Home Cerpen Keluarga HAK YANG BERHAK
HAK YANG BERHAK
Tiz Sueraya
31/3/2021 19:50:28
2,799
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

                                                             

Bunyi  ketukan pada  papan  kekunci yang  menjadi  halwa telinga  Darwish  selama hampir  dua  jam, akhirnya  berhenti.  Darwish menghela  nafas  sambil menyandar  pada  kerusi, puas  hati  dengan hasil  kerjanya.  Kemudian dia  menunggu  di hadapan  mesin  cetak menunggu  surat  yang ditulisnya  keluar  dari mesin  cetak  itu. Surat-surat  tersebut  di masukkan  ke  dalam  sampul  berwarna coklat  yang  telah pun  mempunyai  alamat untuk  dikirimkan  pada si  penerima.  Sudah hampir  dua  minggu Darwish  menjalani  latihan di  sebuah  syarikat guaman.  Namun  dia telah  dipertanggungjawabkan  untuk menulis  surat-surat  kepada pelanggan.  Darwish  hanya mampu  melihat  rakan sekerja  yang  lain mengendalikan  pelbagai  kes. Walaupun  di  dalam hatinya  begitu  teruja mahu  menyertai  mereka menyelesaikan  kes.

 

“Abang  Rosli, ini  ada  beberapa surat  untuk  ‘klien’. Saya  mahu  abang hantar  surat-surat  ini dengan  segera  kerana terdapat  tarikh  akhir pada  surat-surat  ini.” Beritahu  Darwish  lalu surat  tersebut  beralih pada  abang  Rosli selaku  ‘Despatch’  di pejabat  itu.  “Baik, Darwish.  Ini  ada surat  untuk  Dijah.” Ucap  Rosli.  “Terima kasih,  abang  Rosli.” Lalu  Darwish  masuk semula  ke  dalam biliknya.  Dia  melalui meja  Khadijah  lalu meletakkan  surat  ke atas  meja  wanita 40-an  itu.  Darwish duduk  semula  ke tempat  duduknya  sambil memandang  dua  lagi meja  yang  kosong dihadapannya.  “Kak  Dijah dan  abang  Azad sudah  keluar  cari bahan  untuk  kes mereka.  Sekarang  aku cuma  duduk  macam patung  di  sini sampailah  habis  waktu kerja.  Mahu  susun fail  kes  di dalam  bilik  simpanan, sudah  aku  siapkan minggu  lepas.  Setakat tulis  surat,  bukannya susah  sangat  bagi aku.  Aduhai,  apa yang  aku  nak buat  sekarang  ni. Tak  adakah  orang telefon  untuk  beri aku  kes  untuk dikendalikan.”  Rungutnya  sambil memandang  telefon  pejabat yang  terletak  di atas  mejanya.

 

Kini  sudah masuk  minggu  keempat Darwish  bekerja  di syarikat  tersebut,  dia mula  terasa  bosan dan  merasa  dirinya seperti  bayang-bayang.  Dia mula  merasakan  dirinya tidak  diperlukan  disitu. Kerana  rakan  sekerjanya yang  lain  begitu sibuk  dengan  kes masing-masing  sehingga  Darwish rasa  tersisih.  Dia hanya  diberikan  kerja yang  selalu  dilakukan oleh  seorang  setiausaha, walaupun  mereka  mempunyai seorang  setiausaha  di situ.  Darwish  mula ragu-ragu  dengan  keputusan untuk  menjadi  seorang peguam  seperti  yang dia  idamkan  itu. Kerana  tiada  siapapun di  situ  memandangya sebagai  seorang  peguam, walaupun  masih  di dalam  latihan.  Pada suatu  hari  sedang Darwish  menulis,  telefon di  mejanya  berbunyi, dengan  segera  pemuda itu  mengangkat  gangang. “Encik  Darwish  ada seorang  lelaki  ini  bercakap  dengan  encik, katanya  dia  kawan encik.  Sekarang  dia ada  di  dalam talian.”  Beritahu  Anita selaku  setiausaha  mereka. “Baiklah,  sambungkan  talian saya.”  Ucap  Darwish teruja,  ingin  tahu siapa  rakan  yang hubunginya  secara  tiba-tiba itu.

 

Beberapa  kali Darwish  melihat  alamat ditangannya,  lalu  membandingkan dengan  nombor  yang tertera  ditembok  sebuah rumah  besar  yang agak  mewah  di hadapannya.  “Nombor  di dalam  alamat  dan  di  atas tembok  ni  sudah betul.  Tapi  betulkah si  Razi  tinggal di  rumah  besar macam  ni?”  soalnya sedikit  ragu-ragu  sambil mata  memandang  pada  banglo  mewah dihadapan.  “Tidak  kisahlah, alang-alang  aku  sudah sampai  sini.  Baik aku  tengok  dahulu.” Ucapnya  lalu  menekan loceng  di  tepi tembok  rumah.  Seminggu yang  lalu  Razi, iaitu  rakan  sekolahnya yang  sudah  hampir 10  tahun  tidak di  ketahui  ke mana  menghilang  sejak berpindah  mengikut  keluarganya. Telah  menghubunginya  secara tiba-tiba  lalu  meminta datang  menemui  di rumah  besar  ini. Pada  mulanya  dia agak  terkejut  juga dengan  panggilan  tersebut, kemudian  baru  dia teringat  bahawa  dia kini  sedang  menyandang jawatan  sebagai  peguam walaupun  masih  di dalam  latihan.  Kerana sudah  hampir  sebulan dia  melakukan  kerja sebagai  seorang  budak suruhan,  tidak  tugas sebagai  seorang  peguam. Namun  pun  begitu, Razi  merupakan  ‘klien’ pertamanya.  Pelbagai  perasaan mula  menular  di dalam  dirinya  kini. Gemuruh,  takut  ,gembira dan  gementar. 

 

Selepas  menunggu 3  minit  selepas menekan  loceng,  seorang mak  cik  berjalan menuju  ke  arahnya. “Maafkan  saya,  ini rumah  Razi?”  tanya Darwish.  “Ya,  ini rumah  tuan  muda Razi.  Boleh  saya tahu  encik  ini siapa?”  soal  mak  cik  itu pada  Darwish.  “Saya Darwish,  rakan  tuan muda.  Dia  suruh saya  datang  ke sini.”  Beritahu  Darwish. Mak  cik  itu tersenyum  lalu  membuka pintu  pagar. ‘Tuan  muda Razi?  Siapa  dia  ni  siap bertuan-tuan  bagai.’  Bisik Darwish  di  dalam hati.  Dia  memandang ke  sekeliling  kawasan rumah  besar  itu. Terdapat  sebuah  kolam ikan  dan  pondok kecil  di  kiri kanan  rumah.  Manakala di  tengah  pula terdapat  sebuah  padang kecil.  Tanaman  pokok-pokok bunga  yang  terdapat disekeliling  padang  pula kelihatan  cantik  dijaga dengan  rapi.  Darwish berjalan  masuk  pula ke  dalam  rumah. “Silakan  duduk  dahulu. Nanti  mak  cik panggilkan  tuan  Razi.” Jemput  mak  cik itu  lagi.  Darwish sekali  lagi  meneliti keadaan  di  dalam rumah.  Perabot  nampak mewah  dengan  bertemakan konsep  English. 

 

“Maaf  kerana menunggu.”  Ucap  seorang lelaki  yang  berkulit sawo  matang,  berambut pendek  dan  sedikit ikal  mayang  menghampirinya.  “Eh, taklah  aku  pun baru  sahaja  sampai.” Balas  Darwish  lalu mereka  saling  berjabat tangan.  “Sudah  hampir 10  tahun  juga kita  tidak  bertemu.” Kata  Razi  memulakan perbualan.  “Yalah,  sejak kau  pindah  ikut keluarga.  Selepas  itu langsung  tiada  berita. Tup..tup..  Minggu  lepas kau  telefon  aku surh  datang  ke sini.”  Ujar  Darwish. Tersenyum  Razi  mendengarnya. “Sekarang  ni  aku sedang  sibuk  dengan pameran  lukisan.  Kau tahukan  yang  aku suka  melukis.”  Darwish mengangguk  lalu  teringatkan pada  zaman  sekolah dahulu.  Razi  memenangi semua  pertandingan  melukis yang  diadakan  di sekolah.  Kemudian  mak cik  tadi  masuk semula  sambil  menatang sebuah  dulang.  “Terima kasih,  mak  Biah.” Ucap  Razi  selepas mak  Biah  menghidangkan air  minumman  untuk mereka.  “Orang  gaji kau?”  tanya  Darwish. “Ha..ah,  dalam  rumah ni  ada  tiga orang.  Mak  Biah, Pak  Ali  dan Pak  Mat.  Aku tinggal  berempat  dengan mereka  di  sini.” Beritahu  Razi.  “Eh,  ibu dan  ayah  kau tak  tinggal  bersama?” soal  Darwish  hairan.” Mereka  berdua  meninggal 10  tahun  yang lalu  kerana  terlibat nahas  jalan raya.”  Jawab Razi.  “Ya,  Allah. Maaf  aku  tak tahu.”  Ucap  Darwish kesal  dengan  soalannya itu.  “Eh,  tak mengapa.  Lagipun  memang tiada  sesiapapun  yang tahu.  Mereka  terlibat kemalangan  ketika  dalam perjalanan  mahu  ke tempat  kerja.”  Kata Razi  sambil  tersenyum pada  rakannya  itu. “Darwish,  sebenarnya  ada perkara  aku  nak bincang  dengan  kau.” Kata  Razi  selepas mereka  selesai  minum. “Bincang?  Pasal  apa?” tanya  Darwish.  “Mari ikut  aku  ke bilik  bacaan  di tingkat  dua.”  Ajak Razi.  Darwish  segera membontoti  rakannya  itu.

 

“Aku  tak sangka  kau  boleh jadi  peguam.  Kalaulah si  Amira  mulut murai  tu  tak buka  cerita  pasal kau,  langsung  aku tak  tahu.”  Cerita Razi  apabila  Darwish bertanya  bagaimana  dia mengetahui  tentang  dirinya itu.  “Hurm,  tak hairanlah  si  mulut murai  tu  jadi wartawan  sekarang  ni. Semua  berita  dan cerita  dia  tahu.” Balas  Darwish.  Amira merupakan  rakan  sekolah mereka  yang  mempunyai tahi  lalat  ditepi bibirnya  dan  sering menyebarkan  pelbagai  khabar ke  seluruh  sekolah. Dan  mendapat  nama jolokan  si  mulut murai  sepadan  dengan mulut  becok  bertahi lalatnya.  Namun  pun begitu,  perkhabaran  yang selalu  disampaikan  bukanlah palsu  atau  direkanya. Ia  sememang  berita benar  dan  terdapat bukti  pada  semua beritanya  itu.  Razi membuka  laci  meja lalu  mengeluarkan  sekeping sampul  berwarna  coklat. “Sebenarnya  aku  baru sahaja  pulang  dari Malaysia  seulan  yang lalu  kerana  dijemput untuk  menghadiri  sebuah seminar  dan  pameran di  Kuala  Lumpur. Rumah  ni  dijaga oleh  mereka  bertiga sehinggalah  aku  pulang. Selepas  habis  belajar, aku  menjelajah  ke seluruh  Eropah  mencari ilham  untuk  lukisan-lukisan  ini.” Beritahu  Razi  sambil menunjukkan beberapa-beberapa  lukisan  yang terletak  di  tepi tingkap.  Darwish  mengangguk-angguk  mendengarnya. “Nah,  aku  mahu kau  baca  surat ni.  Surat  ni aku  jumpa  semasa sedang  mengemas  bilik bacaan.”  Razi  menghulurkan sampul  surat  tersebut pada  Darwish. 

 

Tangan  putih melepak  itu  membuka kotak  kaca  matanya lalu  dengan  perlahan menarik  sekeping  kertas putih  di  dalam sampul  tersebut.  Darwish mempunyai  rabun  cahaya yang  memerlukan  dia untuk  memakai  kaca mata,  nak  pula keadaan  bilik  bacaan tersebut  sedikit  terang. Tampak  serius  apabila pemuda  berkulit  putih itu  membaca  surat daripada  Razi.  Manakala Razi  pula  hanya memandang  rakannya  itu. Darwish  membuka  kaca matanya,  apabila  selesai membaca  surat  itu. “Jadi  apa  masalahnya dengan  wasiat  ini? Kau  kan  pewaris pengerusi  syarikat  perabot Ahmed.  Tak  salah rasanya  kalau  kau warisi  harta  ini. Jangan  pula  kau cakap  yang  harta ini  dari  sumber lain.  Kau  fahamkan maksud  aku?”  tanya Darwish  persis  seorang peguam.  “Aku  faham tapi  rasanya  mereka tiada  buat  perkara begitu.  kalau  kau nak  tahu  ini bukan  wasiat  yang pertama.  Aku  telah diberikan  harta  mengikut wasiat  10  tahun yang  lalu  selepas ibu  dan  ayah aku  meninggal.  Aku telah  mendapat  bahagian sebanyak  RM  500 ribu.  Manakala  hartanah pula  dapat  pada pak  cik  dan mak  cik  aku. Aku  tak  tahu tentang  pewarisan  bagi rumah  ini  dan juga  syarikat  perabot Ahmed.  Tapi  bila aku  baca  je surat  tu,  aku jadi  bingung  dan segera  menghubungi  kau.” Jawab  Razi  panjang lebar.  Darwish  menggigit bibirnya,  memikirkan  sesuatu. “ini  bermakna  wasiat bertulis  tanpa  saksi. Tapi  wasiat  ini sah  kerana  ada bukti.”  Ujar  Darwish. Namun  air  muka Razi  tidak  menunjukkan dia  gembira  dengan penemuan  surat  wasiat itu.  “Kenapa  lagi ni?  Kau  risau pak  cik  dan mak  cik  kau akan  pertikai  wasiat ini?  Jangan  risau aku  akan  tolong kau.”  Pujuk  Darwish. “Bukan  itu  masalahnya. Tapi…”  Belum  sempat Razi  mahu  menghabiskan ayat-ayatnya.  Bunyi  ketukan pintu  mengganggu  perbualan mereka  berdua.  “Ya.” Jawab  Razi.  “Tuan muda  Razi.  Tuan Razlan  dan  puan Raziah  datang.  Mereka ingin  bertemu  dengan tuan.  Mereka  berdua ada  di  bawah.” Beritahu  mak  Biah. Sebaik  sahaja  Razi membuka  pintu.  “Baiklah,saya akan  turun  sebentar nanti.”  Ucap  Razi. “Darwish,  mari  ikut aku.”  Ajak  Razi pada  Darwish  yang sudah  berdiri  dibelakangnya.

 

Darwish  hanya memerhatikan  sahaja  kedua-dua pak  cik  dan mak  cik  Razi memarahi  rakannya  itu. Gaya  pakaian  dan cara  percakapan  mereka menunjukkan  bahawa  mereka daripada  golongan  berada. Kalah  pada  dirinya  yang hanya  berbaju  T-shirt dan  berseluar  Jeans hitam.  “Dahlah  pulang tak  beritahu.  Lepas tu  siap  pasang peguam  lagi.  Amboi, hebat  betul  kau, ya!”  perli  Razlan apabila  Darwish  mengenalkan dirinya  dihadapan  mereka berdua.  Manakala  Raziah pula  mencebik-cebik  sambil memandangnya.  Seperti  mengejeknya. “Pak  cik  dan mak  cik,  kita duduk  dahulu.”  Ucap Razi.  “kami  ni datang  bukan  mahu duduk-duduk.  Kami  datang mahu  tuntut  janji. Kamu  sudah  berjanji pada  kami  bahawa selepas  kamu  pulang dari  Malaysia,  kamu akan  beri  lagi suku  harta  tu.” Marah  Raziah.  Darwish pula  memandang  pada rakannya  itu,  ingin mengetahui  apa  maksud dengan  kata-kata  mak ciknya  itu.  Razi hanya  sempat  menjeling pada  Darwish  sebelum menjawab  amarah  Raziah. “Memanglah  saya  berjanji begitu,  tapi  saya baru  sahaja  pulang. Belum  sempat  mahu ke  pejabat  peguam.” Razi  memberi  alasan. “Kau  bukannya  ada hak  atas  harta tu.  Ada  hati pula  mahu  tangguhkan perkara  ini.  Aku beri  masa  sampai lusa.  Kalau  masih belum  tukar  lagi nama  tu,  aku bawa  kau  ke mahkamah.”  Amaran  daripada Razlan  sebelum  mereka berdua  meninggalkan  rumah besar  itu.  “Maafkan aku  kerana  kau terpaksa  mendengar  semua tu.”  Ucap  Razi pada  rakannya  yang sedang  duduk  dihadapannya. Darwish  hanya  tersenyum sumbing  mendengar  maaf daripada  Razi.  dia sedang  memikirkan  sesuatu, kemudian  dia  mengeluarkan sebuah  buku  nota dari  beg  galas yang  sentiasa  dibawanya. Darwish  menulis  sesuatu. “Boleh  kau  beritahu aku  perkara  yang sedang  berlaku  ni?” tanya  Darwish  sambil menutup  bukunya.  Mahu tidak  mahu,  akhirnya Razi  terpaksa  membuka rahsia  keluarganya  sendiri demi  kebaikan  dan pembelaan  untuk  dirinya.

 

Menurut  Razi, sudah  hampir  4 tahun  kedua  mereka itu  meminta  bahagian harta  pusaka  miliknya. Dia  terpaksa  beri kepada  mereka  berdua dengan  alasan,  bahawa Razi  hanya  keluarga angkat  Tuan  Ahmed. Mereka  tidak  sepatutnya dapat  bahagian  walaupun cuma  sebagai  hadiah. Pada  mulanya  dia ikut  sahaja  permintaan mereka,  namun  selepas itu  Razi  baru teringat  akan  syarikat perabot  Ahmed.  Ke mana  keuntungan  syarikat sehinggakan  terpaksa  minta wang  padanya.  Kemudian dia  telah  bertanya pada  ketua  akauntan syrikat  iaitu  Encik Kamarul.  Darwish  melihat fail  akaun  syarikat yang  baru  sahaja dihulurkan  oleh  Razi. “Encik  Kamarul  kata banyak  wang  syarikat dikeluarkan  untuk  membuat pelaburan,  namun  sehinnga sekarang  tiada  apa-apa berita  atau  pulangan daripada  pelaburan  tersebut. Encik  Kamarul  syak bahawa  pak  cik dan  mak  cik menggunakan  wang  syarikat untuk  kepentingan  peribadi mereka.”  Cerita  Razi. “Sepatutnya  hari  ini aku  ada  mesyuarat dengan  ahli  lembaga syarikat  untuk  membincangkan masalah  yang  sedang berlaku  di  sana. Namun  disebabkan  aku ada  hal,  terpaksa tangguh  sehingga  petang nanti.”  Sambung  Razi lagi.  Darwish  melihat pada  jam  ditangannya. Hampir  pukul  12.30 tengahhari.  “Macam  nilah, biar  aku  tolong kau  selesaikan  masalah ini.  Kau  pergilah jumpa  dengan  ahli lembaga  syrikat.  Tapi sebelum  tu,  aku mahu  tanya.  Pak cik  dan  mak cik  kau  tak nakkan  rumah  dan syarikat  tu  kan?” soal  Darwish.  Razi mengeluh  perlahan.  “Memanglah buat  masa  ni. Kalau  mereka  tahu aku  mewarisi  kedua-duanya, pasti  mereka  akan mengambilnya.  Aku  cuma tidak  mahu  harta ini  semua  habis macam  tu  sahaja. Bersusah-payah  atuk  Ahmed usahakan  semua  ini, namun  bila  ditangan anaknya  semua  kena jual.”  Jawab  Razi. Darwish  tersenyum  mendengarnya. Kemudian  mereka  berdua keluar  untuk  melakukan tugas  masing-masing.

 

Darwish  kembali semula  ke  pejabat selepas  makan  tengahhari dan  menukar  pakaiannnya. Tugas  pertamanya  adalah menghubungi  peguam  keluarga Ahmed.  Dia  membuka buku  notanya  lalu mencari  nombor  peguam Mokhsin.  “Maafkan  saya, ini  pejabat  Tuan Mokhsin?  Boleh  saya dapatkan  temujanji  dengan beliau?  Baik,  terima kasih.”  Ucap  Darwish lalu  menulis  sesuatu di  dalam  buku notanya.  Kemudian  dia mendail  pula  nombor pejabat  Razi,  namun tangannya  berhenti  menekan nombor.  “Alamak!  Sekarang ni  mereka  sedang ada  mesyuarat.  Tak mengapa,  esok  sahaja aku  telefon.  Baik sekarang  ni  aku semak  semula  maklumat yang  aku  perolehi sebelum  berjumpa  dengan Tuan  Mokhsin  nanti.” Ucap  Darwish  lalu membuka  fail  yang telah  diberikan  oleh Razi.  Dia  cuba mahu  memahami  masalah yang  sedang  di hadapi  oleh  Razi dan  mencari  jalan penyelesaiannya.

 

“Saya  datang ni  sebagai  rakan Razi.  Niat  saya  cuma  mahu menolong  dan  membantu menyelesaikan  masalah  rakan saya  ini.”  Ucap Darwish  apabila  Tuan Mokhsin  bertanya  apa tujuan  dia  ingin mengetahui  salasilah  keluarga Tuan  Ahmed.  “Dan saya  juga  merupakan seorang  peguam  yang masih  di  dalam latihan.”  Beritahu  Darwish lagi.  Tuan  Mokhsin hanya  diam  mendengar ucapan  pemuda  dihadapannya itu.  “Semalam  Razi telah  beri  surat wasiat  yang  dijumpainya semasa  mengemas  bilik 

bacaan  pada saya.  Walaupun  Razi telah  mengamanahkan  saya supaya  tidak  memberitahu pada  sesiapa,  namun Tuan  Mokhsin  selaku peguam  keluarga  mereka patut  tahu  tentang surat  wasiat  ini.” Darwish  menghulurkan  surat tersebut  pada  Tuan Mokhsin.  Tuan  Mokhsin membaca  isi  surat tersebut  lalu  memandang Darwish.  Hampir  satu  jam  Darwish berada  di  dalam pejabat  Tuan  Mokhsin, akhirnya  dapat  juga maklumat  yang  diinginnya.

 

Darwish  membaca portfolio  keluarga  Razi. pengerusi  Ahmed  Mustafa telah  mewarisi  syarikat perabot  daripada  bapanya. Ketika  berumur  25 tahun,  dia  telah berkahwin  dengan  seorang gadis  bernama  Siti Hawa.  Mereka  dikurnai dengan  sepasang  anak yang  bernama  Razlan dan  Raziah,  yang hanya  berbeza  setahun umur  mereka.  Tuan Ahmed  terkenal  dengan sikap  murah  hati dan  senyuman  manisnya. Selesai  sahaja  Darwish membaca  muka  surat yang  terakhir,  tiba-tiba dia  terlihat  ada kesan  dakwat  pada muka  surat  sebelah yang  melekat  pada kulit  fail  tersebut. Dengan  berhati-hati  dia  membuka muka  surat  yang melekat  itu. 

 

“Maklumat  tambahan, Tuan  Ahmed  telah mengambil  seorang  anak angkat  perempuan  yang bernama  Rozita.”  Baca Darwish  perlahan.  Lalu meneruskan  bacaannya.  Rozita telah  berkahwin  dengan seorang  pekerja  di syarikat  bapa  angkatnya. Mereka  telah  dikurnai seorang  anak  lelaki. Manakala  Azlan,  suami Rozita  telah  diamanahkan untuk  membantu  Tuan Ahmed  bersama  menerajui syarikat  kerana  kedua-dua anak  Tuan  Ahmed menolak  untuk  mewarisi syarikat  turun-temurun  mereka. Namun  malang  tidak berbau,  10  tahun yang  lalu  mereka bertiga  terlibat  di dalam  nahas  jalan raya  dan  telah meragut  nyawa  mereka. Penjagaan  Razi  pula telah  diletakkan  di bawah  tanggungjawab  tiga orang  gaji  keluarga. “Nampak  macam  maklumat ini  baru  sahaja ditulis,  namun  mengapa pula  ditampal  macam ni?  Tuan  Mokhsin mahu  sembunyikan  daripada siapa?  Razlan?  Raziah? Atau  Razi?”  soal Darwish  hairan  selepas membaca  maklumat  tersebut. ‘Nampaknya  semakin  menarik kes  ini’.  Darwish tersenyum  sambil  memikirkan rahsia  maklumat  terakhir itu.  Kemudian  Darwish membaca  pembahagian  harta Tuan  Ahmed.  “Segala  hartanah telah  dibagi  pada Razlan  dan  Raziah, manakala  Razi  pula mendapat  hadiah  wang tunai  sebanyak  RM  500  ribu. Rumah  pusaka  dan syrikat  masih  lagi diatas  nama  Tuan Ahmed.  Patutlah,  mereka berdua  tidak  bising. Harta  ni  tidak boleh  tukar  nama.” Ucapnya  lalu  menutup fail  tersebut.

 

Malam  itu, Darwish  membuat  rumusan ke  atas  kes Razi.  Kemudian  dia membuat  nota  penting. “Aku  kena  siasat kes  kemalangan  dan perlu  tahu  keadaan syarikat  perabot  tu sekarang.”  Omelnya  sambil menulis  di  atas buku  notanya.

 

Tuan  Mokhsin memandang  pada  setiap tetamunya,  lalu  memandang pula  pada  Darwish yang  duduk  di sebelahnya.  Pemuda  itu hanya  tersenyum  memandangnya. “Baiklah,  tujuan  kita semua  berkumpul  di sini  adalah  untuk membahagikan  harta  tuan muda  Razi  yang masih  berbaki  kepada pak  cik  dan mak  ciknya.”  Tuan Mokhsin  memulakan  mukadimahnya. “Harta  dialah  sangat. Dia  cuma  pemegang sahaja.”  Ujar  Raziah kasar.  Razi  tidak dapat  berkata  apa-apa, dia  hanya  tunduk mendengar  ucapan  mak ciknya  itu.  Manakala Tuan  Mokhsin  sudah menggeleng-geleng  kepala  mendengar suara  Raziah  itu. “Sebelum  kita  teruskan agenda  ini,  encik Darwish  ingin  beritahu sesuatu  yang  penting pada  kamu  bertiga.” Beritahu  Tuan  Mokhsin. “Aduh!  Apa  lagi yang  penting?  Kami tiada  masa  untuk benda-benda  macam  ni.” Marah  Razlan  .  Darwish  yang tidak  mengendahkan  amarah Razlan  itu  hanya diam  sambil  membuka beg  galasnya.  Kemudian mengeluarkan  sebuah  fail, lalu  berdiri.  “Ini perkara  penting!  Encik Razlan  dan  puan Raziah  kena  tahu hal  yang  hampir 24  tahun  disorokkan daripada  kamu  bertiga.” Ucap  Darwish  lantang. “Apa  lagi  yang aku  tak  tahu selain  harta  tu semua  ayah  aku yang  punya  dan aku  ada  hak ke  atasnya.  Dan juga  tentang  anak angkat  ni.”  Tengking Razlan.  “Jika  saya mengatakan  sebaliknya  dan mungkin  harta  Tuan Ahmed  takkan  jatuh pada  kamu  berdua, bagaimana?”  soal  Darwish mencabar.  Raizah  memandang abangnya  tidak  faham dengan  kata-kata  peguam muda  itu.  Manakala Razi  pula  sudah memandang  Darwish  dengan wajah  terkejut.  “Darwish, apa  yang  kau merepek  ni?”  marah Razi  pula.  “Aku tak  merepek.  Ini bukti  yang  kau ada  pertalian  darah dengan  Tuan  Ahmed dan  sekaligus  menjadi ahli  keluarga  ini.”  Jawab Darwish  lalu  meletakkan fail  ditangan  dihadapan Razi.  rakannya  itu segera  mengambil  dan membaca  butiran  di dalam  fail  tersebut. Razi  terduduk  saat membaca  isi  di dalam  fail  itu. Raziah  dan  Razlan segera  merampas  fail daripada  tangan  Razi  lalu  membacanya. “Tak  mungkin!  Tak mungkin!”  jerit  Raziah. Razlan  pula  segera mencampak  fail  tersebut ke  atas  meja. “Ini  tentu  laporan palsu.  Kau  sengaja mahu  kenakan  kami dengan  membuat  laporan DNA  palsu  ini. Mana  mungkin  si Razi  ni  adik aku!”  marah  Razlan lalu  mendapatkan  Darwish. Dia  mencekak  leher baju  pemuda  itu. “Buat  apa  saya mahu  palsukan  laporan itu,  kalau  Tuan Mokhsin  sendiri  yang beri  laporan  itu pada  saya.”  Beritahu Darwish.  Razlan  melepaskan cengkamannya  lalu  memandang pada  Tuan  Mokhsin. “Saya  hanya  menjalankan tugas  sebagai  pemegang amanah  dan  rahsia keluarga  Tuan  Ahmed.” Ucap  Tuan  Mokhsin. Semalam  Darwish  telah berjumpanya  lalu  bertanyakan mengapa  maklumat  terakhir itu  dilekat  pada kulit  fail  dan dia  terpaksa  membuka rahsia  yang  hampir 24  tahun  disimpannya. Dia  mahu  merahsiakan maklumat  itu  pada Razi.  Tuan  Mokhsin telah  beri  laporan DNA  pada  Darwish untuk  membantu  Razi dalam  mendapatkan  haknya sebagai  seorang  pewaris yang  sah.

 

“Kalau  benar Razi  ini  anak ayah,  mengapa  kami tidak  tahu?”  tanya Raziah  pula.  Razlan sudah  duduk  ke tempatnya  sambil  memeluk tubuh.  Razi  pula masih di  dalam  keadaan terkejut  dengan  kebenaran yang  baru  sahaja diterimanya.  Tuan  Mokhsin mahu  menjawab  namun sempat  dihalang  oleh Darwish.  “Biar  saya yang  beritahu.”  Ucapnya. “Puan  Siti  Hawa melahirkan  Razi  ketika berumur  40  tahun, ketika  itu  Rozita telah  menjadi  anak angkat  Tuan  Ahmed. Selepas  2  tahun, puan  Siti  Hawa telah  disahkan  mempunyai kanser  rahim  tahap 4.  Tuan  Ahmed tidak  beritahu  pada kamu  berdua  kerana ketika  itu  kamu masih  belajar  dan jarang  pulang.  Razi telah  diberikan  pada Rozita  dan  Azlan, sebaik  sahaja  puan Siti  Hawa  meninggal dunia.  Rozita  dan Azlan  yang  tidak mempunyai  anak,  menerima Razi  sebagai  anak mereka.  Ini  apa yang  dikatakan  oleh ibu  Rozita  sendiri, iaitu  mak  Biah.” Darwish  menghulurkan  sehelai kertas  pada  Tuan Mokhsin.  Tuan  Mokhsin mengangguk-angguk  sambil  membaca surat  pengakuan  daripada mak  Biah. 

 

“Nampaknya  kini sudah  jelas  bahawa Razi  merupakan  pewaris sah  keluarga  Tuan Ahmed.  Jadi  selain hadiah,  syarikat  dan rumah  pusaka  secara mutlaknya  menjadi  hak Razi.  Razlan dan  Raziah tiada  hak  untuk menuntut  harta  tersebut selain  dengan  kerelaan Razi.”  ucap  Tuan Mokhsin  sekali  lagi mereka  berdua  berpandangan. “Syarikat  dan  rumah pusaka  tu  milik Razi?  Bagaimana  pula? Bukankah  kedua-duanya  di atas  nama  ayah? Macam  mana  pula boleh  jadi  milik dia?”  sekali  lagi letusan  gunung  berapi Razlan  keluar.  “Tuan Ahmed  telah  menulis surat  sepucuk  surat wasiat  yang  terakhir dan  beliau  telah beri  semua  hartanya pada  Razi,  anak bongsunya.”  Jawab  Tuan Mokhsin  lalu  meletakkan surat  wasiat  Tuan Ahmed  di  atas meja.  Mereka  berdua membaca  surat  tersebut. Lalu  mengamuk  sesama mereka.  Raziah  dengan berang  mengoyakkan  surat tersebut.  Razlan  sudah terduduk  melihat  keadaan tidak  berpihak  padanya. Darwish  mendekati  Razi yang  dari  tadi hanya  diam  membatu mendengar  penjelasan    daripada mereka  berdua.  “Kau tak  apa-apa,  Razi?” rakannya  itu  mendongak memandang  Darwish.  “Aku tak  tahu  mahu beri  reaksi  apa. Aku  merasakan  bermacam-macam  perasaan berada  di  dalam  diri  aku sekarang  ni.”  Jawab Razi.  “Seronoklah  kau. Semua  harta  ayah aku  jatuh  ke tangan  kau.  Dasar budak  tak  guna!” herdik  Raziah.  “Sudahlah! Ingatkan  datang  ke sini  bolehlah  dapat duit  kita.  Rupanya dia  sapu  semuanya.” Ucap  Razlan.  Kemudian mereka  berdua  keluar dari  bilik  Tuan Mokhsin.

 

Sedang  Darwish dan  tuan  Mokhsin memujuk  Razi,  terdengar bunyi  riuh-rendah  di luar.  Segera  mereka bertiga  keluar  dari bilik.  Terlihat  beberapa orang  anggota  polis sedang  bertikam  lidah dengan  Razlan  dan Raziah.  “Ada  apa ni  encik?”  tanya Tuan  Mokhsin  pada seorang  anggota  polis. “Kami  mendapat  waran untuk  menangkap  encik Razlan  dan  puan Raziah.  Dan  kami mendapat  tahu  mereka berada  di  sini.” Jawab  anggota  polis itu.  “Tetapi  atas kes  apa  mereka ini  ditangkap?”  soal Tuan  Mokhsin  ingin tahu.  “Encik  Razlan terlibat  dengan  kes langgar  lari  10 tahun  lalu  yang melibatkan  kematian  Tuan Ahmed  dan  anak angkatnya  iaitu  Rozita bersama  suaminya,  Azlan.” Darwish  segers  mencelah pada  penjelasan  kedua pula.  “Puan  Raziah pula  terlibat  dengan menggelapkan  wang  syarikat.” Anggota  polis  itu segera  memandang  Darwish. “Jadi  enciklah  yang melaporkan  kejadian  dan  memberitahu  tentang lokasi  ini  kepada kami?”  Darwish  hanya mengangguk  sambil  tersenyum. Mereka  berdua  sudah diberkas,namun  masih  lagi mahu  meronta-ronta  melepaskan diri.  Razi  yang mendengarnya  cuba  menahan marah  dan  sebak didadanya. 

 

“Mari  kita pergi.”  Ucap  anggota polis  itu  sambil membawa  mereka  pergi. Sekali  lagi  meeka meronta  minta  dilepaskan dan  mengatkan  mereka tidak  bersalah.  “Sekejap, tuan.  Saya  mahu bercakap  dengan  mereka berdua.”  Razi  minta mahu  bercakap  dengan Razlan  dan   Raziah. “Terima  kasih.”  Ucap Razi  apabila  diberikan kebenaran.  Razi  mendekati sambil  memandang  wajah mereka  berdua  silih berganti.  Dia  menarik nafas  sebelum  mengatur bicaranya  dihadapan  mereka berdua.  “Saya  takkan maafkan  kamu berdua  atas  apa yang  telah  terjadi, namun  saya  akan jaga  dan  pertahankan syarikat  dan  rumah pusaka  keluarga  kita. Buat  masa  ini saya  hanya  menjaga sahaja.  Namun  selepas kamu  berdua  keluar dari  penjara  kelak, kita  akan  bersama-sama membangunkan  bersama.”  Ucap Razi  lalu  masuk ke  dalam  pejabat Tuan  Mokhsin  semula. Dia  tidak  dapat menahan  lagi  air mata  yang  hampir gugur  dari  tubir matanya.  Bukan  sedih kerana  mereka  berdua akan  dipenjarakan,  namun sedih  kerana  perkara yang  mereka  telah lakukan  pada  ayah dan  keluarga  angkatnya. Darwish  hanya  melihat sahaja  rakannya  itu masuk  ke  dalam bilik  semula.  Razlan dan  Raziah  terdiam mendengar  ucapan  Razi itu  lalu  mereka tunduk  pergi  mengikut anggota polis  ke  balai untuk  siasatan  selanjutnya.

 

Tiga  hari kemudian,  Darwish  memberitahu bagaimana  dia  mendapat meklumat  tentang  kes langgar  lari  Razlan dan  kes  pecah amanah  Raziah  pada Razi.  “Aku  pakai ‘orang  dalam’.”  Ucap Darwish  sambil  tersengih memandang  Razi.  “Orang dalam?  Maksud  kau, polis?  Siapa?”  tanya Razi  ingin  tahu. “Ayah  aku.  Dia ketua  balai.  Aku tanya  dia  pasal kes  langgar  lari 10  tahun  lalu dan  kes  penipuan pelaburan.  Tak  sangka pula  mereka  berdua terlibat  dalam  kes tu.”  Beritahu  Darwish. Razi  hanya  mengangguk-angguk  mendengarnya. “Selepas  tu  aku jumpa  dengan  seorang mekanik.  Menurutnya  dia ada  membetulkan  sebuah kereta  yang  sama dengan  nombor  plat dan  jenis  kereta yang  aku  tunjukkan padanya.  Terdapat  banyak kerosakkan  pada  kereta dan  mekanik  tersebut menolak  untuk  membaikinya. Namun  setelah  diberikan bayaran  yang  lumayan, akhirnya  terpaksa  akur dengan  permintaan  untuk membaiki  segala  kerosakan pada  kereta  tersebut. Pihak  polis  ada menjumpai  cat  pada badan  kereta  mangsa, dan  cat  yang sama  pada  badan kereta  pak  cik kau.  Tapi  tiada bukti  kukuh  untuk mengaitkan  dengan  kemalangan tersebut.”  Darwish  terdiam sekejap.  “Tapi  macam mana  kau  boleh dapat  bukti  bahawa pak  cik  aku yang  langgar  lari?” soal  Razi  tidak sabar.  Tersenyum  Darwish mendengarnya.  “Aku  dapat tahu  apabila  mekanik tu  tunjukkan  aku cek  yang  diterimanya adalah  cek  syarikat perabot  Ahmed.  Dari situ  aku  tahu siapa  dalangnya.”  Tersengih Razi  mendengarnya.  “Sepandai-pandai  tupai melompat,  akhirnya  jatuh juga  ke  tanah.” Ucapnya  perlahan.

 

“Manakala  kes mak  cik  kau pula,  aku  berjumpa dengan  bekas  pekerjanya, Ita.  Mak  cik Raziah  telah  menghasutnya untuk  membantu  mengegelapkan wang  syarikat,  namun mak  cik  Raziah hanya  makan  seorang dan  telah  memberhentikannya  kerja kerana  tidak  mahu rahsianya  terbongkar.  Ita mahu  melaporkan  pada pihak  polis,  namun ugutan  dan  ancaman bunuh  telah  membataklan niatnya  itu.”  Beritahu Darwish  panjang  lebar. “Mengapa  kau  tidak jadi  sahaja  polis atau  detektif  sahaja? Hebat  juga  kau mencari  maklumat  dan bukti.”  Puji  Razi. Darwish  tersenuym  sebelum menjawab  pertanyaan  rakannya itu.  “Mulanya  memang aku  bercita-cita  mahu menjadi  seperti  ayahku. Namun  disebabkan  aku sering  jatuh  sakit ketika  kecil  membuatkan ayah  melarang.  Kau pun  tahu  tubuh badan  yang  sihat adalah  faktor  utama untuk  menjadi  seorang penjaga  keamanan.  Jadi aku  memilih  kerjaya peguam  sebagai  profesion. Bukankah  peguam  juga seperti  polis  dan askar?  Mereka  juga penegak  keadilan.  Walaupun hanya  mereka  banyak menggunakan  bahan  rujukan dan  mengunakan pelbagai  cara untuk  mencari  bukti, namun  tetap  pada niat  yang  satu, iaitu  menangkap  penjenayah.” Jawab  Darwish.  “Kau pula  bagaimana?  Syarikat perabot  Ahmed  dan pameran lukisan?”  tanya  Darwish pula.  “Buat  masa ni  aku  akan cuba  untuk  memulihkan kembali  masalah  kewangan syarikat  dengan  penglibatan aku  di  dalam pameran  lukisan  yang akan  mejelang  tidak lama  lagi.  Mungkin selepas  ini  aku akan  kurangkan  melukis dan  tumpukan  perhatian pada  syarikat  pula.” Beritahu  Razi  tentang rancangan  akan  datangnya.

 

Darwish  memandang wajah  Razi  yang begitu  gembira  dengan kehidupan  sekarang.  Sememangnya hak  kembali  kepada yang  berhak.  Dia berasa  bangga  kerana dapat  membantu  Razi dalam  menyelesaikan  kemelut yang  melanda  di dalam  keluarganya.  Kini dia  berasa  yakin dengan  keputusan  untuk menjadi  seorang  peguam. Dia  cuma  perlu lebih  berusaha  untuk mencapai  cita-citanya  itu.        

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Tiz Sueraya