak masuk akal sungguh!

 

            Aku tak nampak jelas wajah lelakiitu. Apa yang aku tahu, dia berbadan tegap, tinggi, berpakaian lengkap denganjaket kulit bersepatu ala-ala “Rider” gitu. Aku cuba untuk bangun dari tidurkudan aku merasakan yang lelaki itu melabuhkan badannya di sebelah aku. Akuapalagi, tambah terkejut dan takutlah.

 

            “Eh! Mamat ni dah kenapa? Masukbilik orang suka hati lepas tu baring atas katil orang suka hati? Entah-entahdia ni nak rogol aku kot. Kalau tak pun dia nak bunuh aku. Ya Allah,selamatkanlah aku, tolong aku Ya Allah. Allahu akbar!”

 

            Akhirnya aku berjaya terjaga danterus bangkit dari katil. Aku terus menghidupkan lampu sisi katil dengan tanganyang terketar-ketar takut dan risau. Mata aku memandang ke sebelah tempat akuberbaring tadi. Tak ada orang! Eh! Aku tadi mimpi atau apa ya? Aku masih terasalagi haba panas badan lelaki itu berbaring di sebelahku. Masih aku terasa lagitilam di sebelah aku panas seakan ada orang berbaring. Dadaku berombak kencang.Takut, risau semua perasaan bercampur baur. Hairan juga aku. Memanglah lelakiitu tak buat apa-apa pun pada aku. Kerana apa yang aku ingat dia masuk bilikpegang topi keledar lepas tu terasa di berbaring di sebelah. Itu saja.

 

Berbekalkansedikit keberanian aku bangkit ke suis utama tepi pintu masuk bilik akuhidupkan lampu. Kemudian aku tengok pintu masih lagi terkunci dari dalam. Akutak puas hati, aku buka pintu kemudian aku jenguk keluar pintu bilit. Tak ada orangpun. Jam dah menunjukkan pukul 2.15 pagi. Suasana sunyi. Orang sedang tidurkot. Ya Allah, siapalah orang tu tadi ya? Hantu? Bila keadaan aku dah kembalistabil aku dah boleh berfikir waras dan dah kembali tenang, baru aku terfikirsesuatu. Mungkin ‘Dia’ datang sebab bilik aku gelap. Memang gelap sebab akututup semua lampu termasuk televisyen. Jadi, aku ambil keputusan menghidupkantelevisyen, ku biarkan terpasang tapi suaranya aku kecilkan dan pintu tandasaku buka supaya cahaya lampu dari bilik mandi masuk ke ruang tempat tidur aku.Lampu utama bilik dan lampu sisi tetap aku padamkan sebab aku memang tak bolehtidur dengan lampu terpasang. Gigih juga aku nak lelapkan mata semua sebabsilau kena cahaya dari televisyen yang terpasang. Namun aku paksakan juga sebabpagi esok aku kena bangun awal dan berpindah ke hotel tempat aku berkursus diseberang jalan hotel tempat aku menginap ini.

 

Bangunpagi itu kepala agak sakit sebab gangguan yang aku alami malam tadi. Setelahkemas barang-barang aku ‘check out’ sekitar pukul 10 pagi. Masa check out itulama juga aku menunggu giliran aku sebab ramai mat motor yang ‘check out’. Akudengar dari perbualan mereka sebenarnya mereka peserta konvoi motorsikalberkuasa tinggi yang menyertai pasukan perlumbaan Le Tour De Langkawi ni.Mereka nak bergerak ke lokasi lain pula hari ini setelah dua malam merekamenginap di sini. Lebih kurang 30 orang kesemuanya. Padanlah bilik semua penuh.Masa aku tiba malam tadi di tempat letak kereta depan hotel ni memang penuhdengan motorsikal berkuasa tinggi. Rupa-rupanya mereka ini yang punya motor tu.

 

            Bergerak saja kumpulan ini aku punmenyerahkan kunci bilik aku. Aku memang akan menginap lagi di sini malamsebelum aku balik nanti dengan harapan agar tak ada lagi gangguan seperti yangaku alami malam tadi. Aku minta juga bilik yang sama aku tempati malam tadiuntuk memudahkan aku bergerak ke kaunter hotel ni dan aku nak bilik ni sebabbilik ni paling depan. Aku perempuan jadi rasa takut juga nak duduk di bilikyang jauh dari kaunter manalah tahu kalau ada apa-apa berlaku senang aku mintabantuan.

 

            Apabila aku sudah bergerak ke hoteltempat aku sepatutnya menghadiri kursus aku terus terfikir kisah malam tadi.Timbul satu pernyataan yang agak tidak logik di fikiran aku. Aku membuat kesimpulanbahawa malam tadi kemungkinan adalah roh orang yang dah meninggal mungkinakibat kemalangan yang kemungkinan pernah menginap di hotel itu. Roh itukembali mungkin juga kerana ramai geng yang bermotosikal berkuasa tinggimenginap di situ. Mungkin kawan dia siapa tahu? Itu yang dapat aku simpulkandari akal aku yang tak berapa nak logik ini dan aku juga percaya kejadian inimemang pernah terjadi. Kali ini aku yang mengalami kejadian sebegini dan akunak beritahu juga bahawa di dunia ini kita hidup bersama ‘MEREKA’. Ada yangboleh nampak, ada yang boleh merasa kehadiran mereka  dan ada orang yang tidak pernah merasai punkehadiran mereka. Bukan aku nak mengajak agar semua orang perlu percaya apayang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar. Tapi aku cuma berkongsi dengankalian apa yang aku rasai dan alami.

 

#TAMAT#

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.