Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 24




APA yang bermain di fikiran Lan sekarang ini adalah bunyi kicauan burung-burung pipit yang sedang bertegek di luar tingkap biliknya itu. Lan mula tertarik akan kicauan itu. Lalu terus menuju ke tingkap biliknya itu. Lan membuka tingkap jendelanya. Angin mula memasuki ke ruang biliknya itu. Terasa nyaman. Tiba-tiba, dia mula terfikir akan teman wanitanya itu.

          ‘Macam mana keadaan Laura di sana ye? Sihat ke dia? Dia ingat aku lagi ke tak?’ Lan hanya memikirkannya sahaja.

          “Hishhh! Hantu mana yang merasuk aku ni. Kenapa pula aku risaukan dia. Perlu ke.” Bisik Lan terhadap dirinya sendiri.

          “Perlulah.” Muncul satu suara dari belakang Lan.

          Lan menoleh seketika.

          “Ehh, kau.” Lan menoleh semula ke luar tingkap.

          “Haa, kau. Rindu ke dengan si dia?” Faris mengukirkan senyumannya itu.

          “Hishhh! Siapa pula aku nak rindu.” Lan pura-pura tidak faham akan soalan kawannya itu.

          “Nak ke aku sebut nama dia.” Usik Faris.

          “Ada-ada je nak kenakan aku.”

          “Rindu cakap rindu. Call jelah dia tu. Apa susah.” Faris hanya tersengih sahaja.

          “Hmmm, malas aku layan kau.”

          “Hek elehhhh…. Rilek laa. Kita baru je lepas balik dari trip. Minda kita ni baru je nak rest, kau pula nak stresskan minda. Chill, boleh tak.” Bebel Faris.

          “Ehh, aku pula yang kena. Aku tengah tengok burung ni.”

          “Aduh!” Faris menepuk dahinya itu.

          “Ehh! Kau ni apa hal.” Lan menjadi kebingungan seketika.

          “Bab burung-burung ni kau jangan cakap kuat sangat.” Faris membulatkan kedua-dua belah matanya ke arah Lan.

          “Apa sal pula. Aku tengok burung kat atas tu je. Bukan aku tengok burung kau.” Lan hanya memandang Faris sahaja.

          “Woi woi woi.. main kasar nampak.” Faris membulatkan matanya lagi.

          “Iyelah. Apa yang aku cakap, betul apa.” Lan hanya mampu tergelak sahaja apabila melihat perangai kawannya itu yang tiba-tiba sahaja mengelabah.

          “Yang nilah, orang selalu salah faham.” Celah Faris.

          “Apaa.”

          “Dahlah. Kau jangan nak sebut-sebut lagi perkataan tu. Perkataan tu sangat sensitif bagi lelaki tau. Kau kena faham.” Faris hanya mampu membebelkannya sahaja.

          “Tak. Masalahnya aku pun lelaki. Biasalah, binatang mesti ada namanya tersendiri.” Lan hanya memberi pendapatnya sahaja.

          “Iye, aku tahu. Binatang tu…”

          “Burung.”

          “Shhhhhh! Jangan disebut Fazlan, oiii.” Gelabah Faris apabila mendengar perkataan itu.

          Lan hanya tergelak sahaja lalu dia mula menggelengkan kepalanya itu.

          “Dahlah, aku gerak dulu.” Faris membuka langkah untuk segera keluar dari bilik mereka itu. Dan dia mula terfikir akan sesuatu perkara lalu kembali berjalan menuju ke arah Lan.

          “Hahh. Ada apa-apa lagi ke?” Sahut Lan.

          “Ni hah. Kau kata nak balik rumah family? Ni tercegat lagi kat sini, dah kenapa.” Soal Faris seketika.

          “Hurmm, tulah. Rasa malas pula.” Ringkas Lan.

          “Weh, kau dah janji dengan ayah kau. Tak pasal-pasal dia datang sini, heret kau bawa balik rumah. Aku tolong tengok jelah kau kena heret.” Gelak Faris sambil membayangkan Lan diheret oleh ayahnya di kemudian hari.

          “Kau gelakkan aku, Ris.” Lan hanya tersengih sahaja.

          “Aku mampu gelak jelah.” Gelak Faris lagi.

          “Haha, jap lagi aku balik. Aku nak ambil udara segar dulu.” Tersengih Lan lagi.

          “Okaylah, bro. Kau balik nanti, roger-roger. Aku nak keluar jap dengan Dier.” Faris berlalu pergi meninggalkan bilik itu.

          Lan hanya mampu tercegat di tingkap itu. Dia ingin mengambil ketenangan di dalam jiwanya itu. Apa yang sedang bermain di fikirannya itu, hanya bercelaru dengan pelbagai masalah. Tetapi, Lan tidak mengendahkannya. Masalah tetap masalah. Baginya, masalah yang dihadapinya sekarang akan beransur pulih dengan sendirinya.

          “Ehh.” Hati Lan terdetik seketika.

          Lan menoleh ke arah katil, di mana telefon pintarnya diletakkan di atas tilam yang empuk itu. Mula memikirkannya. Malah, fikirannya mengatakan TIDAK untuk mendial seseorang. Tetapi, hatinya pula mengatakan YA. Keluh seketika. Berasa bersalah di dalam hati. Tetapi, egonya juga telah menghalangnya.

          ‘Patut ke aku call dia balik,’ fikir Lan.

          Lan menoleh semula ke arah telefon pintarnya itu.

          ‘Tapi… tak salah kan, kalau aku tanya khabar dia. Hari tu, dia call aku banyak kali, aku tak jawab. Kejam sangat ke aku ni,’ fikir Lan lagi.

          “Okaylah, aku try call dia.” Bisik Lan sendirian.

          Lan mengambil telefon pintarnya itu lalu terus membuat panggilan masuk. Dia mula berasa cemas.

          “Tuttttt… tuttttt…”

          “Tuttttt… tuttttt…”

          “Iye.”

          “Hello, Laura.”

          “Hurmm.”

          “You sihat. Nape suara macam muram je.”

          Lan merasakan akan sesuatu perkara yang tidak kena kepada teman wanitanya itu. Mula rasa resah.

          “Sorry. I kurang sihat.”

          “Laa. Dah makan ubat.”

          “Hurmm.”

          “You. Sorry hari tu tak jawab call. I bbbb….” Belum sempat Lan menghabiskan ayatnya itu, Laura sudah mencelah.

          “It’s okay. Tak perlu risau pun.”

          “Ohh, okay. Laura…..”

          Sekali lagi Laura mencelah.

          “Kalau tak ada pape, okaylah. I nak rest.”

          “Ohh, okay okay. You rest ye. Nanti ada pape, call je.”

          “Hurmm. Lan.”

          “Iye.”

          “Lepas ni, kita tak payah call-call ye. Lepas ni, I nak terus jumpa dengan you. I want to tell you something.”

          “Huhh. Okay.” Lan tidak dapat berkata apa-apa. Dia tergamam seketika dengan kata-kata Laura itu.

          Lan dapat merasakan sesuatu yang aneh terhadap Laura. Tetapi, dia sendiri sukar untuk memahami gadis seperti Laura itu.

          “Nanti I sent location. But, not now.”

          “Okay, Laura.”

          Laura telah mematikan talian dengan panggilan keluar. Lan bingung. Dia hanya terkaku.

          “Apa yang tak kena dengan dia ni?” Lan tertanya-tanya sahaja.

          “Takkan dia nak break dengan aku.” Fikir Lan.

          “Ehh! Takkan dia tak jadi cintakan aku? Habislah misi aku. Tapi…..” Lan memikir dan terus berfikir.

          “Bagus juga. Taklah aku nak bebankan diri aku lagi. Kalau dia nak break pun, aku bebas. Dan, aku takkan buat kerja ni lagi.” Lan mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Tapi, misi ni.” Lan masih lagi memikirkan lagi misinya itu.

          “Ahh! Biarlah. Misi aku yang dulu pun dah berjaya. Cuma misi aku kali ni je tak berjaya. Tak apalah, gagal sekali je. Lepas ni, aku tak nak buat dah kerja macam tu.” Lan hanya bermonolog akan dirinya sendiri.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.