Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 47




          ‘Nasib baiklah ada Faila dengan Hany. Kalau tak ada diorang tadi, entah siapa pula aku nak minta tolong. Jenuh aku,’ fikir Laura seketika. ‘Kesian kat budak ni. Nasib baik jugalah diorang ada simpan alamat ni. Kalau tak ada, tak pasal-pasal dalam kes polis.’ Laura hanya bermonolog sahaja.

          “Aunty.” Panggil budak perempuan itu.

          “Ye sayang.” Sahut Laura sambil dia menumpukan pada pemanduannya itu.

          “Kalau Mira nak tanya sikit, boleh?”

          “Boleh, Mira. Nak tanya apa tu?” Laura mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Nama penuh Aunty apa?” Tanya budak si cilik itu.

          “Ouhh, panggil je Aunty Laura.” Senyum Laura.

          “Baik, Aunty Laura.” Balas senyuman Mira itu.

          “Aunty Laura.” Panggil Mira lagi.

          “Iye Mira.” Laura hanya melayankannya sahaja.

          “Nak tanya lagi, boleh?”

          “Boleh, Mira. Nak tanya banyak-banyak pun boleh.” Tersenyum Laura lagi.

          Mira mula ketawa seketika.

          “Aunty Laura ni anak yatim piatu juga ke macam Mira.”

          Tersentak Laura seketika apabila mendengar pertanyaan daripada budak perempuan itu.

          “Aunty masih ada lagi papa dengan mama. Alhamdulillah, umur diorang masih panjang lagi.” Jawab Laura dengan tenang.

          “Mesti best kan, dapat kasih sayang mak dengan ayah Aunty. Mira langsung tak dapat rasakan kasih sayang mak dengan ayah Mira.” Sayu sahaja budak perempuan itu mengadu.

          “Mira jangan cakap macam tu. Walaupun mak ayah Mira dah tak ada, tapi Mira masih ada orang yang sayangkan Mira. Betul, kan.” Pujuk Laura seketika.

          “Betul cakap Aunty. Orang-orang kat rumah anak yatim tu, semua ambil berat pasal Mira. Acik Wan ambil berat pasal Mira, kawan-kawan Mira, lagi-lagi Fazlan. Dia kawan terbaik yang pernah Mira ada.” Gembira Mira seketika apabila dia menceritakan kisah hidupnya sekarang.

          Laura mula terbayangkan lagi nama yang disebut-sebut oleh Mira itu. Tidak tahu kenapa, tetapi di dalam fikirannya itu agak sedikit terganggu dengan nama itu.

          ‘Kenapa aku asyik teringat nama Fazlan yang poyo tu. Ishh, apasal tiba-tiba muncul dalam bayangan aku pula ni. Budak ni pun satu hal,’ fikir Laura. ‘Kawan dia memang tak ada nama lain lagi ke. Perlu ke nak letak nama Fazlan tu. Huishh, nasib baik budak kecil lagi.’ Fikiran Laura mula terganggu seketika.

          “Lepas tu kan Aunty, Uncle Aqim pun selalu ambil berat pasal Mira. Dia jaga Mira dengan baik, sama macam budak-budak lain.” Sambung Mira lagi.

          “Baiknya Uncle Aqim. Sekarang Mira dah ada banyak kasih sayang. Ramai orang sayangkan Mira.” Jawab Laura.

          “Betul tu, Aunty. Aunty Laura pun sayangkan Mira, kan.”

          “Mestilah.”

          “Yeahhh.”

          Laura hanya tersenyum sahaja apabila dia melihat gelagat budak perempuan itu. Dia berasa gembira dan hatinya mula terhibur dengan celoteh budak perempuan itu.

          Perjalanan mereka sudah pun sampai.

          “Mira. Kita dah sampai. Betul ke ni rumah Mira?” Tanya Laura seketika.

          Mira menjenguk-jenguk seketika.

          “Betul, Aunty. Ni rumah Mira.”

          Laura segera memberi tanda isyarat ke kanan untuk meletakkan keretanya itu di hadapan rumah anak yatim tersebut. Dia hanya terlihat-lihat sahaja di luar tingkap pintu keretanya itu.

          “Cantiknya rumah Mira.” Terpegun Laura seketika.

          “Mestilah cantik. Uncle Aqim yang hias rumah ni.” Jawab Mira.

          “Kawasan luar rumah ni pun.” Laura terpegun sahaja.

          “Ha’ah. Uncle Aqim memang suka mengemas. Dalam rumah pun, dia yang tolong kemaskan. Tapi, kitaorang tolong Uncle Aqim juga.” Jawab Mira lagi.

          “Jadi, dia pekebun ke?” Tanya Laura lagi.

          “Taklah. Acik Wan kata, dia owner rumah ni. Uncle Aqim yang bagi pelindungan kat kami semua.” Senyum Mira.

          “Ouhh. Tak penat ke dia buat kerja ni sorang-sorang?” Bulat mata Laura.

          “Ehh, taklah. Kawan-kawan Uncle Aqim ada tolong sekali.”

          “Ouhh, ingatkan buat kerja sorang-sorang. Kalau aku ni, alamat terlentang kat luar.” Bisik Laura akan dirinya sendiri.

          “Aunty Laura bisik apa tu?” Bingung Mira seketika.

          “Ehh, tak ada apa. Jom turun.”

          Laura dan Mira pun sudah keluar dari kereta tersebut. Mira terus berlari untuk menuju ke muka pintu rumahnya itu. Laura hanya memerhatikannya sahaja.

          “Tukkk.. tukkk.. tukkk..”

          “Assalamualaikum..”

          “Tukkk.. tukkk.. tukkk..”

          “Assalamualaikum..” Mira mengetuk pintu berkali-kali sambil memberi salam di hadapan pintu tersebut.

          “Tukkk.. tukkk.. tukkk..”

          Pintu dibuka.

          “Waalaikumusalam.”

          “Acik Wan!” Mira terus memeluk Acik Wannya itu.

          “Ya Allah! Mira! Mira!” Acik Wan mula mencium kedua-dua belah pipi Mira itu. Air matanya mula mengalir.

          “Mira pergi mana, sayang? Puas kami cari Mira. Kami kat sini semua risaukan Mira.” Risau Acik Wan seketika.

          “Mira minta maaf. Mira tersesak dengan Fazlan. Tapi, Mira terpisah dengan Fazlan. Mira tak dapat cari Fazlan.” Jelas Mira.

          “Tak apa Mira. Fazlan baik-baik saja. Yang penting Mira dah balik.”

          “Fazlan dah bailk ke, Acik Wan?”

          “Ye sayang. Sekarang ni, Uncle Aqim dengan Fazlan tengah cari Mira tau. Diorang betul-betul risaukan Mira.”

          “Mira minta maaf. Nasib baik Aunty Laura jumpa Mira. Kalau tak, Mira dah kena bawa dengan seorang pak cik yang Mira tak kenal tu.” Jelas Mira lagi sambil tangan kanannya menunjuk ke arah Laura.

          “Ya Allah, Mira.” Acik Wan terus menuju ke arah Laura.

          Laura hanya tercengat sahaja di situ.

          “Maaf, Cik..”

          “Laura.” Laura mengukirkan senyumannya sahaja lalu dia menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Acik Wan.

          “Cik Laura, saya Acik Wan. Penjaga anak-anak yatim kat sini. Acik Wan berterima kasih banyak kat Cik Laura sebab selamatkan Mira. Kami dah tak tahu nak buat apa dah, bila dapat tahu Mira hilang.”

          “Ehh, tak apa. Kebetulan, saya ada kat situ. Apa yang patut saya tolong, saya akan tolong.” Senyum Laura lagi.

          “Terima kasih banyak-banyak, Cik Laura.”

          “Sama-sama.”

          “Jemputlah masuk dulu.” Ajak Acik Wan seketika.

          “Ouhh, tak apa kot. Lagi pun, saya nak jumpa kawan saya kejap.” Jawab Laura.

          “Alaaa, Aunty Laura tak nak masuk rumah dulu ke? Tak nak jumpa dengan kawan-kawan Mira ke?” Sedih Mira seketika.

          “Mira. InsyaAllah, nanti Aunty datang lagi jumpa Mira dengan kawan-kawan Mira sekali. Sekarang, tak boleh. Ada hal sikit. Lain kali ye, sayang.” Pujuk Laura.

          “Okay, Aunty.”

 

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.