2,473
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Asyraf Safarahan

Nama aku Asyraf. Aku anak jati ibu kota Safarahan. Aku memang budak bandar.Di kota pesat ini, tiada siapa yang terlepas dengan kepesatan ibu kota ini.Teknologi serba canggih. Tapi, bukan itu yang aku mahu kisahkan. Tidak apalah,teruskan baca alkisah ini.

 

5 pagi. Aku sudah bangkit menanti fajar menjelma. Di kota sejuk ini, aku sudah mangli pada salji mencengkam 

tubuh. Aku sudah bersedia untuk kepengajian.

 

7 pagi. Aku menunggu tren menuju pengajianku. Platform hanya lengang. Warga Safarahan kebanyakan mempunyai kereta sendiri. Pelajar macam aku sahaja yang menggunakan khidmat ini.

 

7.45 pagi. Aku sudah tiba di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Aku berlengang ke kafe inginku menjamah sekeping sandwic senangin dan segelas teh panas. Kehangatannya dirasai tanpa sembunyi lagi.

  




Aku dikenali seorang yang tampan dan menawan di pengajian. Aku bermata biru, berhidung agak mancung, berbibir mungil, berleher putih, bertubuh tegap,agak tinggi dan berambut ala Korea. Tapi aku tidak merasa istimewa kerana kebanyakan warga Safarahan memang kacak. Cuaca mempengaruhi barangkali. Orang bertanya, kau tiada teman wanita kah? Aku pegun, berfikir, kenapa soalan begini ditanya pada orang sepertiku? Adakah yang tidak tampan tidak ditanya soalan begini? Sedangkan jiranku Tamam si jejaka kerdil bahagia berkeluarga sampai isterinya sudah beranak lima. Sepupuku, Husin lelaki kacak sudah bercerai angkara cemburu buta isterinya. Apa ini? Perlukah pertanyaan ini? Aku bukanlah mahu berkepoh pada secebis soalan remeh ini, namun…..

 

Namun, masyarakat sudah menjana stereotaip ini. Sedih. Duhai wanita, apakah kau mendambakan lelaki yang sempurna pada wajahnya, suci dari bintil jerawat?Apakah itu yang selama ini kau perhatikan? Ada yang memandang pada kulitnya,dan bercukur dagunya. Adakah itu yang dinilai?

 



Aku jawab, “aku tiada teman wanita, cukuplah ibu, adinda dan kakak kerabat mengukir bahagia buatku,”. Biarlah bunyinya klise, ada aku kisah? Tapi, jangan salah anggap. Aku sangat terbuka pemikiran. Cuma bila ada pertanyaan begini, ia kerap diulang-ulang. Maka aku bersedia dengan satu jawapan. Jawapan yang dapat mencerna minda si penanya. Selagi tidak membohong maka itulah petunjuk nya,hahaha.

 

Suatu petang, saat menikmati kek batik dingin di beranda, aku merenung. Merenungi takdir dan hakikat orang yang tampan sepertiku. Aku diberi layanan yang terbaik oleh orang sekeliling. Aku pernah, buntu ketika membuat lesen memandu di kompleks jabatan, seorang pegawai wanita mendawai senyum memimpin aku sehingga selesai kad lesen dicetak. Dalam masa yang sama, sahabat yang menemaniku, Raihan yang tiada rupa terkapai-kapai walaupun menanya, duduk menunggu sedang urusanku cepat selesai. Di waktu lain, disekolah dulu aku ingin membeli sebungkus sandwic, dalam beratur bersuasana kalut di kantin, tiba-tiba ada seorang kakak pekerja baharu mengambil wangku dan aku putus dari barisan.Sedangkan yang dihadapanku sudah menunggu. Dan kerana ini aku pernah disisih.Kalau aku murung, takkan nak salahkan wajah aku yang kacak? Inikan kurniaan tuhan. Terima sahaja apa pemberiannya.

 

Mengapa begini? Aku tak mengharapkan layanan istimewa sebegini. Pada hari lahirku, walaupun aku lupa sahaja kerana ia tidak penting barangkali, aku menerima sekotak coklat, sebotol minyak harum bahkan aku pernah menerima seutas jam. Mana mereka tahu tanggal beranak ku? Mungkin diintai pada borang daftar kelab aku. Perempuan yang menghadiahi aku dengan benda-benda ini buat aku terikat.Aku bagai menggalas tanggungjawab baharu. Aku kena jaga hati mereka. Sedang mereka yang ter’gila-gila’kan aku? Terhegeh-hegeh aku bagai diheret untuk memahat indah buat mereka. Kalau kerap diayun, aku boleh dilema. Bukan tanggungjawab aku pun. Beberapa orang sahabatku yang kacak, Irfan, Faiz dan Farhan. Mereka sudah rebah. Ada diantara mereka sudah mengikat cinta palsu, bahkan putus cinta malah bertukar-tukar pasangan. Masha Allah. Inilah ujian besar. Dikurniakan wajah yang indah, bukan peluang untuk bermaksiat padaNya.

 

Adakah ini kebahagiaan? Apakah rupa indahku jadi ukuran? Kulit cerahku jadi taruhan? Apakah perempuan suka pada lelaki kerana rupa semata? Di lidah kata pilih hati, jiwa dan agama. Siapa yang tersalah tafsir? Atau menipu diri sendiri? Entahlah.

 


 

                “Asyraf, macam mana nak hensem macam kau hah?,” tanya Fazwan, sahabatku yang penuh tanda tanya. Orang sepertiku akan menjawab, “air sembahyang je,”, tapi aku rasa jawapan itu sekadar jawapan selamat. Orang yang kacak sedari kecil. Apa yang menjadikan diriku sungguh tampan tak ketahuan. Apa yang aku jawab pada pertanyaan Hazwan?Adakah panjang lebar? Atau air sembahyang tadi? Aku hanya senyum sebab aku tak tahu jawapan terbaik HAHAHA.

 

                “Hazwan, kita ni kena bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita. Kau pun hensem juga. Ingat, semua yang Allah beri pada kita ada hikmah disebaliknya. Kalau kau rasa rupa aku yang hensem ni suatu nikmat, kau salah. Yang pasti, wajah yang kau kata hensem dan menawan ni merupakan satu ujian besar dari Allah kepada aku.Perempuan terpesona dengan wajah aku, mereka melihat aku dengan nafsu. Sama macam kita lihat perempuan, bila pesona mesti nafsu ha samalah dengan perempuan melihat lelaki,”.

 

Hazwan mulai faham. “Wan, ini ujian besar. Orang macam aku ni ada yang rebah ke kancah maksiat. Mereka dah ber’couple’, menjalin cinta palsu. Fakelove gitu. Tak kurang juga, menayang aurat di sana sini. Mereka tayang sebab ada yang suka lihat. Maksiat mata ni Fazwan. Orang jatuh hati, sampai bagi-bagi benda yang tak patut pun. Kasih sayang lebih, apa ni? Aku sama rata je dengan kau, Wan. Akhir zaman macam ni, lagilah. Orang macam aku ni kalau berdakwah,orang jadi suka, orang jadi minat. Diorang tak ikhlas menerima intipati dakwah, tapi lebih kepada menyejuk hati melihat insan tampan bertazkirah.,” bebelku panjang padanya. Bukanlah bebel, tapi, aku sendiri tak selesa begini. Meluahkan pada sahabat akrab puaslah hati. Ini bukanlah melepaskan ayat, tapi ini dilemaku. Buat tak layan sahaja yang aku mampu. Lagi-lagi ada yang menaruh hati. Aku masih belum mahu fikir soal pasangan. Nak mengait cinta-cinta? Maaf aku tak berminat.

 


 

Pengajianku panjang. Pagi ini kuliah Falsafah Islam, kemudian berehat seketika, seterusnya petangku diisi dengan dua kuliah lagi; Asas Bahasa Eropah dan Dakwah Komunikasi. Ini musim tenang. Kurang orang menelaah pelajaran ketika ini. Semester pun baru tiga minggu bermula. Siswa masih perlahan gerak belajarnya. Disamping musim panas ini, ramai sahabatku suka lepak di tempat lapang. Taman Al-Bukhari di universiti ini sudah ceria dengan pepohon yang mulai mekar dalam cairan salji. Ramai siswa dan siswi belajar dan melepak disana. Daripada merasa alat pemanas di dalam dewan kuliah, baik keluar menghirup udara segar. Baju lengan panjang biasa pun selesa sahaja dipakai. Aku bersama sahabatku Fazwan duduk di sebuah bangku batu di Taman Al-Bukhari itu. Kami berdua baru sahaja menikmati bihun sup di kafeteria.

 

“Asyraf, tadi aku nak uji je kau, tapi kau seorang yang memenuhi jawapan yang aku minta.,” kata Fazwan. Aku kehairanan. Apakah jawapan yang memenuhi itu? Maksud aku, jawapan yang mana yang menjadikan dia puas hati?Atau dia terkesan dengan kata panjangku tadi?

 

                “begini, kalau kau nak tahu, aku selalu bertanya mengenai ini bukan pada kau sahaja, ramai sudah aku tanya. Tapi kau berikan jawapan yang aku mahu. Kau tahu tak? Manusia yang diuji dengan nikmat lagi berat daripada diuji dengan dugaan. Nampak? Sahabat aku yang dikurnia wajah kacak dan tampan, mereka jatuh dan ingin menikmati secara suka-suka namun terjerumus jua. Kenapa bercinta? Katanya ingin meraih cinta,suka-suka lepastu tinggallah. Allahu. Aku sedih. Kenapa tayang aurat? Perlukah berpakaian mencolok mata? Prinsip hanya perempuan sahaja yang seksi anggapku.Aku penat bersangka baik. Aku sentiasa tegur mereka, jangan kerana ini kau jatuh dalam chah maksiat. Mereka dengar, senyum namun hanya mengiakan saja. Apa hendaknya, perempuan disekelilingnya juga rapat padanya.,” keluh Fazwan panjang. Aku kini lebih faham, dunia hanyalah tempat ujian. Kerana golongan amrad sepertiku, telah cambah nafsu-nafsu manusia. Airmata batin ku bercucuran.



 


5 petang. Aku sudah habis kuliah hari ini. Pensyarahku Puan Zahirah Tahir menamatkan kelas awal kerana ingin bergegas ke mesyuarat tergempar. Aku pun melangkah perlahan keluar daripada dewan kuliah.

 

Di pintu dewan itu, berdiri dua orang perempuan. Ah sudah, laluan keluarku sudah ada rintangan. Sah-sah kena tegur ni. Mereka berdua tu tak lain tak bukan Fanin dan Lara. Mereka berdua memang suka aku. Fazwan sudah serabut dengan pertanyaan itu ini dari mereka berdua. Sampaikan Fazwan keraskan suruh mereka berdua berhubung dengan aku terus. Maka, inilah hasilnya.

 

Buku dakwah yang aku kelek kini ku junjung. Lalu dengan cermat.

 

“hai, Asyraf!,” sapa Fanin. Lara mengait senyum. Maka aku balaslah dengan senyuman normal. Normal bagi aku namun berharga buat mereka. Lagi pula mereka tak kurang cantiknya. Fanin memang keturunan Kaukasian. Lara pula berdarah Cina. Sudahnya mereka semestinya cantik. Tapi aku tak berminat pun. Bukan kerana tak cukup cantik atau apa, cuma yelah.

 


 

6 petang. Aku sampai di stesen kereta api untuk pulang ke rumah. Seusai mengimbas kad, aku pergi ke platform. Menanti ketibaan tren, aku membuka Instagram.

 

Instagram aku cecah 6 ribu pengikut. Entah kenapa sampai beribu. Aku bukan figura umum. Aku cuma orang biasa, duduk di apartmen, sekolah biasa, keluarga biasa, ibu aku doktor gigi dan ayah aku pula akauntan. Apalah yang menyebabkan pengikut seramai itu. Kalau aku kirim sekeping gambar, memang cecah 4 ribu like.Itu tidak apa lagi, kat dm lagilah. Entah perempuan mana chat aku punaku tak tahulah. Dia beritahu yang dia dah lama suka kat aku. Macam-macam lagilah. Dilema menimpa aku adalah ada mesej-mesej yang menyinggung seperti minta gambar bukan-bukan. Masha Allah. Bukan perempuan sahaja, lelaki pun ada.Trauma aku dibuatnya. Kalau dilayankan mereka ni, makin menjadi. Apa, aku ni alat maksiat korang?

 

Sebab itu kini, aku tinggalkan satu gambar sahaja di profil aku. Sekeping gambar aku berbaju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Aku main Instagram pun sebab aku suka tengok video lucu pendek dan ayat Twitter. Takde kerja bosan-bosan tengok.

 

Tren sudah tiba di platform. Aku masuk dalam tren lalu berpegang pada gelang pemegang. Apakah perempuan disebelahku ini ada masalah pernafasan? Kuat sangat ke bau deodoran aku ni? Hahaha.

 

Tamat-

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh