Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Buku Fantasi Dunia
Dunia
Mr.Vampire
26/4/2018 17:11:16
3,003
Kategori: Buku
Genre: Fantasi
Bab 5

7 Tahun lalu


Adam melihat kearah hutan yang ditegah keras oleh ibu bapanya daripada melangkah masuk kesana. Jiwa mudanya meronta untuk berjalan sekitar hutan itu. Adam yang ketika itu berumur 8 tahun, masuk kembali kedalam rumahnya. Memikirkan cara untuk masuk kedalam hutan tanpa diketahui oleh kedua ibu bapanya.



AMIRUL berjalan di tepi sungai yang memisahkan hutan kediamannya dengan Creepy World  dengan langkah yang tenang. Walaupun umurnya masih kecil tetapi dia sudah berpengalaman dalam memburu rusa untuk dijadikan makanan. Hidup mereka sebagai Werewolf menyukarkan mereka untuk keluar kedunia luar. Ancaman daripada manusia berleluasa sehingga menyebabkan mereka tidak boleh keluar. Manusia, bermacam ulahnya.

     Tiba-tiba Amirul merasakan belukar dihadapannya bergerak-gerak dan terdengar suara mengaduh sakit. Terus Amirul kesana. 

     Amirul menguak belukar itu. Adam yang ketika itu terduduk akibat tersadung batu terkejut melihat kedatangan Amirul. Walau bagaimanapun, Adam tidak dapat melarikan diri kerana lukanya yang agak dalam.

    Amirul yang ketika itu dalam sarungan manusia, terus membantu Adam.

    "Kau ni siapa?" Adam tanya setelah kakinya dibubuh akar kayu daripada Amirul.

     "Aku Amirul, daripada golongan werewolf." Adam terkejut tetapi bijak menyorokkan kejutannya. Dia seorang pemburu. 

     "Kenapa pihak werewolf selalu menyerang manusia?" Adam cuba mengorek rahsia. Amirul tersengih melihat Adam.

     "Kau masih budak dan sama umur dengan aku. Tapi kau perlu tahu, pihak pemburu yang selalu menyerang kami untuk mendapatkan sesuatu yang berharga dari kami." Amirul memberitahu. 

     Adam yang mendengar cerita itu terus terdiam. Rupanya selama ini pihak pemburu yang memulakan peperangan, mujurlah ibu bapanya bukan daripada kalangan pemburu. Dirinya dihantar ke akademi pemburu oleh orang tuanya. Tetapi ada sesuatu yang perlu dia tahu.

     "Apa barang berharga yang disimpan oleh werewolf?"

     Amirul terus memusatkan matanya memandang wajah Adam. Setelah mendapati Adam bukan dari kalangan si penipu. Amirul terus memberitahu.

     "Blade of moon blood" 

Adam mendengar dengan tekun. Amirul memandang  luka dikaki Adam.

    "Macam mana dengan luka kau tu?" 

     "Dah okey, terima kasih," Adam menghulurkan tangan tanda berkenalan. Amirul tersenyum lalu menyambut tangan Adam.

     "Aku tolong kau, kau tolong aku," Mereka berdua menyebut serentak. Ketawa diantara mereka pecah.


Mr. Vampire berlari dengan kencang apabila dirinya dikejar seekor Harimau yang menghuni rimba bersebelahan dengan Creepy Wood. Lariannya kencang sehingga melanggar semak belukar yang ada dihadapannya. Setelah mendapati dirinya selamat daripada dikejar seekor harimau, dia terus melompat kedalam belukar yang ada dihadapannya untuk tujuan bersembunyi sebentar. Namun malangnya, lompatan itu terkena kepala seorang budak sebaya dengannya apabila dia mendarat.

     Adam yang mengaduh kesakitan akibat terjahan tanpa sengaja yang dilakukan oleh Mr. Vampire melihat kearah budak itu. Amirul juga memandang kearah yang sama.

     Mr. Vampire yang juga kesakitan terkejut apabila melihatdua budak yang sebaya dengannya memandang kearahnya.

     "Korang ni siapa?" Tanya Mr. Vampire.

     "Kau tu siapa, langgar-langgar orang pulak," Adam merungut. Mr. Vampire tersengih apabila merasakan dirinya selamat.

     "Minta maaflah, tadi aku kena kejar dengan harimau, sebab tu aku lari tak tentu hala," Mr. Vampire meminta maaf.

     "Aku Amirul," Amirul memperkenalkan dirinya. Matanya melirik kearah Adam.

     "Aku Adam," Adam pula memperkenalkan dirinya. Mr. Vampire memandang kearah Adam dan Amirul.

     "Kau pulak," Pinta Adam.

     "Aku Mr. Vampire," Adam dan Amirul berpandangan sesama sendiri. Rupanya kenalan mereka daripada Vampire. Golongan atasan Untold World. Mr. Vampire tersengih melihat air muka dua kenalannya itu.

     Tidak lama kemudian mereka terdengar bunyi derak kayu dipijak. Serta-merta mereka menunduk. Adam mengintai dibalik belukar tempat persembunyian mereka. Matanya terbuntang luas.

     "Kau bawak harimau datang sini?" Adam bertanya cemas. Amirul terus bangkit lalu keluar dari tempat persembunyian mereka, Adam dan Mr. Vampire memandang Amirul pelik.

     Harimau itu menyeringai apabila ternampak Amirul. Bintang buas itu terus berlari mendapatkan Amirul yang disangka mangsanya. Belum sempat ia membuat terkaman, lehernya dipatahkan dengan mudah oleh Mr. Vampire, entah dari mana dia datang. Amirul tersentak.

     "Lajunya dia ni," Adam keluar dari tempat persembunyiannya. Mr. Vampire tersengih nakal.

     "Harini kita keluarga," Kata Mr. Vampire. Amirul tersenyum. Begitu juga Adam. Bermula episod persahabatan diorang




     

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.