Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
43,240
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 9

9

“ZUF, nanti kita pergi bank ya?”

Dr. Zufri sempat tersenyum ke Fida sebelum mengangguk untuk setuju menyinggah ke bank. Seperti biasa, beginilah rutin bulan Ramadan Dr. Zufri dan Fida. Selepas pukul empat petang, jikalau Dr. Zufri tiada kerja di hospital, dia akan menjemput Fida di pejabatnya. Setelah itu mereka berdua akan ke bazar Ramadan ataupun menempah meja di restoran kegemaran mereka untuk berbuka.

Jikalau mereka berdua sama-sama kepenatan, Dr Zufri dan Fida akan masak bersama di rumah mereka. Cumanya hari ini, Fida dan Dr. Zufri bercadang untuk berbuka di rumah Puan Murni. Puasa hanya tinggal lima hari sahaja lagi. Bila lagi nak berbuka puasa bersama keluarga Fidakan? Minggu lepas sudah bersama keluarganya. Tumpang masih hidup berdua begini, gunakanlah masa sepenuhnya untuk keluarga. Kalau dah ada cahaya mata, nampaknya Dr Zufri dan Fida terpaksalah berbuka di rumah mereka sahaja.

Dr. Zufri memakirkan kereta Gen-2nya di hadapan Maybank Taman Tun Dr Ismail. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bank.

“I nak cash deposit dekat my mum. You nak pergi ATM ke?” tanya Dr. Zufri kepada isterinya.

Fida yang sibuk menyelongkar beg tangannya mendongakkan kepala. “Yes. Kalau dah selesai, I tunggu you dekat depan ni tau.”

Pasangan suami isteri ini berpisah untuk menyelesaikan pekerjaan masing-masing. Sedang Fida khusyuk menatap skrin mesin ATM, seorang lelaki yang berseluar jeans lusuh dan bert-shirt putih beratur di sebelah mesin ATMnya yang juga bersebelahan dengan mesin deposit suaminya, Dr Zufri.

“Hello?” Lelaki itu meletakkan telefon ke telinganya. Mesin ATM tidak disentuh.

Hanya mereka bertiga sahaja yang berada di dalam kawasan pengeluaran wang tersebut. Fida mula mengerlingkan matanya ke arah lelaki itu. Macam pernah nampak mamat ni… tapi kat mana ya?

“Haa ada pun you! Mana you pergi tadi? Jangan nak main-main dengan I ya! You hutang dengan I dekat setengah juta lagi tau. I check kat ATM you tak masukkan duit lagi,” kata lelaki itu dalam nada tinggi.

Terbeliak mata Fida mendengarkan bicara lelaki itu. Amboi! Setengah juta tu orang berhutang dengan dia. Kaya gila. Tapi perlu ke cakap kuat-kuat?

“Bila? Bila you nak bagi ni? I nak fly cepat-cepatlah. You pun tahu masalah I kan!” Lelaki itu mula naik angin. Wajah putihnya memerah. Geram agaknya dengan teman yang berada di corong sebelah sana. Yalah, hutang setengah juta kan?

Dr. Zufri yang sudah selesai urusannya mendekati Fida. Matanya dikedip-kedipkan supaya Fida selesaikan urusannya secepat yang mungkin. Dia tidak suka akan keberadaan lelaki itu di situ.

Fida mempercepatkan urusan pengeluaran wang. Sebaik sahaja kakinya hendak melangkah keluar dari bank tersebut, langkahnya terhenti apabila terdengar sambungan bicara lelaki itu.

“You jangan nak berdalih-dalih. Jangan ingat I ni bodoh dan tak berani nak beritahu Adam semuanya. Semua yang you buat dekat Arlisa. You fitnah Arlisa dengan I supaya Adam benci dia. I beri you tempoh masa satu hari. Kalau you tak bayar duit I, I akan berjumpa dengan Adam dan beritahu hal yang sebenar tentang Arlisa dan sikap sebenar you!” kata lelaki itu lantang lagi jelas.

Fida dan Dr. Zufri saling berpandangan. Arlisa? Adam? Mulut mereka terkumat-kamit memberi isyarat. Sah! Ini Kamal. Dr Zufri dengan pantas menarik lengan isterinya masuk ke dalam kereta mereka.

“You, kita nak buat apa ni?” tanya Fida cemas.

Call polis. You call Adam. Biar I contact polis sekarang,” arah Dr Zufri.

***

USAI panggilan telefon dibuat oleh Dr. Zufri, tak sampai sepuluh minit polis datang memberkas Kamal yang masih tercongok di mesin ATM Maybank Taman Tun Dr Ismail. Syukurlah lelaki keparat itu tidak ke mana-mana. Kalau tak, terlepas lagilah dia dari tangkapan polis.

Adam yang mendapat panggilan Fida bergegas ke Balai Polis Kota Damansara. Dia datang bersama Sofea yang kebetulan berada di pejabat dan beriya-iya mahu menemani Adam ke balai polis. Namun sebaik sahaja tiba di balai, Sofea mengambil keputusan untuk hanya menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba dia terasa cuak pula jikalau Kamal ternampak akan dirinya dan berkata yang bukan-bukan pada Adam tentang dia.

Setelah selesai proses pengecaman wajah Kamal oleh Adam, pihak polis memberitahu yang Kamal juga terlibat dalam beberapa siri jenayah lain. Kebanyakan jenayah adalah seperti peras ugut, pukul dan penipuan wang. Syukurlah akhirnya Kamal tumpas juga ke tangan pihak berkuasa. Yang paling penting, keselamatan keluarga dan anak-anak Adam terjamin.

Sofea yang mengintai dari kenderaannya terlihat kelibat Adam, Fida dan Dr. Zufri keluar dari balai polis. Bergegas dia turun dari keretanya dan mendekati mereka bertiga. Seperti biasa, dia datang menyendeng ke Adam sambil mencakukkan tangan lelaki itu ke tangannya.

Fida dan Dr. Zufri hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Perbuatan Sofea memualkan tekak mereka. Tak faham bahasa agaknya si Sofea ni? Adamkan dah berkahwin! Kenapa masih nak ributkan keadaan yang sudah sedia tornado ni?

“Hmm… Adam, I dengan Zuf nak balik dululah. Kami plan nak berbuka dengan mama. How about you?” tanya Fida sambil menjeling tajam ke arah Sofea. Muka tak tahu malu!

“Oh… I…” Mata Adam melirik pada Sofea. Nak berbuka dengan Sofea lagi ke? Ah bosannya! Nanti Sofea tak habis-habis bercerita akan perkahwinan impiannya, perasaan mendalamnya terhadap Adam dan juga fesyen baju apa yang belum dimilikinya lagi.

“Kalau you tak decide lagi… I nak ajak you makan kat rumah ajelah. Lagipun ada perkara penting yang I nak beritahu you. I think… I dengan Zuf dah faham apa masalah you dengan Arlisa. Dan kami berdua tahu siapa puncanya,” ujar Fida berterus terang. Nasiblah apa yang Sofea nak fikir. Dia memang kurang suka dengan perilaku Sofea yang kian menjadi-jadi itu. Kalau dulu lainlah. Dia pada masa itupun masih lagi berperangai keanak-anakkan.

Jantung Sofea tersentak apabila Fida bercakap soal permasalahan Adam dan Arlisa. Dia tahu? Dia dan Dr. Zufri tahu apa puncanya! Alamak… takkanlah Fida tahu yang dia dalang di sebalik semua perkara yang telah berlaku ini.

“You tahu puncanya? Maksud you apa ni?” Berkerut dahi Adam mendengar bicara Fida. Macam mana Fida boleh tahu? Sedangkan dia dan Arlisa langsung tidak buka mulut mengenai hal ini.

Fida berkalih ke arah Dr Zufri. Patutkah dia perkatakan soal ini di hadapan Sofea?

“Adam… you nak tahu sekarang ke… atau you nak tahu nanti balik?” tanya Dr. Zufri pula.

For surelah I nak tahu sekarang!” tegas Adam. Tangannya yang berada di rangkulan Sofea ditarik keluar. Kali ini Adam serius.

Sofea pula sudah sedia menelan air liurnya untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan Fida. Jikalau namanya tersangkut, nampaknya Sofea terpaksa cepat-cepat mengundurkan diri. Tetapi jikalau namanya tidak disebut, nampaknya dia masih ada harapan untuk terus berusaha memiliki Adam.

“Adam, you dah salah sangka dengan Arlisa. Sebenarnya masa I dengan Zuf kat ATM bank tu, kita orang terdengar apa yang Kamal bincangkan mengenai you dan Arlisa dengan seseorang yang tak dikenali dalam telefon.

Kamal cakap yang dia dibayar untuk fitnah Arlisa supaya you benci isteri you. Tujuan dia ke bank tu adalah untuk collect duit bayaran kerja dia. I tak tahu dengan siapa dia berurusan dan cara macam mana dia cuba fitnah Arlisa but he did it dan dia mengaku! I harap you dapat pertimbangkan sesuatu dari apa yang cakap ni, Adam…” jelas Fida.

Sofea yang berada di sebelah Adam menarik nafas lega. Nasib baik namanya tidak bersangkutan! Tetapi… Adam percaya ke dengan kata-kata Fida tu? Kalau ya, susahlah dia!

“You sure ke ni Fida? You sure dengan apa yang you dengar ni? Siapa yang sanggup buat I dan Lisa macam ni?” soal Adam semula. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dijelaskan Fida. Kalau macam tu… ini bermakna pertemuan Lisa dan Kamal pada malam tu hanyalah perangkap! Kamal telah disuruh oleh seseorang untuk memerangkap Arlisa dan mengambil gambar-gambar fitnah tersebut. Setelah itu, gambar-gambar itu diposkan kepadanya supaya dia bersangka buruk terhadap Arlisa. Cis! Tak guna betul sikap manusia dengki seperti ini.

“Adam, demi ALLAH… I dan Fida dengar benda tu semua dari mulut Kamal. I rasa tindakan you terhadap Arlisa tu… it’s too harsh. Dia tak bersalah langsung,” sokong Dr. Zufri.

Sofea bagaikan cacing kepanasan. Menggelegak hatinya mendengar bicara kedua-dua suami isteri ini.

“Eh you guys ni biar betul? Euw… I ni tak percaya sangatlah dengan Lisa tu,” celah Sofea tiba-tiba.

“Yelah… you tak percaya sebab you memang suka Adam dan Lisa berpisahkan?” bidas Fida selamba. Penat kudratnya bercakap dengan orang macam ni!

Adam menutup matanya rapat. Mengingati semula segala perkara yang telah dilontarkannya terhadap Arlisa. Segala caci maki dan kata kutukan yang tidak berasas. Astaghfirullah! Apa yang telah aku lakukan?

“I kena pergi dulu. Jumpa kat rumah nanti ya,” kata Adam setelah membuka matanya. Sofea ditinggalkannya tanpa pamitan.

***

Previous: PART 8
Next: PART 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.