Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Cerpen Islamik Allah Sayang
Allah Sayang
Mek cha
31/8/2018 14:24:49
1,066
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik
Allah sayang 


 “Alhamdulillah” aku ucap syukur usai selesai menyempurnakan solat subuh pada pagi itu. 


Sejenak aku termenung di atas tikar sejadah. Mahu menenangkan diri dan fikiran yang agak kusut sejak kebelakangan ini. Banyak masalah yang timbul bila menginjak ke alam dewasa. Dulu waktu kecil selalu minta nak cepat besar,nak jadi orang dewasa,mahu kenal dunia.Namun sekarang sebaliknya.Andai saja dapat diputarkan kembali masa aku tak mahu jadi orang dewasa .Tak mahu serabutkan kepala,tak mahu gaduh dan bermasam muka .Ah hidup ! perlu diteruskan jua.

 Ketika itu,bak ulang tayang satu persatu peristiwa yang pernah terjadi bermain di minda.

**********

 Di Asrama 

Suasana dalam surau kecil itu riuh.Bunyi alunan suara merdu orang mengaji.Dan aku ketika itu hanya mampu mendengar.Dalam hati aku merintih dan berdoa pada Allah.

 “ ya Allah,bila aku pandai mengaji nanti..aku janji tiap-tiap hari pasti Quran akan aku buka (mengaji)”Kerana aku tak pandai membaca.

Baru mula dari mengenal apa itu huruf.Alhamdulillah,berkat bantuan guru agama dan kawan-kawan aku dah boleh mengeja dan membaca walaupun masih merangkak-rangkak.Mula dari Iqra 1 hingga Iqra 6 .kemudian dapat sambung dengan Al-Quran dan Khatam.Dalam masa tiga tahun akhirnya aku dapat khatam. 

Pernah satu hari aku sakit tekak,rasa macam nak demam.Namun aku gagahkan juga untuk mengaji di sudut surau. 

“bagusnya Chah,tak berhenti mengaji” tegur seorang kakak.

 “Eh tak la.” Balas aku dan tersenyum. 

Kerana aku pernah berjanji dan mungkin sebab tu Allah mudahkan urusan belajar selama ni.jadi aku nekad.Rasa disayangi dan segala usaha dihargai.

*******

 Di universiti 

Tak tahu kenapa,makin lama makin susah hidup aku ni.Ada saja masalah. 

“Bullshit” 

“Bitch’

 “Fuck”

 “Perangai macam budak tadika” –Ex roommate .

 (Ex bermaksud bekas.Bekas boleh juga panggil mangkuk ! ) 

Ya Allah,apa lagi Engkau nak uji.Depannya baik,sopan,muka lembut saja.Belakang aku apa yang dia tak kata.Oh lupa,dia budak twitter.Itu pun aku tahu lepas sengaja nak stalk akaun twitter dia.Sejak hari itu,aku buat tak tahu dan tak mahu ambil tahu pasal dia.Memang masing-masing dengan hal sendiri.

 Aku sendiri tak faham.

 “Apa yang aku dah buat?”

 “besar sangat ke salah aku?” 

“kenapa dan kenapa” 

Soalan yang sering aku soal pada diri sendiri hingga akhirnya hanya air mata yang mengalir.Hati terluka,kecewa dengan sikap segelintir manusia jenis ini !

 “Maaf “. Simple tapi sumpah sangat susah untuk disebut.Aku mengaku.

 Tapi Alhamdulillah, Allah hadirkan aku kawan-kawan yang baik. Sentiasa bagi semangat, ambil berat dan setia dengar luahan cerita sedih aku. Walaupun tak ramai but it’s okay. 

Bak pepatah Melayu, “ rambut sama hitam, hati lain-lain.”

 Orang putih kata “don’t judge a book by its cover.” 

Dan sekarang aku percaya. Pepatah itu tak wujud saja-saja.

 “ Aku maafkan kau” – To mangkuk From stranger ;0 

*****

Tempat Latihan (Practical).

 Mula-mula masa praktikal rasa sangat seronok. First time dapat rasa suasana kerja namun rasa itu tak lama .Aku dan Amira adalah partner untuk praktikal kali ni. Sudah la jadi anak perantau, diuji lagi dengan pelbagai dugaan. MasyaAllah.

Pendekkan cerita last day tu ada perjumpaaan bersama executives. Lepas asar kami berkumpul di bilik meeting.

 “Takutnya” kata Amira mula cuak.Ah sudah ! 

.Seperti dah dapat agak apa yang bakal terjadi dan memang itulah yang sedang terjadi.beberapa orang executive sudah masuk dan mengambil tempat di depan kami.Air muka masing-masing tak usah cakap la.

 Pung pang pung pung giliran mereka bercakap. Antara ayat yang paling aku ingat .

.‘Akak tak kisah korang yang tak nak belajar.Korang yang tak nak bertanya,jadi bodoh sombong “ laju saja keluar dari mulut seorang penyelia .

 “akak rasa korang macam tak belajar apa-apa,nothing ! ‘ tambahnya lagi.

 Aku dah mula panas hati dan tak senang duduki.Ikutkan hati mahu saja aku keluar dari situ .Namun rasa hormat tetap kami diamkan diri dan terima segala nasihat dengan hati yang terbuka.

 ‘kalau seorang anak kecil mesti rujuk mak yang melahirkan diakan ?” celah salah seorang daripada mereka. 

Ya,kami mengiakan semua itu.Tapi kami ini pelajar yang datang untuk belajar.Kalau salah tolong tunjukkan,Ini tidak ,mereka hanya diamkan diri,perhati dan mengata di media social. 

Update status tak puas hati di Facebook, di ruangan aplikasi WhatsApp.


 “jangan ditegur harimau sedang tidur “

 “Bodoh takpe, jangan jadi bodoh sombong ! “ 

“Biasalah kerja budak-budak baru nak up “

 “Jangan terpengaruh dengan operator. Jaga gap , Korang ni level ijazah “ 


Ah penat dengan semua ni.Nak kata tak buat kerja semuanya kami turutkan saja.Kalau betul kami salah, tegur jangan tengok kami asyik dengan kesalahan itu. Manusia mana tak buat salah. Nama pun budak praktikal .Hmm.

 Kejap sebelum aku lupa. Ada sesuatu yang terjadi dua atau tiga hari sebelum meeting tu. Di depan professor yang menilai, kami seolah dihentam para penyelia.


 “Ini kenapa carta organisasi lain?”

 “kenapa tak minta softcopy dengan akak?” 

“Yang ni ambik kat mana ? sijil lama ! “


 Itu salah,ini salah bila satu persatu helaian laporan akhir dibeleknya di hadapan penyelia akademik.

 “Allahu,habis la markah aku “ sekadar monolog dalam hati yang mula gelisah.

 Yang peliknya kenapa baru tengah hari itu mereka beritahu kesalahan kami. Sedangkan sudah di email dan di check softcopy final report.

 “Dah okay ke report kami?” Tanya aku pagi sebelumnya semasa laporan itu di check oleh penyelia latihan .

 ‘okay dah ni” balasnya bersahaja. 

Tuhan saja yang tahu perasaan kami usai present dalam keadaan down yang teramatt. 

“kamu terlalu low confident ,banyakkan berinteraksi dengan penyelia, perlu diperbaiki lagi” komen prof sebelum mengundurkan diri.

 Dan hari itu hujan lebat seolah-olah memahami. Aku dan Amira masing-masing mendiamkan diri.Deraian air mata menceritakan kisah kami. 

Tapi Allah itu tak pernah tidur.Dia tak pernah mengabaikan kami. Masih ada yang memahami, menolong dan melayani seperti anak sendiri. 

“Terima kasih, saya sayang korang.”

 Maka berakhirlah episod musim latihan kami di kota .

 “Allah tak akan menguji kita dengan benda yang luar dari kemampuan kan? “

 So,put your trust because Allah is the best planner . 

*****

Tanpa sedar air mata mengalir dari tubing ke pipi. Hangat. Aku pejamkan mata dan senyum.

 “Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.Kerana rahmat dan kasih sayangMu aku masih lagi meneruskan sisa hidup ini.”

 Air mata ku kesat dengan hujung jari. Muka diraut perlahan.Terus bangun dengan semangat untuk memulakan pagi ini dengan penuh rasa syukur.

 “Tuhan itu ada, 

Syukur untuk nikmatNya ,

Sedar diri dan percaya ,

Ada hikmah sebalik kisah duka ,

Memang kisah kita tak sama,

 Tapi kita punya Tuhan Yang Esa ,

Doa dan teruskan percaya,

 Rahmat Allah tiada batasnya.” –  


TAMAT .

 p/s : Maaf ayat campur aduk pelbagai bahasa dan gaya. Yang baik datang dari Dia .



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.