Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
43,253
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 8

8

PINTU utama rumah ditolak buka dengan perlahan-lahan. Tepat pukul 11 malam Adam tiba di rumah. Keadaan ruang tamu yang samar-samar tak berlampu itu membuatkan Adam sedikit cuak. Lalu langkahnya dipantaskan naik mendaki tangga.

Namun belum sempat dia sampai ke anak tangga yang paling atas, nama Adam disahut kuat dari bawah. Adam mengalihkan badannya dan kelihatan Puan Murni sedang bercekak pinggang sambil membuat mimik wajah garang.

“Pergi mana? Malam baru nak balik,” soal Puan Murni lagak polis.

Adam tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hatinya masih lagi sakit. Mama tidak memahami apa yang sedang dilaluinya. Mama hanya pandai… Ah!

“Keluar dengan kawan.”

“Kawan mana? Sofea?” tebak Puan Murni.

“Ya. Sofea,” jawab Adam berterus terang. Langkahnya dipanjangkan naik ke anak tangga terakhir.

“Adam! Mama tak habis cakap lagi dengan kamu ni! Kenapa keluar dengan Sofea? Dah lupa dah kat rumah ni ada isteri, ada anak?” Puan Murni meninggikan suara. Degil! Sejak bila perangai degilnya ini datang kembali?

“Mama, Adam nak mohon dengan mama supaya jangan masuk campur hal urusan rumah tangga Adam. And please… don’t defend you beloved daughter-in-law tu! She is just the samelah!” ujar Adam tajam. Langkah kakinya terus berjalan laju menuju ke kamarnya dan Arlisa.

Puan Murni mengejar dari belakang, namun dia terpaksa mematikan langkahnya kerana penat berjalan terlalu pantas. Astaghfirullah! Apa kena dengan si Adam ni! Tiba-tiba nak samakan Arlisa dengan Arissa pula.

Arlisa yang sedang mengintai Adam dari balik pintu kamar tersentak apabila lelaki itu menolak pintu biliknya kasar. Wajah Adam bengis dan kelat. Matanya langsung tidak menyinggah wajah Arlisa.

“Adam… kenapa awak cakap macam tu dengan mama?”Arlisa mendekati Adam yang sedang berdiri di hadapan almari. Bahu suaminya itu disentuh lembut.

“Don’t act like an angel, Lisa!” tengking Adam kasar sambil menjegilkan matanya. Almari baju dibuka dan sepasang pijama dibawa keluar.

“Apa yang I buat dekat you sampai you layan I macam ni, Adam?” soal Arlisa. Nanar otaknya memikirkan soal ini dari petang tadi sehinggalah ke malam. Kenapa Adam melayannya begini? Kenapa?

“Jangan tanya I macam-macam. You tahu jawapannya. You dan Arissa tu sama saja. Mula-mula memanglah baik… lepas tu…” Adam tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Kepalanya tergeleng-geleng laju. Di matanya hanya terimbau gambar-gambar mesra Arlisa dan Kamal.

“Kenapa you nak samakan I dengan Arissa? Kan kita dah berbincang dulu sebelum kahwin, you takkan ungkit pasal kakak I. Adam…” Arlisa menitiskan air matanya deras. Tangan Adam disentuh lembut.

Walau bagaimanapun, sentuhan itu ditepis Adam. Kakinya pantas berjalan menuju ke pintu kamar.

Arlisa tidak berputus asa. Adam diekorinya dari belakang. “Adam… you nak ke mana ni?”

“Lisa, you dengar sini baik-baik ya! Mulai hari ini, kita tidur asing-asing. Macam dulu-dulu…” kata Adam tegas tanpa berpaling wajahnya ke Arlisa. Seterusnya, pintu kamar tersebut dihempas kuat ke muka Arlisa.

Pernyataan Adam membuatkan jantung Arlisa hampir-hampir berhenti berdetak. ‘Ya ALLAH, tergamak sungguh dia! Adam dah tak sayangkan Arlisa lagi ke?’ rintih hati Arlisa yang sudah parah ditoreh kesedihan.

***

PAGI yang mendung. Hujan mulai turun rintik-rintik ke bumi. Adam Farhan yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja di kamarnya terdengar akan bunyi tangisan Anissa dari bilik sebelah. Hatinya berdetak kencang. Rindu pada Anissa. Rindu tidurkan Anissa dan saling bergilir-gilir berjaga malam bersama Arlisa.

Sudah dua hari Adam dan Arlisa berpisah tempat tidur. Mereka tidak berbicara antara satu sama lain. Malah Adam selalu menjauhkan dirinya dari Arlisa apabila isterinya itu mendekat dan cuba untuk berbincang mengenai masalah mereka. Perasaan Adam remuk seperti remuknya hati dia semasa Arissa menipunya dahulu. Dia tidak boleh lagi mencintai wanita lain seperti mana dia mencintai Arlisa. Namun kini, dia juga tidak boleh mencintai Arlisa lagi kerana cintanya kini telah didustai.

Walau bagaimanapun, tangisan Anissa menggerakkan hati Adam untuk berkunjung ke kamar isterinya. Dia tidak masuk ke dalam tetapi cukup hanya mengintai dari celah pintu melihat Arlisa mendodoikan Anissa tidur. Wajah isterinya tampak sedih dan matanya bengkak seperti tidak cukup tidur. Namun Arlisa tetap tersenyum apabila dia mendodoikan Anissa tidur. Pada saat ini, Adam mengakui yang Arlisa memang seorang ibu yang baik. Bukan sahaja untuk Anissa tetapi untuk anaknya juga, Ameera.

“Hai anak mama ni kenapalah tak nak tidur?” Arlisa merungut kecil. Dahinya berkerut bimbang melihat Anissa yang asyik menangis.

Akibat letih berjalan ke sana ke mari, Arlisa duduk di kerusi panjang yang terletak berhadapan dengan katil. Anissa dibaringkan ke dadanya. Sambil-sambil itu belakang anaknya itu diusap perlahan.

Adam menelan air liurnya. Perit. Perit hati ini melihat keadaan Anissa begitu. Dia tidak sanggup! Namun oleh kerana amarahnya terhadap Arlisa, dia terpaksa! Adam menarik pintu kamar yang renggang itu rapat. Kakinya mula melangkah turun ke tangga.

Namun sebaik saja dia memulakan langkah, suara Arlisa yang berselawat untuk mendodoikan Anissa itu mematikan langkahnya. Ya ALLAH… suara isterinya memang merdu! Teringat lagi dia kali pertama mendengarkan suara Arlisa mengalunkan ayat-ayat Al-Quran semasa mengajar Ameera mengaji dahulu. Pada ketika itu, Arlisa belum lagi menjadi isterinya dan dia menyamar sebagai Arissa.

Bibir Adam diketap kuat. Adakah apa yang dia lihat di gambar-gambar itu benar? Ataupun ada orang yang ingin merosakkan hubungan dia dan Arlisa? Tak mungkinlah Arlisa sebaik ini mampu berbuat perkara sejahat itu. Dia kenal Arlisa! Arlisa bukan Arissa. Mereka berbeza.

Adam kembali ke kamar isterinya. Pintu bilik tersebut ditolaknya lembut. Arlisa yang sedang leka berselawat tersentak melihat kehadiran Adam. Mata mereka saling bertentangan, namun tiada sebarang kata yang terkeluar dari lidah masing-masing.

Setelah diam beberapa saat, Adam terpaksa bersuara. Tangannya dipanjangkan untuk menyentuh Anissa. “Biar I tidurkan dia. Mungkin… dia rindu I,” kata Adam tanpa perasaan.

Arlisa tersenyum. Akhirnya Adam meruntuhkan egonya yang tinggi! Namun Arlisa mengambil keputusan untuk tidak berbicara sepatahpun. Dia bimbang kata-katanya mampu melukakan Adam. Adam nak tolong tidurkan Anissa pun dah satu rahmat! Tangannya Arlisa pantas mengangkat Anissa dan menyuakan anaknya itu ke Adam.

Saat Anissa berada di pelukan Adam, anak kecil itu tak sampai sepuluh minit sudah terlelap lena. Memang benar dia rindukan ayahnya. Dua hari Adam tidak ambil pusing langsung mengenai Anissa. Dua hari itu jugalah Arlisa mengalami kepayahan dalam menidurkan Anissa. Syukurlah, hati Adam terbuka hari ini untuk menyentuh Anissa, getus hati Arlisa.

Setelah Anissa lena dipangkuannya, Adam meletakkan anaknya tidur di katil kecil bayi itu. Tanpa berlengah, Adam membuka pintu kamar dan bercadang untuk melangkah kelur dari kamar tersebut.

“Adam… tunggu.” Arlisa menahan Adam dari pergi. Dia tahu pasti ada sesuatu yang telah dilakukannya yang membuatkan Adam begitu marah dan benci terhadapnya. Arlisa tidak betah lagi hidup begini. Dia ingin memohon kemaafan Adam dan mengetahui apa salahnya.

Tubuh Adam perlahan-lahan berpaling. Dia menatap Arlisa dengan wajah yang tidak berperasaan langsung. Seperti sudah terhapus rasa cintanya pada Arlisa walaupun jauh di sudut hati dia amat merindui wanita ini.

“I cuma… nak minta maaf kalau I ada buat salah dengan you. I tak tahu apa salah I tapi… tolonglah maafkan Lisa, Adam. Lisa tak boleh hidup macam ni. Lisa sayangkan Adam. Lisa sayangkan hubungan kita,” ujar Arlisa yang sudah berkaca matanya.

Adam terdiam. Niat di hatinya ingin meluahkan segala-galanya. Biar Arlisa tahu. Biar kebenaran sebenar dapat dinyatakan Arlisa atas apa yang telah terjadi. Namun dia takut Arlisa mengakui semua yang dilihatnya itu benar. Dan juga memang benar Arlisa curang kepadanya!

“Adam… jangan diam macam ni. Kalau Arlisa ada buat salah dengan Adam, tolonglah cakap dengan Lisa apa salah Lisa,” kata Arlisa lagi. Air matanya sudah mencurah-curah turun.

“Betul Lisa nak tahu?” Adam menarik nafasnya tinggi. Berat hatinya untuk menyatakan semua ini. Berat! Tangan Arlisa ditariknya keluar bilik menuju ke biliknya.

“Duduk,” kata Adam sambil menunjukkan arah ke katilnya. Adam menggodek beg sandang kulit yang selalu digunakan untuk ke tempat kerja. Sekeping envelop bersaiz A4 dikeluarkan dan dihulurkan ke Arlisa.

Arlisa bingung dengan pemberian Adam. Apa semua ni? Surat apa pulak ni?

“Bukalah… cepat,” arah Adam tegas.

Tangan Arlisa dimasukkan ke dalam envelop tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mengeluarkan isinya. Empat keping gambar. Empat keping gambar dirinya dan Kamal dalam aksi yang sangat mengelirukan! Astaghfirullah!

“Ya ALLAH…” Arlisa menekup mulutnya rapat. Air matanya sekali lagi berderai. Memang salah dia. Ini akibat yang perlu dia tanggung atas dosa yang telah dia lakukan.

Can you explain this to me? Apa semua ni? Is this you?” soal Adam bertubi-tubi. Jauh di sudut hati Adam, dia masih berharap yang Arlisa akan menidakkan gambar-gambar itu semua adalah dirinya. Adam tahu yang Arlisa tidak akan tergamak melakukan semua ini kepadanya.

“Adam… Lisa minta maaf. Ya, memang semua ni gambar Lisa. Memang Lisa berjumpa dengan dia. Maafkan Lisa, Adam… Maafkan Lisa…” ucap Arlisa sebak.

Kata-kata Arlisa bagaikan renjatan elektrik menusuk ke jantung Adam. Sangkaannya meleset! Arlisa mendustainya! Arlisa curang!

Adam memalingkan wajahnya dari menatap wajah Arlisa. Air matanya bergenang di kolam mata. Namun Adam menahannya dari tertumpah. Ego Adam membesar. Dia tidak menyangka perkara seburuk ini berlaku kepadanya buat kali yang kedua.

Great Lisa. Terima kasih sebab buat suami you macam ni. I tak sangka yang you ni… sejahat ni. Syaitan yang bertopengkan manusia!” tengking Adam.

Tangisan Arlisa makin melebat. Ya ALLAH, Adam tersalah anggap akan semua ini walaupun memang sungguh dia bersalah atas semua yang terjadi.

“Adam, you kena dengar dulu apa yang I nak cakap dengan you. I can explain all this.”

Explain what Lisa? Selepas you mengaku yang you jumpa Kamal, you nak explain apa lagi?” Adam menyentap bahu Lisa. Pandangannya tajam merenung mata Arlisa yang dipenuhi air mata.

“Tak… ini semua bukan macam you sangkakan. I takkan buat you macam ni. Walaupun I mengaku yang I memang jumpa dengan Kamal. I isteri yang derhaka. I keluar tanpa kebenaran you. I buat keputusan tanpa beritahu you. Tapi I buat semua ni sebab I nak selesaikan semua masalah ni. You kena faham, Adam. I takkan curang dengan you. I sayangkan you…” luah Arlisa bersungguh-sungguh.

Shut up! Jangan cakap yang you sayang I! You sanggup jual diri you untuk selesaikan masalah ni haa?” Adam tidak dapat mengawal perasaannya. Amarahnya makin membuak-buak. Dia terlupa yang dia sedang menjalani ibadah puasa!

No! No! Demi ALLAH, I tak buat macam tu Adam. Dalam hati I hanya ada you dan anak-anak kita. Kalau I nak buat macam tu… I takkan kahwin dengan you. I takkan berkorban segala-galanya hanya untuk kebahagiaan kita. I takkan… khianati kakak I sendiri dengan berkahwin dengan you…” bicara Arlisa dengan nada suara yang makin mengendur. Ingatannya terhadap Arissa membuatkan hatinya pedih. Semua yang berlaku adalah berpunca dari dirinya yang tamak akan cinta. Dia cintakan Adam tetapi dia terlupa yang Adam itu adalah suami kakaknya yang terdahulu.

“Sudahlah Lisa. Enough of this jokes. I can’t take this anymore. You boleh cakap apa yang you nak cakap, but nothing is going to change!” Adam menolak badan Arlisa keluar dari kamarnya. Pintu biliknya ditutup rapat. Mereka berdua berdiri di koridor saling memalingkan wajah.

“Adam… I mohon pada you untuk dengar penjelasan I. Apa yang Kamal nak dengan I pada malam tu… Dia datang untuk cakap dengan I yang dia tak nak ugut kita lagi… Dia….”

“Enough Lisa!” potong Adam. “You dengar sini ya… The only reason why I’m still here living with you is because of Anissa and Ameera. Anak-anak I. Dan juga mama. Sebab I tahu mama akan jadi gila tanpa you. I tak tahu apa yang you dah buat dengan mereka semua, but you did it!

Tapi dalam hati I ni… rasa cinta tu dah remuk. Hilang! I tak tahu kenapa TUHAN selalu beri I ujian ini. Bila I cintakan seseorang, hati I selalu akan dihancurkan. I sangka you adalah wanita yang paling baik yang pernah I jumpa… but then I realized something. Nobody is perfect. And there are no such things as angels living on earth.”

Adam berlalu turun dari tingkat atas. Manakala Arlisa pula dibiarkan terpaku di situ tanpa belas kasihan. Adam benar-benar membencinya. Adam benar-benar tidak mencintainya lagi! Kini hatinya juga remuk. Sama seperti Adam walaupun dia tidak dikhianati kerana dialah yang mengkhianati janji-janji mereka berdua. Arlisa dihenyak perasaan bersalah. Bersalah kerana keluar tanpa kebenaran suami. Bersalah kerana mengingkari kata-kata suaminya.

Tanpa Arlisa dan Adam sedari, Fida tekun mendengar perbalahan mereka berdua dari kamar Puan Murni. Puan Murni yang berada di belakang Fida menggosok-gosok dadanya. Penat dan sesak dadanya melihat ulah suami isteri itu. Astaghfirullah… sampai bila masalah mereka ini akan selesai?

***

Previous: PART 7
Next: PART 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail