Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 26




          “Abah! Hany letakkan makanan ni dalam bekas ye.”

          Hany menuangkan lauk-lauk yang masih ada lagi untuk dimasukkan ke dalam bekas lain. Lalu dia terus menuju ke peti ais dengan membawa makanan tersebut untuk dimasukkan ke dalam peti supaya makanan tersebut tidak mudah basi dengan cepat.

          “Abah!” Panggil Hany lagi.

          Bingung Hany.

          Hany mencari abahnya sampai ke ruang tamu tetapi tiada kelihatan kelibat abahnya itu. Hany mencari melilau-lilau dari ke sana dan ke sini. Tetapi masih tidak diketemui.

          “Hurmm. Pelik. Mana abah ni? Tadi baru je nampak kat ruang tamu ni.” Bisik Hany seketika sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Abah. Oh abah…” Panggil Hany lagi sambil berirama nadanya.

          “Abaa. Auckk!!! Sakit sakit!!!” Hany mengadu kesakitan apabila dia telah terlanggar bucu meja di ruang tamu itu.

          Hany hanya mampu mengurut-urutkan lututnya sahaja dan ada sedikit kerutan di mukanya kerana menahan sakit.

          “Aduh. Kenapalah meja ni ada kat sini? Tulah Hany. Mata kau letak mana tah. Kan dah kena.” Hany mula bermonolog akan dirinya sahaja lalu dia terpandang sesuatu di atas meja itu.

          “Ehh! Apa tu?”

          Tangan kanannya segera mengambil sebuah buku yang berada di atas meja tersebut. Dan dibelek-beleknya buku itu.

          “Hurmm. Buku apa ni? Buku abah ni.” Fikir Hany.

          “Ehh.”

          Hany ternampak sesuatu disebalik helaian buku itu. Dia mula menyelakkannya. Mata mula memerhati. Ada sekeping gambar. Dia melihat gambar itu dengan penuh teliti. Gambar seorang budak kecil yang bertocangkan satu di kepalanya, umurnya kira-kira dalam sekitar tiga tahun.

          “Comelnya. Siapa budak ni?” Fikir Hany lagi.

          “Laa.. Ni gambar aku masa kecil laa.” Hany baru sahaja menyedarinya.

          Hany mula meneliti gambar itu lalu dia turut tersenyum sendirian. Tetapi, dia perasan akan sesuatu yang pelik di dalam gambar itu.

          “Ehh, aku ada tanda lahir ke kat lengan.” Hany hanya memerhatikannya lagi.

          “Hany.” Encik Iskandar terus merampas sekeping gambar dan sebuah buku yang berada di tangan anaknya itu.

          “Huhh.” Hany tersentak seketika.

          “Ini gambar kecil kamu yang paling berharga buat abah.” Encik Iskandar hanya mengatakan pendapatnya sahaja.

          “Abah ni… Hany tahulah abah sayangkan Hany. Kenapa tak simpan je kat dalam album? Nanti Hany boleh tengok lagi gambar ni.” Soal Hany lalu dia mengukirkan senyumannya kepada abahnya itu.

          “Nanti abah letak.” Ringkas Encik Iskandar.

          “Okay. Abah!”

          Encik Iskandar hanya memandang sahaja raut wajah anaknya itu.

          “Abah. Nak tanya sikit, boleh?”

          “Apa dia?”

          “Yang dalam gambar tu, kenapa tangan kanan Hany waktu kecil ada tanda lahir? Asal Hany tak pernah tanda tu kat tangan kanan Hany?” Soal Hany secara tiba-tiba kepada abahnya itu.

          Encik Iskandar hanya mampu terdiam sahaja lalu dia melihat sekeping gambar tersebut.

          “Kan, abah. Yang tu.” Jari telunjuk Hany menunjukkan di sekeping gambar itu.

          “Ouhhh, yang ni.”

          “A’ah, yang tulah.”

          “Ni dakwatlah.” Encik Iskandar memberikan alasan sahaja.

          “Ehh, abah ni, biar betul. Macam bukanlah, bah.” Hany hanya meneliti gambar tersebut.

          “Betullah. Ni gambar lama. Warna pun pudar.” Encik Iskandar memberikan alasannya lagi.

          “Ouh, ye ke.” Hany bingung seketika.

          “Ehh, bukan kamu nak lawat parents kawan kamu ke?” Encik Iskandar dengan sengajanya menukarkan topik agar dia tidak mahu menjawab persoalan daripada anak perempuannya itu.

          “A’ah. Nak pergilah ni. Tadi, Hany cari abah.” Soalannya tadi sudah dilupakan.

          “Abah ada kat belakang. Tengah adjust pasu-pasu kat belakang tu.” Jawab Encik Iskandar.

          “Abah rindu Mak ye.” Usik Hany sedikit.

          “Dah dah. Nanti sampai sana lewat malam pula.” Celah Encik Iskandar.

          “Okay okay. Hany pergi dulu, abah.” Hany menghulurkan tangan kanannya untuk mencium tangan kanan abahnya itu.

          “Baik-baik kat sana.”

          “Okay, abah. Makanan semua ada dalam peti tau.” Pesan Hany buat abahnya itu.

          “Okay.”

          “Kalau abah lapar, panaskan dulu lauk tu.” Pesan Hany lagi sambil membuka pintu kereta di halaman rumahnya itu.

          “Iye. Abah okay je. Jangan risau.” Sahut Encik Iskandar.

          “Ingat, abah. Bye.” Hany membunyikan hon keretanya lalu dia beredar dari halaman rumahnya itu.

          Encik Iskandar mengukirkan senyumannya sahaja lalu melambai-lambaikan tangan kanannya kepada anaknya itu.

          ‘Memang abah rindu akan mak kamu. Abah dah tak sanggup nak menanggung ini semua. Abah masih hidup ni pun, disebabkan oleh kamu yang selalu berada disisi abah. Kamulah yang segala-galanya buat abah, Hany.’

          Encik Iskandar dapat meluangkan masa bersama dengan anaknya apabila anaknya itu betul-betul ada masa terluang untuk pulang ke pangkuannya itu. Dia sudah biasa dengan hidup bersendirian di rumahnya itu.

          Ada masanya, Hany akan pulang ke rumah kerana rindu akan abahnya. Walaupun, dia tahu kerjanya tidak akan pernah habis. Setiap hari, mesti ada tempahan kek. Nasib baik dia dan Faila dapat menguruskan kedai kek mereka dengan baik. Abahnya pula tidaklah terlalu risau sangat.

          Memang ada sebak di dalam hati Encik Iskandar yang selalu merindui arwah isterinya itu. Sejak Hany berusia tiga tahun, arwah isterinya telah pun pergi buat selama-lamanya. Peristiwa itu berlaku memang amat perit baginya.

          ‘Maafkan abah, nak. Abah tak nak bagitahu kamu tentang kebenaran masa silam mak kamu. Dan abah tak sanggup nak ceritakannya kepada kamu. Ia sangat perit,’ hati Encik Iskandar semakin sebak seketika.

          ‘Mungkin ini jalan yang terbaik buat abah dan kamu juga. Gambar yang kamu lihat tu, sememangnya ada tanda lahir. Tapi, ia bukan kamu, nak. Gambar tu bukan kamu. Bukan.’ Encik Iskandar hanya mampu bermonolog di dalam hatinya sahaja.

          ‘Abah nak tengok kamu hidup bahagia. Biarlah abah sahaja yang menyimpan segala keperitan dalam hidup abah. Biar anak-anak abah mendapat kebahagian. Yang seorang sudah pergi ke sisi-Nya. Dan Hany, anak abah yang seorang lagi ni, biarlah dia mendapatkan kebahagiaannya sendiri. Hany bahagia, Abah pun akan bahagia.’

 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.